Pages

Labels

Followers

Sunday, April 3, 2011

Sekian lama....


Assalamualaikum Wbt...dah lama aku tak update blog wlaupun slalu on9...mungkin kesibukan mnybbkan aku jadi malas buat seketika...sekarang nie pun, banyak sangat keje nak disiapkan...kadang2 aku selalu rasa nak menangis tambahan aku tak berapa sihat. Tapi, sakit itu bukan penghalang bagi ku untuk bekerja. Aku nak sihat sepenuhnya, nanti dapatlah aku fokus 100% dalam tugasan aku yg akan datang. Lepas nie, nak buat banyak meeting. Alhamdulillah, smua dah diatur dengan sepurna, aku harap dapat dijalan dengan lancar selepas nie.

*Perpustakaan(Pengws Perpustakaan)
*Pelajar(LPS)
*Pengakap(Ketua patrol)
*Sidang redaksi (ketua)
*Sumur (Ketua kumpulan 1)
*Media
*wakil sekolah

Ya Rabbi, tenangkan jiwaku, kuatkan semangatku, untuk menghadapi liku2 cabaran untuk tahun ini. Selepas nie, nak fokus betul2!! 

Thursday, March 17, 2011

Hari ini dan semalan

Assalamualaikum wbt...hari ini kehidupan aku macam biasa. Semuanya semakin baik, Alhamdulillah. Banyak benda yang aku dah buat hari nie sebab sepanjang hari aku dok rumah je. Malas nak keluar, cuaca pun tak mengizinkan asyik hujan je. Orang cakap, hujan kat luar tu bahaye, Kalau kene, banyak penyakit. Semua nie berpunca dari tenaga nuklear org jepun. Walaupun ade yang kate kat sarawak tak kene kesan hujan tu, tapi aku ambik langkah berjaga2, tak nak g luar dulu. Dok rumah pun ok jugak, ada banyak benda boleh dibuat. Rasa tenang dan tak diganggu. Hari nie aku tak puasa sunat, sebab subuh tadi aku lewat bangun. Semalam aku g rumah udak, anak die nak kahwin tak lama lagi. Punyalah ramai orang kat rumah tu, haiya..tengok budak2 main. Bising betul tapi best sebab tengok diaorang kejar sana, kejar sini...teringat zaman kecik2 dulu...wa...rindu lah pulak...aku tengok pelamin (kebetulan dah pasang malam tu) , dalam fikiran aku cakap...haiya..."aku bile lagi? cewah" haha...insya-Allah...kalau de jodoh dan umur masih panjang, berpeluanglah aku dok tas pelamin tu dengan bakal isteri. *Berangan* haha....yang paling menyedihkan bagi aku malam tadi, tunggal aku bawak balik pizzahut, tapi aku tak makan..cikit pun..ish....sakit aku datang pulak malam tadi. Dah tu, salah makan pil pulak~ aku tertelan pil tido..yang menyebabkan aku tertido laa~~~haiya...melepas pizza dan kek malam tadi...mengantuk punye pasal,..tapi takpe, nasib baik abi dan ummi aku beli satay semasa nak g rumah udak malam tadi..janji makan...Alhamdulillah...Allah sentiasa memberi peluang dan nikmat kepada aku walaupun nikmat yang besar itu aku terlepas...pizza~ nanti kak long aku balik,..hehe..aku paksa dia beli pizza!! yes!!...

Tuesday, March 15, 2011

Selamat datang ke langit SKY TAQWA!

Assalamualaikum wbt...selamat malam! bagi orang kat Malaysia....baru lepas update blog...entah kenapa aku rasa nak tukar je pemandangan dalam blog aku. Mungkin aku terlalu berimaginasi kuat dan syok sangat kat langit..yaw~ sebab tu aku nak tukar....nak buat macam berada kat langit ....wa...Alhamdulillah...sepanjang aku tukar semua nie, kesabaran kuat datang mendampingi diriku...kalau tak sabar...tak jadilah blog aku sebegini rupa...Alhamdulillah jugak, si dia telah menginspirasikan dan memberikan aku green light (tanda ok la tu) kerana si dia membenarkan aku guna nama yang selalu dia pakai...wa~ bukan susah nak mintak kebenaran..si dia tu on je... >,< tapi, kalau tak kerana si dia itu, mungkin blog ini tak wujud...terima kasih untuk si dia...korang tak perlulah nak tahu siapa si dia itu, kerana si dia adalah hamba Allah SWT ....inspirasiku/...cewah...apa2pun,...salam Ukhuwah buat semua...insya-Allah, saya akan janjikan dakwah siber yang terbaik untuk semua.... yaw~ Assalamualaikum wbt...

Ku doakan, Semoga aku masih bernafas pada hari itu..post yg ke 101



Assalamualaikum...wbt...
Hari ini, semuanya macam biasa. Bangun seawal jam 4 pagi. Hujan turun dengan perlahan. Kedengaran bunyi hujan di luar tingkap. Semalam, aku baru sahaja mengubah kedudukan katil terus ke tepi tingkap. Entah mengapa, aku rasa ingin untuk berbuat sedemikian. Mataku kabur di subuh hari. Semuanya gelap dan sejuk. Ya, aku kesejukan pagi ini. Malam semalam, aku berdoa semoga aku sihat pada keesokan harinya, tapi alhamdulillah, walaupun doaku masih tidak termakbul, aku masih bersyukur kerana hidup pada hari ini. Fikiran ku tengganggu sejak semalam, semuanya menjadi serba salah. Masa yang berlalu semalam aku habiskan dengan termenung sendirian di dalam bilik. Bukan kerana bosan, ada sesuatu yang mengganggu fikiranku. Tapi, aku sendiri tak faham mengenainya. Adakah cinta? adakah sakit yang aku alami? adakah tingkah laku aku yang kurang waras? atau adakah aku telah membuat dosa yang terlalu banyak? Aku tak dapat menjawab pertanyaan aku sendiri. Diriku ku rasakan semakin lemah dari hari ke hari. Kadang-kadang aku terpaksa bersandiwara yang aku sudah sihat sepenuhnya. Aku diam tanpa kata kerana itulah hasrat hati dan permintaan serta doaku. Pagi nie, semuanya sejuk dan suram belaka. Aku memerhati keadaan di luar, semuanya tenang. Awan mendung menyebabkan aku diam tanpa kata. Cahaya pagi yang aku idam-idamkan tidak muncul menjelmakan diri pada pagi ini. Bunyi burung berkicauan juga kurang membuatkan aku rasa sunyi. Aku cuba mencari sesuatu yang boleh aku lakukan, buku? Ya, buku. Buku pelajaran? Buku komik? Buku ilmiah? Buku-buku itu lansung tidak ku sentuh. Mengapa? Aku tak dapat menjawab pertanyaanku. Aku duduk sendirian. Mengenangkan diriku yang diam tanpa kata dan tidak dapat menjawab pertanyaan diri sendiri. Alhamdulillah, aku memberanikan diri untuk bermesej. Hanya kakak sahaja yang mahu mendengar rintihan hati aku. Alhamdulillah juga, dia mahu mendengar dan sudi membalas mesej. Hatiku rasa sedikit gembira. Aku terfikir sejenak, sememangnya aku memerlukan seseorang pada ketika aku diam tanpa kata. Seseorang yang sudi mendengar dan menasihatiku. Walaupun ramai yang aku kenal, akan tetapi tidak semua yang memahamiku.Hanya kakak seorang sahaja yang ku pilih. Aku sayangkan nya. Walaupun bukan darah daging sendiri, tetapi kakak saudara seIslamku. Kakak sangat mengambil berat tentang ku walaupun aku kadang-kadang selalu menyakiti hatinya. Minta maaf kak......Terima kasih kak.....


Monday, March 14, 2011




Diriwayatkan daripada Anas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w telah masuk ke masjid dan baginda mendapati ada seutas tali yang direntangkan di antara dua tiang, lalu baginda bertanya: “Tali apakah ini?” Para Sahabat menjawab, “Tali itu digunakan oleh Zainab untuk sembahyang, apabila dia merasa malas atau keletihan dia akan berpegang pada tali tersebut.” Rasulullah s.a.w bersabda lagi, “Lepaskan ikatan tali tersebut, seseorang dari kamu hendaklah bersembahyang dengan keupayaan yang ada pada dirinya, apabila dia malas atau letih maka hendaklah dia berhenti.” Zainab adalah seorang yang kukuh imannya. Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Zainab r.a. jikalau ia mahu belajar satu zikir yang berpahala serupa dengan membaca bilangan zikir-zikir ini. Dan Baginda pun berkata, “tambahkan kalimah ‘seberapa banyak ciptaan Nya’ kepada setiap tasbih, taslim and tahmeed”.

Contohnya; minta pada Allah diberikan pahala sebanyak mana kita bertahmid (contohnya) sebanyak bintang dilangit, sebanyak daun di pokok, sebanyak pasir dipantai.. dan sbgainya.. (Oleh Habib Muhammad Al-Attas.)

Andai aku dapat menyebut nama Allah sama banyak dengan bilangan degupan jantungku setiap masa

Assalamualaikum wbt....saudara ku sekalian, nikmat kehidupan yang Allah SWT berikan kepada kita memang tiada tolak bandingnya. Sedar atau tidak? Setiap hari, setiap masa, setiap saat, setiap minit, setiap jam, setiap waktu, setiap situasi dan keadaan, jantung kita sentiasa berdegup. Mengapa? Hal ini disebabkan untuk kehidupan kita sendiri yakni hidup di dunia. Kalaulah kita dapat menyebut kalimah Allah sama banyak dengan bilangan degupan jantung kita setiap masa, Alhamdulillah..pahala kita melimpah ruah. Tapi, ini adalah mustahil sekarang kerana wujudnya alasan 'kesibukan duniawi' yang kita alami sekarang. Walaupun kita rasa payah untuk melakukannya, memadailah dengan mengingatinya setiap masa. Setiap gerakan, pelakuan dan niat dalam hati adalah kerana Allah SWT. dan bersyukurlah kerana sekarang, jantung kita masih berdegup normal. Alhamdulillah......


Duk dap duk dap....Allah Huak'bar....Allah Huak'bar...Allah Huak'bar......Subhanallah...dengan ciptaan Allah bernama jantung ini sahaja mampu mengingatkan kita kepadaNYA yang Maha Kaya lagi Maha Mengetahui.... tenang kan diri, renungkan sejenak, fikirkan dengan akal....setiap kejadian, ada hikmahnya....

Alhamdulillah...syukur nikmat...hanya kepadaMU aku bersyukur...









Sunday, March 13, 2011

KALIMAH CINTA TERAKHIR

KALIMAH CINTA TERAKHIR
            Ashraf duduk termenung di tepi tingkap rumahnya. Dia terkenang kembali akan arwah ibunya yang sudah meninggal dunia sewaktu dia berumur 7 tahun lagi. Kini, 8 tahun sudah berlalu. Ashraf tinggal bersama ayahnya. Pada mulanya, Ashraf dihantar ke rumah anak-anak yatim, akan tetapi ayahnya terlalu merinduinya dan berhasrat untuk menjaga Ashraf.
            Ayah Ashraf bekerja sebagai seorang tukang rumah. Gajinya tidaklah sebesar mana pun dan hanya cukup untuk menampung kehidupan sederhana dia dengan anak lelakinya itu. Sejak kehilangan isteri tercinta, ayah Ashraf hilang hala kehidupannya. Dia semakin melupakan perintah agama malahan selalu menyalahkan Tuhan kerana mengambil isterinya itu.
            “Kalaulah mak kamu masih hidup, kita tentu hidup bahagia sekarang. Kalau tak disebabkan Tuhan ambik mak kamu, ayah tak jadi macam nie” kata ayah Ashraf dalam keadaan mabuk setelah pulang ke rumah. Ashraf hanya mendiamkan diri. Dia membantu ayahnya yang mabuk itu masuk ke bilik. Bau arak amat kuat sekali dihidu, Ashraf sudah biasa dengannya.
            “Esok ayah cuti, ayah nak bawak kamu pergi luar negara. Sebab esok ayah nak ambik duit kat bank. Nombor ayah kena petang tadi. Kamu nak beli apa? Ayah belikan esok” kata ayah Ashraf yang masih meneguk botol arak di tangannya. Ashraf tidak berkata apa-apa sebaliknya terus meninggalkan ayahnya sendirian di dalam bilik.
            Ashraf seorang anak yang tidak ambil peduli akan ayahnya itu. Dia hanya membiarkan ayahnya melakukan maksiat tidak kiralah ayahnya minum arak mahupun berzina. Ashraf hanya mendiamkan diri sahaja. Pernah suatu ketika, ayahnya memaksa Ashraf meneguk botol arak. Ashraf hanya menurut kata ayahnya itu. Dari saat itu jugalah, bagi Ashraf, sebotol arak itu seperti meminum jus limau.
            Walaupun keadaan ayahnya yang sedemikian rupa, namun dia tetap menghantar Ashraf ke sekolah. Di sekolah pula, perangai Ashraf berlainan sedikit berbanding dia di rumah. Dia seorang ketua samseng di sekolah. Sikapnya itu amat ditakuti pelajar lain. Walaupun pernah digantung sekolah beberapa kali, namun ayahnya masih lagi merayu supaya anaknya tidak dibuang sekolah.
            Ashraf mempunyai pengikutnya sendiri terdiri daripada Kamal, Yunus dan juga Syamsul. Mereka bertiga amat setia kepadanya. Setiap kali waktu rehat, Ashraf dan kawan-kawannya akan mengganggu pelajar lain terutamanya perempuan.
            “Bos, tadi aku dengar ada seorang pelajar baru masuk kat sekolah kita. Katanya, budak tu perempuan. Apa tunggu lagi bos?” tanya Syamsul. Ashraf pada ketika itu sedang meminta duit daripada seorang pelajar sebelum disapa oleh Syamsul yang kebetulan lalu di situ. “Aku tak ada mood nak layan budak baru. Lain kalilah. Mari kita pergi dari sini sebelum cikgu datang” kata Ashraf.
            Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat. Semua pelajar kembali ke kelas masing-masing. Ashraf dan kawan-kawannya dalam perjalanan untuk ke kelas. Mereka sengaja melambatkan diri untuk masuk ke dalam kelas kerana pada waktu itu merupakan subjek kimia. Subjek yang paling dibenci mereka.
            Semasa dalam perjalanan, tidak jauh dari situ, kelihatan seorang budak perempuan sedang berlari. Apabila tiba di simpang jalan, dia terlanggar Ashraf yang kenetulan belok ke arah yang sama. Ashraf dirempuh dengan kuat sekali sehingga dia terjatuh. Kawan-kawannya yang lain terkejut melihat keadaannya.
            “Ehhh?? Aduhh...sakitnya...maafkan saya...” kata budak perempuan itu. Tubuh badannya yang kecil itu mampu menjatuhkan Ashraf. Ini membuatkan kawan-kawan Ashraf ketawa terbahak-bahak. “Kelakar betullah!!! Gajah terjatuh kena langgar semut!!!” kata Yunus sambil menahan perutnya.
            Ashraf cuba untuk bangun semula dan memarahi budak perempuan itu. “Apa nie??!! Buta ke??!! Tak ada mata??!!haaa??!! kau ingat sekolah nie tempat racing ke nak berlari sana sini??!! Haa??!!” jerit Ashraf menunjukkan rasa hebat.
            Budak perempuan itu tidak menangis seperti budak perempuan di sekolah itu yang sering dibuli Ashraf. Sebaliknya, dia hanya menjeling ke arah Ashraf. Tiba-tiba, seorang lelaki menegur Ashraf dengan memegang bahunya. “Assalamualaikum......” kata lelaki itu.
            Ashraf menoleh ke belakang lalu terkejut. Kelihatan seorang lelaki pertengahan usia dan memakai kopiah putih muncul di belakangnya. Ashraf dalam keadaan ketakutan. “Eyh?? Macam pernah tengok pak cik nie?? Pak cik nie yang selalu muncul dalam televisyen tu kan?” tanya Kamal. “Ya, nama pak cik Nuruddin, ustaz Nuruddin Ariff” kata pak cik itu. Akhirnya Kamal ingat akan ustaz tersebut. Beliau seorang ustaz yang terkenal dan sering memberi ceramah di banyak tempat. Kamal seorang yang suka mendengar ceramah berbeza daripada kawan baiknya yang lain.
            “Pak cik terdengar kamu terjerit-jerit depan anak pak cik tadi kenapa? Dia ada buat salah ke?” tanya Ustaz Nuruddin. Dia hairan melihat anak perempuannya itu berpeluk tubuh sejak tadi. Mukanya mula merah. “ANAK USTAZ??” kata Kamal.
            Budak perempuan itu mendekati ayahnya lalu berbisik sesuatu. “Jadi, anak saya terlanggar kamu la? Maafkan dia. Dia tak sengaja” kata ustaz. Ashraf dengan sombongnya tidak mahu memafkan anak ustaz. Dia memarahinya dengan perkataan yang tidak elok untuk didengar. Ustaz Nuruddin mengucap apabila melihat perangai Ashraf yang sedemikian rupa.
            “Anak saya tak sengaja. Dia berlari sebab nak jumpa saya, sebab tertinggal barang. Lagipun, dia perempuan. Dia malu sekarang sebab terlanggar kamu. Sepatutnya, kamu berdua saling bermaafan” kata ustaz dengan suara yang perlahan. Ashraf masih tidak berpuas hati lalu beredar dari situ.
            “Emm...maafkan kami ustaz, kami pergi dulu” kata Kamal, Yunus dan Syamsul. Selepas mereka bertiga bersalam, mereka terus mengikut Ashraf.
            Ustaz Nuruddin melihat keadaan anaknya itu. “Syafiqah, sudahlah, jangan menangis. Kamu tak sengaja kan?” kata ustaz. “Saya takut ayah, saya takut neraka. Saya berdosa ayah” kata Syafiqah. Ustaz Nuruddin cuba untuk menenangkan hati anak perempuannya itu. Syafiqah menangis kerana tubuhnya itu telah berlanggar dengan seorang lelaki bukan muhrimnya. Dia takut akan dosa yang dilakukan, walaupun telah dipujuk oleh ayahnya, dia masih menangis dan takut.
            “Kamu tak sengaja. Allah Maha Adil. Dia lebih mengetahui kebenaran daripada kita. Kamu sudah dewasa sekarang, lusa umur kamu 17 tahun. Kamu harus yakin dan berilmu sekarang, yang penting, kamu tidak sengaja” kata Ustaz Nuruddin.
            Nur Syafiqah merupakan satu-satunya anak tunggal Ustaz Nuruddin. Dia berpindah ke sekolah biasa setelah ayahnya bertukar tempat kerja. Walaupun seorang anak kepada seorang penceramah terkenal, Syafiqah kelihatan tenang dan tidak menunjuk-nunjuk seperti orang lain.
            “Ini pertama kali Fiqah terlanggar budak lelaki. Semoga Allah ampunkan dosa yang tidak sengaja saya lakukan tadi. Terima kasih ayah” kata Syafiqah sambil tersenyum. Syafiqah kelihatan seperti budak berumur 14 tahun walaupun sebenarnya dia lebih berumur daripada itu. Syafiqah tidak dapat dinilai dengan ketinggiannya, walaupun pendek, dia seorang perempuan yang kuat kerana mampu menolak Ashraf yang tinggi itu.
            Hari pertama Syafiqah belajar di sekolah baru amat menyedihkan. Dia seperti disisihkan oleh rakan sekelasnya. Mungkin, hanya kerana dia seorang anak ustaz. Semua rakan sekelasnya hanya menjeling ke arahnya tanpa menegur sedikit pun.
            “Baiklah, hari nie, kita ada pelajar baru. Cikgu kenalkan, namanya Nur Syafiqah binti Nuruddin Ariff..anak kepada seorang penceramah terkenal di negeri kita iaitu ustaz Nuruddin. Kamu semua kenal kan?” jelas guru kelas.
            “Si kecik nie anak ustaz lah ye? Ingatkan anak hartawan je yang kecik tadi, rupa-rupanya anak ustaz pun kecik jugak” ejek seorang pelajar lelaki di dalam kelas itu, Hamdan.
            Dalam hati Syafiqah, api sedang membara dan menjadi semakin panas. Namun dia tetap bersabar. Bukan kerana ingin menjaga nama baik ayahnya, tetapi ingin mengikut sunnah Rasulullah iaitu sentiasa bersabar dalam menghadapi segala cabaran. Walaupun tiada seorang pun yang sudi menjemputnya duduk, dia terus mencari tempat duduknya sendiri. Syafiqah mencari tempat duduk yang sesuai. Malang sekali, kebanyakan tempat duduk yang kosong hanya bersebelahan dengan lelaki. Di dalam kelas tersebut, lelaki dan perempuan tidak diasingkan dan mereka duduk bersebelahan. Syafiqah masih berdiri di depan kelas. Tiba-tiba, datang seorang lelaki berkaca mata di hadapan pintu kelas.
            “Maafkan saya cikgu, saya bangun lewat pagi tadi. Sebab tu saya datang lewat. Boleh saya masuk?” tanya pelajar lelaki itu. Dia memandang ke arah Syafiqah. “Baiklah, kamu boleh masuk. Tapi, lain kali jangan datang lewat lagi” kata cikgu. Lelaki itu mengucapkan terima kasih lalu pergi ke tempat duduknya yang terletak di belakang sekali bersebelahan dengan meja seorang perempuan cina.
            “Baiklah, kamu tak tak duduk lagi ke Syafiqah?” tanya cikgu yang ingin memulakan sesi pembelajarannya. Syafiqah menggelengkan kepala. tiba-tiba, datang semula lelaki tadi ke arah Syafiqah. “Awak boleh duduk kat tempat saya, biar saya duduk kat tempat lain” kata lelaki itu.
            Semua rakannya yang ada di dalam kelas mengusiknya. “Eyer....romeo dah datang laa”kata kawannya. “Kalau budak kecik tu duduk kat belakang, dia nampak ke papan hitam tu? hahaha!!!!”
            “Jangan pedulikan mereka” kata lelaki itu lalu mengambil begnya. Syafiqah terlihat tag nama pada bajunya. “Jadi nama dia Suhaili, baiknya dia.......” kata Syafiqah dalam hati. Hari pertama Syafiqah bermula pada waktu itu sehinggalah loceng yang terakhir berbunyi tepat pada jam 1:3o tengah hari.
            Syafiqah terkejut seorang diri. Semua kawan-kawannya yang ada di dalam kelas sudah pun hilang dari pandangan. Hanya kelihatan guru yang mengajar subjek akhir, Suhaili dan Mei Lin di sebelahnya. “Mana semua orang pergi?” tanya Syafiqah kepada Mei Lin.
            “Semua sudah balik ma....memang selalu macam itu. Kalau balik saja, pasti mau cepat-cepat macam kilat. Eh, Syapiqa, mari kita salam dengan cikgu sebelum dia balik. Nanti ilmu kita jadi berkat” kata Mei Lin. Mei Lin hanya satu-satunya pelajar berbangsa Cina di dalam kelas itu. Dia seorang yang pendiam.
            Selepas bersalaman dengan guru perempuan, Syafiqah terpandang Suhaili yang masih duduk di tempatnya. “Kamu tak balik lagi Suhaili?” tanya cikgu. Suhaili masih fokus menyiapkan kerjanya. “Saya nak siapkan kerja nie. Tak banyak lagi nie” kata Suhaili.
            “Baiklah Suhaili, buat sebaik mungkin. Malam nanti kita jumpa” kata cikgu. Syafiqah terdengar perbualan mereka lalu dia hairan akan sesuatu. “Malam nanti jumpa???????” bisik Syafiqah kehairanan. Dia tidak mahu bersangka buruk. Semasa melimpasi meja Suhaili, Syafiqah mengucapkan terima kasih kepadanya, lalu berlari keluar.
            Suhaili tidak memberi apa-apa reaksi pun, sebaliknya hanya meneruskan tugasannya. Semasa dalam perjalanan, Syafiqah mengelamun seorang diri. “Ya Allah, kenapa nie?? Perasaan aku lain macam je nie...aku jatuh hati ke?? Ish....tak laa...ish!!!! kenapa nie!!” bisik Syafiqah.
            “Stop...stop....hey budak kecik, kau tau tak ini kawasan siapa?” tanya Ashraf dan kawan-kawannya yang kebetulan menunggu di tempat yang sama. “Eh? Dia lagi...” bisik Syafiqah. Ashraf bangun dari tempat duduknya dan mendekati Syafiqah. Pada waktu itu, hanya kelihatan beberapa orang sahaja pelajar yang masih menunggu ibu bapa di tempat itu.
            “Pagi tadi kau langgar aku sampai aku jatuh. Walaupun aku dapat ‘rezeki’ sikit sebab kau yang langgar aku, tapi aku masih lagi tak puas hati” kata Ashraf. Syafiqah tertanya-tanya tentang perkataan ‘rezeki’ yang dimaksudkan Ashraf itu.
            “Rezeki?” tanya Syafiqah dengan nada suara yang kecil. Kawan-kawan Ashraf mula ketawa. “Hahaha!!! Esok kau langgar aku pulak ye” kata Syamsul. Akhirnya, Syafiqah mengetahui maksud mereka. Syafiqah berasa malu lalu melarikan diri. Ashraf dan kawan-kawannya mengejar Syafiqah. Tiba-tiba, seorang lelaki keluar dari simpang jalan lalu terlanggar Syafiqah.
            “PANG!!!!!”
            Syafiqah dan lelaki itu terjatuh. Ashraf dan kawan-kawannya memberhentikan larian mereka. Ashraf menjadi takut setelah melihat lelaki yang dilanggar Syafiqah lalu melarikan diri. “ Tak guna, dia belum balik rupanya” kata Ashraf sambil berlari menyelamatkan diri. Kawan-kawannya juga turut sama melarikan diri.
            Syafiqah tersedar bahawa orang yang dilanggarnya itu seorang lelaki. Dia menoleh ke belakang. “Eyh?????!!!!!! Suhaili???!!!” jerit Syafiqah. Suhaili membetulkan kopiahnya. Syafiqah terus bangun dan mengambil begnya.
            Tiba-tiba, Ashraf datang bersama ayah Syafiqah, ustaz Nuruddin. “ Betul ustaz, kami nampak dengan mata kami sendiri, tengok tu” kata Ashraf. Ustaz Nuruddin menggelengkan kepala sambil mengucap. “Astaghfirullahalazim...apa yang kamu buat nie?” tanya ayah Syafiqah. Suhaili masih terduduk di lantai.
            “Ayah??”kata Syafiqah. “Syafiqah, sudah berapa kali ayah pesan? Kamu degil ya” kata ustaz Nuruddin lalu menghampiri anaknya itu. Beberapa orang guru turut berada di situ. “Suhaili, apa yang kamu buat?” tanya salah seorang guru.
            “Saya tak buat apa-apa, dia terlanggar saya tadi” jelas Suhaili. “Dia penipu cikgu! Kami semua nampak, mereka berdua buat maksiat kat sini tadi sambil peluk-peluk” jelas Kamal dan Yunus.
            Suhaili masih menegaskan bahawa dia tidak melakukan apa-apa pun kepada Syafiqah. “Kau ingat, kau pakai kopiah, kau baik sangat ke?” kata Kamal lagi. Tiba-tiba, datang seorang ustaz yang kebetulan lalu di situ. “Assalamualaikum, apa sudah berlaku nie?” tanya Ustaz Ridhwan. Setelah ustaz Nuruddin menjelaskannya, Ustaz Ridhwan meyakinkan mereka yang ada di situ. “Semasa saya menjadi imam tadi, Suhaili lah yang melaungkan iqamat dan berada di belakang saya. Saya tak percaya perkara ini terjadi” jelas ustaz Ridhwan.
            “Walaupun kita tidak tahu kebenarannya, begini je lah. Tentang anak saya nie, biar saya sendiri yang menghukumnya. Syafiqah ini satu-satunya anak saya. Maafkan kami, Assalamualaikum..” jelas Ustaz Nuruddin lalu meninggalkan tempat itu. Ustaz Nuruddin menjeling tajam ke arah Suhaili.
            Ustaz Ridhwan pula membawa Suhaili yang masih terduduk di atas lantai. “Kenapa dengan kamu?” tanya Ustaz Ridhwan. “Punggung saya sakit, dia langgar saya dengan kuat. Sebba tu saya tak dapat nak angkat” jelas Suhaili.
            “Padan muka dia. Hahaha!!!” kata Ashraf dan kawan-kawannnya lalu melarikan diri. Ashraf pernah dibelasah Suhaili pada suatu ketika dahulu dan menyebabkan dia takut untuk berjumpa Suhaili. Dia menganggap, Suhaili sebagai musuh utamanya di sekolah.
            Di rumah Ustaz Nuruddin, kelihatan senyap dan sunyi. Ibu bapa Syafiqah duduk di hadapan Syafiqah di ruang tamu. “ Betul kamu tak buat?” tanya ayahnya. Syafiqah mengangguk tanpa bersuara. “Syafiqah, ayah tanya dengan mulut, jadi kamu kena jawab dengan mulut kamu” kata ayahnya lagi. “Ya, ayah. Saya tak buat” jawab Syafiqah.
            Ustaz Nuruddin masih lagi tidak dapat menerima hakikat yang sebenarnya. “Sudahlah bang, saya pun yakin dia tak buat. Janganlah hukum dia bang” kata ibu Syafiqah, Mak cik Rokiah. “Itu saya tahu, tapi untuk kebaikan dia. Walaupun hanya sehari dia kat sekolah tu, macam-macam boleh berlaku” kata ustaz Nuruddin lalu mengeluarkan rotan kecilnya.
            Syafiqah mula menangis. “Ayah bukan hendak menghukum kamu, tetapi ini untuk pengajaran buat kamu. Ayah harap kamu faham, ayah akan merotan kamu tiga kali. Sekali supaya kamu insaf, kedua supaya kamu sentiasa menjaga diri kamu dan yang ketiga supaya kamu jauhi fitnah manusia” jelas ayahnya.
            Kasih seorang ayah tiada tolak bandingnya. Seorang ayah itu hanya inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Walaupun tidak setanding dengan kasih seorang ibu, namun tanpa ayah, kita tidak wujud di dunia.
            Syafiqah menerima hukuman dengan redha walaupun sebenarnya dia telah difitnah. Pada malamnya, dia berdoa semoga Allah sentiasa melindunginya daripada fitnah dan perkara keji. Selepas berdoa, dia teringat akan Suhaili. Bagaimanakah agaknya keadaan Suhaili sekarang?
            Berlainan di rumah Ashraf, pada malam itu ayah Ashraf masih belum pulang ke rumah. Kerisauan Ashraf akhirnya memaksa diri untuk mencari ayahnya. Kerja rumah lansung tidak dipedulikan kerana baginya, keselamatan ayahnya lebih penting pada waktu itu. Ashraf mencari ayahnya lebih daripada 2 jam sehinggalah jam menunjukkan pukul 11 malam.
            “Mana ayah nie?? Dah lewat sangat nie...” bisik Ashraf. Tiba-tiba, dia ternampak seorang lelaki terbaring di tepi jalan. Ashraf memerhati dari jauh dan dia yakin bahawa itu ayahnya berdasarkan baju yang dipakai. “Ayah!! Ayah!! Bangun ayah!! Buat apa ayah tidur kat sini?” tanya Ashraf. Dia ternampak kesan lebam pada muka ayahnya.
            “Wang ayah kena curi, wang ayah kena curi!!!” kata ayah Ashraf. Ashraf membawa ayahnya itu pulang ke rumah. Keesokan harinya, Ashraf datang lewat ke sekolah.
            “Kamu masih belum menjelaskan yuran kamu lagi Ashraf, cikgu harap kamu segera menjelaskannya” kata guru kelasnya. Ashraf berjanji akan membayar yuran dalam masa yang terdekat. Setelah keluar dari pejabat, Ashraf duduk sebentar di kerusi, air mata Ashraf mula mengalir. Kebetulan, Syafiqah lalu di kawasan itu.
            “ Emm? Dai menangis ke? Tapi, kenapa?” bisik Syafiqah yang ingin menghantar sesuatu di pejabat. Dia hairan melihat Ashraf tidak masuk ke dalam kelas dan hanya duduk di hadapan pejabat. Semasa melintasi Ashraf, Syafiqah terdengar bunyi perut Ashraf. Pada ketika itu, Ashraf tidak sedar akan kehadiran Syafiqah kerana matanya ditutup dengan tangan.
            Syafiqah terus masuk ke dalam pejabat. Selepas keluar semula, dia masih melihat Ashraf duduk di bangku itu. Pada kali ini, Ashraf menahan perutnya. “Kalau awak nak, ambik lah” kata Syafiqah dengan tiba-tiba. Dia menghulurkan sebungkus coklat kepada Ashraf.
            Ashraf terkejut dengan kehadiran Syafiqah lalu dia mengelap air matanya. “Saya tahu awak lapar. Kelaparan sambil menagis pulak tu” kata Syafiqah. Sebenarnya, Syafiqah sendiri tidak tahu mengapa dia menegur dan membantu seseorang yang pernah memfitnahnya sehinggakan dia dihukum.
            “Kau jangan nak buat baik dengan aku lah! Kau ingat, kau anak ustaz aku takut ke?” Ashraf masih menyombong diri. Namun, kesombongannya itu akhirnya terhenti setakat itu apabila perutnya semakin kuat berbunyi. “Emm...”
            “Lebih baik awak ambik. Kalau tak sarapan pagi, macam mana nak belajar. Kalau tak dapat belajar, tak dapat nak cari kerja nanti. Ibu bapa pulak yang jadi susah. Saya pergi dulu, Assalamualaikum...” jelas Syafiqah.
            Ashraf tidak berasa marah. Sebaliknya, dia merenung ke arah Syafiqah dari belakang. Sebungkus coklat menjadi sarapan pagi Ashraf. Semalam, ayahnya tidak sempat membelikannya makanan untuk sarapan pagi kerana ayahnya telah dirompak.
            “Budak kecik tu.....baik...” kata Ashraf. Pada hari itu, Ashraf tidak ke kantin seperti sebelumnya. Walaupun makanan telah banyak terhidang, Ashraf tidak ada di situ. “Eyh? Mana bos kita ha??” tanya Kamal. Mereka memandang antara satu sama lain.
            Ashraf berada di tepi surau sekolah. Dia hanya duduk di situ sambil melihat langit. Di dalam surau, Suhaili sedang menunaikan solat sunat Dhuha sendirian. Mereka berdua tidak menyedari akan kehadiran antara satu sama lain.
            “Apa salah aku?” bisik Ashraf. Dia masih sedih mengenangkan nasib hidupnya. Selepas loceng berbunyi, semua pelajar masuk semula ke dalam kelas masing-masing. Pergerakan Ashraf sangat perlahan. Dia sendirian pada waktu itu tanpa kawan-kawannya yang lain. Semasa melimpasi kelas Suhaili, Asraf menjeling ke arah Syafiqah yang pada ketika itu sedang berbual dengan Mei Lin. Wajah Syafiqah sangat ceria pada ketika itu.
            “Baru aku sedar, dia bukan je baik. Tapi, dia jugak seorang yang cantik” kata Ashraf dalam hati. Selepas itu, dia ternampak Suhaili menjeling ke arahnya. Ashraf ketakutan lalu terus mempercepatkan langkahnya.
            Pada keesokan harinya, genaplah umur Syafiqah 17 tahun. Namun, tiada seorang pun kawan sekolahnya yang mengetahui hari lahirnya pada hari itu. Dia hanya menerima SMS daripada kawan-kawan lama yang masih ingat akan hari lahirnya.
            Syafiqah melihat dirinya di dalam cermin ketika berada di tandas sekolah. “Hey, kau dah 17 tahun hari nie. Tapi kau masih pendek. Tengok, berisi sikit nie. Bila lagi kau nak tinggi ha?” kata Syafiqah sendirian. Mei Lin menemaninya ke tandas. Dia hanya tersenyum melihat gelagat Syafiqah yang bercakap seorang diri di hadapan cermin.
            “Tidak apa ma, yang penting kamu sudah 17 tahun. Masih comel ma” kata Mei Lin. Syafiqah mencubit Mei Lin kerana memujinya comel. Semasa Mei Lin dan Syafiqah dalam perjalanan ke kelas mereka, tiba-tiba Mei Lin ternampak Ashraf keluar dari bilik guru. “Eyh? Saya ingat dia tidak dari ini hari” kata Mei Lin.
            “Mungkin dia datang akhir kot” balas Syafiqah. Ashraf kelihatan tidak terurus. Pakaiannya tidak kemas. Semasa Mei Lin dan Syafiqah berjalan ke kelas, kelihatan Suhaili juga dalam perjalanan untuk ke kelas. “Haiya, kamu juga baru datang ka? Sudah pukul berapa ini jam?” tanya Mei Lin. “Baru pukul 8.30 pagi” jawab Suhaili dengan tenang. Syafiqah kaku ketika melihat Suhaili di hadapannya. Perasaan malu dan gerun bermain-main dalam dirinya.
            Syafiqah tidak menyedari, Ashraf melihatnya dari jauh. Dia sedang membawa sebuah bungkusan kecil berwarna biru di tangannya. “Betul bos, kami dapat tahu esok hari jadi dia” Yunus pernah memberitahu Ashraf mengenai hari lahir Syafiqah.
            “Maafkan saya, saya nak jumpa Suhaili” kata guru disiplin sekolah yang datang ke kelas. Seperti biasa, Suhaili akan menerima hukuman kerana datang lewat ke sekolah. Dalam masa yang sama, Ashraf juga bersama guru disiplin.
            “Kamu berdua datang lewat hari nie. Muka kamu berdua nie memang selalu datang lewat. Hari nie, kamu berdua didenda membersihkan seluruh kawasan sekolah sampai waktu rehat. Faham?” tanya guru disiplin. Ashraf dan Suhaili hanya mengangguk. Syafiqah memerhati dari dalam. Dia suka melihat wajah Suhaili yang sentiasa tenang dan serius. Tanpa disedarinya, Mei Lin dapat membaca gerak hati Syafiqah.
            “Haa...kamu jatuh hati yaa..” kata Mei Lin. Syafiqah hanya tersenyum. Ashraf dan Suhaili berada di padang sekolah. “Ish...tak guna betul..banyak sampah kat sini” bisik Ashraf. Suhaili berasa beberapa meter dari tempat Ashraf. Dia hairan melihat Ashraf membawa beg sekolahnya bersama ketika memungut sampah.
            Beberapa minit kemudian, Ashraf berehat di tepi padang buat seketika kerana keletihan. Dia mengambil botol air di dalam begnya. “ Eh? Mana pulak nie? Tadi aku letak dalam nie” kata Ashraf. Suhaili terjumpa bungkusan biru ketika memungut sampah di suatu tempat.
            “Woi!! Kau curi ya!!” jerit Ashraf. Tiba-tiba, Syafiqah dan Mei Linmuncul di padang sekolah. “Aaa Suhaili...cikgu panggil kamu. Dia suruh kamu masuk kelas” kata Mei Lin. Syafiqah melihat Suhaili sedang membawa sebuah bungkusan di tangannya. “Nanti saya datang” balas Suhaili lalu memberi bungkusan itu kepada Ashraf.
            Syafiqah dan rakan sekelasnya yang lain dalam perjalanan untuk ke kelas selepas sesi pembelajaran subjek Sains di makmal. Loceng balik juga berbunyi pada waktu itu. Semasa Syafiqah mengemas barangnya, tiba-tiba dia menjumpai sebuah bungkusan biru di dalam begnya. “Eyh? Siapa yang letak ?” tanya Syafiqah. Dia membaca sekeping nota kecil yang ada di atas bungkusan tersebut. Ia merupakan hadiah untuknya namun tidak tertulis nama si pemberi. Mei Lin mengusik Syafiqah. “Nampaknya, awak ada peminat. Bertuahnya awak” kata Mei Lin.
            Syafiqah hanya tersenyum. Dia melihat ke arah meja Suhaili. Suhaili balik awal pada hari itu. “Bos, kami dah letak hadiah tu. Semua line clear. Pasti dia cari siapa pemberinya nanti” kata Syamsul. Ashraf kelihatan tenang. Perangainya lansung tidak sama seperti dulu. “Nampaknya, bos kita nie dah jadi mat jiwanh. Haha..” usik Yunus.
            “Aku pasti, tentu dia akan tahu siapa yang bagi” bisik Ashraf. Pada malamnya, selepas menunaikan solat fardhu Isya’ berjemaah, Syafiqah terus masuk ke dalam biliknya. Dia membuka bungkusan yang diterimanya tadi. “wa..anak patung..” kata Syafiqah. Syafiqah tersenyum sendirian. Tiba-tiba, wajah Suhaili menjelma dalam fikirannya.
            “Tak sangka, dia sebenarnya baik walaupun susah nak senyum” kata Syafiqah. Keesokan harinya, hujan turun lebat. Selepas menunaikan solat fardhu Subuh berjemaah, Ustaz Nuruddin terus menghantar anaknya ke sekolah. “Ya Allah, ayah tak nampak la kereta kat depan tu” kata ayah Syafiqah. “Bawa perlahan je ayah. Tak pe kalau saya datang lewat hari nie” balas Syafiqah. Hanya beberapa meter sahaja untuk sampai ke sekolah, tiba-tiba Ustaz Nuruddin menekan brek. Kereta Ustaz Nuruddin tercampak ke dalam longkang.
            Jalan raya menjadi sesak selepas kemalangan itu berlaku. Kereta Ustaz Nuruddin terlanggar sebuah motorsikal yang datang dari arah bertentangan. Dia cuba untuk mengelakakan tetapi terlanggar kereta lain.
            Seorang pemuda mempelawa dirinya untuk menghantar Ustaz Nuruddin dan Syafiqah ke hospital berdekatan. Berita tentang kemalangan itu tersebar ke sekolah. “Saya harap Syafiqah selamat” kata Mei Lin kepada kawan-kawannya yang lain. Semasa guru kelas mengambil kehadiran, Suhaili masih belum masuk ke kelas lagi. Salah seorang daripada pelajar lelaki dalam kelas itu menyatakan Suhaili terlibat sama dalam kemalangan pada pagi itu.
            “Macam mana keadaan anak saya?” Tanya Ustaz Nuruddin yang masih terlantar di katil. Dia hanya mengalami cedera ringan. “Anak encik masih dalam wad pembedahan. Keadaannya serius sekarang” jelas doktor. Tiba-tiba, seorang lelaki pertengahan usia datang menemui doktor. “Doktor, mana anak saya? Dia baru masuk tadi. Suhaili” kata lelaki itu. Doktor terus menunjukkan katil anaknya yang turut berada di dalam bilik yang sama.
            “Suhaili?” bisik Ustaz Nuruddin. Sebenarnya, Ustaz Nuruddin bukan sahaja melanggar kereta yang berada di hadapannya ketika mengelak daripada terlanggar motorsikal yang datang dari arah bertentangan. Dia juga turut melanggar Suhaili yang pada ketika itu berada di kiri keretanya. Oleh kerana hujan turun dengan lebat, Suhaili yang berada di kiri keretanya lansung tidak kelihatan.
            Ustaz Nuruddin cuba untuk bangun dari katil. Dia ingin melihat keadaan Suhaili. “Biar saya tolong” kata ayah Suhaili yang melihat Ustaz Nuruddin dalam keadaan lemah. Suhaili mengalami keretakan tulang di bahagian kaki kiri dan cedera di bahu. “Pagi tadi, dia qiamulail di surau. Dia selalu mengikut datuknya di surau. Pagi tadi, saya pesan supaya dia berhati-hati dalam perjalanan ke sekolah. Dia selalu datang akhir. Entah kenapa, hari ini dia nak datang awal ke sekolah. Tak sangka pulak, Allah tentukan nasib dia pagi nie” kata ayah Suhaili kepada Ustaz Nuruddin.
            Masa berlalu begitu pantas. Mei Lin dan kawan-kawannya melawat Suhaili dan Syafiqah. Pada ketika itu, Syafiqah sudah keluar dari wad pembedahan. Dia mengalami kecederaan di kepala. Kawan-kawan Syafiqah mengelilingi katilnya. Syafiqah membuka matanya dan cuba untuk mengingati satu per satu. “Kamu ingat saya ka?” tanya Mei Lin. Syafiqah tersenyum dan memanggil nama Mei Lin.
            Tiba-tiba, Ashraf dan kawan-kawannya muncul di bilik itu. “Buat apa korang kat sini? Ini wad perempuan la!” kata salah seorang kawan Syafiqah. “Kami nak jenguk Syafiqah, takkan itu pun tak boleh” kata Syamsul. Tiba-tiba, Ustaz Nuruddin muncul pula di belakang mereka. “Biarkan mereka masuk, tutup aurat Syafiqah dulu” kata Ustaz Nuruddin. Ustaz Nuruddin bersama ibunya menghampiri Syafiqah. Syafiqah tidak ingat pada ayahnya. “Syafiqah, walaupun kamu tak ingat siapa ayah, ayah bersyukur kamu selamat. Alhamdulillah, kamu selamat sekarang” kata Ustaz Nuruddin sambil mengeluarkan air matanya.
            Syafiqah masih takut ketika hendak menyentuh kulit ayah kandungnya itu. “Syafiqah, itu ayah kandung kamu nak..” kata ibu Syafiqah. Syafiqah lansung lupa pada ayahnya itu. Kepalanya sakit ketika cuba untuk ingat kembali. “Ibu...sakit...” jerit Syafiqah. Dalam masa yang sama, Suhaili sedar selepas beberapa jam berlalu. “Suhaili, kamu dah sedar? Alhamdulillah..” kata ayahnya sambil memeluk Suhaili.
            “ Ayah...” kata Suhaili sambil menangis. Dia bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang untuk hidup. Dua hari berlalu, keadaan Syafiqah masih sama. Ingatannya belum pulih sepenuhnya. Dia lupa pada ayahnya seorang sahaja. Ibunya, Ashraf, Syamsul dan kawannya yang lain sahaja yang diingatnya.
            Pada pagi itu, Suhaili berusaha untuk bangun dari katilnya. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Suhaili dijaga oleh kakaknya pada pagi itu. “Suhaili nak pergi mana?” tanya kakaknya. “Saya nak berjalan sekejap. Kak, boleh tolong papahkan?” pinta Suhaili.
            Semasa Suhaili berjalan di sekeliling wad tersebut, tiba-tiba pandangannya tertumpu pada sebuah katil. “Kak, papahkan saya kat katil tu” pinta Suhaili. Kelihatan di sebelah katil itu Ustaz Nuruddin dan isterinya yang sedang membaca al-Quran. “Eyh? Suhaili. Buat apa kamu kat sini?” tanya Ustaz Nuruddin.
            “Ustaz?....” Suhaili kehairanan. Dia memerhati pesakit di katil tersebut. Ustaz Nuruddin menghampiri Suhaili. “Kenapa nie, nak? Apa yang mengganggu kamu?” tanya ustaz. “Siapa dia?” tanya Suhaili lalu menunjuk ke arah Syafiqah. Ustaz Nuruddin mengucap dalam hati. Suhaili lupa pada Syafiqah.
            “Ini anak pak cik, Syafiqah. Kamu lupa ke?” tanya ustaz. Suhaili mendiamkan diri. Ternyata, Suhaili tidak ingat pada kewujudan Syafiqah dalam dirinya. Pada siangnya, Ashraf memberanikan diri untuk melawat Suhaili selepas pulang dari sekolah. “Kau sihat ke?” tanya Ashraf sambil meletakkan buah tangan di atas meja. “Sihat, alhamdulillah” balas Suhaili yang sennag hati menerima kehadiran Ashraf dan kawan-kawannya. Mereka berjabat tangan antara satu sama lain. “Ini buah tangan daripada pihak sekolah. Kami tolong hantar je” jelas Syamsul.
            Mereka berbual-bual tentang sekolah. Sehinggalah Ashraf membuka topik perbualan yang lain. “Kamu memang bertuah Suhaili. Aku kagum tengok kau” kata Ashraf. Suhaili kehairanan. “Yelah, kau selalu menjadi buah mulut orang. Kau selalu dipuji walaupun kau buat salah. Tak sangka, Syafiqah ingatkan kau yang bagi hadiah tu kat dia” jelas Ashraf. Suhaili semakin kehairanan.
            “Semalam, dia kata kat aku ada seseorang beri dia hadiah tu. Walaupun dia tak ingat nama kau tapi dia masih ingat dengan seseorang yang sama kelas dengannya. Sudah tentulah kau kan?” tanya Ashraf. “Apa yang merepek nie? Syafiqah? Siapa dia?” tanya Suhaili. Ashraf dan kawan-kawannya terkejut. “Takkan kamu pun lupa kat dia?” tanya Kamal.
            Ashraf menjelaskan segalanya kepada Suhaili. Namun itu hanya sia-sia kerana ingatan Suhaili belum pulih sepenuhnya. “Kalau kau sayang sangat kat dia, aku tak kisah” kata Suhaili. Ashraf memandang ke arah Suhaili. “Aku lansung tak ingat siapa Syafiqah. Aku tak tahu adakah aku suka kat dia? Aku tak tahu dia suka kat ke tak” kata Suhaili.
            “Tapi dia betul-betul mengharapkan lelaki yang beri dia hadiah tu”kata Ashraf. “Tapi lelaki yang bagi tu bukan aku kan? Lelaki tu kau. Kau yang patut mengaku pada dia” balas Suhaili.
            “Ashraf.......?” kata Syafiqah dengan suara yang perlahan. Dia dipapah ibu dan ayahnya ke bilik Suhaili. “Assalamualaikum..maafkan kami, saya Cuma nak tanya, siapa yang bagi patung nie pada anak saya?” tanya ibu Syafiqah.
            Suhaili dan Ashraf saling berpandangan. Syafiqah cuba untuk berjalan sambil dipapah oleh ayahnya. Syafiqah memandang ke arah Suhaili selepas meminta kebenaran daripada ayahnya. “Suhaili, dia nak jumpa kamu”kata Ustaz Nuruddin sambil tersenyum. “Suhaili?? Itu nama awak?” tanya Syafiqah. Semua orang yang ada dalam bilik itu terdiam.
            Takdir Allah SWT, Suhaili dan Syafiqah tidak mengingati antara satu sama lain. “Dia yang bagi awak patung tu, bukan saya” jelas Suhaili. Syafiqah memandang ke arah Ashraf. “Ya mak cik, saya yang bagi patung tu untuk hari jadi dia” jelas Ashraf.
            Beberapa minggu kemudian, Suhaili dibenarkan balik ke rumah selepas keadaannya stabil. Dia tidak dapat berjalan seperti biasa buat sementara waktu. Suhaili dipapah kakaknya sehingga ke pintu kereta. Tiba-tiba, Ashraf datang membantu. “ Sejak bila kau muncul?” tanya Suhaili. “Sekolah dah tamat. Aku baru balik dari masjid jugak tadi” kata Ashraf.
            “Oh ya, dalam keadaan kau macam nie, esok kau dapat qiamulail tak? Aku teringin la nak ikut” tanya Ashraf. “Insya-Allah, tengok la nanti” balas Suhaili. Tiba-tiba, sebuah kereta berhenti di hadapan kereta kakak Suhaili. Rupa-rupanya, kereta itu milik isteri Ustaz Nuruddin. “Ashraf, nak tumpang pak cik ke?” tanya ustaz. Ashraf mengangguk. Kebetulan, Syafiqah juga pulang pada hari yang sama. Dia sedang duduk di kerusi hadapan.
            “Baiklah, aku balik dulu. Jaga diri baik-baik, Assalamualaikum” kata Ashraf selepas berjabat tangan dengan Suhaili. Suhaili memandang ke arah Syafiqah lalu memberikan senyuman. Dengan kuasa Allah yang Maha Esa. Sedikit ingatan Syafiqah muncul semula.
            “Suhaili......” bisik Syafiqah. Kereta yang dinaiki Syafiqah meneruskan perjalanannya meninggalkan Suhaili dan kakaknya. “Kakak, memang betul apa yang Suhaili buat kan?” tanya Suhaili kepada kakaknya. “Kakak pun tak pasti. Adik buat macam nie pun untuk kawan adik jugak kan? Tapi, kakak rasa apa yang adik buat ada banyak hikmahnya. Kakak kagum dengan adik” jelas kakaknya.
            “Cinta di tangan Allah, Dia sahaja yang berhak menentukan segalanya. Biarlah cinta yang muncul sebelum nie, menjadi kalimah cinta yang terakhir” bisik Suhaili. “Eleh, adik kakak nie dah pandai berkata-kata pulak. Jom kita balik, ayah dah tunggu tu” kata kakaknya.
            Sebenarnya, Suhaili masih ingat pada Syafiqah. Ingatannya kembali semula ketika dia menunaikan solat fardhu. Namun, demi Ashraf, dia sanggup berpura-pura lupa. Selepas Syafiqah mendapat tahu kebenaran yang sebenarnya, Ashraf sudah menunjukkan banyak perubahan. Dia semakin rapat dengan Ustaz Nuruddin dan mula berjinak dengan masjid. Impiannya yang seterusnya adalah untuk membawa ayahnya kembali ke jalan yang benar.
            Ustaz Nuruddin menerima Ashraf seadanya dan berhasrat untuk mengahwinkan puterinya itu dengan Ashraf apabila tiba masanya nanti. Sejak hari itu juga, perhubungan antara Ustaz Nuruddin dengan Suhaili kian pulih. Bukan kerana belas kasihan atau simpati, tetapi kerana persaudaraan Islam yang sejati.
            “Wa..kamu sudah balik ma! Aiya, kamu makin comel selepas keluar dari hospital la” kata Mei Lin. Syafiqqh terus mencubit pipi Mei Lin. Tiba-tiba, Suhaili masuk ke dalam kelas. Syafiqah berjalan ke arah Suhaili lalu berkata. “Ehem...ehem...Mei Lin cakap WO AI NI (i love you).”  Semua pelajar dalam kelas tersebut menjeling ke arah Suhaili.
“Heh??????????” balas Suhaili.

By Awang Mohamad Razizie Bin Awang Yusuf
KALIMAH CINTA TERAKHIR 2011....yaw~~nyaa~~ >.<

watak yang ada kat atas tidak ada kena mengena sama ada idup atau mati...yaw~



Zain Bikha-Denn il Islam (I AM A MUSLIM)

Deen-il-Islam

By : Zain Bhikha

By: (Linda Gcwensa & Zain Bhikha)

If you ask me, why do I stand here,
So unafraid of everything around me.
Proudly I would say, I am a Muslim.
If you ask her, why does she dress that way,
All covered up in a world that gives it all away.
Proudly she would say, I am a Muslim.

Chorus:
Deenil Islam deeni Wala ‘ardab gheiru deeni Muhammad elli hadeeni Nourel iman x 2

If you ask me, surely this cannot be,
You give your wealth so free, and you say your life is charity.
It ain’t hard to see, I am a Muslim.
If you ask him, why does it hurt so,
When he sees injustice, even though it’s folks he doesn’t know,
With tears in his eyes he says, I am a Muslim.

Chorus

If you ask her, why doesn’t she cry,
There’s no one by her side, she’s the only one that’s left behind.
Patiently she sighs, I am a Muslim.
If you ask him, why does he still pray,
Five times a day when so many others have strayed.
Smiling he would say, I am a Muslim.

Chorus

If you ask me, why do I love you
No matter where you are, we are the greatest Ummah
With the beating of our hearts, we are Muslim.

La-illah-ha-illalah Muhammad-ur-rasullulah
There is only one God
La-illah-ha-illalah Muhammad-al-Mustapha
Muhammad is the messenger
La-illah-ha-illalah Muhammad-ur-rasullulah
There is only one God
La-illah-ha-illalah Muhammad-al-Mustapha
Muhammad is the messenger

More Lyrics at: MuslimLyrics.com