Pages

Labels

Followers

Monday, November 22, 2010

CINTA HIJRAH

Hijrah bermaksud perjalanan dari satu tempat ke satu tempat. Maksud lain bagi hijrah juga ialah perubahan seseorang kepada baik menjadi lebih baik. Seperti yang telah dibuktikan oleh Rasulullah S.A.W , berhijrah itu suatu pengorbanan dan kebaikan untuk sekalian manusia. Begitulah kelebihan yang Islam anugerahkan kepada umatnya, hijrah atau perubahan. Semua manusia berhak untuk berubah menjadi lebih baik.
            Perubahan seseorang juga boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa kita duga. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui. Hijrah telah berlaku kepada seorang insan bernama Fauzul. Salah seorang bekas ahli mat rempit kini telah sujud di atas tikar sejadah.
            “Alhamdulillah, akhirnya Fauzul telah diberikan petunjuk oleh Allah S.W.T” kata ayahnya, Pak Cik Mazlan yang sedang berdiri di pintu bilik Fauzul.
            “Saya terharu tengok anak kita bang, tak sangka dia berubah. Syukur ” kata ibunya, Mak Cik Aishah. Pak cik Mazlan menepuk bahu Mak cik Aishah. Fauzul anak pertama dalam empat orang adik beradik. Fauzul mempunyai tiga orang adik perempuan dan dua daripada mereka pasangan kembar yang berusia 15 tahun manakala yang bongsu berusia 10 tahun.
            “Along solat ape tadi??” tanya Amal, adik bongsunya.
            “Along solat sunat taubat, mulai sekarang along tak akan merempit lagi. Selepas nie, along nak jaga kamu semua” kata Fauzul.
            “Alhamdulillah, ini barulah along kami. Along, selepas nie along nak buat ape?” tanya adik keduanya, Nurulain. Fauzul terdiam seketika, dia masih teringat akan kerja sambilan yang selalu dilakukannya dulu. Dia pernah memecah masuk ke rumah orang, mencuri,bergaduh,  mengganggu ketenteraman orang awam dan dia juga pernah mencabul kehormatan orang lain. Dia betul-betul bertaubat dan tidak akan melakukannya lagi.
            “Along nak cari kerja” jawab Fauzul. Ketiga-tiga adik perempuannya tersenyum melihat sikap along mereka yang sudah berubah. Bermulalah kisah kehidupan baru bagi Fauzul.
            Berlainan pula dengan kisah hidup Farhanah. Farhanah seorang anak tunggal dalam keluarganya. Sejak kehilangan ibunya yang tercinta, Farhanah menjadi semakin liar. Dia gemar keluar malam dan mengikut kawan-kawannya. Dia lansung tidak memperdulikan nasihat ayahnya yang sedang sakit di rumah.
            Pak cik Norman, ayah Farhanah menghidapi sejenis penyakit barah tulang. Dia sedar tidak lama lagi Allah S.W.T akan mengambil nyawanya. Setiap malam, dia sering berdoa agar dipanjangkan usianya untuk melihat anak perempuannya berubah suatu hari nanti.
            “Ya Allah, Ya Karim..aku menadah tanganku untuk memohon ke hadratMu Ya Allah, panjangkanlah usiaku, kembalikan kekuatan fizikalku agar aku mampu mengubah anak perempuanku Ya Allah. Berikanlah aku semangat untuk meneruskan sisa-sisa hidupku ini Ya Allah. Aku memohon kepadaMu..” doa Pak cik Norman di atas sejadah.
            Pada malam itu, Farhanah tiada di rumah kerana keluar untuk berjumpa kawan-kawannya. Pak cik Norman keseorangan di rumah. Ketika dia hendak mengambil ubat di dapur, dia terpaksa merangkak kerana tidak mampu lagi untuk berjalan seperti biasa.
            Semasa dia sedang tidur, tiba-tiba dia mimpi sesuatu. Farhanah sedang dinikahi oleh seseorang dalam mimpinya. Beberapa minit kemudian, Pak cik Norman terjaga daripada tidur.
            “ Astaghfirullahhalazim...mimpi rupanya. Farhanah kahwin?” tanya Pak cik Norman. Selepas itu, kedengaran pintu sedang dibuka. Farhanah baru balik ke rumah.
            “Sudah pukul 2 pagi kamu baru balik? Bila lagi kau nak berubah?” tanya ayahnya.
            “Kenapa ayah nak menyibuk pasal Hanah? Suka hati Hanah lah nak balik pukul berapa” balas Farhanah lalu berjalan menuju ke biliknya. Dia lansung tidak memperdulikan keadaan ayahnya yang sedang sakit itu.
            Pak cik Norman teringat kembali akan mimpinya, dia dapat merasakan ada sesuatu yang tersurat dalam mimpinya itu. Keesokan paginya, rumah Pak cik Norman dikunjungi oleh Pak cik Mazlan, rakan karibnya di kampung yang sama.
            “Bagaimana keadaan kamu sekarang Norman?” tanya Pak cik Mazlan. Pak cik Norman tidak menjawab sebaliknya sedang termenung di tingkap. “Norman?? Norman?? Kamu tak apa-apa ke?” tanya Pak cik Mazlan yang kebingungan.
            “A...maafkan aku. Aku asyik terfikir mengenai mimpi semalam. Aku rasa, tak lama lagi aku akan pergi” kata Pak cik Norman.
            “ Ish, kau nie, tak baik cakap macam tu. Kau kena kuat. Jangan jadi lemah. Tengok Rasulullah dulu, semasa umur baginda 67 tahun, baginda masih berdakwah. Inikan kita yang masih 50 tahun nie” kata Pak cik Mazlan.
            “Ya..aku tahu. Tapi..kau pun tahukan, aku hanya ada seorang je anak perempuan. Aku tak nak, pabila aku pergi nanti dia masih macam tu. Aku mahu dia menjadi perempuan sebenar, bukannya perempuan setengah” kata Pak cik Norman.
            “Aku yakin, suatu hari nanti doa kau dimakbulkan. Pasal mimpi kau, apa yang kau mimpi?” tanya Pak cik Mazlan. Pak cik Norman mula berbisik dengan Pak cik Mazlan. Dia tidak mahu perbualan mereka didengari oleh Farhanah.
            “Aku mimpi, Farhanah sedang berkahwin” kata Pak cik Norman. Pak cik Mazlan terkejut mendengar penjelasan Pak cik Norman. “ Eyh?? Kebetulan. Malam semalam pun aku bermimpi orang kahwin.. Kau tahu ke apa maksud nya?” tanya Pak cik Mazlan.
            Pak cik Norman menggelengkan kepalanya. Dia masih termenung sendirian.”Begini je lah,aku rasa kan mungkin mimpi ini bermaksud kita kena kahwinkan anak aku dengan anak kau” tanya Pak cik Mazlan.
            “Kahwinkan anak kau dengan anak aku? Masalahnya sekarang, Fauzul mampu ke nak jaga anak perempuan aku tu? Dia nak ke tak dengan anak aku yang tomboi tu?” tanya Pak cik Mazlan.
            “Jodoh tu di tangan Allah, mana tahu kalau selepas mereka kahwin nanti semuanya berubah menjadi lebih baik. Lagipun, Fauzul sekarang dah berubah, dia semakin kerap ke masjid. Aku yakin, dia mahu menerima Farhanah” jelas Pak cik Mazlan.
            “Nantilah aku bincang dengan Farhanah. Terima kasih Mazlan, kau memang kawan baik aku dari dulu. Aku tak tahu nak balas dengan apa lagi dah” kata Pak cik Norman. Pak cik Mazlan menggelengkan kepalanya lalu menepuk bahu kawan baiknya sejak di bangku sekolah lagi. Pak cik Mazlan amat kasihan melihat kehidupan kawannya yang sudah lama ketiadaan insan yang paling dia sayangi iaitu isterinya. Tambahan pula, dia menghidapi penyakit yang serius.
            Pak cik Mazlan menunggu anaknya balik dari surau di hadapan pintu rumah. Setibanya Fauzul, dia terus bersalaman dengan anaknya itu.
            “ Ayah ada satu berita gembira untuk kau” kata Pak cik Mazlan. “Berita apa ayah?” tanya Fauzul menunjukkan rasa ingin tahu. “Kalau ayah kahwinkan kau dengan seorang perempuan pilihan ayah dan mak, kamu mahu tak?” tanya Pak cik Mazlan dengan penuh harapan.
            “Dengan siapa?” tanya Fauzul. “Farhanah” jawab ayahnya. Fauzul berfikir sejenak. Dia tidak kenal siapa Farhanah kerana jarang bergaul dengan orang kampung. “Farhanah tu bagaimana orangnya?” tanya Fauzul.
            “ Kamu jangan banyak tanya. Pilihan ayah dan mak adalah yang terbaik untuk kau. Ayah dan mak kau teringin nak timang cucu sebelum kami pergi nanti” jelas ayahnya. “Ayah, jangan cakap macam tu. InsyAllah, Fauzul terima bakal isteri Fauzul dengan hati yang terbuka” balas Fauzul. Pak cik Mazlan tersenyum apabila mendengar kata-kata anaknya itu.
            Di rumah Farhanah pula, Pak cik Norman sedang baring di atas katil selepas minum ubat. Farhanah tidak keluar rumah pada ketika itu dan hanya duduk di ruang tamu. “ Farhanah anakku, mari sini kejap” panggil Pak cik Norman.
            “ Ada apa ayah?” tanya Farhanah lalu duduk di samping katil ayahnya. “Ayah ada hajat nie, ayah harap kali ini kau dengar cakap ayah” kata Pak cik Norman. “ Hajat apa ayah? Jangan suruh Hanah pakai baju perempuan pulak. Hanah tak mahu” kata Farhanah.
            “Ayah nak kahwinkan kau dengan anak Pak cik Mazlan kamu tu” kata Pak cik Norman.  “ Ha???!! Kahwin??! Hanah tak nak!” jerit Farhanah. Pak cik Norman berusaha untuk memujuk anaknya itu namun masih ditolak.
            “Ayah teringin nak lihat kau kahwin dan timang cucu sebelum ayah pergi nanti. Lagipun, ayah sudah tua. Ibu kau tak ada. Ayah nak tengok kau bahagia nak” pujuk Pak cik Mazlan. Farhanah terdiam seketika apabila ayahnya menyebut tentang ibu. Farhanah mengalirkan air mata mengenang arwah ibunya.
            Seminggu telah berlalu, keputusannya, Fauzul manerima dengan hati yang terbuka berbeza dengan Farhanah yang masih tidak mahu berkahwin. Dia memberi alasan kepada ayahnya bahawa dia lansung tidak mengenali Fauzul.
            “ Hanah tak nak kahwin. Hanah lansung tak kenal siapa Fauzul tu!! Lagipun, Hanah sudah ada teman lelaki yang lebih bagus dari budak nama Fauzul tu!” marah Farhanah.
            “Fauzul tu budak baik. Ayah jamin kau akan bahagia dengannya. Kau jangan ikut teman lelaki kau yang tak beradab tu. Ayah tak suka” rayu ayahnya. Semasa Pak cik Norman masih memujuk anaknya itu, tiba-tiba datang Pak cik Mazlan bersama-sama rombongan meminang.
            “ Assalamualaikum...Norman..aku datang ada hajat nie” kata Pak cik Mazlan. Pak cik Norman menjemput semua rombongan untuk masuk ke dalam rumah. Pak cik Norman hanya terlantar di atas katil kerana tidak mampu untuk bangun.
            “ Norman, seperti yang telah aku janjikan. Aku bawa Fauzul untuk kau. Fauzul, salam Pak cik Norman tu” arah Pak cik Mazlan. Fauzul terus menghampiri Pak cik Norman. Dia berasa kasihan melihat keadaan Pak cik Norman. Ini kali pertama dia berjumpa Pak cik Norman.
            “Jadi kamu lah Fauzul? Kacak betul orangnya. Nanti pak cik panggilkan Farhanah di dapur” kata Pak cik Norman. Selepas Farhanah datang ke ruang tamu, semua rombongan meminang terkejut melihat Farhanah. Farhanah memakai baju lelaki dan berambut pendek serta memakai seluar pendek.
            “Astaghfirullahhalazim.. Mazlan, itu ke calon menantu kau?” kata salah seorang daripada ahli rombongan.
            Pak cik Mazlan dan Fauzul menutup pandangan mereka. Begitu juga dengan ahli rombongan lelaki yang lain. Ketiga-tiga adik perempuan Fauzul hanya menggelengkan kepala. “Kakak, dia tu lelaki ke perempuan??” tanya Amal kepada Anisa, adik pertama Fauzul.
            “Akak pun tak tahu” jawab Anisa. Farhanah berlagak seperti seorang lelaki di hadapan semua ahli rombongan meminang. Gaya duduk, berdiri dan percakapannya seperti lelaki. “Maafkan aku Mazlan. Anak aku memang macam tu. Aku betul-betul malu dengan kau” kata Pak cik Norman.
            “ Tak apa Norman, kami datang dengan niat yang suci. Biarlah isteri aku berbincang dengannya” kata Pak cik Mazlan.
            Akhirnya, Farhanah bersetuju untuk berkahwin dengan Fauzul selepas dipujuk oleh isteri Pak cik Mazlan. Dia duduk di hadapan rombongan. Dia ditutupi kain pelekat oleh bakal ibu mentuanya bagi menutup aurat. Farhanah malu apabila mendapat tahu bahawa lelaki yang berada di hadapannya itu bakal suaminya. Farhanah tertarik dengan wajah Fauzul.
Mata Fauzul sedang ditutup oleh adik sulungnya, Anisa. “Abang jangan cuba nak intai. Dia masih bukan mahram abang” kata Anisa. Amal dan Nurulain tersenyum.
            Setelah semua dirancang, tibalah saat persandingan mereka. Pak cik Mazlan membeli kerusi roda untuk Pak cik Norman agar dia boleh bergerak semasa majlis persandingan itu berlansung. Majlis perkahwinan antara Fauzul dengan Farhanah disambut dengan kadar yang sederhana sahaja.
            “ Alhamdulillah, anak-anak kita sudah selamat di satukan, eh?? Kenapa kau sedih sangat nie Norman??” tanya Pak cik Mazlan. Pak cik Norman sedang menangis di hadapan tetamu yang menghadiri majlis pernikahan anaknya itu. “Aku gembira tengok anak aku pakai baju pengantin dan bertudung. Aku rindu dia pakai baju macam tu. Tak sangka hari ini aku dapat tengok” kata Pak cik Norman dengan rasa sungguh terharu.
            “ Isteri abang memang seorang yang cantik” puji Fauzul semasa berada di atas pelamin. Dia memandang ke arah isterinya yang berbaju pengantin biru itu. Farhanah sungguh berbeza daripada sebelumnya dan kelihatan sungguh ayu. “Eish, tak tahan lah saya pakai baju nie. Panas. Abang, boleh saya bukak tudung??” pinta Farhanah.
            Fauzul terkejut mendengar permintaan Farhanah. Dengan segera Fauzul menahan tangan Farhanah sebelum dia membuka tudungnya. “Farhanah, tahan lah kejap. Tak elok tunjuk aurat depan orang ramai” rayu Fauzul.
            Selepas tamat majlis, Fauzul dan Farhanah berada di ruang tamu bersama-sama orang tua mereka. “Farhanah kelihatan sungguh cantik. Mak gembira dapat menantu yang cantik” kata ibu mentua Farhanah. Dengan segera, Farhanah membuka tudungnya. “Eee..rimaslah Hanah pakai tudung nie” kata Farhanah. Fauzul mengelengkan kepalanya. Dia memandang ke arah ayahnya. “Bersabarlah zul” bisik ayahnya.
            Selepas perkahwinan mereka, Pak cik Norman tinggal bersama-sama Pak cik Mazlan kerana keadaannya yang memrlukan pengawasan. Manakala Fauzul dan Farhanah pula berpindah ke rumah baru. Kini Farhanah tidak kerap lagi untuk keluar malam bersama kawan-kawannya. Dia hanya boleh keluar jika diberi kebenaran oleh Fauzul.
            “Hanah, boleh tak Hanah pakai baju perempuan? Jangan pakai seluar jeans tu lagi?” pinta Fauzul. Hanah mengelengkan kepalanya. “Tak nak, Hanah tak biasa pakai baju perempuan. Lagipun, Hanah sebenarnya tak nak jadi perempuan” jelas Hanah.
            “Astaghfirullahhalazim...Hanah, tak baik cakap macam tu. Sekarang tanggungjawab abang untuk jaga Hanah. Hanah kena dengar cakap abang. Faham?” kata Fauzul.
            “Tak. Hanah kahwin dengan abang pun sebab kasihan tengok ayah Hanah. Abang tak boleh nak paksa Hanah. Dan, Hanah tak nak melahirkan zuriat untuk abang” kata Farhanah dengan nada yang tegas.
            Sudah hampir tiga bulan Fauzul dan Farhanah tinggal bersama. Fauzul baru sahaja mendapat pekerjaan tetap. Dia sangat gembira dan bersyukur dengan kehidupannya sekarang. Namun, dia sedih melihat isterinya yang masih berkelakuan seperti lelaki. Isterinya itu lebih suka memakai baju lelaki dan berperwatakan seperti lelaki.
            “Hanah, hari nie abang tak pergi masjid. Abang nak solat berjemaah dengan Hanah kat rumah” kata Fauzul. Sejak hari perkahwinan lagi, Fauzul belum pernah solat berjemaah bersama isterinya. Farhanah selalu memberikan alasan yang sama iaitu uzur.
            “Em..baiklah” jawab Farhanah setelah banyak kali dipujuk Fauzul. Fauzul bersyukur dan dia mendoakan agar isterinya itu berubah sedikit demi sedikit. “Allah huak’bar” Fauzul mengangkat takbir. Pada malam itu, Fauzul menyedari perubahan pada diri Farhanah.
Pada keesokan harinya, semasa Fauzul sedang bekerja, Farhanah sendirian di rumah. Tiba-tiba, datang beberapa orang penunggang motorsikal di hadapan rumah Fauzul. “Ini rumah Fauzul ke??” tanya salah seorang daripada penunggang motorsikal.
            “ Ya, ada apa?” balas Farhanah. Kesemua penunggang motorsikal itu tersenyum melihat Farhanah dan ada yang ketawa serta berbisik. Farhanah takut melihat wajah-wajah mereka dan dia teringat akan berita mat rempit semakin meliar. Bukan sahaja mereka merempit, malah mereka juga ada yang terlibat dengan dadah, pecah rumah, mengganggu ketenteraman awam dan mencabul kehormatan.
            Pada hari itu, Fauzul diberi kebenaran untuk balik awal kerana kurang sihat. Dia balik ke rumah. Semasa sampai di rumah, dia terkejut melihat keadaan rumahnya yang bersepah. “Ya Allah, apa dah jadi nie?” bisik Fauzul. Dia berlari ke tingkat atas untuk mencari isterinya. Setibanya di dalam bilik, dia mengucap apabila terlihat isterinya menangis sendirian di tepi katil.
            “Hanah, apa yang telah berlaku?” tanya Fauzul. Farhanah tidak menjawab sebaliknya terus memeluk Fauzul dengan erat dan menangis. Mereka bergegas ke hospital berhampiran. Doktor memberitahu bahawa Farhanah telah dirogol. “Hanah, bagitahu abang. Siapa yang buat Hanah macam nie?” pujuk Fauzul.
            “Abang berkawan dengan mat rempit ke? Mereka datang cari abang, bila Hanah cakap abang tak ada. Mereka terus berlari ke dalam rumah. Kenapa abang kawan dengan mat rempit?!” jelas Farhanah lalu menangis. Fauzul tidak menjawab pertanyaan isterinya itu. Dia sedar bahawa bukan senang untuk dia melepaskan diri daripada mat rempit.     
            “Maafkan abang. Abang bekas mat rempit. Mereka datang sebab mereka tak puas hati dengan abang. Abang ingatkan abang boleh menjalani hidup baru. Kenapa Tuhan masih nak uji abang sedangkan abang dah berubah?! Kenapa?!” jerit Fauzul.
            Ibu bapa mereka datang ke hospital. Ayah Fauzul datang menghampiri Fauzul. “Sabar nak, sabar” pujuk Pak cik Mazlan. “ Kenapa Tuhan masih nak uji Fauzul?! Kenapa?! Fauzul dah berubah!! Tapi kenapa ??!” jerit Fauzul yang masih tidak dapat menerima kenyataan.
            “ Fauzul. Ini ujian yang Allah bagi kat kita! Kita tak boleh salahkan Allah. Dia Maha Mengetahui! Allah hanya bagi ujian yang kau boleh tempuhi. Ayah yakin kau boleh Fauzul! Mengucap nak” jelas ayah Fauzul.
            “Tapi kenapa isteri Zul?? Dia tak berdosa! Kenapa isteri Zul yang jadi mangsa?!” jerit Fauzul lalu sedarkan diri. Badan Fauzul semakin panas kerana dia menghidapi demam.
            Pada keesokan paginya, Fauzul terjaga daripada tidurnya. Dia berada di rumah semasa terjaga. Isterinya pula berada di sebelahnya. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Dia bercadang untuk menunaikan solat tahajud pada pagi itu.
            “Ya Allah...aku menadah tanganku ini untuk memohon doa kepadaMu. Hanya Kau sahaja yang mahu mendengar rintihanku ini Ya Allah. Aku terima semua yang Kau berikan kepadaku. Namun, aku hanya seorang hamba yang lemah. Ampunilah semua dosa-dosaku, dosa keluargaku. Kau berilah petunjuk kepada isteriku Ya Allah..tunjukkanlah kepadanya jalan yang Kau redhai. Sesungguhnya Kau Maha Pembuka dan Maha Pengasih...”
            Selepas selesai bersolat, Fauzul keluar dari biliknya secara senyap. Apabila jam menunjukkan pukul tujuh pagi, Farhanah bangun daripada tidur. Dia terlihat sejadah terhampar di lantai. “Abang?” bisik Farhanah lalu pergi keluar bilik.
            Farhanah mencari suaminya namun tiada kelihatan. Dia memandang ke arah garaj dan melihat tiada kereta di situ. Farhanah mengambil keputusan untuk menghubungi ibu bapanya. “Apa? Fauzul tak ada kat rumah? Kan baru semalam ayah hantar dia dengan kamu ke rumah. Dia masih demam tu. Nanti ayah bagitahu ayah kau” kata Pak cik Mazlan.
            “Kenapa ayah? Kakak Farhanah telefon ke?” tanya Amal. “Ya, abang kau hilang. entah ke mana budak tu pergi” balas ayahnya. “Ha?? Along hilang?!” jerit Anisa dan Nurulain. Pada pagi itu, semua ahli keluarga Fauzul mencarinya. Hampir seluruh kawasan kampung telah dicari.
            “Maafkan pak cik, kamu ada ternampak kereta Proton Saga bewarna biru lalu kat sini tak? Fauzul yang bawa” tanya Pak cik Mazlan kepada seorang budak yang berniaga di tepi jalan. “Owh, ade. Abang Fauzul ikut jalan tu lepas tu belok kiri” kata budak tersebut. Pak cik Mazlan terus memecut ke tempat tersebut. Apabila masuk di sebuah kawasan yang agak tersembunyi di hujung kampung, dia terkejut melihat beberapa buah motorsikal berkumpul di suatu kilang terbiar.
            “Ini sarang mat rempit” kata Pak Cik Norman yang juga berada bersama Pak cik Mazlan. Tiba-tiba, telefon Pak Cik Norman berbunyi. “Ayah, along dah balik” kata Anisa. Mereka berpatah balik ke rumah.
            “ Ke mana kamu menghilang? Isteri kau dan kami semua bimbang tentang kau” kata Mak cik Aishah. Fauzul mendiamkan diri dan hanya duduk di dalam keretanya. “Itu pun kau. Puas ayah cari. Kau pergi mana?” tanya Pak cik Mazlan.
            Fauzul keluar daripada keretanya lalu bersalaman dengan ayah dan mak serta ayah mentuanya. “Maafkan saya ayah, mak. Ampunkan dosa Fauzul” kata Fauzul sambil menangis. Dia memeluk erat maknya. Farhanah keluar dari rumah dan menghampiri Fauzul. Fauzul terkejut melihat isterinya pada waktu itu. Farhanah memakai baju kurung serta bertudung seperti perempuan Islam yang lain. Wajahnya sungguh ayu menyebabkan Fauzul tersenyum. Fauzul memeluk erat  isterinya itu.
            “ Abang pergi mana tadi? Hanah risau” tanya Farhanah. “Selepas nie, tiada siapa lagi yang boleh mengganggu Hanah. Abang jamin” kata Fauzul. Farhanah hairan mendengar kata-kata Fauzul. Dia beru menyedari baju hitam yang dipakai Fauzul berdarah. “Abang?? Ini darah siapa?” tanya Farhanah. Semua orang yang berada di situ baru tersedar.
            “Hanah, selepas nie Hanah jaga diri baik-baik. Jaga adik-adik abang tu baik-baik, dan jaga ibu dan ayah baik-baik. Maafkan abang” kata Fauzul. Ketiga-tiga adik perempuan Fauzul terkejut mendengar kata-kata abang mereka itu.
            Tiba-tiba, sebuah kereta polis datang di hadapan rumah. Dua orang pegawai polis menghampiri Fauzul. “Kamu ke yang bernama Muhammad Fauzul bin Mazlan?” tanya slah seorang pegawai polis.
            “Ya, saya nak menyerah diri” jelas Fauzul. Nurulain, Anisa, Amal, Mak cik Aishah, Pak cik Mazlan, Pak cik Norman, Mak cik Aishah dan Farhanah terkejut mendengar penjelasan Fauzul. Farhanah memeluk erat suaminya itu.
            “Maafkan kami cik, kami terpaksa menahan lelaki ini kerana dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan” jelas pegawai polis. Amal, Nurulain dan Amal juga memeluk erat abangnya. Mereka tidak mahu Fauzul ditahan oleh polis. “ Abang! Jangan pergi bang..jangan pergi..”kata adik-adik Fauzul.
            “ Lepaskanlah..Amal..Anisa..Ain..Hanah..ini takdir abang” kata Fauzul lalu melepaskan tangan mereka. Dia menghulurkan kedua-dua belah tangannya untuk digari. Fauzul memandang ke arah ayah, mak dan bapa mentuanya. “Fauzul..mak maafkan kau” kata Mak cik Aishah. “ Kamu memang seorang menantu yang berani” kata Pak cik Norman.
            “Fauzul, bertaubatlah. Allah sentiasa membuka luas pintu taubatNya. Ini hijrah kau. ayah bangga dengan kau” kata ayahnya.
            “InsyAllah...terima kasih ayah” balas Fauzul. Tangan Fauzul telah digari dan dia telah dibawa oleh pihak polis.
            “ABANG!!! ALONG!!”
            Fauzul ditahan pihak polis kerana memjadi suspek utama pembunuhan beberapa orang mat rempit dan Fauzul jugalah yang melaporkan kegiatan mat rempit di kampung itu. dia bertindak sedemikian untuk melindungi orang ramai agar tidak menjadi mangsa seperti yang telah berlaku pada Farhanah. Dia juga mengaku membunuh dan mencederakan beberapa orang mat rempit.
            Lima bulan berlalu, Fauzul berada di penjara. Dia tidak dijatuhkan hukuman mati atas sebab-sebab tertentu. Namun, hukuman penjaranya semakin dipanjangkan kerana dia pernah terlibat dalam kes pecah rumah, merempit dan merogol. Dia bersyukur kerana Allah masih memberikannya peluang untuk bertaubat semula. Semasa di penjara, dia selalu memperbanyakan amal ibadahnya. Dia juga bersyukur, sebahagian daripada kawan-kawannya yang pernah menjadi mat rempit dahulu kini telah berubah.
            Pada hari itu, Fauzul dibenarkan untuk berjumpa dengan orang yang paling disayanginya. Ayah, mak, adik-beradik dan isterinya datang melawatnya.
            “Assalamualaikum...apa khabar kau?” tanya ayahnya. Fauzul menjawab salam ayahnya dan tersenyum lalu menggangguk. Dia mencari-cari bapa mentuanya. “Khabar baik ayah, mana ayah yang seorang lagi?” tanya Fauzul.
            “Norman meninggal dunia dua hari lepas. kami tak sempat nak bagitahu kau sebab kita berjauhan. Alhamdulillah, dia sempat mengucap. Syukur” kata ayahnya. Fauzul sedih mendengar berita kematian bapa mentuanya.
            “Alhamdulillah. Dia seorang lelaki yang kuat” kata Fauzul sambil tersenyum lalu memandang ke arah isterinya yang berbaju kurung hijau. “Ayah memang seorang yang kuat. Tapi, kalaulah ayah sempat tengok cucu dia lahir nanti” kata Farhanah.
            “ Ha?? Cucu??” kata Mak cik Aishah. Terhenti kesedihan Fauzul. “Hanah? Betul ke?” tanya Fauzul. Farhanah tersenyum lalu mengangguk. “Ya, ini anak abang”
            “ALHAMDULILLAH!!!!!!!!AKU JADI BAPA!!!!!!!!!!”jeritan Fauzul kedengaran hingga ke seluruh pusat penjara. Kegembiraannya itu lansung tidak dapat diduga lagi.
            Setibanya hari kelahiran anak Fauzul yang pertama, Fauzul memohon diberi peluang untuk melihat kelahiran anak pertamanya di hospital. Dia berhasrat untuk melaungkan sendiri azan ke telinga anaknya. “Maafkan kami encik, kami tak dapat menerima permohonan encik. Kami harap encik faham” kata salah seorang pegawai penjara. “Baiklah. Saya faham. Tapi, boleh tak saya pinjam telefon sekejap?” pinta Fauzul.
            Fauzul teringin untuk mendengar suara anaknya menerusi telefon. “Biar abang laungkan iqamat untuk anak kita. Letak telefon ini kat telinga kirinya” arah Fauzul menerusi telefon.
“Allah huak’bar, Allah huak’bar...asyhaduallailahaillallah..”
            Beberapa tahun sudah berlalu, akhirnya Fauzul dibebaskan. Dia gembira kerana dapat menghirup udara segar di dunia luar. Mulai hari itu, dia menjalani kehidupannya yang baru bersama seorang puteri sulungnya yang diberi nama Nurul Fatini. Dia gembira dapat melihat dan mendukung anaknya itu selama beberapa tahun dia menunggu. Dia sedar setiap ujian yang Allah berikan kepada mana-mana hamba yang dikehendakiNya, ada hikmah disebaliknya.
            Dia bangga menjadi seorang Islam dan memahami maksud Islam yang sebenarnya. Jika didalami dan dipelajari seluasnya, seseorang Muslim itu akan kuat dan tidak gentar menghadapi ujian yang diberikan. Itulah kekuatan yang patut ada ketika hendak berhijrah dari satu tempat ke satu tempat atau dari yang baik menjadi yang lebih baik.
            “Selepas nie, kita pergi melawat kubur ayah. Lepas tu, abang nak bawa isteri abang nie membeli-belah agar selepas nie dia akan terus kelihatan cantik seperti bidadari” kata Fauzul.
Inilah Cinta Hijrah Fauzul dan Farhanah. Berhijrahlah, kerana ia suatu pengorbanan dan pembawa kebaikan.
WASSALAM.....
IDEA ASAL: NUR ZULAIKHA SYAKIRAH
           

Zain Bikha-Denn il Islam (I AM A MUSLIM)

Deen-il-Islam

By : Zain Bhikha

By: (Linda Gcwensa & Zain Bhikha)

If you ask me, why do I stand here,
So unafraid of everything around me.
Proudly I would say, I am a Muslim.
If you ask her, why does she dress that way,
All covered up in a world that gives it all away.
Proudly she would say, I am a Muslim.

Chorus:
Deenil Islam deeni Wala ‘ardab gheiru deeni Muhammad elli hadeeni Nourel iman x 2

If you ask me, surely this cannot be,
You give your wealth so free, and you say your life is charity.
It ain’t hard to see, I am a Muslim.
If you ask him, why does it hurt so,
When he sees injustice, even though it’s folks he doesn’t know,
With tears in his eyes he says, I am a Muslim.

Chorus

If you ask her, why doesn’t she cry,
There’s no one by her side, she’s the only one that’s left behind.
Patiently she sighs, I am a Muslim.
If you ask him, why does he still pray,
Five times a day when so many others have strayed.
Smiling he would say, I am a Muslim.

Chorus

If you ask me, why do I love you
No matter where you are, we are the greatest Ummah
With the beating of our hearts, we are Muslim.

La-illah-ha-illalah Muhammad-ur-rasullulah
There is only one God
La-illah-ha-illalah Muhammad-al-Mustapha
Muhammad is the messenger
La-illah-ha-illalah Muhammad-ur-rasullulah
There is only one God
La-illah-ha-illalah Muhammad-al-Mustapha
Muhammad is the messenger

More Lyrics at: MuslimLyrics.com