Pages

Labels

Followers

Thursday, November 25, 2010

GREEN TAQWA



BAB PERTAMA:         BIDADARI

            Kelihatan sebuah lori besar masuk ke Kampung Cempaka. Ramai penduduk kampung memandang lori tersebut yang membawa banyak perabot. Tidak jauh dari rumah penghulu kampung, Haji Ismail, terdapat sebuah rumah banglo besar yang sudah siap sepenuhnya sejak dibina beberapa bulan yang lepas.
            Lori tersebut berhenti di hadapan rumah tersebut. Rupa-rupanya, pemilik rumah tersebut akan mula tinggal di sana pada hari itu.
            “Abang! Tolong angkat barang nie. Berat sangat.” Kata Amira sedang mengangkat kerusi.
            “Abang tengah sibuk nie” jawab Haziq.
            Kedatangan ahli baru dalam kampung itu mengembirakan hati penghulu kampung. Namun, terdapat segelintir penduduk menunjukkan wajah kurang senang dengan kedatangan mereka. Hal ini kerana, keluarga Haziq berasal dari bandar.
            “Tengok lah tu, orang bandar tinggal kat kampung kita. Entah budaya apa yang mereka bawa kat kampung kita nie” kata salah seorang penduduk kampung.
            “Abang, kenapa orang kat sini pandang kita semacam je?” tanya Amira.
            Haziq tidak menjawab soalan adiknya. Dia sibuk mengangkat barang. Pak cik Azman, ayah kepada Haziq dan Amira pula sibuk berkenalan dengan penduduk kampung. Wajah ceria sentiasa terpancar di wajahnya.
            “Besar juga rumah nie kan bang? Kalaulah mak dapat lihat rumah baru ini kan bagus” kata Amira.
            “Sudahlah Mira, pergi angkat barang yang lain. Abang nak pergi tingkat atas kejap” kata Haziq.
            Haziq menuju ke tingkat atas sementara Amira keluar dari rumah. Haziq membuka tingkap biliknya. Dia teringat akan arwah ibunya yang meninggal dunia sejak beberapa minggu yang lalu.
            Tiba-tiba, dari tempat Haziq berdiri dia ternampak seorang perempuan bertudung hijau di sebalik pokok. Perempuan tersebut menarik perhatian Haziq. Tetapi, Haziq tidak nampak wajahnya kerana pokok tersebut menghalang pandangannya.
            “Ish, tak nampak lah pulak” bisik Haziq.
            Perempuan tersebut berpakaian baju kurung hijau dan sedang duduk di bangku berdekatan dengan pokok rambutan.
            Selesai memunggah barang dari lori, Haziq dan Amira baring di atas katil masing-masing kerana kepenatan. Sementara ayah mereka pula sibuk menyimpan barang-barang yang lain.
            Beberapa minit kemudian, azan maghrib berkumandang dari surau berdekatan. Haziq membuka tingkap biliknya dan memerhati keadaan di luar. Ramai penduduk kampung menuju ke surau.
            “Bosan nye tinggal kat kampung. Best lagi kat bandar” kata Haziq.
            Pada keesokan harinya, Haziq bercadang untuk bersiar-siar di sekitar kampung. Ternyata, rumah Haziq sahaja yang berdindingkan simen dan besar berbanding dengan rumah penduduk kampung yang lain hanya berdindingkan kayu. Haziq bangga dengan ayahnya.
            Dia berjalan seorang diri menuju ke sebatang sungai terletak tidak jauh dari rumahnya. Keluarga Haziq menhambil keputusan untuk menetap di kampung kerana permintaan arwah ibunya. Namun, hasrat ibunya untuk tinggal di kampung tidak tercapai kerana ibunya menghidap penyakit kronik sehingga meragut nyawanya.
            “Bosannya, semua berlantaikan tanah. Tak ada jalan tar ke kat sini? Miskin betullah” kata Haziq sambil menghentakkan kakinya. Sejak kematian ibunya, Haziq sering berasa kesunyian.
            Tiba-tiba, dia ternampak sekumpulan budak sedang membaling batu ke arah sesuatu. Haziq berjalan menghampiri kumpulan tersebut. Rupa-rupanya, budak-budak tersebut membaling batu ke arah dua ekor anak kucing. Dengan sekuat hati, Haziq menjerit ke arah budak-budak tersebut.
            “Woi! Apa yang kamu buat tu ha budak kampung? Kamu nak bunuh kucing tu ke?” jerit Haziq dengan nada keras.
            Budak-budak tersebut lari setelah melihat kehadiran Haziq.
            “Ingatkan orang bandar je yang kejam, rupa-rupanya orang kampung kejam jugak” bisik Haziq.
            Dia menghampiri anak kucing tersebut. Anak kucing tersebut berlumuran darah. Haziq berasa kasihan akan kucing-kucing tersebut lalu membawa mereka balik ke rumah. Tanpa disedari, seseorang telah melihat perbuatan Haziq di sebalik pokok.
            Setibanya di rumah, Haziq terus mengambil peti kecemasan.
            “Nasib baik aku ahli PBSM, tahu lah cara nak merawat sikit” bisik Haziq. Semasa Haziq hendak merawat dua ekor kucing tersebut, datang beberapa orang kampung ke rumahnya.
            “Hoi, kamu kan yang mencederakan kucing tu!” jerit salah seorang pemuda. Di belakang pemuda itu, budak-budak yang mencederakan kucing-kucing tersebut.
            Belum sempat Haziq menjawab soalan pemuda itu, tiba-tiba datang seorang budak perempuan.

            “Bukan dia yang mencederakan kucing tu, saya sendiri nampak dengan mata saya sendiri. Budak-budak tu yang baling batu ke arah anak kucing tu tadi” kata perempuan tersebut dengan tenang.
            Pandangan pemuda itu dan Haziq tertumpu pada perempuan yang berbaju hijau itu.
            “Aisyah rupanya, jadi budak-budak ini berbohong lah ye? Pandai kamu semua menfitnah orang lain” kata pemuda tersebut yang merupakan abang kepada budak-budak tersebut.
            “Ye Bang Irsyad, saya sendiri nampak.” Balas perempuan itu.
            Haziq terdiam seketika apabila memandang wajah perempuan tersebut. Tanpa disedari, botol ubat yang tumpah pun lansung tidak disedarinya.
            “Bidadari datang menyelamatkan aku” bisik Haziq.
            Perempuan itu memandang wajah Haziq, kemudian dia beredar dari situ.
            “Maafkan abang. Tak sangka budak-budak ini menfitnah kamu. Kamu semua, mintak maaf cepat kat abang tu” kata Abang Irsyad sambil menunjukkan arahan kepada adik-adiknya.
            “Maafkan kami” kata budak-budak tersebut dengan serentak.
            Setelah beredar, Haziq mencari perempuan tadi. Tanpa disedarinya,dua ekor anak kucing yang dirawatnya sudah nyenyak tidur.
            “Eh? Tidur? Baru je kejap aku tinggalkan korang” . Dia kemudiannya meletakkan anak-anak kucing itu ke dalam kotak. Dia bercadang untuk menjaga mereka.
Pada malam itu, Haziq menceritakan kepada adiknya tentang perempuan yang menyelamatkannya dari difitnah dan juga dua ekor anak kucing yang dijumpainya.
“Abang rasa, orang kampung kat sini semuanya hormat kat perempuan itu. Agaknya, dia tentu bidadari kampung nie” kata Haziq dengan penuh yakin.
“Cantik sangat ke budak perempuan itu bang?” tanya Amira. Haziq tidak menjawab, malah berada di alam khayalannya.
“Khayal lah tu, tak dapat tengok perempuan cantik” kata Amira.
Pada hari itu, ayah mereka balik lewat kerana urusan pejabat yang banyak. Esok, Haziq dan Amira akan memulakan persekolahan mereka di sekolah menengah kampung tersebut.




BAB KEDUA  :           MENEMUI USTAZ ZAMRI

Haziq bangun daripada tidurnya tepat pada jam enam pagi. Dia membuat sarapan pagi sementara ayahnya sedang tidur kerana balik lewat semalam.
“Awal betul abang bangun hari nie? Semangat betul nak ke sekolah” kata Amira sambil menggosokkan matanya.
“Yelah, kita kan mula bersekolah balik hari ini. Sebab tu lah abang bangun awal”
Haziq bersiap-siap untuk pergi ke sekolah. Dia mencapai basikalnya dan terus mengayuh menuju ke sekolah barunya.
“Baiklah murid-murid, hari ini ada pelajar baru yang akan belajar di sekolah kita. Memandangkan dia pelajar baru, jadi cikgu mahu kamu semua memberikan sedikit tunjuk ajar pada dia” kata guru Tingkatan 4E.
Haziq masuk ke kelas barunya dengan penuh semangat. Akan tetapi semangatnya hanya membara seketika.
“Hai, nama saya Haziq bin Yusuf. Em..apa khabar semua?”
“Kalau nak perkenalkan diri pun, bagilah salam dulu” kata seorang pelajar perempuan yang duduk di hadapan kelas.
Haziq tunduk dengan rasa malu. Dia merasakan kedudukannya di sekolah itu amat rendah kerana ini kali pertama dia bersekolah di sekolah agama.
Selepas sesi persekolahan, Haziq terus mencapai basikalnya. Tiba-tiba, dia terserempak dengan perempuan yang pernah membantunya tempoh hari.
“Awak?? Awak sekolah kat sini?” tanya Haziq dengan terkejut.
Perempuan tersebut terus mencapai basikalnya dan beredar meninggalkan Haziq tanpa menjawab pertanyaan Haziq. Namun, Haziq berasa sangat gembira kerana dia tahu bahawa budak perempuan itu berada di tingkatan tiga setelah melihat warna tudung yang dipakainya.
Allah huak’bar Allah....Huak’bar! azan Asar berkumandang dari surau sekolah. Ramai pelajar terutamanya pelajar lelaki bergerak menuju ke surau tersebut. Kecuali Haziq yang masih berdiri bersama basikalnya.
“Alamak, aku terlupa. Ini sekolah agama. Kalau mereka tengok aku tak solat, habis lah aku” bisik Haziq.
Dia meletakkan kembali basikalnya dan terus menuju ke surau. Di tempat mengambil wudhuk, Haziq memerhati pelajar lelaki di situ mengambil wudhuk. Kemudian, gilirannya tiba untuk mengambil wudhuk.
“Haziq, kenapa kamu ambil wudhuk bermula dari tangan?”tanya Ustaz Zamri yang kebetulan muncul di sisi Haziq.
Haziq hanya mampu tersenyum. Akhirnya dia mengaku bahawa dia tidak tahu mengambil wudhuk. Ustaz Zamri mengajar Haziq tentang cara-cara mengambil wudhuk. Selesai solat asar, Haziq terus berlari keluar dari masjid. Dia takut Ustaz Zamri mencarinya.
“Fuh! Nasib baik sempat”
Haziq terus mencapai basikalnya dan pulang ke rumah. Ternyata dia takut kepada orang yang bernama “ustaz”.
Setibanya di rumah, dia terus baring di katilnya. Dia berasa bosan pada hari pertama persekolahan. Dulu, semasa di sekolah lamanya, dia selalu didekati oleh pelajar perempuan dan berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Inggeris. Tetapi kini, dia belajar di sekolah agama.

BAB KETIGA:                        PERTEMUAN

Seminggu telah berlalu, tanpa disedari telah masuk bulan Ramadan. Semua umat Islam menjalani ibadah puasa. Pada pagi itu, Amira bangun lebih awal daripada kebiasaan. Dia menyediakan makanan untuk bersahur.
“Ayah, bangun lah. Dah pagi nie, sahur” kata Amira sambil menunjukkan jam loceng.
Sejak belajar di sekolah menengah agama, Amira serba sedikit belajar ilmu agama daripada kawan-kawannya. Dia mengakui bahawa dia tidak pernah mengetahui tentang ilmu agama.
            “Abang kamu mane?”tanya Ayahnya.
            “Dah puas adik kejutkan dia, tak bangun-bangun” jawab Amira.
            Allah Huakh’bar Allah...Huakh’bar...azan Subuh telah berkumandang. Namun, Haziq masih lagi nyenyak tidur.
            Setibanya Haziq ke sekolah, dia berjalan ke blok tingkatan tiga. Tujuannya untuk melihat wajah perempuan yang ‘idaman’ nya. Sepanjang perjalanannya, ramai pelajar yang ketawa dan ada yang berbisik sesama sendiri.
            “Tengoklah pelajar baru tu, dia bawak bekal ke sekolah” bisik salah seorang pelajar perempuan.
            Haziq berasa hairan. Selepas loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat, semua pelajar menuju ke surau. Haziq berasa semakin hairan kerana kebiasaannya, mereka akan bergerak ke kantin.
            “Kenapa kantin tutup hari ini?” tanya Haziq sambil membawa bekalnya.
            “Assalamualaika...” Haziq terdengar suara seorang perempuan memberi salam.
            Setelah Haziq menoleh, dia terkejut melihat perempuan ‘idaman’ nya berada di belakangnya.
            “Tak pergi masjid ke abang? Apa yang abang bawak tu?” tanya perempuan tersebut. Inilah kali pertama perempuan tersebut bercakap dengan Haziq.
            “Buat apa kat masjid? Ini bekal makanan. Kenapa pulak kantin tutup hari ini? Semalam buka kan?” tanya Haziq kembali.
            “Astaghfirullahalazim, abang tak tahu ke hari ni dah masuk bulan Ramadhan. Sebab tu lah semua orang pergi ke masjid dan kantin tutup hari ini” jelas perempuan tersebut.
            Beberapa minit kemudian, datang Ustaz Zamri dari bilik guru.
            “ Haziq? Apa yang kamu buat kat sini? Kamu tak pergi ke masjid ke menunaikan solat Dhuha?” tanya Ustaz Zamri.
            “er...” Haziq membisu setelah melihat kehadiran Ustaz.
            “Aisyah, kamu pulak buat apa kat sini?” tanya Ustaz.
            “Saya nak hantar buku, saya terserempak dengan senior. Terus saya bertanya kenapa dia tidak mengikuti pelajar-pelajar lain ke masjid” jelas Aisyah.
            “Aisyah..akhirnya aku tahu namanya” bisik Haziq.
            Ustaz Zamri menyuruh Haziq pergi ke biliknya, sementara Aisyah menghantar buku di bilik guru. Sepanjang waktu pembelajaran, Haziq tiada di dalam kelas kerana dipanggil Ustaz Zamri.
            “Kenapa sejak kamu berpindah ke sekolah ni, kamu sering  mengasingkan diri dari semua pelajar? Kadang-kadang, ustaz selalu nampak kamu ponteng solat dan larikan diri dari ustaz.” Tanya ustaz Zamri dengan wajah yang menyeramkan.
            Menurut rakan-rakan Haziq, Ustaz Zamri seorang ustaz yang suka berjenaka dan ramah orangnya. Dia selalu mengambil berat tentang masalah para pelajarnya.
            Haziq membisu dan tidak memandang muka ustaznya.
            “Kenapa kamu tak pandang ustaz? kacak sangat ke? Budak perempuan kat sini selalu cakap ustaz kacak, tapi tak kan sampai kamu tak nak pandang muka ustaz nie.” Ustaz berjenaka dengan  Haziq untuk mengambil hatinya supaya memberitahu masalahnya.
            “Saya belum menyesuaikan diri lagi kat sekolah agama ini” Haziq bersuara.
            “Tapi kenapa adik kamu dapat? Mustahil kamu sebagai seorang abang masih belum dapat menyesuaikan diri?” Kata ustaz. Namun, Haziq membisu.
            Selepas waktu persekolahan tamat, Ustaz berpesan kepada Haziq agar pergi ke masjid kampung pada setiap malam untuk menunaikan solat terawih.
            “Alamak! Malu betul lah aku hari ni! Terserempak pulak dengan dia! Terserempak lagi dengan ustaz!” bisik Haziq lalu mencapai basikalnya.
            Pada malamnya, Haziq pergi ke masjid atas arahan ustaznya. Dia memakai baju melayu biru.
            “Eh? Abang nak pergi masjid? Abang mimpi ke? Dah taubat?” kata Amira sambil ketawa.
            “Ustaz abang yang suruh, kamu nak ikut ke?” pelawa Haziq.
“Tak nak, adik cuti” jawab Amira.
Dalam perjalanan ke masjid, Haziq terserempak dengan Aisyah yang berbaju kurung hijau. Dia berjalan bersama seorang perempuan tua.
Setelah sampai di masjid, jantung Haziq mula berkoncang kuat.
“Matilah aku...matilah aku....” bisik Haziq.
Di hadapan masjid, Ustaz Zamri sudah pun menunggu kedatangan Haziq sambil duduk di sebuah kerusi. Di tangan Ustaz Zamri, terdapat sebatang rotan panjang. Ramai para jemaah berasa hairan dengan kelakuan Ustaz Zamri pada malam itu.
“Alhamdulillah, akhirnya kamu datang juga wahai Haziq” kata Ustaz Zamri sambil tersenyum lebar.
Sebelum waktu Isyak masuk, Ustaz Zamri duduk di luar bersama Haziq.
“Pertama sekali, ustaz nak tanya, kamu takut ke?”
“Takut”
“Soalan kedua, kamu pernah bersolat?”
“Pernah, pada hari pertama. Sekali itu je”
“Soalan ketiga, kamu pernah berpuasa?”
“Pernah, hari ini je.Itu pun bekal pagi tadi tak dimakan dan berlapar sampai waktu berbuka ”
“Soalan keempat, kamu tahu berwudhuk?”
“Tahu, itu pun ustaz yang ajar pada hari tu. Tapi sekarang dah lupa”
“Soalan kelima, kamu tahu membaca quran?”
“Tahu, setakat alif , ba , ta je”
“Soalan keenam, kamu suka siapa?”
“Aisyah”
Dengan sekelip mata, Ustaz menghempaskan rotannya ke lantai. Haziq terkejut kerana dia menjawab semua soalan ustaz dengan penuh kejujuran.
“Bagus, kamu seorang budak yang jujur. Sekarang baru Ustaz tahu siapa orang yang kamu suka” kata Ustaz Zamri sambil ketawa.
Ustaz mencapai begnya dan mengambil sebuah buku. Tebal jugak buku tersebut.
“Ini buku tentang cara-cara solat, puasa, mandi wajib, sejarah, mengambil wudhuk dan lain-lain lagi. Penat ustaz nak listdown semuanya. Ustaz mahu kamu baca buku ni dan setiap hari kamu mesti berjumpa ustaz. Tak kira waktu cuti sekali pun. Kalau tak faham, tanye ustaz. Insyallah, ustaz bantu.” Jelas ustaz Zamri.
Sejak malam itu, Haziq kerap ke masjid dan selalu mempelajari ilmu agama daripada Ustaz Zamri. Beberapa orang pelajar sekolahnya juga turut membantunya. Sejak malam itu juga, dia mengenali ramai penduduk kampung.
Sejak itu juga, dia semakin kerap ke masjid sekolah. Aisyah menyedari perubahan pada Haziq. Hinggalah pada suatu hari.
“Apa? Ustaz Zamri tak datang hari ni?” jerit Haziq di dalam kelas.
“Aku dengar, ustaz demam panas. Tak pe lah, banyak lagi ustaz kat sekolah ni.” Kata Iskandar, kawan rapat Haziq.
“Aku tak biasalah dengan ustaz lain” kata Haziq.

BAB KEEMPAT:                     MENGENALINYA

Selepas waktu persekolahan, Haziq pergi ke rumah Ustaz Zamri.
“Assalamualaikum...ustaz!”
“Waalaikumsalam..kamu rupanya, buat apa kamu kat rumah ustaz nie?”tanya ustaz.
“Saya dengar ustaz demam panas, sebab tu lah saya datang untuk melawat ustaz. Lagi pun saya ada banyak soalan nak tanye ustaz.” Kata Haziq.
“Oh..ingatkan kamu bawak buah tangan tadi. Masuklah.”
Setelah masuk ke dalam rumah, Haziq terkejut melihat rumah ustaz yang sederhana besar itu, segala kelengkapan di dalam rumah itu tersusun kemas.
“Mane isteri ustaz? Ustaz tak pernah cerite tentang keluarga ustaz.”
“Isteri ustaz kat Perak, bekerja sebagai ustazah kat sane. Ustaz pulak mengajar kat sini. Tinggal bersama ibu ustaz.” Jelas ustaz.
Tiba-tiba, keluar seorang perempuan tua dari sebuah bilik. Haziq terkejut melihat perempuan tua tersebut.
“Bukan ke nenek nie yang berjalan bersama Aisyah tempoh hari?” tanya Haziq.
“Itu ibu ustaz, kamu tak tahu lagi ke?”
Haziq menggelengkan kepalanya dan berasa hairan.
“Mungkin kamu tak tahu, sebenarnya Aisyah tu anak yatim piatu. Sejak kecil lagi kehilangan ibu bapa. Penghulu kampung ini yang mengangkat Aisyah sebagai anak sendiri. Penghulu kampung tiada anak. Kadang-kadang, Aisyah pergi ke rumah ustaz dan menemani ibu ustaz. Aisyah tu ustaz anggap macam adik ustaz sendiri” jelas ustaz.
Pilu terasa di hati Haziq setelah mendengar penjelasan ustaz tentang Aisyah. Dia mula mengenang kembali arwah ibunya.
“Sekarang kamu sudah tahu kan? Kalau kamu hendak ambil hati Aisyah, kamu mestilah mempunyai ilmu yang mendalam tentang agama. Sekarang ustaz nak tanya kamu, kamu belajar untuk Aisyah atau untuk diri kamu?”tanya ustaz.
“Maksud ustaz, niat saya? Saya belajar untuk diri saya dan untuk mempelajari ilmu Allah. IlmuNya luas sebab itu Rasulullah menyarankan umatnya supaya menuntut ilmu sebanyak mungkin. Saya tak mahu dipandang rendah oleh sesiapa pun”
“Alhamdulillah, niat kamu memang ikhlas” kata ustaz.
Haziq tersenyum dan bersyukur akan usahanya mempelajari tentang keikhlasan. Haziq menyerahkan kembali buku yang dipinjamnya.
“Kamu dah pun mempelajari bahagian asas. Sekarang, ustaz akan mengajar kamu membaca kitab suci al-Quran. Kamu mesti lebih serius selepas ini” jelas ustaz.
Pada hari itu, Haziq berbuka puasa di rumah ustaznya. Sepanjang malam tersebut, ustaz mengajar Haziq membaca al-Quran. Hanya dalam satu malam, Haziq dapat menghafal surah yassin.
Pada keesokan harinya merupakan hari cuti sekolah. Hanya tinggal beberapa hari sahaja sebelum menjelang Syawal. “Ayah, malam nie kita berjemaah kat masjid. Giliran Ustaz Zamri manjadi imam pada malam nie.” Kata Haziq.
“Baiklah, lagi pun ayah baru je beli sepasang jubah baru”
Sejak Haziq rajin mempelajari ilmu agama, ayahnya juga turut serta. Kadang-kadang dia berasa bersalah kerana kurang memberikan didikan agama kepada anak-anaknya. Pernah suatu ketika, ayahnya dirotan ustaz kerana salah melakukan pergerakan dalam solat. Namun, ayahnya tidak pernah memarahi ustaz.
Bacaan ustaz Zamri memukau hati para jemaah pada malam tersebut. Ini kali pertama Haziq berimamkan Ustaz Zamri. Selepas selesai solat terawih, Haziq duduk bersama ustaz Zamri, Haji Ismail dan Abang Irsyad.
“Tidak lama lagi, Ramadhan akan meninggalkan kita. Esok saya bercadang nak buat usrah selepas subuh. Tapi, siapa nak bagi usrah?” tanya penghulu kampung, Haji Ismail.
“Saya nie jarang berusrah depan orang ramai. Tapi kalau nak cari tajuk, saya boleh bagi.” Kata ustaz Zamri.
“Apa kata, Haziq yang bagi usrah pada esok hari?” Abang Irsyad membuka cadangan.
Haziq terkejut lalu menggelengkan kepala.
“Memberi usrah tak mengira umur mahupun pangkat, lagi pun ustaz pernah ajar kamu kan cara-cara untuk menyampaikan usrah dalam kelas?” kata ustazsambil menggangkat rotannya.
“Tentu Aisyah bangga jika kamu berani memberi usrah pada esok hari” penghulu kampung memberikan semangat untuk Haziq.
Kebetulan, Aisyah berada tidak jauh dari tempat mereka. Dia ketawa sendirian dan beredar bersama kawan-kawannya.
Pada keesokan harinya, Haziq memberanikan dirinya untuk menyampaikan usrah. Seorang anak didik ustaz Zamri. Usrah yang disampaikannya bertajuk “malam lailatul qadar”. Penduduk kampung bangga akan Haziq.
Pada petang harinya,Haziq berehat di sebatang sungai tempat mula-mula dia menjejakkan kaki ke kampung tersebut. Dia membawa kedua-dua ekor anak kucing yang pernah ditemuinya di sana.
“Tentu ibu kamu masih mencari kamu kan? Kalau aku membiarkan kamu kat sini, kamu selamat ke?” tanya Haziq.
Tiba-tiba, Haziq terdengar bunyi loceng basikal. Dia menoleh dan melihat Aisyah.
“Assalamualaika...”
“alaikumsalam...” jawab Haziq.
“Kalau abang nak tahu, ibu kucing tu dah lama meninggal, saya yang meletakkan kucing itu di kawasan ini. Ayah saya alah pada kucing sebab itu saya tak berani menempatkannya di rumah” kata Aisyah.
“Mereka tak ada ibu? Saya rasa, lebih baik saya yang jaga mereka.” Kata Haziq.
Meow...meow...
“Abang seorang lelaki yang baik. Dari mula-mula saya jumpa abang.”
Haziq menggelengkan kepala. Dia gembira kerana itu pertama kali dia dipuji sedemikian.
“Saya tengok awak selalu pakai pakaian bewarna hijau, awak sukakan warna hijau?”tanya Haziq.
“Ye, saya sukakan hijau. Sebab warna hijau melambangkan keindahan, keamanan dan ketakwaan” jelas Aisyah sambil tersenyum.
Perbualan mereka menggembirakan hati Haziq. Namun, kegembiraannya hanya seketika.
“Abang Haziq, selepas ini mungkin kita tak akan dapat berjumpa lagi. Selepas bulan Ramadhan, saya akan berpindah ke Perak. Ustaz Zamri akan jadi pengganti ayah saya nanti.” Jelas Aisyah.
“Kenapa? Saya baru je berpindah kat sini, sekarang awak pulak yang berpindah dari kampung ini. Tak sampai dua bulan kita kenal.” Kata Haziq.
“Itu lumrah kehidupan, setiap permulaan pasti ada penghujungnya. Saya gembira mengenali abang Haziq. Walaupun kita berjauhan, tetapi Allah sentiasa dekat dengan kita.” Kata Aisyah sambil mengalirkan air mata.
“Tapi, kita boleh berjumpa lagi kan? Malam ini?”
“Insyallah” kata Aisyah lalu beredar dari situ.
Selesai menunaikan solat Maghrib, pengumuman Hari Raya Aidilfitri kedengaran.
“Saya mewakili raja-raja mengisytiharkan bahawa, esok merupakan Hari Raya Aidilfitri”

BAB KELIMA :           KEGEMBIRAAN

Laungan takbir bermula pada waktu itu. Namun, Haziq kesedihan. Ramadhan meninggalkan dirinya dan orang yang tersayang juga meninggalkan dirinya.
“Kenapa dengan kamu Haziq?” tanya ustaz Zamri.
“Ustaz rupanya, tak...selepas ini, saya tak dapat berjumpa Aisyah lagi” jawab Zamri.
“Oh..jadi kamu sudah tahu lah ye?” kata ustaz.
Ustaz duduk disampingnya. Dia meletakkan rotannya di hadapan Haziq.
“Kalau kamu tahu, ustaz pun macam kamu. Dulu ustaz jahil bab-bab agama. Kawan-kawan ustaz selalu ketawakan ustaz. Tapi ustaz bersabar. Ustaz berusaha mempelajari ilmu agama. Apabila ustaz bergelar seorang ustaz, ustaz bersyukur kepada Allah. Sampai suatu ketika, ustaz berjumpa dengan isteri ustaz. Setelah beberapa hari berkahwin, ayah ustaz pulak meninggal. Ustaz sedih sangat. Selepas itu, isteri ustaz pulak yang terpaksa berpindah jauh. Ustaz faham perasaan kamu,tapi sekarang bukan masanya kamu untuk memikirkan pasal cinta. Cari cinta Allah, insyallah kamu akan dapat cinta orang yang juga mencintai Allah.” Jelas ustaz.
“Betul kata ustaz, bukan masanya untuk saya mencari cinta manusia” kata Haziq sambil mencapai rotan ustaznya.
Rotan yang pernah memukul punggungnya selama dia belajar ilmu agama. Disebabkan rotan tersebut, dia kini hampir setaraf dengan ustaz Zamri.
“Kamu tak ubah seperti Aisyah, kamu seorang yang cepat belajar. Itu kelebihan kamu” kata ustaz lalu beredar dari situ.
Selesai solat Isyak, Haziq menunggu kedatangan Aisyah.
“Assalamualaika..”
“Alaikumsalam...”jawab Haziq.
“Selepas solat esok,saya akan bertolak” kata Aisyah.
“Saya tahu, oh ye..ini untuk awak” kata Haziq sambil memberikan sesuatu.
“Green Takwa??” tanya Aisyah setelah melihat perhiasan kunci tersebut.
“Saya harap, awak simpan lah baik-baik. Sebagai tanda kenangan dari saya.” Kata Haziq.
“Syukran jazilan..insyallah, saya akan jaganya baik-baik”
“Alamak! Aku tak tahu bahasa arab lah!!” bisik Haziq.
Malam itu merupakan malam terakhir Haziq melihat Aisyah yang berbaju kurung hijau. Pada keesokan harinya selepas solat sunat Hari Raya, ustaz membawa Haziq bersama untuk menghantar penghulu, isteri penghulu dan Aisyah ke lapangan terbang.
“Sampai di sini sahaja, saya harap kamu jaga diri baik-baik. Kamu jugak, Haziq” kata penghulu kampung. Tanpa disedari, ramai penduduk kampung yang datang ke lapangan terbang untuk berjumpa dengan penghulu mereka buat kali terakhir.
            “Kalau ada jodoh,kita akan berjumpa lagi. Assalamualaika..” ucap Aisyah sambil tersenyum.
            “Waalaikumsalam...”jawab Haziq.
Meow..meow...
            “Haziq! Haiwan mane boleh bawak masuk!” jerit ustaz yang terkejut melihat kepala dua ekor anak kucing keluar dari begnya.
            “Ustaz, saya bawak haiwan je. Yang ustaz bawak rotan jugak tu pesal?” tanya Haziq.
            “Ini...ini untuk...buat ape kamu nak tahu?” jawab ustaz.
            Orang kampung tergelak melihat gelagat ustaz Zamri dan Haziq.  Tidak lama kemudian, datang ayah dan Amira ke lapangan terbang.
            “Haziq, lepas nie kita ziarah kubur ibu kamu” kata ayah.
            “Baiklah ayah”
Tiba-tiba, anak-anak kucing yang berada dalam beg Haziq melompat dan berlari-lari sekeliling  lapangan terbang. Semua orang mengelak dari terpijak anak-anak kucing tersebut. Beberapa minit kemudian, lapangan terbang itu menjadi kecoh. Beberapa orang pengawal berlari-lari mengejar kucing tersebut.
Orang-orang kampung membantu menangkap anak-anak kucing tersebut. Dalam kekecohan tersebut, Haziq terpandang wajah Aisyah disebalik cermin yang memisahkan mereka. Aisyah tersenyum sambil ketawa.
“Inilah sebab ustaz bawak rotan! Jangan lari!”kata ustaz
Haziq melarikan diri sebelum dirotan ustaznya. Itulah saat paling gembira dalam hidup Haziq.

“Afwan, ya Aisyah, semoga kita berjumpa lagi”

“Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke hari kematian, Ilmu Allah s.w.t sangat luas, itulah kebesaran ciptaanNya”


Oleh:    Awang Mohamad Razizie Bin Awang Yusuf
Idea     :           “Green Takwa”







           

Zain Bikha-Denn il Islam (I AM A MUSLIM)

Deen-il-Islam

By : Zain Bhikha

By: (Linda Gcwensa & Zain Bhikha)

If you ask me, why do I stand here,
So unafraid of everything around me.
Proudly I would say, I am a Muslim.
If you ask her, why does she dress that way,
All covered up in a world that gives it all away.
Proudly she would say, I am a Muslim.

Chorus:
Deenil Islam deeni Wala ‘ardab gheiru deeni Muhammad elli hadeeni Nourel iman x 2

If you ask me, surely this cannot be,
You give your wealth so free, and you say your life is charity.
It ain’t hard to see, I am a Muslim.
If you ask him, why does it hurt so,
When he sees injustice, even though it’s folks he doesn’t know,
With tears in his eyes he says, I am a Muslim.

Chorus

If you ask her, why doesn’t she cry,
There’s no one by her side, she’s the only one that’s left behind.
Patiently she sighs, I am a Muslim.
If you ask him, why does he still pray,
Five times a day when so many others have strayed.
Smiling he would say, I am a Muslim.

Chorus

If you ask me, why do I love you
No matter where you are, we are the greatest Ummah
With the beating of our hearts, we are Muslim.

La-illah-ha-illalah Muhammad-ur-rasullulah
There is only one God
La-illah-ha-illalah Muhammad-al-Mustapha
Muhammad is the messenger
La-illah-ha-illalah Muhammad-ur-rasullulah
There is only one God
La-illah-ha-illalah Muhammad-al-Mustapha
Muhammad is the messenger

More Lyrics at: MuslimLyrics.com