Pages

Labels

Followers

Monday, February 28, 2011

MALIQUE FEAT RABBANI-PERANG DAH TAMAT...

Lirik Lagu Perang Dah Tamat Malique ft. Rabbani

[Tun Dr. Mahathir - Intro]
The world now lives in fear.
We are afraid of everything.

[Rabbani - Korus]
Alhamdulillah
Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena
Jangan buka mata
Realitinya sungguh berbeza

[Malique]
Berita yang ditunggu
Kini sedang tersebar
Seluruh umut manusia
Boleh tersenyum lebar
Perang sudah tamat
Terpampang di dada akhbar
Senjata dah dilucutkan
Malahan dibakar

Jalan dah dibuka
Bekalan dah dihantar
Pengawal sempadan bersalaman
Dan bergambar
Tiada lagi askar-askar luka
Main kejar-kejar
Kerna dunia tidak lagi perlukan pendekar

Bumi berhenti bergetar
Tak perlu rasa gentar
Tiang dah dipacakkan
Bendera berkibar
Yang sembunyi keluar
Dah bersinar di luar
Burung besi pulang
Yang sebenar legar-legar

Langit koyak dah ditampal
Tiada halilintar
Laut merah pudar
Jala kembali ditebar
Di desa bunga mekar
Di bandar bangunan tegar
Bunyi mercun
Bunga api gantikan bunyi bom dan mortar
Apakah benar?
Perang dah tamat

[Ulang Korus]

Perang sudah tamat
Kita jadi buta warna
Lihat kulit manusia
Semuanya sama saja
Pembunuhan
Permusuhan
Semua syak wasangka
Harus dihentikan
Berkuatkuasa serta merta

Piagam Madinah dihidup dan dijana
Semua agama Ibrahim aman hidup bersama
Perang cuma tinggal kata dalam kamus lama
Tak disebut
Tak diguna
Tak lagi dicari makna

Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebiji peluru
Dapat sebatang cigar
Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebatang senapang
Dapat sebiji gitar

Mereka kata tidak mungkin
Aku balas benar
Cuba tutup mata
Baca risalah diedar
Perang sudah tamat
Ku nyanyi separa sedar
Perang sudah tamat
Maaf bukan cerita sebenar

[Ulang Korus]

[Rabbani - Bridge]
Uthrul Horriyah
Auqifull Haq

[Malique]
Hari-hari tengok berita buruk jam lapan
Hari-hari tengok saudaraku berbunuhan
Bukankah mengambil nyawa itu kerja Tuhan
Bukan aku
Bukan kamu
Ajal Dia yang tentukan

Ada Torah
Zabur
Injil
Ada Quran
Kalau Iqra’
Tiada ibu-bayi mati berpelukan
Ada I-Ching
Ada Tipitaka
Ada Veda
Habis baca semua
Baru sedar kita tiada beza

Kita manusia
Lain nama dan fizikal
Persamaan utamanya kita akal
Biar haiwan saja bersifat territorial
Ok, hypothetical – tiada peta politikal

Saya orang aman
Saya bukan orang jahat
Saya benci perang
Saya rela bersahabat
Nyanyi lagu damai
Satu dunia ikut rapat
Sambil tunggu hari Osama dan Obama berjabat

[Ulang Korus 2X]

[Tun Dr. Mahathir - Outro]
War must therefore be made illegal.

Thursday, February 17, 2011

Jangan yakin pada masa..

Assalamualaikum wbt....masa itu emas. itulah pepatah yang selalu kita dengar. Sering digunakan dalam kehidupan seharian untuk menfaat kita sendiri supaya kita bijak mengurus masa dengan sebaiknya. Namun, saya tidak bersetuju dengan pepatah "masa itu emas" kerana, emas masih lagi dapat dibeli dengan wang. Ramai yang menyalah anggap tentang kewujudan masa. Allah menjadikan masa itu berdetik tanpa ada "Pause" atau berhenti buat seketika. Orang yang pertama mencipta jam juga berkata, setiap jam yang berfungsi itu tidak akan berhenti seketika kecuali ia kehabisan tenaga. Alat pengukur masa seperti jam pasir juga membuktikan bahawa pasir yang jatuh itu tidak akan berhenti sedikit pun. Setelah saya menyatakan bahawa masa tidak ada "pause", sudahkah anda menyedari akan sesuatu? Ya, saya ingin menyatakan, masa untuk kita bertaubat masih lagi berdetik. Tetapi, ia boleh berhenti secara tiba-tiba dengan kehendak Allah SWT...ingatlah semula, masa tetap berdetik. 1 saat menjadi 1 minit, kemudian 1 minit menjadi 1 jam kemudian 1 jam menjadi 1 hari, 1 hari menjadi seminggu, dan seterusnya. Akan tetapi, ingatlah....tik tok tik tok....ia boleh terhenti ...bila-bila masa sahaja...

Saturday, February 12, 2011

Kembara seorang lelaki

Salam buat semua...

Titik permulaan kehidupan bermula dengan tangisan seorang bayi...kemudian kedengaran suara seorang ayah melaungkan azan di telinga kanan dan ada juga kedengaran laungan iqamat di telinga kiri. Tanpa perlu mengucap dua kalimah syahadah, Islam menjadi agama buat selamanya. Ketika kaki sudah dapat melangkah dan berlari, mulalah dunia ini untuk diterokai dan dilawati. Harapan dalam hati supaya ilmu Allah yang luas ini dapat dipelajari dengan sifat tunduk dan takut akan kekuasaan serta kebesaranNYA. Ketika umur meningkat dan berada di alam cukup umur, pelajaran semakin menjadi sukar dan payah. Namun, ia perlu dihadapi jua untuk kehidupan masa akan datang. Solat dan Puasa mula dipelajari dan diamal selalu kerana itu perintah Allah. Sebagai seorang lelaki, tiada alasan untuk meninggalkan solat. Tidak seperti kaum wanita. Ketika umur semakin meningkat, minda dan akal juga semakin matang. Asyik memikirkan bab-bab percintaan di dunia. Cinta kepada pekerjaan, pelajaran, keluarga dan juga kekasih itu semuanya keperluan diri di dunia. Namun, Cinta kepada Tuhan tetap terus terikat sampai mati. Tibalah masa untuk berkahwin dan mendapat cahaya mata bagi penerus waris. Segala ilmu yang dipelajari sebelum ini diajar kembali kepada anak-anak. Ilmu yang diajar tidak kurang sedikit pun kerana harapan bagi seorang lelaki yang bergelar ayah itu teramat besar. Ingin melihat anak-anak mereka menjadi insan yang berguna di dunia dan juga di akhirat. Sebelum ini, ayah yang melaungkan azan untuk kita, kini kita pula yang melaungkan azan untuk anak kita. Fikirkanlah, masa akan berulang walaupun sebenarnya berbeza pada zahirnya. Kita akan mengalaminya jika diberi peluang oleh Allah SWT. seterusnya, apabila kita menghampiri penyakit yang tiada ubatnya di dunia yakni Mati, ingatlah. Syurga atau neraka tempat tinggal kita yang seterusnya...

Friday, February 11, 2011

Maulid Nabi (1 MALAYSIA 1 UMMAH)

Siti Aminah binti Wahab adalah bonda Rasulullah yang suci. Pada saat itu ialah malam isnin 12 Rabiul awal 570 masihi, dengan kehendak Allah yang telah mengatur segala peristiwa di alam ini lahirlah seorang bayi lelaki yang amat elok rupanya dan sihat tubuh badannya. Siti Syifa' selaku bidan terus menyambut bayi yang comel dan sihat itu lalu membersihkan badan Rasulullah dengan air. Kain putih yang bersih menutupi tubuh Rasulullah pada ketika itu.

Semasa kelahiran Rasulullah, banyak perkara yang tidak dapat diduga oleh manusia berlaku pada ketika itu. Keajaiban itu terjadi di seluruh alam. Bermula daripada penglihatan anak mata Siti Syifa hinggalah ke tepi dunia dan ke lapisan langit yang ke tujuh.

Peristiwa yang aneh dan pelik ini dapat di saksikan oleh ibu Abdul Rahman bin Auf. Nabi Muhammad Ketika di lahirkan tidak menangis seperti bayi-bayi yang lain. Baginda hanya bersin semasa kelahirannya. Sama lah yang terjadi kepada bapa kita Nabi Adam as ketika Allah memasukkan roh ke dalam badannya. Dan setelah baginda hidup dan bernafas, tiba tiba beliau bersin.

Rumah Abdul mutalib hanya diterangi dengan cahaya pelita semasa Siti Aminah mahu melahirkan anak sulungnya itu. Tetapi sebaik saja Rasulullah dilahirkan, secara tiba-tiba rumah menjadi terang seperti disuluh oleh lampu yang memancar terang.

Di luar rumah Abdulah itu pula, kelihatan semua berhala yang berdiri megah di sekeliling ka'abah semuanya tumbang seperti ditolak oleh satu tenaga yang kuat dari arah ka'abah.

Peristiwa aneh dan luar biasa berlaku di tempat yang jauh pula ialah api (tidak pernah padam) di Parsi yang menjadi pujaan rakyat Parsi yang beragam Majusi tiba tiba padam dan istana Maharaja Farsi, Kisra pula bergoncang kuat.

Manakala di atas langit pula, para malaikat sibuk bercakap tentang kelahiran insan agung yang akan membawa obor (Cahaya kebenaran) menerangi seluruh umat manusia yang sedang bergelombang hidup dalam kesesatan.

Renungilah kejadian ini sebaiknya....

Thursday, February 3, 2011

Dari lawan....ke kawan....

Seperti yang telah ku jangkakan....Fernando Torres akan meninggalkan kelab Liverpool suatu hari nanti, dan akhirnya...dia betul2 pindah!!! aku nak konsi babak2 manarik Torres sewaktu dia menjadi musuh utama Chelsea...




KINI...MENJADI KAWAN....



fernando Torres menyarung jersi Chelsea ...kit number 9 !!

Aku nak share link untuk korang semua...

Aku tak tau nak tulis ape,,,lebih baik aku shre link untuk korang..link yg paling aku selalu kunjungi kalau time nak bukak internet...

***kalau nak download lagu anime atau jepun yang latest2...tapi kene daftar dulu laa...

http://gendou.com/

***kalau nak cari komik terbaru

http://www.gempakstarz.com/

***nak download anime wallpaper terkini

http://konachan.com/ (klik dekat browse)

***nak cari game terbaru (semua konsol)

http://asia.gamespot.com/

***Berita bolasepak terkini

http://soccernet.espn.go.com/?cc=4716

***bagi yang main the sims 3...nie pulak tempat download addon

http://www.modthesims.info/ (daftar dulu)

***satu lagi....taip kat google..." Fresh Prince Creation " (aku tak dapat buka sebab slow sangat...ish)

Baru dapat Psp 2000...ade lagi yang baru nak keluar....eish!!

Aku baru hepi bile dapat PSP 2000 warna putih dulu,,bila aku cek web balik...ade lagi psp baru yang keluar!! bukan PSP-GO...tapi PSP 2!!!!NGP (Next Generation Portable)...style gile die punye grafik!!!

kalau nak tengok detail die...visit this website:


http://www.digitaltrends.com/gaming/psp-2-unmasked-as-sony-ngp-next-generation-portable/

Hari jadi yang bermakna

Salam...wa..pejam celik2....dah tua rupanya aku nie! eish...tak terasa dah masuk bulan 2 2011....rasa macam mimpi je...tapi tak pe, Allah SWT itu Maha Berkuasa atas segalanya, kita harus menerima dengan hati yang terbuka atas apa yang telah terjadi...aku rasa baru semalam aku menjadi seorang budak dan hari nie aku dah terasa dewasa. selepas nie, perjalanan yang sebenar akan bermula bagi hidupku. Walaupun kek belum aku makan, (Insya-Allah hari nie baru nak makan), aku rasa gembira. Hahaha!! selepas sekolah buka nanti, banyak present yg datang walaupun aku dh tue!! (org cakapla)...pasni aku nak susun hidup aku sebaik-baiknya..Buang yang keruh ambil yang jernih...aku nak mulakan hidup baru dengan azam befday yg baru...doakan ye..peace!

Wednesday, February 2, 2011

ANTARA BULAN DAN MATAHARI

EIZYCREATION 2011 MEMPERSEMBAHKAN….



ANTARA BULAN DAN MATAHARI (FEBRUARI 1)



Allah SWT Maha Kuasa dalam menciptakan akan sesuatu. Dia lebih mengetahui hikmah disebalik ciptaanNya sendiri daripada kita. Pernahkah kita bersyukur akan apa yang telah diberikan kepada kita selama ini? Samada baik ataupun sebaliknya?

Nur Syamimi ialah nama yang telah diberikan kepada anak sulung bagi pasangan Hussein dan Norazimah. Kegembiraan bagi pasangan tersebut tidak dapat digambarkan dengan raut wajah mereka. Mereka bersyukur kerana telah dikurniakan seorang bayi perempuan yang comel dan sihat. Titik permulaan hidup mereka sebagai satu keluarga bermula pada hari kelahiran Syamimi.

Ramai yang tidak menyedari, Allah SWT Maha Mengetahui sesuatu yang kita tidak jangkakan sendiri. Allah SWT boleh mengubah sesuatu mengikut kehendakNya tanpa perlu dipersetujui oleh sesiapapun. Sepotong ayat dalam surah Yassin telah menyatakan, “Maka jadi, jadilah”.

Semuanya telah disedari oleh Hussein dan Norazimah apabila Syamimi menjangkau usia 1 tahun. Suatu hari, Hussein ingin membawa Syamimi keluar rumah buat pertama kalinya pada waktu tengahari. Apabila Hussein melangkah keluar, dia terkejut melihat Syamimi menangis tanpa henti. Asap jelas kelihatan daripada tubuh Syamimi.

“Ya Allah, apa sudah berlaku? Kenapa jadi macam nie?” Tanya Hussein lalu masuk ke dalam rumah kembali. Syamimi menangis sekuat hati sehinggakan Norazimah dapat mendengar suaranya dari tingkat atas. Wajah Syamimi melecur sedikit bagaikan terkena api yang menyala marak. “Abang, apa sudah berlaku? Kenapa Syamimi jadi begini?” Tanya Norazimah lalu mengambil Syamimi daripada pangkuan suaminya.

“Abang pun tak tahu, tadi abang nak bawa dia keluar sekejap. Lalu dia jadi begini” jelas Hussein. Tanpa melengahkan masa, Hussein bercadang untuk membawa Syamimi ke hospital. Apabila membawa Syamimi keluar dari rumah, badannya ditutupi dengan kain tebal atas permintaan Norazimah.

Dalam perjalanan, Norazimah mula mengalirkan air mata. “Abang, doakan anak kita tak apa-apa” pinta Norazimah. Hussein masih fokus memandu.

Setibanya di hospital, doktor mendapati Syamimi menghidapi sejenis penyakit misteri. Ia datang tanpa diduga. Sejak hari itu juga, doktor mencadangkan Syamimi tinggal di hospital untuk pemantauan lanjut.

Tiga tahun kemudian, Hussein dan Norazimah dikurniakan seorang lagi bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Aqmal. Kehadiran Aqmal dalam keluarga dapat mengubati rasa rindu kepada Syamimi yang masih berada di hospital. “Comel kan anak kita bang?” kata Norazimah. Hussein hanya menggangguk. Dalam kegembiraannya itu, masih terdapat kedukaan yang tidak dapat dilupakan.

“Abang harap, dia akan seperti kanak-kanak lain. Amin” doa Hussein. Beberapa tahun sudah berlalu, kehidupan Hussein dan Norazimah ternyata semakin sukar. Norazimah terpaksa berhenti kerja demi menjaga anak sulungnya, Syamimi di hospital. Hussein pula terpaksa bekerja lebih masa untuk mencari rezeki bagi menampung pembayaran hospital dan persekolahan Aqmal.

Dalam kesukaran itu, Hussein selalu menangis sendirian. Walaupun dia seorang lelaki, namun dia masih mempunyai hati dan perasaan. Dia sedih melihat dirinya yang terpaksa bertanggungjawab atas segala urusan keluarga, sedih melihat Syamimi menderita seorang diri dan sedih dalam menghadapi ujian besar yang Allah SWT beri kepadanya.

Suatu hari, selepas waktu kerja, Hussein tidak pergi ke hospital. Sebaliknya, dia singgah di sebuah masjid kampung. “Assalamualaikum..maafkan saya pak cik, kalau boleh saya nak masuk sekejap. Insya-Allah, selepas saya balik nanti, saya akan kuncikan pagar ini untuk pak cik” kata Hussein. Jam menunjukkan pukul 11 malam.

“Waalalaikumsalam, baiklah kalau macam tu. Em..bersabarlah nak. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Kuatkan semangat kamu” balas pak cik yang berada di hadapan pagar masjid. Hussein terkejut mendengar kata-kata pak cik itu seolah-olah dia mengetahui masalah yang sedang dihadapinya.

Hussein mengambil air wudhuk dan duduk di saf hadapan sekali. Dia mengerjakan solat sunat pada malam itu. Dia menadahkan tangannya ke langit dan berharap agar Allah SWT mendengar rintihannya itu.

Setiap kata-kata yang diluahkannya ditemani dengan linangan air mata. “ Ya Allah, aku sebagai hambaMu hanya menerima apa yang telah Kau kurniakan. Aku sedar semua ini adalah kebaikan yang benar. Tapi, mengapa Syamimi?? Syamimi masih kanak-kanak lagi, kenapa dia yang harus menerima semua ini pada awal-awal lagi? Kenapa....”

Di hospital pula, Syamimi sedang tidur di katilnya. Norazimah pula berada si sisi katil. Manakala, Aqmal sedang tidur di kerusi tetamu di sebelah pintu masuk. Jam menunjukkan pukul 12.30 malam. Norazimah masih tidak melelapkan matanya. Dia hanya merenung ke arah Syamimi.

Keadaan Syamimi semakin hari, semakin lemah. dia ditempatkan di sebuah bilik khas berasingan daripada pesakit lain. Biliknya tidak ada tingkap kerana cahaya matahari boleh melemahkan dirinya. “Awak tak tidur lagi?” kedengaran suara seorang lelaki yang dikenali Norazimah.

“Tak, saya tak dapat tidur. Lambatnya awak datang sini?” tanya Norazimah. Hussein kelihatan letih dan tidak bermaya. Mukanya pucat. “Saya baru balik dari masjid. Berehat sekejap kat sana. Malam nie saya nak temankan Syamimi, subuh esok saya balik” jelas Hussein.

Usia Syamimi kini mencecah 16 tahun. Namun, dia masih berada di hospital. Aqmal pula sudah berusia 13 tahun dan sedang bersekolah. Di sekolah, Aqmal seorang pelajar yang pendiam dan jarang bercakap. Kawan-kawan mengganggapnya seorang yang bisu.

“Hei Aqmal, apa masalah awak sebenarnya? Awak tak bisu kan?” tanya Siti Aishah, rakan sekelasnya. Aqmal tidak menjawab pertanyaan Aishah sebaliknya menjauhinya.

“Tengoklah tu, bukan je bisu. Berlagak pulak tu. Aku paling benci mamat sorang tu dalam kelas kita. Tak lama lagi UPSR, mungkin nanti dia jawab bisu jugak dalam kertas soalan.haahaa!!” kata Erin sambil ketawa terbahak-bahak. Aishah masih mahu mengetahui perkara sebenar yang berlaku pada Aqmal. Sudah hampir enam tahun mereka berkawan.

Norazimah menjemput Aqmal di sekolah. Dalam perjalanan ke hospital, Aqmal memberanikan dirinya untuk bertanya. “Mama, sebenarnya kenapa dengan kakak tu? Kenapa dia tak keluar bilik? Aqmal rasa peliklah” tanya Aqmal. Itu merupakan soalan pertama Aqmal mengenai kakaknya.

Norazimah terdiam seketika. “ Kakak kamu ada penyakit misteri. Dia tak boleh terkena cahaya matahari. Kalau tak, kulitnya akan melecur” jelas Norazimah. Aqmal terkejut mendengar kata-kata ibunya. “ Kakak tu Vampire ke Mama?” tambah Aqmal. Norazimah memarahi anaknya kerana berkata sedemikian. “Kakak kamu tu manusia!” marah Norazimah.

Di hospital, Syamimi sedang duduk di katilnya sambil bermain-main dengan anak patung pemberian ayahnya dulu. “ Teddy, awak nak tahu tak? Saya teringin nak tengok dunia luar. Awak mesti pernah tengokkan? Bagaimana rupanya ya?” tanya Syamimi kepada patungnya. Pintu bilik Syamimi diketuk. Rupa-rupanya ayah Syamimi yang datang.

“Assalamualaikum...dah bangun?” tanya ayahnya. Syamimi menjawab salam sambil mengangguk. Hussein menemani anaknya itu yang keseorangan. “Ayah tak kerja ke hari nie?” tanya Syamimi. “Em..ayah balik awal. Ayah tak berapa sihat. Kamu dah makan?” tanya ayahnya kembali. Syamimi menggelengkan kepalanya. “Ayah jangan paksa diri sangat. Saya tak nak ayah susah disebabkan saya” jelas Syamimi.

“Jangan risau. Ayah masih kuat lagi. Ayah janji, selagi ayah masih hidup, ayah akan jaga kamu dengan baik” kata ayahnya. Kata-kata ayahnya membuatkan Syamimi sentiasa bersyukur kerana telah dikurniakan seorang ayah yang baik. Dia selalu berfikir sendirian, apakah yang dia boleh lakukan selepas ini untuk membalas jasa ayah dan ibunya kelak?

“Maafkan saya, pihak kami tidak dapat membantu encik. Penyakit ini memang tiada ubatnya buat masa ini. Kami harap encik faham” kata seorang doktor yang telah ditugaskan merawat Syamimi. Hussein masih tidak dapat menerima kenyataan. Sebaliknya, dia memarahi doktor itu. “ Saya nak anak saya hidup seperti orang lain! Mustahil tak ada ubat untuknya?” kata Hussein. Norazimah cuba untuk menenangkan hati suaminya itu.

Di dalam bilik pula, Aqmal menemani kakaknya. Aqmal jarang bercakap dengan kakaknya walaupun selalu berjumpa. Mungkin kerana ibu bapa mereka lebih mengambil berat tentang Syamimi berbanding dirinya. Aqmal cemburu melihat kakaknya itu.

“Aqmal tak ada kerja sekolah untuk disiapkan ke?” tanya Syamimi kepada adik kesayangannya. “Semuanya dah siap. Saya tak pernah bawa kerja sekolah di rumah” jawab Aqmal dengan tenang. Dia merenung wajah kakaknya itu.

“Kenapa tengok kakak macam tu?” tanya Syamimi. Aqmal berpaling ke arah lain setelah ditanya kakaknya. “Muka kakak cantik macam ibu” kata Aqmal dengan jujur. Syamimi tersenyum mendengar kata-kata adiknya lalu mula mendekati Aqmal. “Muka Aqmal pun kacak macam ayah. Sudah ditakdirkan, betul tak?” kata Syamimi.

Hubungan dua beradik itu semakin rapat. Aqmal sedar akan sesuatu. Walaupun kakaknya selalu bersedih, namun wajahnya masih mampu untuk tersenyum. “Oh ya, tadi adik sempat ambil satu gambar awan yang unik. Bentuknya seperti ikan. Nak tengok?” tanya Aqmal. Syamimi hanya mengangguk.

Aqmal menunjukkan telefon bimbitnya yang mengandungi gambar tersebut. “Cantiknya...kalaulah kakak boleh melihatnya sendiri” kata Syamimi dengan suara yang perlahan. “Maafkan adik, kak...adik tak bermaksud..”

“Tak pe..akak tahu adik buat semua ini untuk kakak. Gambar ini sudah cukup untuk kakak. Kakak sayang adik” kata Syamimi sambil tersenyum. Sejak hari itu, Aqmal bercadang untuk mengambil banyak lagi gambar awan dan langit untuk kakaknya. Hanya dengan cara itu sahaja yang dapat dilakukan untuk mengubati hati kakaknya yang rindukan cahaya matahari.

Dua bulan kemudian, Hussein dan Norazimah bercadang untuk membawa Syamimi pulang ke rumah untuk beberapa hari. Selama 16 tahun Syamimi tinggal di hospital, pihak hospital masih belum menjumpai penawar bagi penyakit Syamimi. Mereka pulang pada malam hari bagi keselamatan Syamimi.

Syamimi melihat suasana bandar buat pertama kalinya. “Syamimi, Aqmal, kamu berdua lapar tak?” tanya ayah mereka. Syamimi dan Aqmal serentak menjawab “Ya”. Hussein dan Norazimah membawa anak-anak mereka makan di sebuah restoran yang dibuka sehingga lewat malam.

“Mimi, ayah bercadang nak bawa kamu ke negeri lain. Menurut doktor, ada sebuah hospital di sana yang dapat membantu kamu” kata ayahnya. Syamimi belum bersetuju dengan cadangan ayahnya. Syamimi memandang ke luar tingkap kereta. “Saya tak nak susahkan ayah lagi” bisik Syamimi.

Lima tahun berlalu, Syamimi kini tinggal di rumah bersama keluarganya. Usianya sekarang 21 tahun, manakala Aqmal pula 18 tahun. Walaupun berada di rumah, risiko untuk Syamimi menjadi lemah adalah besar. Berbanding di hospital, dia mendapat bantuan daripada doktor pakar sekiranya keadaannya lemah.

“Hari nie Aqmal bercuti. Jadi, bolehlah dia tolong tengok-tengokkan kakaknya di rumah” kata Norazimah kepada suaminya. Norazimah mengambil keputusan untuk bekerja semula demi menampung kos ubat-ubatan Syamimi.

“Aqmal tak bosan ke duduk kat rumah je?” tanya Syamimi kepada adiknya itu. “Sepatutnya adik yang tanya soalan tu kat kakak. Kakak jangan risaulah, adik pun bukan suka sangat kat dunia luar. Banyak godaan kat luar tu” jelas Aqmal. Aqmal sedang menyambung pelajarannya ke tingkatan 6 di sebuah sekolah menengah agama.

“Kakak, tentang hasrat ayah nak bawa kakak ke hospital tu, kakak nak ke?” tanya Aqmal. Syamimi berasa serba salah mengenai hasrat ayahnya itu. Dia sedar akan pengorbanan seorang ayah. “ Kakak tak nak susahkan dia. Tapi, kalau kakak tolak pun, dia tentu kecil hati. Itu lagilah kakak tak mahu” jelas Syamimi.

“Aqmal, malam nanti boleh tak temankan kakak keluar? Kakak teringin nak pergi taman lah” pinta kakaknya. Pada malamnya, selepas selesai menunaikan solat fardhu Isyak berjemaah, Aqmal menemani kakaknya keluar rumah.

“Jangan balik lewat sangat dan jangan bawa kereta tu laju-laju” pesan ayah mereka. Aqmal mendengar nasihat ayahnya. “Segarnya udara malam nie” kata Syamimi. Aqmal duduk di bangku berdekatan sambil mengambil gambar. “Aqmal, temankan kakak ke bandar sekejap. Boleh?” pinta Syamimi. Aqmal hanya menurut kata kakaknya itu.

Mereka bersiar-siar di bandar. Walaupun jam telah pun menunjukkan pukul 10 malam. Tetapi, masih ramai orang sibuk membeli-belah. “Siti ! Siti ! Sini kejap, bukan ke itu Aqmal..kat sana tu” kata Erin, kawan sekelas Aqmal. Siti memerhati Aqmal dari jauh. “Dia keluar dengan perempuan laa.. Orang cakap dia tu alim. Tapi sebenarnya tak, dating malam hari pulak tu....” kata Erin.

Siti menaruh hati terhadap Aqmal sejak sekolah rendah lagi hinggalah sekarang. Dia semakin cemburu apabila melihat perempuan yang berjalan bersamanya menarik tangannya sambil tersenyum.

“Kakak nak pergi mana?” tanya Aqmal yang hanya mengikut arah tuju kakaknya itu. “Ikut je laa” balas Syamimi. Syamimi berhenti di sebuah galeri kecil yang tersembunyi di belakang kedai buku. “Sebenarnya tujuan kakak nak datang ke sini sebab nak tengok galeri lukisan nie. Tapi, galeri nie hanya buka pada siang hari” jelas kakaknya.

Aqmal menyedari sesuatu. Kakaknya minat pada lukisan dan karya seni. “Insya-Allah, esok kita pergi lagi” kata Aqmal. “Ha? Esok?” tanya Syamimi. Aqmal hanya membalas dengan senyuman.

Pada keesokan harinya, cuaca tidak mengizinkan. Hujan turun dengan lebatnya sejak subuh lagi. Aqmal menghampiri kakaknya yang berada di tepi tingkap di ruang tamu. “Alhamdulillah” kata Aqmal. Syamimi berasa hairan.

“Kenapa dik? Waktu sejuk macam nie bersyukur sebab dapat tidur lena ke?” tanya kakaknya.

“Eish, bukanlah. Kan semalam adik dah kata hari nie adik nak bawa kakak ke galeri tu. Semalam adik dengar ramalan cuaca kata hari nie hujan sepanjang hari. Bolehlah kakak keluar rumah. Kan?” jelas Aqmal. Syamimi ketawa sendirian kerana dia tidak menjangka bahawa apabila hari hujan, dia boleh keluar rumah kerana tiada cahaya matahari yang keluar.

“Tapi dengan kebenaran ayah dulu” tambah Aqmal. Selepas mendapat kebenaran, mereka keluar ke bandar. Akhirnya, Syamimi dapat memasuki galeri lukisan tersebut dengan hati yang gembira. Tiba-tiba, Aqmal terserempak dengan Siti dan juga kawan-kawannya yang lain di galeri tersebut.

“Eyh? Aqmal?” tanya Firdaus, rakan sekelasnya. “Kamu buat apa kat sini?” tanya Daniel. “Siapa tu?” tanya Erin. Siti mendiamkan diri apabila melihat Syamimi di samping Aqmal. Lalu dia berlari keluar dari galeri.

“Em...siapa budak tu dik?” tanya Syamimi kepada adiknya.

“Dik????!!!!” jerit kawan-kawan Aqmal. “Ini kakak aku, ada masalah ke?” tanya Aqmal. Mereka tidak mempercayai akan kata-kata Aqmal bahawa perempuan yang bersamanya itu ialah kakak kandungnya. Mungkin kerana Syamimi pendek berbanding Aqmal yang tinggi. Mereka seolah-olah seperti pasangan kekasih.

Setelah menjelaskan segalanya kepada kawan-kawan Aqmal, Syamimi mengambil keputusan untuk menemui Siti. Dia berjalan keluar untuk mencari Siti. Hujan masih belum berhenti. Syamimi berjalan sendirian tanpa ditemani Aqmal. “Kakak??!! Kakak!!” jerit Aqmal.

Syamimi menjumpai Siti yang sedang duduk tidak jauh dari tempatnya berdiri. Apabila dia melangkah untuk menemui Siti, tanpa disedarinya hujan berhenti. Aqmal masih mencari kakaknya itu. Dia melihat ke langit. “Ya Allah.....takkan lah” kata Aqmal.

Langit yang hitam kini mula beredar dan menyinarkan cahaya. Aqmal terus mencari kakaknya itu. Hanya beberapa langkah sahaja lagi untuk Syamimi dapat menemui Siti. Tetapi, langkahnya terhenti. Sinaran matahari terpancar terang ke arahnya.

“Ya Allah...ahhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!” jerit Syamimi.

Orang ramai terkejut mendengar jeritan Syamimi. Asap kelihatan keluar daripada tubuh Syamimi. Wajahnya bertukar merah. Aqmal terus berlari mendapatkan kakaknya itu. “Kakak! Sabar kak..sabar...” kata Aqmal sambil membuka baju sejuknya untuk dipakaikan kepada kakaknya itu. Orang ramai datang membantu. Siti yang masih duduk tidak jauh dari situ hanya mampu memerhati.

Tidak lama kemudian, ambulans datang. “Maafkan saya ayah..ibu...semuanya berlaku sekelip mata” kata Aqmal. Hussein dan Norazimah tidak memarahi Aqmal. Semuanya telah ditakdirkan. “Ayah bercadang nak bawa kakak kamu berpindah ke hospital tu malam nie jugak. Kamu dan kakak kamu pergi dahulu, ayah dan ibu akan pergi kemudian untuk mengurus perkara lain” jelas ayahnya. Aqmal hanya mengangguk.

Aqmal menemani kakaknya bersama beberapa orang ahli hospital berhijrah ke hospital baru. Di sana, terdapat banyak teknologi moden yang mungkin dapat membantu Syamimi. Beberapa hari kemudian, keadaan Syamimi stabil. Namun yang demikian, kulitnya melecur. Aqmal menanti kedatangan ayah dan ibunya. Sudah tiga hari mereka belum sampai di hospital itu. Bahkan juga, telefon bimbit mereka tidak dapat dihubungi.

“Ya Allah...semoga mereka selamat sampai” doa Aqmal. Beberapa jam kemudian, pihak hospital menghubungi Aqmal. “Ini Muhammad Aqmal bin Hussein ke?” tanya seorang kakitangan hospital . “Ya” jawab Aqmal. “Saya nak bagitahu encik bahawa ayah dan ibu encik sudah meninggal dunia semalam di hospital. Kami harap encik bersabar. Kami akan jelaskan lagi apabila encik sudah balik ke sini nanti....”

Telefon bimbit Aqmal terjatuh ke lantai. Dengan sekelip mata, kedua-dua ibu bapanya pergi buat selamanya.

“Adik...adik..bangun dik...” kata Syamimi. Aqmal tertidur di kerusi. Dia terkejut melihat kakaknya berdiri di sisinya. “Kenapa kakak bangun dari katil? Kakak belum sembuh sepenuhnya, berehatlah dulu” kata Aqmal.

“Tak pe, kakak masih kuat lagi. Adik jangan risau. Em...ayah dan ibu mana?” tanya Syamimi. “Mereka belum sampai lagi. Mungkin sekejap lagi mereka sampailah” kata Aqmal lalu menyeluk sakunya untuk mendapatkan telefon bimbitnya. Dia terkejut apabila melihat telefon bimbitnya pecah.

“Kenapa dengan telefon adik?” tanya Syamimi. Aqmal telah silap. Apa yang telah didengarnya semalam bukanlah mimpi. Telefon bimbitnya terjatuh lalu pecah setelah dia mendapat berita tentang kematian ibu bapanya. Aqmal terus memeluk kakaknya.

“Maafkan adik kak, adik tak ingat kak. Adik ingatkan semua nie hanya mimpi” kata Aqmal sambil mengalir air mata. Orang ramai yang berada di situ memerhati Syamimi dan Aqmal. “ Kenapa nie dik?? Apa yang adik lupa?” tanya Syamimi.

“Ayah dan ibu dah meninggal dunia kak...” jelas Aqmal.

Syamimi dan Aqmal kembali semula ke negeri asal mereka. Walaupun Syamimi masih dalam keadaan lemah, dia masih berkeras untuk balik berjumpa dengan ayah dan ibunya buat kali yang terakhir. Doktor menjelaskan kepada mereka berdua hal yang sebenarnya. Ayah mereka menghidapi penyakit jantung yang serius. Walaupun sudah lama berhenti merokok, namun penyakit jantungnya semakin teruk. Ayah mereka meninggal dunia selepas beberapa jam menerima kejutan yang sangat serius apabila mendapati Syamimi terkena cahaya matahari.

Ibu mereka pula menghidapi barah. Oleh kerana kos perubatan yang mahal, dia sanggup menangguh perubatannya demi untuk kesihatan Syamimi. Aqmal dan Syamimi menyedari tentang betapa besarnya pengorbanan ibu bapa mereka. Syamimi berasa bersalah dan selalu menyatakan bahawa dia punca kematian ayah dan ibu.

“Ini bukan salah kamu nak, semuanya takdir, ada hikmah disebaliknya. Bersabarlah....”kata doktor.

Aqmal dan Syamimi kini menjadi anak yatim piatu. Syamimi mengambil keputusan untuk menjaga adiknya sendiri. Mereka masih memiliki sebuah rumah.

“Kakak tak nak susahkan orang lain lagi” kata Syamimi. Kini, hanya mereka berdua sahaja yang tinggal di rumah itu. Kenangan lama tidak dapat dilupakan. Aqmal memeriksa semua barang peninggalan arwah ibu bapa mereka. Alangkah terkejutnya Aqmal dan Syamimi apabila mendengar penjelasan seorang peguam mengenai harta peninggalan ibu bapa mereka. Semuanya untuk kebahagiaan mereka berdua.



“Tuan Hussein juga sempat menulis sepucuk surat untuk kamu berdua” kata peguam tersebut.



“Ke hadapan anak-anak kesayangan kami, Aqmal dan Syamimi. Mungkin setelah kamu berdua membaca surat ini, ayah dan ibu telah pergi buat selamanya. Janganlah kamu berdua bersedih, kami sayangkan kamu berdua. Nur Syamimi binti Hussein, maafkan ayah jika ayah tidak dapat menunaikan janji ayah untuk kamu. Sejak kecil lagi, kamu selalu berkata kepada ayah yang kamu ingin melihat langit biru pada siang hari. Ayah teringin juga nak tengok anak ayah yang sulung ini bermain di padang pemainan bersama kawan-kawan di waktu petang. Bermain kejar-mengejar di tengah panas. Berkelah. Dan mungkin juga bersiar-siar pada siang hari. Ayah cuba untuk mencapainya. Maafkan ayah, Mimi. Kepada anak bongsu ayah, Muhammad Aqmal Bin Hussein, maafkan ayah juga kerana sering membiarkan kamu sendirian. Ayah silap, ayah tidak menyedari betapa pentingnya kasih sayang seorang ayah bagi kamu. Ayah terlalu mengambil berat tentang kakak kamu berbanding kamu. Ayah harap, ayah berjaya membesarkan kamu dengan ilmu yang bermanfaat dan menjadikan kamu seorang yang berguna kelak. Capailah cita-cita kamu setinggi yang boleh. Tolong jaga kakak kamu sebaiknya. Terimalah kekurangannya dengan hati yang terbuka. Syamimi dan Aqmal. Sampai di sini sahaja ayah dan ibu menulis untuk kamu berdua, ayah dan ibu doakan kebahagiaan kamu berdua di dunia dan di akhirat kelak. Assalamualaikum...”



Syamimi dan Aqmal saling memandang antara satu sama lain. “Ayah dan ibu sayang kat kakak...kakak patut bersyukur” kata Aqmal. Syamimi tidak dapat menahan kesedihannya lalu menangis. Akhirnya, Syamimi menerima hakikat dan takdir hidupnya. Tiada penawar bagi penyakitnya. Dia mengambil keputusan untuk keluar dari hospital.

“Cik betul ke nak keluar? Kami takut nanti, cik akan menderita di luar nanti. Di hospital sahaja yang dapat membantu mengawal penyakit cik” kata seorang jururawat ketika mengurus pendaftaran keluar Syamimi dari hospital.

“Tak pe, saya tak nak susahkan orang lain lagi. Saya nak hidup berdikari mulai sekarang. Lagipun, saya sudah dewasa. Percayalah” kata Syamimi sambil tersenyum. Jururawat yang ditugaskan untuk menjaga Syamimi telah berkhidmat dengannya selama berbelas tahun lagi. Dia menganggap Syamimi seperti anak kandungnya sendiri ketika berada di hospital.



“ Baiklah. Kalau macam tu, malam nanti saya telefon adik cik. Cik berehat dulu. Biar saya uruskan semuanya” kata jururawat tersebut. Syamimi memerhati gambar keluarganya yang ada di atas meja di sisi katil. Gambar itu diambil ketika dia berusia 7 tahun di hospital. “Ayah...ibu...saya rindu..” bisik Syamimi.

Aqmal dalam perjalanan ke hospital selepas balik dari kerja. Kini, dia menjadi pengganti ibu dan ayahnya untuk menjaga Syamimi. “Assalamualaikum...kakak...jom...kita balik” kata Aqmal. Syamimi bersalaman dengan pihak hospital. Selama berbelas tahun dia tinggal di hospital, akhirnya dia bertekad untuk memulakan hidup baru.



“Aqmal, jaga kakak kamu dengan baik. Pihak kami telah membekalkan ubat-ubatan yang cukup untuknya. Ingat, jangan biarkan kakak kamu terdedah dengan cahaya matahari. Ceriakan hidup dia” kata doktor yang telah lama berkhidmat menjaga Syamimi sejak kecil lagi.

“Insya-Allah...terima kasih doktor” balas Aqmal. mereka berdua beredar dari hospital dan menuju ke rumah. Dalam perjalanan, suasana di dalam kereta sunyi-sepi. Radio kereta tidak dibuka.



“Aqmal, boleh kakak tanya sesuatu tak?” Suara Syamimi membuka perbualan. “Tanyalah” balas Aqmal yang masih fokus dalam pemanduan.



“Selama nie, kakak selalu susahkan Aqmal ke?” tanya Syamimi lagi. Aqmal tersenyum sendirian. “Tak pernah kak, adik tak pernah rasa disusahkan pun. Adik nak tengok kakak hidup bahagia je, itu sudah cukup untuk adik” jawab Aqmal.

“Terima kasih dik. Mungkin sekarang kakak perlu cari teman hidup kakak. Umur kita semakin meningkat. Selepas nie jugak, adik nak sambung belajar. Kakak tak nak susahkan adik lagi” kata Syamimi. Aqmal hanya mengangguk tanpa memberi pendapat.



“Tapi..kakak sakit...siapalah yang nak kat kakak. Tentu akan menyusahkan hidup orang lain lagi kan?” kata Syamimi. Aqmal memberhentikan keretanya. Syamimi terkejut lalu memandang ke arah Aqmal.

“Kakak tak boleh cakap macam tu, kakak normal. Kakak seorang manusia yang normal. Kakak akan dapat teman hidup sendiri nanti! Percayalah!” kata Aqmal sambil memandang tepat ke arah kakaknya. Dalam fikiran Aqmal, masih terbayang akan kata-kata kawannya dulu.



“Aku dengar, kakak Aqmal tu tak boleh kena cahaya. Kalau kena, terbakar. Macam vampire lah! Hahaa!!”

“Sekali aku suluh guna lampu picit je, fuuusshhh!!! Hangus!!”

“Agak-agaknya, kakak Aqmal tu memang vampire lah! Haha!!”

“Aku setuju!! Aku setuju!!”



Sejak dari bangku sekolah lagi, Aqmal menjadi pendiam di sekolah disebabkan keadaan kakaknya yang berpenyakit unik. Dia selalu mendengar orang lain mengejek tentang penyakit kakaknya. Pernah suatu ketika, apabila kawannya menyoal tentang keadaan kakaknya itu, dia sanggup berbohong dan tidak mengaku bahawa dia mempunyai seorang kakak yang tidak boleh terkena sinaran matahari.



“Maafkan adik kak, adik tak nak kakak dipandang hina oleh orang lain. Adik nak kakak jadi normal. Allah SWT menciptakan kita hidup berpasangan...” kata Aqmal menceritakan segala yang dipendamnya selama ini.

Syamimi duduk di hadapan tingkap rumah seorang diri. Jam menunjukkan tepat pukul 3 pagi. Dia memerhati kelompok awan yang diterangi cahaya bulan purnama. Dalam fikirannya, dia membayangkan bagaimana rupa bentuk awan apabila sudah diterangi matahari nanti.



“Kakak belum tidur lagi?” tanya Aqmal yang kebetulan berada di situ. Syamimi memandang ke arah adiknya itu. “Belum, kakak tak mengantuk. Siang nanti kakak tidurlah” balas Syamimi. Aqmal terus masuk ke dalam biliknya kerana terlalu letih.



Aktiviti harian Syamimi berbeza daripada orang lain. Dia tidur pada siang hari dan bangun pada waktu zohor. Semasa menunggu waktu asar masuk, dia akan berehat dan belajar. Selepas waktu isyak, dia bersiar-siar di luar rumah sehingga pukul 10 malam. Selepas 10 malam pula, dia akan beribadat sunat sehinggalah ke subuh. Selepas subuh, dia terpaksa tidur selepas waktu makan ubat.



Syamimi tidak bersekolah seperti orang lain. Namun dia mahir dalam soal agama dan tahu membaca al-Quran. Selain itu, dia juga pandai memasak. Umurnya kini mencecah 22 tahun.

Pada waktu cuti, Aqmal mengambil keputusan untuk berehat sahaja di rumah. Sewaktu sedang duduk di ruang tamu, kedengaran pintu rumah diketuk.



“Assalamualaikum...”



Aqmal membuka pintu lalu menjawab salam. “Aishah....awak buat apa kat sini?” tanya Aqmal. Aishah menghulurkan buah tangan yang dibawanya. “Saya datang nak minta maaf. Saya dengar, ayah dan ibu awak sudah meninggal dunia. Saya datang sebab kawan-kawan yang suruh. Mereka kirim salam takziah” jelas Siti Aishah.

“Siapa tu ?” tanya Syamimi yang bersembunyi di belakang Aqmal. Aishah cuba untuk melihat Syamimi, tetapi Syamimi terus masuk ke dalam rumah. “ Kalau awak nak masuk, masuklah” kata Aqmal.



“Em..baiklah..” balas Siti. Siti terkejut melihat keadaan rumah Aqmal. Semua tingkap yang ada ditutup rapat. Ruang tamu hanya diterangi cahaya lampu kecil sahaja. “Maafkan saya, rumah kami memang macam nie. Kakak saya tak boleh terkena cahaya matahari” jelas Aqmal. Siti akhirnya mengetahui cerita sebenar. Dia lansung tidak mempercayai akan kata-kata kawannya bahawa perempuan yang ditemani Aqmal dulu ialah kakak kandungnya.



Syamimi memunculkan dirinya setelah pintu rumah ditutup. Dia melihat Siti yang berdiri di ruang tamu. “Assalamualaikum...saya Syamimi. Kakak Aqmal.Adik nie lah yang kami jumpa dulu kan?” tanya Syamimi sambil menghulurkan tangannya. “Waalaikumsalam..maafkan saya kak. Hari tu, saya....”

“Jangan risau. Salah kakak sebenarnya. Aqmal pun satu. Tak bagitahu pun ada kekasih” kata Syamimi. “Eyh? Kekasih?? Bukanlah kak. Dia kawan Aqmal sejak sekolah rendah lagi. kami hanya kawan” jelas Aqmal. Syamimi masih mengusik adik lelakinya itu.



Kehadiran Siti menceriakan Syamimi di rumah. Mereka berkongsi pengalaman masing-masing dan ketawa bersama. Aqmal hanya mendiamkan diri dan tidak menyertai mereka. “Kakak teringin nak tengok langit biru di luar sana. Itulah impian kakak. Tapi, agak mustahil untuk kakak lihatnya sendiri sekarang” kata Syamimi dengan suara perlahan.

“Suatu hari nanti, kakak dapat lihatnya sendiri, percayalah” kata Aqmal. Syamimi sudah jemu mendengar ayat itu. Hasilnya sekarang tetap sama. Penyakitnya itu tiada penawar. Mungkin sudah ditakdirkan bahawa musuh utama Syamimi adalah cahaya. Dia menerima semuanya dengan redha.



“Sudahlah dik. Kakak terima kelemahan kakak. Kakak gembira sekarang sebab kakak selalu ditemani adik. Itu jugak impian kakak” jelas Syamimi sambil memberikan senyuman. Wajah kakaknya itu mengingatkannya kepada arwah ibu.

Aishah pulang selepas selesai menunaikan solat fardhu maghrib berjemaah di rumah Aqmal. Hasratnya untuk balik lewat tidak kesampaian selepas dihubungi ayahnya untuk terus balik ke rumah. “Biar saya yang hantar. Lagipun, malam begini tidak ada teksi berdekatan” kata Aqmal.



Syamimi dan Aishah duduk di bahagian belakang kereta. Mereka berbual semasa dalam perjalanan. “Aqmal selalu ke bawa kakak berjalan waktu malam?” tanya Aishah.

“Ya, itupun waktu cuti. Kakak tak nak susahkan dia. Dia selalu balik lewat dari kerja. Kadang-kadang, kakak berjalan kat persekitaran rumah je. Melihat bulan pada malam hari, rutin harian kakak” jelas Syamimi. Setiap kata-katanya mempunyai makna tersendiri. Bagi sesiapa yang dapat merungkainya, maka akan tahu isi hati yang sebenarnya.

Syamimi mengakui, teman rapatnya adalah ciptaan Allah SWT yang paling hebat dan unik iaitu bulan. Bulan mampu memantulkan cahaya matahari dalam kegelapan malam. Selepas menghantar Aishah balik, Syamimi sempat memberikan sesuatu untuknya. “Gelang nie kakak buat sendiri, sesuai untuk kamu” kata Syamimi. Aishah menerimanya dengan hati yang terbuka.



“Selepas nie nak pergi mana?” tanya Aqmal. “Kakak nak bersiar-siar kejap. Boleh tak?” tanya Syamimi kembali. Aqmal hanya mengangguk seperti biasa. Demi kakak kesayangannya itu, dia terus memandu ke destinasi yang dituju.

Pada keesokan harinya, Aqmal terpaksa pergi bekerja kerana terdapat masalah di tempat kerja. Dia terpaksa meninggalkan kakaknya seorang diri di rumah. “Adik pergi tak lama, petang nanti balik lah. Kalau ada masalah, telefon adik nanti. Assalamualaikum...” pesan Aqmal kepada kakaknya. Syamimi hanya mampu berselindung di sebalik dinding. Dia tidak mampu untuk melihat adiknya pergi kerana pintu rumah dibuka.



“Waalaikumsalam dik...” balas Syamimi disebalik dinding.



Selepas pintu ditutup, barulah Syamimi dapat melihat semula di ruang tamu. Suasana di rumah sunyi sepi. Keadaannya gelap gelita dan hanya disinari cahaya lampu kecil.



Syamimi terduduk di tepi dinding rumah lalu menangis sendirian. Walaupun umurnya telah pun mencecah dewasa, namun tangisannya seperti kanak-kanak. Bukan kerana merajuk atau takut, dia bersedih mengenang dirinya.



“Ya Allah, sampai bila aku nak jadi macam nie? Kenapa Kau biarkan aku dalam kegelapan? Aku rindukan cahaya Kau” kata Syamimi dalam keadaan sedih.



Dia masih terduduk di lantai sambil memerhati cahaya lampu kecil di ruang tamu. Dia terbayang akan cahaya matahari yang menyinari langit membiru dan kelompok awan yang banyak.

“Langit..awan..matahari...” kata Syamimi. Air matanya masih mengalir.



Syamimi memberanikan dirinya untuk membuka pintu rumah. Sudah lama dia cuba untuk memberanikan diri untuk berhadapan dengan cahaya matahari yang selama ini menjadi musuhnya. Pintu terbuka.

“Saya nak lihat, walaupun sekejap” kata Syamimi.

Dia melangkah keluar dan terus memandang langit. Hanya beberapa langkah sahaja, Syamimi rebah ke tanah. Dia meraung kesakitan.



“Arrrrrrrrhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!! Panas.....” jerit Syamimi. Kulitnya mula bertukar merah dan melecur. Dia berusaha untuk berdiri dan menahan kesakitan. “Saya nak lihat” bisik Syamimi. Dia memandang ke langit. Cahaya matahari terus memancar ke arahnya.



Mata Syamimi mula tertutup sedikit demi sedikit. Seluruh badannya lemah dan tidak bermaya. Tiba-tiba, kedengaran bunyi kereta berhenti di hadapan rumah. Seseorang datang dan terus mengangkatnya.

“Kakak...kakak!!” jerit Aqmal.

Syamimi dihantar ke hospital. Aqmal menunggu di luar wad kecemasan. Selepas lama menunggu, akhirnya doktor keluar dari wad kecemasan. “Bagaimana dengan kakak saya doktor?” tanya Aqmal.

“Bersabarlah Aqmal..kakak kau selamat. Tapi, dia masih lemah. Hampir separuh daripada tubuhnya melecur teruk. Buat masa sekarang, biarlah kakak kamu berehat secukupnya” jelas doktor.



Aqmal mengucapkan terima kasih kepada doktor tersebut lalu masuk ke dalam wad. Syamimi dalam keadaan separuh sedar. Wajahnya melecur teruk. Dia memanggil adiknya itu dalam keadaan lemah.

“Maafkan....kakak...sebab..menyusahkan adik...” kata Syamimi dengan suara yang perlahan. Aqmal tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi kerana dia terlalu sedih melihat keadaan kakaknya itu. “Kakak berehatlah...adik nak kakak sembuh cepat. Bolehlah kita balik nanti” kata Aqmal.



Syamimi terlena di katil. Aqmal mengambil cuti beberapa hari untuk menjaga kakaknya di hospital. Setiap malam, Aqmal akan membaca al-Quran di dalam bilik kakaknya. Bacaan al-Quran sahaja yang dapat menenangkan hati Aqmal ketika melihat keadaan kakaknya.

Sudah hampir sebulan Syamimi di hospital. Keadaannya semakin baik tetapi kulitnya masih kelihatan melecur. “Awak nak bawa kakak balik hari nie ke?” tanya Aishah yang datang menemani Syamimi. “Ya...lagipun, tak lama lagi nak puasa. Kakak lebih selesa berpuasa di rumah” jelas Aqmal.

Dalam perjalanan balik ke rumah, Aqmal memarahi kakaknya. Itu pertama kali Aqmal meninggikan suara di hadapan kakaknya.



“Selepas nie kakak jangan keluar rumah pada siang hari lagi. Jangan cuba nak beranikan diri nak buka pintu rumah lagi dan tolong jangan susahkan hati adik lagi selepas nie” kata Aqmal.

Syamimi terdiam apabila mendengar kata-kata adiknya itu. “Maafkan kakak. Kakak janji tak akan buat lagi. Tapi, sekarang adik kakak dah macam arwah ayahlah” kata Syamimi sambil tersenyum. Aqmal kelihatan lebih matang apabila berani menegur kakaknya.



Hari Syamimi bermula seperti biasa. Namun, terdapat sedikit perbezaan. Ketika Syamimi mencuci pakaian di dapur, Aqmal terdengar jeritan kakaknya itu. Dia terus berlari ke dapur kerana dia terlupa untuk menutup pintu dapur. Dia bimbang akan keselamatan kakaknya.



“Arrrrhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!” jerit Syamimi. Aqmal terkejut melihat kakaknya yang berdiri di atas kerusi. “Ada apa kak?” tanya Aqmal.



“Kenapa adik tak tutup pintu dapur tadi??!! Ada lipas masuk dalam rumah!!!” kata Syamimi. Aqmal menghembus nafas panjang. Selepas itu, dia ketawa kecil melihat gelagat kakaknya itu.



Pernah suatu ketika, Syamimi terjatuh dari tangga. Aqmal terus melihat keadaan kakaknya itu. Dia bimbang jikalau keadaan kakaknya lemah menyebabkan anggota badannya sukar untuk dikawal. “Kenapa kak?” tanya Aqmal. Syamimi terduduk di lantai menahan kesakitan sambil memegang pahanya.

“Selipar kakak nie licin. Lost control tadi. Sebab tu terjatuh” jelas Syamimi.



Aqmal berasa lega kerana kakaknya selamat. Selepas itu, dia ketawa. “Adik ingatkan apa tadi, rupa-rupanya dinasour yang jatuh” ejek Aqmal. Syamimi terus memukul adik lelakinya itu.



Begitulah kehidupan Syamimi. Menjadikan kegelapan itu teman dan cahaya itu musuh. Bukan kehendak dirinya, tapi sudah menjadi takdir hidupnya. Walaupun sentiasa dihalang dengan kehadiran cahaya, dia masih mampu untuk tersenyum dan gembira. Di samping keluarga yang amat memahami dirinya. Kehidupannya belum berakhir di situ, selagi umurnya masih panjang, hidup mesti diteruskan. Impian Syamimi untuk melihat langit biru masih belum dapat menjadi kenyataan....



"Suatu hari nanti, Insya-Allah, Allah pasti mengabulkan permintaanku" bisik Syamimi dengan harapan, dia dapat hidup di bawah cahaya matahari seperti manusia lain.





TAMAT

Zain Bikha-Denn il Islam (I AM A MUSLIM)

Deen-il-Islam

By : Zain Bhikha

By: (Linda Gcwensa & Zain Bhikha)

If you ask me, why do I stand here,
So unafraid of everything around me.
Proudly I would say, I am a Muslim.
If you ask her, why does she dress that way,
All covered up in a world that gives it all away.
Proudly she would say, I am a Muslim.

Chorus:
Deenil Islam deeni Wala ‘ardab gheiru deeni Muhammad elli hadeeni Nourel iman x 2

If you ask me, surely this cannot be,
You give your wealth so free, and you say your life is charity.
It ain’t hard to see, I am a Muslim.
If you ask him, why does it hurt so,
When he sees injustice, even though it’s folks he doesn’t know,
With tears in his eyes he says, I am a Muslim.

Chorus

If you ask her, why doesn’t she cry,
There’s no one by her side, she’s the only one that’s left behind.
Patiently she sighs, I am a Muslim.
If you ask him, why does he still pray,
Five times a day when so many others have strayed.
Smiling he would say, I am a Muslim.

Chorus

If you ask me, why do I love you
No matter where you are, we are the greatest Ummah
With the beating of our hearts, we are Muslim.

La-illah-ha-illalah Muhammad-ur-rasullulah
There is only one God
La-illah-ha-illalah Muhammad-al-Mustapha
Muhammad is the messenger
La-illah-ha-illalah Muhammad-ur-rasullulah
There is only one God
La-illah-ha-illalah Muhammad-al-Mustapha
Muhammad is the messenger

More Lyrics at: MuslimLyrics.com