Pages

Labels

Followers

Sunday, November 21, 2010

TANGISAN AZAN SUBUH (My first story)

TANGISAN DI AZAN SUBUH 
oleh Awang Mohamad Razizie Bin Awang Yusuf
2 tahun yang lepas, Aisyah hafizah, satu-satunya kakak aku. Kakak seorang yang amat  bijak dan cemerlang dalam pelajaran. Bersekolah di sekolah yang cemerlang dan terkenal  di Malaysia hinggalah kakak menjejakkan kaki ke alam universiti. Semasa di universiti, perangai kakak berubah sama sekali. Dulu, kakak kerap membantu ibu menjual kuih-muih di hadapan masjid pada hujung minggu. Tetapi, sewaktu universitinya bercuti selama sebulan kakak kerap keluar rumah dan memberi  alasan untuk pergi ke perpustakaan untuk belajar.
Aku mula berasa pelik, sebelum ini kakak suka belajar di rumah berbanding di sekolah mahu pun di perpustakaan. Pada aku, mungkin kakak mahu mengubah caranya untuk mengulangkaji namun masih lagi terdapat perkara yang membuatkan aku berasa pelik. Pakaian kakak sebelum ini bertudung panjang, memakai stoking hitam, memakai baju kurung dan tidak pernah membuka cekak nya telah berubah. Kini, kakak memendekkan saiz tudungnya, baju kurung digantikan dengan baju yang bewarna terang bercorak-corak dan singkat. Tambahan lagi kakak memakai seluar jeans ketat. Aku  malu melihat kakak.
Disebabkan hal ini, aku mula mengadu kepada ibu. Pada mulanya, ibu hanya senyap dan membisu, namun setelah aku mengulangkan berkali-kali soalan mengenai kakak, akhirnya ibu menjawab. Katanya, itu bukan kakak kamu yang dulu. Perasaan pelikku semakin memanjang. Kata-kata ibu  melukakan hati aku. Aku bertanya lagi, “mengapa ibu berkata sedemikian?”. Ibu mula mengalirkan air mata dan berkata dengan suara yang kecil, “pagi tadi, kakak kamu memarahi ibu sebab menghalangnya untuk keluar ke perpustakaan”. Aku mula terkejut dan hairan kerana sebelum ini kakak patuh dan mendengar segala nasihat ibu malah tidak pernah meninggikan suaranya ketika bercakap dengan ibu.
Azan zuhur telah berkumandang. Aku bersiap-siap untuk menunaikan solat. Selepas mengambil air wudhuk, aku terus melangkah ke bilik solat. Aku  teringati bahawa sejadah teah di cuci ibu pagi tadi kerana sudah lama tidak bercuci. Aku pergi ke bilik kakak yang hanya berjiran dengan bilit solat, aku ingin meminjam sejadah kakak. Pada mulanya aku berasa malu untuk masuk ke bilik kakak kerana aku seorang lelaki. Aku menahan segan serta malu ku.
Setelah membuka pintu bilik, aku terkejut. “Astaghfirullah !! “..hati aku berkata. Bilik kakak bersepah dan katilnya langsung tidak berkemas. Aku tidak hairan akan katil dan keadaan bilik nya kerana sikap kakak memang malas untuk berkemas. Perkara yang menghairankan aku ialah buku-buku yang bersepah semuanya berkaitan dengan cinta dan pengetahuan mengenai anak.
Hati aku mula bertanya, adakah begini keadaannya apabila seseorang telah melangkah kea lam dewasa??. Aku melupakan buku-buku tadi dan meneruskan misi aku iaitu mencari sejadah kakak. Selesai menunaikan solat bersama ibu, aku bertanya kepada ibu “ibu, apabila kita dewasa tentu banyak cabaran kan?? “.
Ibu mula mengerutkan dahinya. “Kenapa Azizi tanya pasal dewasa pulak?? Azizi syok kat perempuan ke??” balas ibu. Gurauan ibu membuatkan aku tertawa. “ha???takde lah, ke situ pulak ibu nie…Azizi tanye nie”. Wajah ibu mula berubah, “Azizi, dunia nie banyak godaan nya.Tak kiralah Azizi remaja ke, dewasa ke, semuanya sama.Tapi, yang perlu banyak dijaga apabila Azizi meningkat ke alam remaja .Azizi kan tahu tanggungjawab sebagai seorang Islam kan.Jadi kalau Azizi dapat jaga tenggungjawab tu, insyallah sampai Azizi dewasa kelak, Azizi akan jadi baik dan tak mudah merasakan cabaran itu susah.Selalu ingat pada Allah S.W.T dan nasihat ibu.faham??”
“Faham,ibu.Azizi masih ingat pesan arwah ayah dulu, kalau kita ingatkan Allah S.W.T , Allah S.W.T  akan sentiasa ingatkan kita dan membantu kita tidak kira betapa susahnya. Allah S.W.T kan Maha Penyayang dan Maha Pengasih” balas aku. Aku tidak bertanya mengenai perangai kakak ataupun buku-buku yang aku jumpa di bilik kakak tadi kerana aku takut ibu berasa risau. Pada hari itu, kakak lansung tidak balik ke rumah. Pada malamnya, selepas aku menunaikan solat Tahajud, aku kasihan melihat ibu tidur di atas sofa kerana menanti kakak pulang. Aku tidak mahu mengejutkan ibu kerana ibu baru sahaja selesai membuat kuih-muih untuk dijual pada esok hari. Aku tahu ibu keletihan.
Aku ke bilik mengambil selimut untuk ibu. Aku takut ibu kesejukkan kerana malam itu hujan turun. Aku tidur di ruang tamu bersama ibu. Aku tidah mahu ibu menanti kakak seorang diri. Sambil menanti kakak, aku merenung wajah ibu. Wajahnya begitu tenang, segala penat lelahnya hilang begitu sahaja disebalik wajahnya. Aku mula menitiskan air mata. Ibu tiap-tiap hari bangun awal untuk mengejutkan aku dan kakak. Menyediakan makanan untuk kami bersekolah. Ibu menghantar kami ke sekolah dengan menggunakan motorsikal kepunyaan arwah ayah. Ibu selalu memberikan kami wang saku walaupun kami membawa bekal untuk ke sekolah. Katanya, anak-anak ibu semuanya kuat makan,jadi kenalah bawa sedikit wang saku. Aku mengerti akan gurauan ibu setiap hari. Ibu tidak mahu kami merasakan penat lelahnya dan ingin anak-anaknya cemerlang.
Titisan hujan yang kedengaran mengingatkan aku kepada kakak. Kakak selalu bercerita kisah-kisah nabi sebelum aku tidur. Cerita-cerita nya amat menarik dan aku hamper menghafal kesemua cerita-ceritanya. Kakak seorang yang suka membaca dan menghafal  kisah-kisah pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. hinggakan kakak bercita-cita untuk berkahwin dengan seorang hamba Allah S.W.T yang mempunyai sifat-sifat seperti Rasulullah. Pada mulanya aku tidak percaya kakak akan dapat menemui lelaki yang kakak inginkan, tetapi dengan paras rupa kakak yang cantik dan solehah seperti ibu, aku yakin bahawa kakak akan menjumpai lelaki idamannya itu.
Tetapi, sejak kakak masuk universiti, semuanya terhenti. Walaupun kakak bercuti, namun kakak tidak pernah bercerita lagi tentang kisah-kisah nabi. Katanya, sibuk dengan pelajaran. Aku merasa kesunyian kerana kakak sibuk dengan pelajarannya dan ibu sibuk dengan kerja-kerja rumahnya. Semasa arwah ayah masih hidup, aku selalu bermain dengan ayah. Pondok kecil di belakang rumah selalu mengingatkan aku kepada ayah.
Ayah yang membina pondok tersebut. “Azizi, pondok nie ayah namakan pondok Ukhwah, nanti Azizi boleh lah ajak kawan-kawan Azizi bermain kat sini”. Ayah seorang yang lawak dan sukakan haiwan. Hobi ayah membela ayam dan itik. Kadang-kadang ayah menangkap burung tetapi ayah menangkap burung hanya untuk suka-suka. Ayah akan melepaskan burung yang ditangkap,katanya “Allah S.W.T ciptakan burung bersayap supaya mereka boleh terbang bebas.”
Banyak kenangan arwah ayah yang aku tidak dapat lupakan. Ayah seorang yang berani. Kematian ayah berlaku apabila ayah ingin menyelamatkan seorang budak daripada dilanggar bas. Allah S.W.T  lebih menyayanginya. Aku kagum kerana mempunyai seorang  ayah yang berani dan penyayang.  Setelah mengenang kenangan lama aku terlelap.
Pada keesokan harinya, aku bangun awal daripada ibu. Kelihatan Ibu masih terlena, oleh kerana jam menunjukkan pukul 3.30 pagi, aku mengambil wudhuk. Hujan sudah lama berhenti namun kakak masih belum pulang. Aku terus berdoa kepada Allah S.W.T semoga kakak berada dalam keadaan yang selamat. Fikiranku mula teringatkan tentang buku-buku di bilik kakak. Aku berlari ke bilik kakak. Setelah membuka pintu, aku menyelak beberapa buah buku yang berselerak di lantai. Buku-buku yang bertajuk cinta itu membuatkan aku teringat pada kata-kata kakak tempoh hari. “Betul ke dia suka kat aku??”kata kakak sewaktu berada di dalam bilik. Aku curi-curi dengar.
Dalam hati ku merasakan, mungkin kakak dilamun cinta. Aku tidak berasa hairan kerana itu adalah sifat manusia yang tidak dapat dihalang. Buku-buku mengenai anak yang menghairankan aku. Semua yang tertulis di dalam buku itu menerangkan perkara dari A ke Z. Aku tidak membaca keseluruhannya kerana pada kulit buku tersebut tertulis hanya 18 tahun ke atas. Dalam fikiran aku, “mungkin kakak…tak..tak…mustahil!!! kakak bukan perempuan yang begitu”. Aku cuba menghilangkan prasangka buruk aku terhadap kakak. “Kalau kakak balik, aku mesti tanya kat dia.tapi mesti kena tampar Hi-5 nanti !!!”
Selesai aku menunaikan solat subuh bersama ibu, aku membaca al-Quran sehingga jam menunjukkan pukul 7.30 pagi. Selepas bersarapan, aku berjoging di taman tidak jauh dari rumah dan ibu pergi menghantar kuih-muih di gerai Mak Cik Fatimah. Aku berasa gembira kerana ramai kawan-kawan aku berjoging di taman. Dalam perjalanan untuk ulang ke rumah, aku melihat kakak sedang berjalan tidak jauh dari tempat aku berada. Aku menjerit, “ KAKAK!!!!!”. Jeritan aku didengarinya dan kakak membalas dengan senyuman. Aku bersalam dengan kakak dan bertanya “kenapa kakak tak balik semalam??”
Wajah kakak kelihatan pucat dan tanpa dikejut atau disepak orang, kakak jatuh pengsan. Nasib baik lah aku sempat menahan kakak. “Kakak,kakak !! kenapa nie??ala…jangan nak berlakon kat sini..”..kata aku. Aku membawa kakak ke rumah. Nasib baik kakak tak berat. Setelah tiba di rumah, badan kakak berpeluh-peluh dan panas. Mungkin kakak demam. Aku terus menghubungi ibu. Kakak sedar pada petang harinya, memang panjang mimpi yang dilaluinya. “Aisyah pergi mana semalam??kenapa badan panas nie??” ibu mula bertanya kerisauan. “maafkan aisyah ibu, malam tadi aisyah bermalam di rumah kawan, tak tidur semalaman kerana nak buat assignment. Kerisauan ibu mula berkurang, “kalau nak buat kerja pun, takkan tak ada rehat.kenapa tak bagitahu ibu dulu nak bermalam di rumah kawan??”. Kakak hanya menjawab “maafkan aisyah ibu”. Selepas itu kakak menangis.
Aku meninggalkan ruang tamu, aku bersyukur dan berterima kasih kepada Allah S.W.T kerana membantu kakak. Pada malamnya, selepas menunaikan solat isya’ , aku memberanikan diri untuk berjumpa dengan kakak. Aku mengetuk pintu bilik kakak, “assalamualaikum,kakak. Azizi nak jumpa kakak, boleh tak??”. Permintaan aku diterima, “masuklah.pintu tak berkunci”.setelah masuk, keadaan bilik kakak tetap berselerak tetapi yang manghairankan buku-buku yang aku jumpa pagi tadi semuanya tidak berada di atas lantai. Aku merasakan kakak menyembunyikan sesuatu.
“Hah,apa yang adik nak??nak kacau kakak lagi??” kata kakak. “eleh, tak de kelas lah nak kacau kakak, adik nak tanya sesuatu tapi kakak jangan marah,” balas aku. Mata kakak mengecil dan bibir nya terangkat sedikit. Aku memahami maksud di wajahnya, “mungkin kakak tak nak dengar soalan yang pelik-pelik,” hatiku berbisik. Aku duduk di katil kakak dan kakak duduk di kerusi nya. “Kakak ada boyfriend  ke??”pertanyaan yang tidak memerlukan talian hayat daripada aku. Wajah kakak mula berubah, “emm???kenapa adik tanya  hal nie??kakak masih single lah”, kata-kata kakak yang sukar untuk dipercayai. Aku membalas, “Azizi tanya  je, tapi tak mungkinlah !!! kakak adik kan cantik dan ayu, takkan tak ada seorang pun yang syok kat kakak kat university tu??”.
“Apa yang adik kisah sangat???!!” balas kakak dengan suara yang tinggi. Selepas berbual dengan kakak.  Aku masuk ke bilik untuk mengulangkaji. Aku merasakan pertanyaan aku menyakitkan hati kakak. Keesokan harinya, kakak tidak keluar untuk ke perpustakaan mahupun ke rumah kawannya. Pada pendapat aku, mungkin assignment nya sudah disiapkan. Pada pagi itu, kakak hanya duduk di sofa sambil menonton televisyen. Aku tidak berani menyapanya,mungkin disebabkan perkara malam tadi. Ibu awal-awal lagi sudah keluar ke pasar.
Aku ke dapur untuk bersarapan. Aku terlihat masih ada dua pinggan di atas meja. Ini bermaksud kakak belum bersarapan, mungkin ini dapat membantu aku untuk embuka topic perbualan bersama kakak. “Kakak, kakak dah sarapan??,” tanya aku. “Kakak tak lapar, adik makan dulu.kalau kakak lapar,nanti kakak makan,” jawab kakak dengan suara yang perlahan. Aku mula risau dan menghampiri kakak. Aku menyentuh dahinya.Kakak terkejut, “kenapa nie??,” tanya kakak. “ adik takut kakak masih demam.”balas aku.
Kakak menonton televisyen dari pagi hinggalah ke petang. Kakak tak menunaikan solat zuhur dan asar. Mungkin kakak dah ditembak. Keesokan hari, aku pergi ke sekolah dan sekolah mengadakan peperiksaan penggal kedua. Aku menjawab soalan dengan mudah terutamanya bagi ujian Pendidikan Islam. Setelah balik ke rumah pada petangnya. Aku membuka pintu rumah dan memberi salam. Namun salam aku tidak dijawab. Keadaan dalam rumah senyap dan aku mula berasa cemas. Aku berlari menuju ke bilit ibu namun tiada siapa di dalam. Kemudian aku pergi ke bilik kakak.
Pintu bilik kakak berkunci. Aku mula berasa hairan kerana kakak tidak pernah mengunci pintu biliknya kecuali kakak betul-betul tidak mahu diganggu. Tanpa membuang masa berfikir, aku memecah pintu bilik kakak dan ternampak kakak sedang duduk di lantai bersandar di katil. Terdapat banyak darah di lantai. Aku terus berlari ke luar untuk meminta pertolongan.
Setelah menghubungi ibu, kami terus ke hospital. Keadaan kakak yang masih tidak sedarkan diri membuatkan ibu menangis. Setelah tiga jam menunggu kakak di dalam bilik bedah, akhirnya seorang doctor telah keluar dari bilik tersebut. Ibu berbincang dengan doctor mengenai kakak. Aku hanya mampu berdoa dan bersabar. Apa yang aku saksikan memeng sukar untuk percaya. Ini kali pertama aku melihat darah yang begitu banyak, membuatkan aku muntah.
Doktor membenarkan kami untuk melawat kakak tetapi dilarang untuk mengejutkannya. ibu masih menangis. Wajah kakak amat pucat berbanding sewaktu kakak demam tempoh hari. Jantung aku mula berdegup kencang dan aku dapat merasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku. Namun aku mula mengingati Allah S.W.T dan meminta agar aku dikuatkan semangat.
Pada hari itu, doktor tidak membenarkan ibu untuk bermalam di hospital. Kata doktor, keadaan kakak masih stabil. Aku mengajak ibu pulang tetapi ibu tidak mahu meninggalkan kakak. Aku tiada pilihan lain selain mencari alasan bahawa aku akan menghadapi peperiksaan seterusnya pada esok hari. Setelah pulang ke rumah, ibu mengajak aku untuk berdoa selepas menunaikan solat isya’.Doa-doa amalan Rasulullah untuk kesejahteraan dan perlindungan di sisi Allah S.W.T kami lafazkan. Setelah selesai membaca doa, ibu mengajak aku ke ruang tamu sambil mengulangkaji pelajaranku. Aku mula teringatkan arwah ayah yang selalu mengajakku untuk mengulangkaji di ruang tamu bersama-sama ibu dan kakak.
“Besok Azizi ada ujian apa pulak??” ibu membukakan soalan. “Esok ada ujian matematik dan sejarah. Senang  je tu,” balas aku. Semasa aku mengulangkaji, wajah ibu kelihatan muram dan sedih. Aku mula mendekati ibu. Ibu merenung tepat ke mataku dan mengeluarkan air mata. “Azizi, ibu beruntung dan bersyukur kepada Allah S.W.T kerana mengurniakan dua orang peteri dan putera yang soleh dan solehah serta sayang kepada ibubapa.”kata ibu sambil menangis. Aku memeluk ibu, “ibulah wanita yang Azizi dan kakak paling sayang sekali. Maafkan kami kalau kami berbuat silap,ibu,”kata aku sambil air mata aku mula keluar tanpa disuruh.
“Azizi, mungkin kamu perlu tahu perkara mengenai kakak kerana kamu satu-satunya adiknya.”kata ibu. Aku hanya mengangguk. Air mata ibu masih mengalir, “sebenarnya pagi tadi ibu berbual dengan kakak kamu, dia lansung tak mahu menjamah sebutir nasi pun untuk sarapan. Selepas itu, ibu mengemas biliknya yang berselerak semasa kakak kamu masih mandi. Ibu terjumpa banyak pil-pil untuk menguruskan badan dan buku-buku mengenai anak di bawah katilnya,”jelas ibu.
“Azizi dah tahu,ibu. Maafkan Azizi sebab tak bagitahu ibu mengenai buku-buku tersebut.tapi pil-pil tu, Azizi memang tak tahu mengenainya. Azizi rasa muka kakak pucat sebab pil tu dan dia tak nak makan,” aku mula memberanikan diri untuk mengeluarkan pendapat.
“Tak apa lah Azizi, ibu pun sudah tahu mengenainya. Pada mulanya ibu memang perasan perubahan sikap kakak kamu. Usahlah fikirkan hal-hal itu lagi, yang penting kakak kamu mesti sihat.”kata ibu yang ingin mengakhiri perbualan. Aku hanya mengangguk dan aku faham akan apa yang ibu jelaskan. Dalam fikiran aku, kakak berubah dan masuk hospital kerana berpunca daripada seorang lelaki. Ini kerana apabila aku bertanyakan mengenai teman lelaki, sikap kakak berubah sama sekali.
Pada pagi besoknya, aku pergi ke sekolah. Pada hari itu aku menumpang jiran kerana ibu hendak ke hospital lebih awal. “Kirim salam kepada kakak kalau kakak sedar”pesan aku. Ibu membalas “insyallah”. Pada ujian hari itu semuanya dapat aku jawab dengan mudah sehinggalah hari peperiksaan tamat pada hari sabtu. Selepas waktu sekolah, aku bergegas ke hospital.
Aku bertambah risau kerana kakak dimasukkan ke wad ICU setibanya aku di hospital. Kata ibu, kakak sedar beberapa jam yang lalu dan tiba-tiba memuntahkan darah daripada mulutnya. Setelah beberapa jam menunggu, aku terlupa akan menunaikan solat asar, maghrib dan isya’ secara tidak sengaja. Aku bagaikan koma masa itu. Selepas menunaikan dan menggantikan solat, kakak dihantar ke wad biasa namun kakak perlu diberi bantuan pernafasan.
Aku bertanya kepada doktor yang merawat kakak, “doktor, macam mana keadaan kakak saya?doktor kata kakak kekurangan darah dan doctor sudah memasukkan darah jenis yang sama kan??kalau tak cukup, doktor boleh ambil darah saya..!!” aku bertanya sambil memegang baju doktor. “Darah yang saya masukkan memang daripada jenis yang sama tetapi badan kakak kamu tidak menerimanya, terus terang saya katakan, mungkin saluran darah kakak kamu telah dijangkiti penyakit atau kakak kamu mengalami pendarahan yang banyak.
Setelah mendengar kata doktor,aku redha dengan semuanya. Aku bersandar di dinding dan dihadapanku kelihatan kakak sedang terlanjur serta ibu di kanan kakak. Ibu berkata “Aisyah, bukalah mata tu ,nak. Ibu panggil nie..Aisyah”. selepas beberapa minit, mata kakak terbuka. “ Ibu, assa…lam..mualai…kum…”kedengaran suara kakak memberi salam. “Aisyah, waalaikumsalam,nak..kamu dah sedar.” Wajah ibu kembali senyum. Aku menghampiri kakak.
“Kakak..assalamualaikum..Azizi kat sini” kata aku. Suara kakak tidak begitu jelas dan kakak membuka saluran pernafasan di mulutnya, “waalaikumsalam..adik..maafkan kakak..”katanya. Aku mula menangis sambil merenung mata kakak yang pucat itu. “tak pa lah kak,adik tak ambil hati pun, yang penting kakak sihat,” balas aku.
Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Kakak masih sedar namun keadaannya lemah. Doktor menyuruh kakak supaya berehat namun kakak tidak menperdulikannya. Kakak  menjelaskan segalanya dan meminta maaf kepada ibu berkali-kali sambil menangis. Sehinggalah suatu ketika, “Azizi, boleh tolong kakak beli air susu tak. Kakak haus lah,” kata kakak.  Aku terus berlari ke tingkat bawah sekali menuju ke kantin hospital.
“Nasib baiklah kantin ini masih buka”bisik aku.
Dalam perjalanan aku untuk ke wad kakak, azan subuh mula berkumandang. Aku mula memperlahankan larianku untuk menghormati azan subuh. Tiba-tiba perasaan aku terasa teramat risau. Aku mula fikir sejenak sambil menjawab azan yang masih lagi berkumandang. Setelah tiba di wad kakak, azan sudah selesai dilaungkan…” Allah Huak’bar..Allah Huak’bar…Laila..haillallah…..” ……
Dari luar bilik kakak, aku terdengar tangisan ibu. Ini membuatkan aku bertambah risau. Aku berlari dan melihat kakak dipeluk erat oleh ibu sambil tingkap di belakang ibu terbuka.

“KAKAK…….KAKAK…KAKAK!!! “
“ALLAH HUAK’BAR!!!!”….
Aku hanya mampu melihat wajah  kakak  ynag pucat sambil tersenyum serta mengeluarkan air mata.

“ashaduallailaha ilallah wa ash’haduanna muhammadur rasulullah”
Inilah ucapan terakhir kakak selepas mendengar rangkap akhir azan berkumandang
               
Jenazah kakak sempat dikebumikan selepas solat zuhur pada hari yang sama. Aku bersyukur kerana mempunyai seorang kakak yang berani,jujur dan menyayangi keluarganya. Walaupun kakak telah mengambil jalan yang salah iaitu sanggup mencederakan diri sendiri tetapi kakak sempat menyampaikan pesanan melalui seutus surat.

Assalamualaikum…dik, Muhammad Azizi bin Alwi Hassan..kakak bersyukur kerana Allah S.W.T masih memanjangkan umur kakak. Kakak sedar yang kakak telah memalukan agama, keluarga dan adik kakak sendiri. Kakak telah digoda oleh keseronokkan dunia sehingga melupakan akhirat, pesanan ibu dan ayah serta adik kakak. Kakak betul-betul menyesal dan malu. Maafkan kakak,maafkan kakak. Kakak dapat merasakan dosa-dosa yang telah kakak lakukan. Kakak bersyukur sebab ada adik, ibu dan ayah. Terima kasih atas segalanya. Pesan kakak, jangan kamu mengikut dan mencuba perkara-perkara yang dilarang, kakak tak mahu kamu jadi seperti kakak. Kakak harap kamu cemerlang, andai ini kata-kata kakak yang terakhir. Kakak nak adik ingat, lelaki yang paling kakak sayang dan sifatnya hampir serupa dengan sifat mulia Rasulullah adalah kamu dan ayah kamu. Dan mengenai cerita nabi-nabi yang belum kakak sempat ceritakan, assignment kakak yang sempat kakak siapkan di atas meja adalah mengenai perjuangan para nabi dan rasul. Harap adik membacanya….
Wassalam…
Daripada kakak. Aisyah Hafizah binti Alwi Hassan
Apabila aku membaca surat terakhir daripada kakak, aku mula senyum dan menangis. Akhirnya ibu menceritakan masalah yang kakak hadapi sebelum kakak menghembuskan nafasnya yang terakhir. Menurut ibu, kakak dirogol semasa di kolej. Oleh kerana malu terhadap ibu dan ayah, kakak sanggup menggugurkan kandungannya dengan cara yang salah. Kakak menelan racun semasa ibu tiada di rumah. Akibatnya, darah kakak dicemari racun dan meninggal dunia.
“Semoga Allah S.W.T. menerima taubat kakak dan ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman,aminn…”

Zain Bikha-Denn il Islam (I AM A MUSLIM)

Deen-il-Islam

By : Zain Bhikha

By: (Linda Gcwensa & Zain Bhikha)

If you ask me, why do I stand here,
So unafraid of everything around me.
Proudly I would say, I am a Muslim.
If you ask her, why does she dress that way,
All covered up in a world that gives it all away.
Proudly she would say, I am a Muslim.

Chorus:
Deenil Islam deeni Wala ‘ardab gheiru deeni Muhammad elli hadeeni Nourel iman x 2

If you ask me, surely this cannot be,
You give your wealth so free, and you say your life is charity.
It ain’t hard to see, I am a Muslim.
If you ask him, why does it hurt so,
When he sees injustice, even though it’s folks he doesn’t know,
With tears in his eyes he says, I am a Muslim.

Chorus

If you ask her, why doesn’t she cry,
There’s no one by her side, she’s the only one that’s left behind.
Patiently she sighs, I am a Muslim.
If you ask him, why does he still pray,
Five times a day when so many others have strayed.
Smiling he would say, I am a Muslim.

Chorus

If you ask me, why do I love you
No matter where you are, we are the greatest Ummah
With the beating of our hearts, we are Muslim.

La-illah-ha-illalah Muhammad-ur-rasullulah
There is only one God
La-illah-ha-illalah Muhammad-al-Mustapha
Muhammad is the messenger
La-illah-ha-illalah Muhammad-ur-rasullulah
There is only one God
La-illah-ha-illalah Muhammad-al-Mustapha
Muhammad is the messenger

More Lyrics at: MuslimLyrics.com