Kelihatan Farid sedang bermain di halaman rumah bersama rakan-rakannya. Dua ekor anak ayam lari bertempiaran sambil dikejar mereka. Ibu Farid, Mak Cik Imah sedang duduk di tangga rumah kayu usangnya.Satu-satunya rumah using yang terdapat di kampung tersebut. Namun,senyuman jelas terpancar di wajah ibunya memerhati gelagat anaknya.
“Mak, kalau Farid dapat tangkap ayam tu, nanti mak gorengkan untuk Farid ye !”jerit Farid. Ibunya tersenyum. “Farid, ayam tu kecil lagi, tak puas nanti Farid makan”balas ibu Farid. Matahari mula terbenam, semua rakan-rakan Farid pulang ke rumah.
“Farid, esok sekolah, malam ni tidur awal.”kata ibu. Farid bangun dari kerusi dan menuju ke biliknya. Kemudian, dia keluar dan membawa sesuatu. “Mak,ni buku laporan Farid, lupe nak bagi tadi”kata Farid.
“Teruk nye keputusan kamu Farid?”
“Ish mak ni, kan semua subjek Farid dapat A” balas Farid. Farid masuk ke dalam bilik dan merebahkan badannya ke atas katil. Ibunya pula masih berada di ruang tamu.
“Tentu abang gembira tengok keputusan Farid, walaupun abang tidak ada bersama kami” kata Mak Cik Imah dalam hati.
Pada pagi keesokan harinya, Mak Cik Imah bangun lebih awal daripada anaknya. Pada pagi itu, dia mula menyediakan bahan-bahan untuk membuat kuih. Menjual kuih-muih merupakan sumber rezekinya untuk menampung perbelanjaan dapur dan yuran persekolahan anaknya.
“Farid, bangun, dah subuh ni.”
Sudah menjadi rutin harian Mak Cik Imah untuk menghantar Farid ke sekolah dengan menggunakan basikal milik arwah suaminya. Demi menjimatkan wang perbelanjaan, Farid juga rela berjalan kaki untuk balik ke rumah.
Beberapa tahun sudah berlalu. Kini Farid sudah meningkat dewasa. Selepas menamatkan pengajian di sebuah universiti tempatan, Farid pulang ke rumah untuk bercuti. Mak Cik Imah kini sudah meningkat usia. Namun, dia masih membuat dan menjual kuih-muih di kampungnya.
Semasa cuti, Farid membantu ibunya menjual kuih. “Farid, mak nak tanya ni, Farid tak rasa malu ke tolong mak jual kuih ni? Farid kan dah besar, umur Farid sekarang sepatutnya dah bekerja”kata Mak Cik Imah. Farid sedang membungkus kuih-muih di dalam bungkusan.
“Mak, saya ikhlas nak tolong mak, saya tak pernah rasa malu. Ini rezeki halal mak. Tak kan Farid nak tengok mak bekerja sorang-sorang.” Jelas Farid. Air mata Mak Cik Imah mula mengalir.
Farid termenung di luar rumah. Dia asyik memikirkan keadaan rumahnya yang terlalu using. Dalam pada itu juga, dia mula teringat akan arwah ayahnya. Rumah yang didiaminya sekarang merupakan hasil titik peluh ayahnya.
Pada malam itu, Farid duduk bersama ibunya di ruang tamu. “Mak,kalau Farid dapat pekerjaan di luar Negara nanti, mak izikan tak Farid pergi?”tanya Farid kepada ibunya. Mak Cik Imah diam seketika. “Kalau itu cita-cita Farid, mak tak kan halang” balas Mak cik Imah.
Kemudian, Farid menghulurkan surat kepada ibunya. Selepas ibunya membuka sampul tersebut, dia terkejut. “Permohonan untuk bekerja sebagai pembantu pengurus kilang di Australia?” kata ibunya.
Seminggu kemudian, Farid mula bertolak ke Australia. Kini cita-cita Farid tercapai. Mak cik Imah keberatan untuk melepaskan anaknya. Di dalam kapal terbang, Farid merancang arah tujuannya selepas ini. Cita-cita Farid berjaya.
Setibanya di Australia, Farid mengangkat beg galasnya dan bergerak keluar dari lapangan terbang. Suasana di sana amat berbeza berbanding di Malaysia. Farid kini menuju ke hotel berdekatan. Tempat kerja Farid terletak tidak jauh dari hotelnya. Hanya beberapa kilometer sahaja.
Beberapa bulan berlalu. Farid masih bekerja dengan penuh semangat sekali. Farid tidak pernah lewat datang untuk bekerja malah belum pernah ponteng walaupun sehari. Ketekunan Farid bekerja membanggakan majikannya.
Farid pulang ke hotel. Setelah penat bekerja, Farid terlelap di atas katil. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu yang amat penting baginya. Dia bergerak menuju ke almari dan membukanya. Dicapainya beg galas yang ada di dalam almari tersebut.
Di hadapan beg tersebut terdapat satu ruangan kecil untuk mengisi barang. Akhirnya dia teringat, bekas yang diberi oleh maknya sebelum dia bertolak ke situ. Bekas yang mengandungi kuih kegemarannya hasil titik peluh buatan maknya. Farid berasa sangat sedih dan mula menitiskan air mata.
“Ya Allah, apa yang telah aku lakukan? Kenapa aku lupa untuk membuka pemberian mak? Aku bodoh! Terlalu memikirkan kerjaya aku saja!”
Seminggu kemudian, Farid memohon untuk cuti dan balik ke Malaysia. Hal ini kerana, bulan Ramadan hampir sampai ke penghujungnya. Sudah beberapa bulan Farid tidak mendengar khabar berita maknya kerana terlalu sibuk bekerja.
Setibanya sampai ke Malaysia tanpa pengetahuan maknya, Farid menuju ke rumahnya. Sepanjang perjalanan, dia asyik memikirkan keadaan ibunya. Semasa perjalanan, Farid melihat ramai pemuda-pemudi berpakaian baju melayu dan baju kurung. Mereka baru sahaja menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Sewaktu Farid tiba di rumahnya, tidak ada kelihatan ibunya berada di rumah malah tingkap dan pintu semuanya tertutup rapat. Farid masuk semula ke kereta dan beredar dari situ.
Farid menuju ke tanah perkuburan tidak jauh dari rumahnya. Terdetik di hatinya mengatakan bahawa ibunya berada di sana. Sewaktu keluar dari kereta, Farid melihat ramai penduduk kampung menziarahi kubur sanak saudara mereka. Farid bergerak mencari kubur arwah ayahnya.
Tiba-tiba, Farid ternampak seorang perempuan sedang memeluk nisan kubur ayah. Perempuan itu adalah ibu Farid. Dari jauh, Farid mengalirkan air mata. Dia sedar bahawa dia telah memungkir janji ibunya. Bukan sahaja lewat balik ke kampung malah bekalan yang diberi untuknya juga lewat untuk dimakan.
Perlahan Farid melangkah kakinya menuju ke arah ibunya.
“Assalamualaikum…mak...”
Mak Farid menoleh ke belakang dan terkejut.
“Farid…anak mak…”
Mak Farid terus memeluk Farid dengan erat. Di tangan Farid, terdapat bekas milik maknya. Segala kuih yang basi di dalam bekas tersebut telah pun Farid makan. Walaupun basi, dia tetap memakannya kerana tidak mahu membazir.
Dan kerana itu jugalah, “Kuih buat Farid”
Suara takbir dari masjid berdekatan masih lagi kedengaran.
“Sayangilah ibu dan ayah kamu semasa mereka masih hidup, doakan lah kesejahteraan mereka selalu, bersyukurlah dengan apa yang ada dan buatlah terbaik untuk mereka di dunia dan juga di akhirat”
awang mohamad razizie bin awang yusuf..