Pages

Labels

Followers

Monday, November 15, 2010

JANGAN HALANGKU BERKARYA

JANGAN HALANGKU BERKARYA
BAB 1   MIMPI PEMBAWA BERITA
            Cerita ini pernah berlaku sejak beberapa tahun yang lalu. Kisahnya amat dipercayai terutamanya penduduk di kawasan ini. Kisah yang sangat tidak masuk akal dan luar daripada imaginasi seseorang yang waras. Namun, kebenarannya dipercayai terutamanya bagi orang-orang yang pernah mengalami dan melihatnya. Bukan suatu mimpi atau jenaka semata-mata.
            Buku. Semua orang mengenali buku. Buku digunakan di serata dunia dan juga menjadi rujukan utama untuk manusia. Namun, buku juga boleh mengubah hidup seseorang terutamanya bagi seorang penulis buku. Apa kaitan buku dan cerita dongeng ini? Cinderella? Puteri Salju dan tujuh orang kerdil? Atau Sorcerer’s Apprentice? Bukan. Ini mengenai buku yang boleh menjelmakan karakter di dalamnya ke alam nyata.
Buku yang dimaksudkan adalah Aswad dan Abyad. Aswad bermaksud hitam dalam bahasa Arab dan juga merujuk kepada kejahatan. Buku Aswad mempunyai kebolehan mengawal pemikiran dan minda penulis dengan sepenuhnya. Berlainan dengan buku Abyad yang membawa maksud putih. Kelemahan buku Abyad adalah jika si penulis tersalah menulis sesuatu ayat atau perkataan, ia tidak akan dapat dipadam semula. Kedua-dua buku ini mampu menunaikan permintaan sesiapa sahaja yang memilikinya.
Tahun 2010, negara berkembang maju. Tanah yang dipijak ini dahulunya sebuah kampung kini menjadi sebuah bandar yang maju. Namun, kisah mengenai kewujudan dua buah buku misteri itu masih segar dalam ingatan orang-orang lama yang menetap di kawasan Bandar Mutiara. Menurut mereka, seekor naga pernah keluar daripada sebuah buku dan memusnahkan kampung halaman mereka. Selepas itu, naga tersebut ghaib dari pandangan orang ramai. Mereka percaya, itu hasil daripada cerita yang tertulis dalam salah sebuah buku misteri.
Waktu menunjukkan pukul empat petang. Sebuah motorsikal bewarna merah berhenti di hadapan sebuah gerai makan. Seorang pemuda menanggalkan topi keledarnya. Pemuda tersebut amat dikenali oleh peniaga di gerai tersebut.
“ Iziey, buat apa kamu termenung dari tadi tu?” tanya tauke gerai makan.
“ Entahlah pak cik, saya pun tak tahu apa yang saya tenungkan. Dah sebulan saya cari kerja, tapi masih tak dapat. Bosanlah” balasnya.
“ Oh...itulah kau, pak cik suruh kau kerja dengan pak cik kau tak nak. Nak gaji besar jugak ”
“ Bukan saya tak nak, saya nak kumpul duit. Lagipun Arina tengah tunggu saya”
“ Ceh...itu tujuan kamu rupanya..oh ya, pak cik dengar kamu dulu pernah menang anugerah penulis novel jiwang  terbaik kan? Kenapa kamu kerja kat syarikat tu?”
“Yang tu beberapa tahun yang lepas. Saya tak minat lah nak menulis lagi”
“ Suka hati kaulah, pak cik beri cadangan je. Sampai bila lah kamu nak menganggur macam nie?”
“Kalau camtu, esok lah saya interview kat syarikat tu. Kalau ada rezeki, kerja je lah” kata Iziey sambil mengangguk.
Iziey seorang anak yatim piatu. Dia kematian ibu dan ayah semasa berumur 14 tahun. Dia seorang anak tunggal. Minatnya dalam bidang penulisan bermula daripada ayahnya yang merupakan seorang penulis skrip lakonan dan drama. Sejak remaja lagi, dia sudah mula membabitkan diri dalam bidang tersebut.
            Iziey melangkah masuk ke dalam biliknya setelah pulang dari kedai makan. Bilik yang disewannya tidak besar dan terletak di atas sebuah kedai makan. Rumah lamanya terbakar sejak beberapa tahun yang lalu berpunca daripada seekor “naga”. Namun, Iziey tidak mempercayainya.
            “ Esok kalau aku dapat kerja, aku nak beli baju baru. Lepas tu ajak Arina keluar. Em..agak-agaknya bolehlah berjimat sikit..tak payah pergi tengok wayang lah” kata Iziey dalam hatinya.
            Setelah beberapa minit berangan-angan, Iziey tertidur di katilnya. Tanpa disedari, seseorang telah memasuki biliknya. Tingkap tidak berkunci. Angin bertiup kuat pada petang itu.
            “ Akhirnya aku jumpa kau, sudah sekian lama aku mencari kau” terdengar suara seseorang datang memanggil Iziey. Iziey berada dalam dunia mimpinya.
            “ Siapa tu? Siapa kau? Apa kau nak?” tanya Iziey yang masih tidur.
            “ Aku tak mahu apa-apa dari kau kecuali satu” kata suara misteri tersebut membuat permintaan. “Satu?” tanya Iziey kehairanan.
            “ Aku mahukan penulisan kau. Itu sahaja” suara tersebut meminta sesuatu permintaan yang agak pelik.
            “Penulisan aku?Buat ape?”                                            
            “Penulisan kau. Aku dan Abyad amat memerlukannya. Dengan penulisan kau, dapat menyelamatkan seluruh manusia di dunia ini”
            “ Abyad? Ape tu? Bahasa jawa ke? Kata-kata kau macam cerita komik la. Tunjukkan muka kau, aku nak tengok” pinta Iziey yang masih bermimpi.
            Suara tersebut akhirnya menjelma sebagai seorang lelaki tua pertengahan usia. Lelaki tersebut berpakaian hitam dan memegang tongkat. “ Esok hari,aku akan serahkan Abyad kepada kau” kata lelaki tersebut. Belum sempat Iziey bertanya lagi, jelmaan lelaki tersebut hilang dari pandangan. Iziey tersedar daripada tidurnya. Seluruh badannya berpeluh.
            “ Abyad? Eish, kenapalah aku tertidur time macam nie. Dah maghrib rupanya” kata Iziey sambil mengelap mukanya. Dia berasa hairan kerana terdapat kesan tapak kasut di lantai biliknya. Kesan tersebut sangat jelas. “Mimipi ke?” bisiknya.
            Pada keesokan harinya, Iziey bangun awal untuk pergi mencari kerja. Ini merupakan kali kedua dia menjejakkan kakinya ke syarikat yang sama sejak beberapa tahun yang lalu. Dia pernah menghantar novel hasil penulisannya di syarikat ini semasa pertandingan menulis novel remaja.
            “ Kamu nak cari kerja kosong?” tanya seorang pengurus syarikat tersebut.
            “ Ya, saya datang nak cari jawatan kosong. Saya tak kisah kerja apa pun, asalkan saya dapat cari duit” harap Iziey.
            “ Kalau tak silap saya, kamu pernah menulis sebuah novel untuk syarikat nie kan? Novel jiwang kan?”
            “ Ya, saya lah tu” jawab Iziey sambil mengangguk.
            “ Baiklah, sebagai permulaan hari pertama kamu, saya nak kamu buatkan satu cerita untuk saya nilai” arah pengurus tersebut.
            “ Baiklah.terima kasih encik. Saya akan buat yang terbaik” balas Iziey dengan rasa gembira.
Semasa Iziey keluar dari pejabat pengurus, tiba-tiba dia terlanggar seorang lelaki yang kebetulan lalu di belakangnya. “ Maafkan saya encik, saya tak nampak........Shaz??Shazlan?” kata Iziey kepada lelaki tersebut.
            “ Iziey? Kau buat apa kat sini? Lama tak jumpa!” kata Shaz. “ Aku baru dapat kerja kat sini. Yang kau pulak buat apa kat sini?” tanya Iziey.
            “ Aku kerja kat sini, ketua bidang penulisan. Kebetulan kau kat sini, mari temankan aku makan. Lama betul tak jumpa kau” ajak Shaz. Shaz ialah kawan baik Iziey semasa sekolah menengah. Shaz seorang penulis dan pelukis kartun komik.
“Tak sangka kita boleh jumpa lagi kan. Kawan-kawan kita yang lain semua dah berpindah keluar. Sejak peristiwa kampung terbakar, kita terpisah” kata Shaz.
“Ya, aku masih ingat lagi. Tapi, kejadian tu betul-betul tak masuk akal. Aku rindukan sekolah lama, sekarang kau masih melukis ke?”
“ Kejadian tentang makhluk aneh menyerang kampung. Susah nak percaya. Aku masih melukis, nak tengok? Aku ade bawa beberapa watak yang aku lukis” kata Shaz lalu menghulurkan sebuah buku lakaran kepada Iziey.
“ Are you kidding me?! lukisan kau lebih hebat daripada yang dulu. Anjing berkepala dua? Watak jahat?”
“Itu watak kegemaran aku. Banyak lagi watak jahat yang aku lukis” jelas Shaz. Tanpa disedari Iziey, dia sedang diekori oleh sesuatu. Selepas makan, Iziey memulakan tugasnya sebagai seorang penulis. Dia mendapat meja kerjanya sendiri.
            Semasa Iziey menulis cerita pendek untuk pengurusnya, dia terdengar bunyi tapak kaki sedang menuju ke arahnya. Bunyi tersebut semakin dekat. Apabila Iziey menoleh ke belakang, dia terkejut melihat suatu mahluk aneh berkepala manusia di belakangnya. Makluk tersebut mempunyai empat kaki dan bewarna ungu gelap. Iziey ketakutan lalu keluar dari biliknya.
Dia cuba meminta bantuan, tetapi tiada siapa yang berada di situ kerana masih dalam waktu rehat. Makhluk tersebut mengejarnya. Iziey terjatuh ketika cuba melarikan diri. Makhluk tersebut membuka mulutnya. Keluar beberapa ekor ular dari mulutnya dan membuatkan Iziey lebih ketakutan.
“ Jangan bunuh aku..aku tak nak mati dulu..aku belum kahwin lagi” jerit Iziey.
Tiba-tiba, datang seorang lelaki bertongkat. Lelaki tersebut menuju ke arah makhluk tersebut. Dia mengangkat tongkatnya sebelum menghempas tongkat tersebut ke lantai. Ular-ular yang dikeluarkan oleh makhluk pelik tersebut sekelip mata hilang dari pandangan. Mulut lelaki tersebut kelihatan seperti membaca sesuatu sebelum menghempas semula tongkatnya. Makhluk tersebut turut hilang secara tiba-tiba.
            “ Seperti yang dijanjikan, aku akan serahkan Abyad untuk kau hari ini” kata lelaki itu lalu memandang ke arah Iziey.
            “ Kau??? Sejak bila kau muncul? Aku bermimpi lagi ke? ? hantu..!!” jerit Iziey.
            “ Hantu? Hahaha...mungkin kau terlalu kuat berimaginasi. Tapi itu tak penting, yang penting aku nak kau mulakan tugas kau sekarang. Kau pun nampak kan?” kata lelaki tersebut lalu meghulurkan sebuah buku bewarna putih kepada Iziey. Kemudian, jelmaan lelaki tersebut hilang seperti angin bertiup.
            “ Nanti dulu...dah hilang?? Aku bermimpi ke?..” kata Iziey sambil memegang buku putih tersebut.

BAB 2 APABILA BUKU BERKATA-KATA

            Tiba-tiba, buku tersebut terbuka dengan sendirinya. Buku yang setebal 5 cm itu menunjukkan muka surat pertama. Tertulis nama Abyad dalam tiga tulisan iaitu dalam tulisan arab, jawi dan rumi (roman). Cahaya yang dikeluarkan oleh buku tersebut terlalu terang  menyebabkan Iziey silau melihatnya.
            Iziey membuka matanya sedikit demi sedikit. Dia terkejut apabila dia berada di suatu tempat yang dipenuhi pokok-pokok dan bukannya pejabat. Di tangannya masih memegang buku Abyad. Tiba-tiba, dia terdengar sesuatu di belakang semak. Dia mendekati semak tersebut. Apabila dia mengalihkan daun-daun yang terdapat di semak tersebut, dia berundur ke belakang selangkah demi selangkah.
            Pada penglihatan Iziey, seekor harimau yang sangat pelik menjelma di hadapannya. Harimau tersebut bewarna biru laut bercampur putih. Ekornya bercabang tiga dan mempunyai gigi taring yang sangat besar dan panjang. Harimau tersebut mendekati Iziey perlahan-lahan dan membuka mulutnya. Tiba-tiba datang seorang lelaki berpakaian hitam biru sambil membawa dua bilah pedang panjang. Ketibaan lelaki itu menyebabkan harimau tersebut berundur dan melarikan diri.
            “Ape benda tu? Siapa kau? Aku kat mana nie?”
            “Kau berada di dalam buku yang kau bawa tu”
            “ Are you kidding me?! Aku dalam buku? Apa maksud kau? Aku sudah disihir oleh lelaki tua tu ke? Aku tak faham!” tanya Iziey yang semakin berasa pelik.
            “ Lelaki tua? Namanya ... Darren? Jadi, kaulah penulis terbaru pilihan Darren. Biar aku jelaskan tujuan kami sebenarnya” kata lelaki tersebut.
            “ Ceritalah, aku duduk dulu. Letih” kata Iziey.
            “ Menurut cerita orang-orang terdahulu, wujud dua buah buku yang boleh mengabulkan impian seseorang. Buku yang mampu merealisasikan setiap impian menjadi kenyataan. Buku tersebut dicipta oleh dua orang individu berbeza. Mereka inginkan kekayaan dan inginkan kesenangan. Seorang bernama Abyad dan seorang lagi Aswad. Kedua-duanya pakar dalam bidang ilmu sihir. Namun, hasil kekuatan sihir mereka akhirnya membinasakan diri mereka sendiri. Aswad terkurung ke dalam buku hitam ciptaannya manakala Abyad turut terkurung ke dalam buku putih ciptaannya. Sejak peristiwa itu, orang ramai puas mencari mereka berdua namun hanya sia-sia. Sehinggalah dua orang individu lain menjumpai buku-buku mereka. Salah seorang daripada mereka menjadi jahat apabila memiliki buku Aswad kerana Aswad telah menyihir bukunya agar dapat memanipulasi pemikiran pemilik bukunya. Aku mahu hentikan niat jahat Aswad dan memusnahkan buku miliknya”
            “ Maksud kau? Aku penulis seterusnya? Bagaimana kau tahu semua nie?”
            “ Akulah Abyad pemilik buku putih. Dan, akulah karakter utama dalam buku ini. Semua ini terhasil daripada ayah kau. Dia jadikan aku watak utama”
            “ Karakter ciptaan ayah aku?”
            “ Dialah orang pertama menjumpai buku aku. Pada mulanya, buku aku hanya mengandungi kertas kosong. Jadi, dia mula menghasilkan suatu cerita dan karakter utamanya adalah Abyad. Dia menulis ceritanya di atas buku aku. Dengannya, aku dapat hidup kembali di alam nyata, namun kehidupanku bukan seperti manusia biasa. Aku melalui kehidupan mengikut jalan cerita yang ditulis sehingga penamat. Tapi malang, ayah kau terlalu seronok apabila melihat segala yang ditulisnya menjadi kenyataan sehinggakan, watak aku dimatikan pada bahagian penamat. Dia juga turut mati”
            “ Ayah aku mati? Itulah punca kematiannya?”
            “ Bukan sahaja ayah kau, ibu kau dibunuh oleh Aswad apabila dia muncul dalam dunia nyata. Aswad mahukan kuasa mutlak dan mahukan dunia ini miliknya. Penulisnya dahulu terlalu hebat berkarya dan mampu mencipta pelbagai karakter sampingan untuk membantu rancangan jahat Aswad. Ayah kau pulak, terlalu memikirkan kekayaan”
            “ Kenapa aku? ”
            “ Aku nak kalahkan Aswad sebelum rancangan jahatnya menjadi realiti. Darren yang pilih kau. mungkin kau boleh perbaiki kesilapan ayah kau dulu. Aku nak dunia yang kau pijak itu selamat selamanya. Semua bergantung kepada penulisan kau. yang kau perlu lakukan hanya menulis cerita untuk aku” pinta Abyad.
            Iziey terjaga daripada tidurnya. Dia tertidur di atas meja kerja. Apabila dia menggosokan matanya, dia terlihat buku Abyad terbuka. Dia terkejut melihat kertas kosong yang terdapat dalam buku tersebut bertulis dengan sendiri.
             Dalam masa yang sama, muncul satu lembaga hitam di suatu lorong gelap. Seorang lelaki berpakaian hitam muncul di belakang lembaga tersebut. Tongkat di tangannya seperti alat kawalan bagi lembaga hitam tersebut. Dalam keadaaan ketakutan, orang ramai lari berkeliaran. Bandar menjadi huru-hara. Angin bertiup semakin kuat. “ Kini tibalah masa aku memerintah dunia” kata lelaki yang berada di belakang lembaga tersebut bernama Aswad.

            “Semua bergantung kepada penulisan kau. yang kau perlu lakukan hanya menulis cerita untuk aku” kata-kata Abyad masih segar dalam ingatannya.
            Iziey menjenguk ke luar setelah mendengar jeritan orang ramai di luar. Dia membuka tingkap pejabat. Dia terkejut melihat orang ramai berlari-lari ketakutan. Dalam masa yang sama, angin bertiup kencang. Mata Iziey tertumpu kepada suatu lorong gelap yang terletak di antara dua buah bangunan. Muncul satu lembaga hitam dari lorong tersebut seperti yang tertulis dalam buku. Di belakang lembaga tersebut juga muncul seorang lelaki.
            “ You gonna kidding me...semuanya memang terjadi!!!!!!” jerit Iziey.
            “ Kau tahukan apa yang harus kau lakukan sekarang? Kau mesti halang makhluk tu daripada memusnahkan bandar nie” tiba-tiba muncul lelaki tua bertongkat di belakang Iziey.
            “ Sejak bila kau muncul? Kenapa tak kau je yang halang makhluk tu? seperti kau hilangkan makhluk pelik tadi? tanya Iziey.
            “Aku tak mampu lawan makhluk sebesar tu. Malah, aku sudah tua. Kau hanya perlu meneruskan jalan cerita itu”
            “ Masalahnya, aku tak dapat nak berfikir dalam keadaan sekarang!”
            “ Terpulang pada kau, kejadian ini akan berterusan selamanya sekiranya kau tidak memulakan penulisan kau. Lagipun, penulis buku Aswad tu hanya berhenti setakat kemunculan Aswad. Mungkin dia mahu mencabar kau”
            “ Aku pantang dicabar” kata Iziey. Dia mengelurakan pen dakwatnya lalu memulakan penulisan.
            “ Namun, disebalik kekecohan yang berlaku, muncul seorang lelaki bernama Abyad di atas sebuah bangunan. Sambil menghunuskan dua bilah pedangnya. Dia terjun ke bawah lalu menendang lembaga tersebut. Sebilah pedangnya pula ditikam ke arah Aswad yang kebetulan tidak dapat mengelak daripada serangan tersebut. Aswad meraung kesakitan dan menahan dadanya yang tercedera”
            Segala yang ditulis Iziey berlaku serta-merta. Aswad meraung kesakitan dan rebah ke bumi. Namun, dia masih berusaha untuk berdiri. Abyad pada ketika itu memandang ke arah Iziey yang berada di dalam syarikat tempatnya bekerja. Dia menganggukkan kepalanya.
            “ Nampaknya penulis Aswad seorang yang sangat kreatif. Kau perlu fikirkan sesuatu yang diluar jangkaan” kata Darren.
            “ Aswad seorang pemuda yang dahagakan darah manusia biasa. Sudah menjadi kebolehan utamanya sembuh serta-merta daripada kesakitan. Luka yang terhasil daripada pedang milik Abyad hilang tanpa kesan calar. Dia bangkit semula lalu menggerakkan lembaga hasil ciptaannya. Tanpa belas kasihan, lembaga tersebut memegang kaki Abyad lalu menghempasnya ke tanah”
            “ Sesuatu yang diluar jangkaan? Aku perlukan masa untuk berfikir. Lagipun, cerita ini bukan ditulis oleh aku seorang sahaja. Kalau aku dapat cari siapa yang memiliki buku tu, tentu kerja aku semakin senang”
            “ Tapi, peluang untuk kau mencari penulis tu agak sukar. Sesiapa sahaja boleh menjadi penulis. Yang penting, kamu harus tolong Abyad. Ciptakan makhluk untuk membantunya” kata Darren.
            “ Makhluk?? Aku bukannya penulis cerita komik! Aku tak pandai nak berimaginasi tentang makhluk-makhluk pelik..lainlah kalau Shaz ada. Nanti, harimau?Harimau tadi!”
            “ Tidak jauh dari tempat pertarungan Aswad dan Abyad, muncul satu makhluk gabungan air dan kilat untuk membantu Abyad. Makhluk tersebut adalah seekor harimau bewarna biru laut bercampur putih. Namanya Blue Fury. Harimau tersebut melompat ke arah lembaga Aswad. Dalam masa yang sama, Abyad dapat melepaskan diri daripada genggaman lembaga tersebut. Dengan sekelip mata, dia memotong tangan lembaga tersebut dengan menggunakan kedua-dua bilah pedangnya. Kemudian, dia melompat ke arah Blue Fury dan menunggang di belakangnya”
            Iziey menulis dengan penuh teliti. Kemudian, dia melihat semula ke luar tingkap. Dia kagum melihat Abyad menunggang harimau tersebut. Kelihatan seperti seorang pewira yang sangat hebat dan kuat. Tiba-tiba, Iziey terkejut apabila melihat lembaga tersebut hilang sekelip mata. Aswad pula turut hilang seperti angin.
            “ Apa yang penulis tu tulis?”tanya Iziey kepada Darren.
            “ Lembaga tersebut hilang dari pandangan mata. Aswad berdiri kaku di hadapan Abyad dan harimau milik Abyad. Kemudian, Aswad ketawa seorang diri seolah-olah tidak gerun melihat Abyad bersama harimaunya. Angin bertiup dengan kuat. Aswad hilang bersama angin tersebut. Kemunculan Aswad hanya untuk membawa satu berita buruk kepada Abyad, iaitu Abyad akan tewas buat kali yang kedua” itu yang tertulis pada buku ini” kata Darren.
            “ Are you kidding me?! Dia menghilangkan diri? Tapi kenapa?” kata Iziey.
            “ Cerita baru sahaja bermula.. kita mesti bertindak cepat” kata Darren.
            Iziey membawa buku Abyad bersamanya dan keluar dari tempat kerjanya. Semua orang yang berada dalam pejabat telah lama keluar dari pejabat untuk menyelamatkan diri. Iziey mencari Abyad. Kini, Abyad berada di alam nyata.
            “ Kau Abyad? Ini memang bukan mimpi! Haha! Kau keluar dari buku?! Menakjubkan” kata Iziey dengan rasa kagum.

BAB 3  BERMULANYA KISAH ABYAD DAN ASWAD

            “ Ya, aku Abyad, watak utama kau. Terima kasih kerana membebaskan aku. Akhirnya aku boleh dapat memijakkan kaki ke bumi. Ini yang aku impikan selama beberapa tahun sejak aku tewas” kata Abyad sambil memegang tanah yang dipijaknya.
            “ Memang betul kata-kata Darren, semua yang aku tulis dalam buku ini akan wujud di alam nyata. Memang BEST lah!!” kata Iziey. Dia memandang ke belakang untuk mencari Darren. Namun, Darren tiada di situ.
            “ Eh? Mana Darren? Setahu aku, dia ikut aku tadi?” bisik Iziey.
            “ Darren tak akan muncul depan aku. Dia hanya seorang penjaga dan hamba kepada Aswad. Dia akan menghilang apabila aku muncul di hadapan kau” jelas Abyad sambil menggosok kepala Blue Fury miliknya.
            “ Hamba Aswad? Aku tak faham”
            “ Darren yang memberitahu aku rancangan Aswad membuat buku ajaib. Darren tidak mahu tuannya melakukan perkara yang salah. Jadi, dia beritahu aku segalanya. Sejak itu, aku mula membuat buku yang sama seperti Aswad. Tapi malang, kami terperangkap dalam buku masing-masing. Darren mengetahui kejadian itu, dia melarikan diri. Sejak dia tahu kedua-dua buku tersebut hilang, dia mula mencari kami kembali. Dia menemui buku aku semasa berada dalam tangan ayah kau. Banyak benda pelik berlaku selepas buku tersebut berada dalam tangan ayah kau. Hal itulah membuatnya risau tentang kuasa buku Aswad. Dia meminta pertolongan aku untuk menewaskan Aswad”  jelasnya.
            Iziey mengangguk menandakan dia memahami kata-kata Abyad. Dia memandang ke arah harimau yang pernah menyerangnya, Blue Fury. Namun kini, harimau tersebut telah menjadi karakter sampingan untuk Abyad. Orang ramai berkumpul di suatu tempat untuk melihat Abyad dan Blue Fury. Malah, ada juga wartawan yang datang.
            “ Em...aku rasa lebih baik kita beredar dari sini. Lagipun, bandar nie bukan lagi sebuah bandar biasa. Tetapi, LUAR BIASA!!” kata Iziey. Dia mengambil pen daripada sakunya dan mula menulis sesuatu.
            “ Suasana yang pada mulanya menjadi kacau-bilau kini berubah menjadi tanda tanya. Kemunculan makhluk-makhluk pelik dan dua orang individu misteri membuatkan orang ramai menjadi tertanya-tanya. Semua orang memandang tepat ke arah seekor harimau pelik sebesar gajah yang berada di sebuah taman permainan. Sekelip mata, Blue Fury dan Abyad hilang dari pandangan mata mereka
            Seperti yang telah ditulis oleh Iziey, mereka hilang dari pandangan mata orang ramai Kejadian yang pernah berlaku beberapa tahun yang dulu kini berulang semua. Abyad, Blue Fury dan Iziey tiba di suatu tempat asing. Sebuah tempat yang terletak agak jauh dari bandar.
            “ Eyh? Kita kat mana nie? Aku tak tulis pun nama aku dalam cerita nie. Kenapa aku jugak yang ikut sekali?” tanya Iziey kehairanan. Dia melihat di sekelilingnya.
            “ Kau penulis utama cerita. Setiap perkataan yang kau tulis itu tanggungjawab kau. Jadi, kau akan turut serta sekali. Kita perlukan rumah dan tempat perlindungan. Kau perlu tulis dengan cepat agar muka surat dalam buku tu cepat habis sebelum penulis Aswad mula menulis kembali” kata Abyad dengan nada yang tegas.
            “ Masalahnya, aku perlukan plot cerita. Perlukan masa yang lama untuk membina plot. Dan masalah lain lagi, bukan aku seorang yang menulis cerita nie. Ada orang lain lagi. Bila-bila masa je dia boleh tukar jalan cerita aku”
            “ Yang penting, kita mesti cepat. Sebelum Aswad memulakan rancangannya” kata Abyad.
            “ Tapi aku tak yakin aku boleh buat. Pada asalnya, aku tak nak buat semua nie. Benda tak masuk akal. Aku tak percayakan kau sangat” kata Iziey terus-terang.
            Abyad menghampiri Iziey dan memegang lehernya. Dia merenung tajam ke arah Iziey. Jelingan matanya seolah-olah sedang dahagakan darah manusia dan kelaparan.
            “ Kalau kau nak bumi ini hancur, aku boleh tolong. Itu pun, kalau kau nak orang yang kau sayang mati di hadapan mata kau sendiri. Kalau aku mati dalam cerita tu, kau turut mati macam ayah kau. Hidup dan mati aku serta bumi ini terletak pada penulisan kau sendiri. Aku yakin pada kau, sebab tu Darren memilih kau” tegas Abyad.
            “ Apa yang kau akan bagi kat aku kalau aku berjaya dapatkan buku tu nanti?” tanya Iziey.
            “ Aku tahu kau rindukan ibu dan ayah kau kan? Aku boleh ubah masa depan kau dengan sihir aku”
            “ Baiklah. Itu janji kau. Walaupun aku nie seorang penulis novel jiwang, tapi aku boleh tulis novel aksi. Aku akan buat kau terhutang budi dengan aku” kata Iziey dengan penuh semangat.
            Abyad melepaskan tangannya. Dia beredar dari situ. Dalam masa yang sama, Iziey mula menulis sesuatu. Dia berada jauh dari bandar, jadi dia perlukan sebuah tempat perlindungan. Dia mula memikirkan sesuatu.
            “ Setibanya Abyad dan harimau miliknya ke suatu kawasan, mereka terjumpa sebuah istana besar di dalam kawasan hutan. Sebuah istana yang sangat besar dan indah. Di dalamnya, terdapat beberapa orang hamba abdi dan pelayan. Istana tersebut amat mengalu-alukan kedatangan Abyad. Semasa Abyad memasuki istana tersebut, tiba-tiba dia ternampak seorang perempuan cantik sedang menyikat rambut di penjuru istana. Wajah perempuan tersebut mencuri hati Abyad
            Penulisan Iziey akhirnya menjadi realiti. Abyad menemui sebuah istana besar di suatu kawasan tidak jauh dari situ.
            “ Kau tulis istana ke? Kenapa kau tulis tempat perlindungan yang terlalu besar?”
            “ Hehe...besar kan bagus. Lagipun, musuh kita tentu sesuatu yang hebat. Istana tempat terbaik untuk berlindung. Aku boleh tuliskan kelengkapan senjata dan pertahanan kat istana nie nanti. Marilah masuk, tentu kau akan gembira selepas nie..hehe” kata Iziey keseronokkan.
            Setelah mereka memasuki istana, orang-orang yang ada di dalamnya mengalu-alukan kedatangan mereka. Dalam masa yang sama, Abyad terpandang seorang perempuan yang duduk di penjuru istana sambil menyikat rambut. Abyad terpikat akan kecantikan perempuan tersebut.
            “ Cantik betul dia, bagaikan bidadari” bisik Abyad.
            “ Tak sangka aku boleh lihat sendiri kisah jiwang aku dalam dunia realiti” kata Iziey berasa kagum.
            Iziey meninggalkan Abyad bersama perempuan tersebut. Dia masuk ke dalam biliknya di tingkat atas. Blue Fury pula ditempatkan di suatu ruang khas. Iziey merebahkan badannya di atas katil. Dia berehat sebentar untuk melepaskan rasa penatnya setelah melalui banyak perkara pelik. Dalam sekelip mata, dia kehilangan kerjanya dan berada jauh dari bandar. Tiba-tiba, televisyen di dalam bilik tersebut terbuka dengan sendiri.
            “ Berita terkini, beberapa makhluk pelik telah muncul di bandar ini sejak tengah hari tadi dan telah meragut berpuluh nyawa. Ini menyebabkan pihak tentera pertahanan terpaksa berkawal di sini sehingga waktu ini. Lembaga hitam yang mula-mula muncul sejak tengah hari tadi kini muncul semula dan berada berhampiran sebuah bangunan. Menurut saksi, kejadian seperti ini pernah berlaku beberapa tahun yang lalu. Ia berpunca daripada sebuah buku hitam. Pihak polis akan menyiasat perkara ini, saya Mohamad Kamil melaporkan dari tempat kejadian”
Iziey terkejut melihat berita tersebut. Dia membuka buku Abyad semula. Lima helai muka surat telah diisi oleh penulis Aswad tanpa pengetahuan Iziey. Dalam fikiran Iziey, dia bimbangkan keadaan Arina dan Shaz yang masih berada di bandar tersebut.


BAB 4  SEJARAH BERULANG

            “ Cepat betul dia menulis. Nampaknya dia memang seorang yang serius. Aku mesti buat sesuatu. Orang ramai, Arina, Shaz dan tauke kedai masih berada di bandar tu. Aku mesti fikir cepat. Fikir!” kata Iziey.
            Semasa Iziey membelek muka surat yang telah ditulis, tiba-tiba muncul satu gambar yang memenuhi satu muka surat. Dia terkejut melihat gambar tersebut. Sesuatu yang buruk akan berlaku selepas ini.
            “ Kalau tak silap, aku pernah lihat gambar nie. Tapi, kat mana ya?”
            Sekarang, dua puluh muka surat telah terisi penuh. Hanya tinggal, 380 muka surat lagi yang perlu diisi. Penulis buku Aswad berhenti menulis setelah gambar itu muncul. Iziey mengambil kesempatan untuk mula menulis. Dia menulis dengan penuh perhatian. Masa berehatnya dilupakan untuk seketika.
            “ Pasukan tentera yang kuat mestilah terdiri daripada tentera yang bertenaga, pandai mengatur strategi dan kuat. Abyad mengumpulkan pasukan tenteranya sendiri yang terdiri daripada golongan hamba abdi istana. Dalam masa yang sama, dia juga menyeru beberapa makhluk api dan air hasil ciptaannya. Istana yang didiaminya kini dipenuhi dengan pelbagai jenis senjata bagi mengukuhkan pertahanan. Silvasta, seorang rakan seperjuangan Abyad tiba di pintu istana. Dia mendapat maklumat bahawa rakan baiknya dalam keadaan bahaya. Silvasta seorang ahli magis dan pakar dalam pertempuran dengan menggunakan kilat. Bukan sahaja Silvasta malah Nero, Giga, Archor, Trigger dan Luna juga turut datang berjuang bersama Abyad
            “ Iziey, kau ciptakan mereka semua?”tanya Abyad yang masuk ke dalam bilik Iziey.
            “ Ya, kita perlukan banyak tentera. Ini pertama kali aku cipta karakter macam tu. Tak sangka aku berjaya. Haha!” ketawa Iziey.
            “ Aku ingatkan kau hanya seorang penulis yang berfikiran jiwang. Terima kasih”
            “ Serahkan pada aku, aku akan tuliskan kebolehan mereka masing-masing supaya mereka sempurna sepenuhnya. ”
            Tiba-tiba, buku Abyad bercahaya. Kilauan tersebut menjelmakan satu gambar lain di dalamnya. Gambar tersebut merupakan sebiji telur besar.
            “ Telur?? Telur itik ke nie?” tanya Iziey kehairanan.
            “ Tak mungkin, itu telur naga merah. Kalau naga tu wujud semula, dunia ini akan sampai ke penamatnya. Nampaknya, penulis Aswad bukan sahaja seorang penulis, tetapi dia juga seorang pelukis” kata Abyad.
            “ Pelukis? Sesiapa sahaja boleh melukis. Tapi, gambar ini seolah-olah dilukis oleh seorang lelaki dewasa. Sangat jelas dan teliti” jelas Iziey.
            “ Kau pandai melukis?”tanya Abyad.
            “ Aku hanya penulis novel. Kalau pasal lukis, orang lidi tu pandailah” kata Iziey.
            “ Lembap betul..”
            “ Apa kau cakap?! Jangan pandang rendah kat aku. Biar aku lukis seekor makhluk besar untuk kau sekarang jugak!” marah Iziey. Dia mengambil pensel dan mula melukis. Beberapa minit kemudian, Iziey selesai melukis.
            “ Emm...aku rasa yang aku lukis nie naga. Tapi....”
            Tiba-tiba, seorang hamba abdi istana datang ke bilik Iziey untuk melaporkan sesuatu. Menurutnya, ada sesuatu benda pelik muncul di luar istana. Mereka berjalan keluar.
            “ HA?! Apa benda tu!!!” jerit Abyad.
            “ Itu lah naga. Kenapa?” kata Iziey.
            “ Kenapa badan naga tu bersegi-segi?? Tak ada gigi?? Kecik pulak tu!” marah Abyad.
            Iziey memandang ke arah makhluk pelikyang di katakan naga itu. Makhluk pelik setinggi lutut itu hanya berdiri kaku di hadapan pintu istana. Wajah makluk tersebut lansung tidak menakutkan malah kelihatan sangat lemah.
            “ Alamak..aku ingatkan besar..rupa-rupanya kecik. Comel pulak yang aku lukis” bisik Iziey. Dia mengambil pemadam di dalam sakunya dan memadam lukisan yang dilukis.
            “ Kau takkan dapat padam semula benda yang telah kau lukis atau tulis. Itu kelemahan buku tu. Kau telah bazirkan satu muka surat. Tengok kat sana”
            Iziey dan beberapa pahlawan lain memandang ke arah yang di tunjukkan oleh Abyad. Bandar yang berada beberapa batu di hadapan mereka kelihatan terbakar. Api yang menyala jelas kelihatan.
            “ Kita tak dapat nak buat apa-apa sekarang. Semua karakter yang ditulis masih belum sempurna sepenuhnya. Iziey, kami bergantung kepada kau” kata Abyad. Iziey memandang ke arah semua karakter ciptaannya. Semangatnya membara untuk terus berkarya.
            Pada malam itu, Iziey meneruskan penulisannya. Setiap karakter yang diciptanya ditulis dengan kebolehan dan kepakaran masing-masing. Naga kecil yang dilukis Iziey menemaninya sehingga subuh. Sejak pagi itu, sebanyak 107 muka surat telah diisi.
            Di suatu tempat berlainan pula, Aswad dan penulisnya sedang mengatur strategi. Aswad tersenyum setelah melihat keadaan bandar menjadi kucar-kacir. Malah, dia juga turut ketawa setelah melihat ramai orang mati di hadapannya.
            “ Shaz, aku bangga dengan kebolehan kau melukis. Semua makhluk hasil ciptaan kau memang hebat-hebat belaka. Sekarang, aku nak kau tuliskan strategi aku. Biar Abyad tahu tentang niat aku. Tulis sehingga 200 muka surat. Aku akan tewaskan Abyad pada helaian ke 300 nanti. Jangan biarkan aku menunggu, Shaz...” kata Aswad.
            Shaz berada di bawah kawalan minda oleh Aswad. Dia telah dipergunakan sepenuhnya. Shaz memulakan penulisannya seperti yang telah diarahkan. Di pihak Abyad pula, Iziey sedang tidur di katilnya. Dia keletihan setelah berjaga malam. Abyad kasihan melihat Iziey. Semua karakter sampingan telah sempurna sepenuhnya. Masing-masing telah lengkap dengan kebolehan dan kekuatan.
            “ Tuan, ada sekumpulan tentera hitam sedang menghala ke sini” kata seorang pengawal istana kepada Abyad.
            “ Perkukuhkan pertahanan. Tutup semua pintu istana. Pindahkan orang awam ke tempat yang selamat. Silvasta, aku arahkan kau lindungi Iziey. Yang lain akan berjuang bersama-sama aku. Bergerak sekarang” arah Abyad sebagai seorang ketua.
            Semasa pihak istana sedang berperang dengan tentera Aswad, Iziey terjaga daripada tidurnya. Dia dikejutkan oleh naga kecil.
            “ Apa dah berlaku? Bunyi apa kat luar tu?” tanya Iziey yang masih mengantuk.
            “ Tentera Aswad telah datang menyerang istana. Saya diarahkan untuk melindungi tuan” kata Silvasta.
            “ Are you kidding me?? Tentera Aswad?” Iziey mencapai buku Abyad dan membelek-belek muka surat.
            “ Habislah, mereka akan runtuhkan dinding istana. Silvasta, aku telah tuliskan kebolehan kau mengawal angin dan petir. Sekarang, kau datangkan angin dan petir. Aku akan tuliskan jalan cerita untuk kau” kata Iziey. Dia terus mencapai pen dan memulakan penulisan.
            “ Nampaknya dia menulis semula. Kau ingat kau boleh mengalahkan penulisan aku” bisik Shaz yang masih dalam kawalan Aswad.
            “ Silvasta berdiri di atas menara peninjau istana. Dia mula menyeru kilat dan angin berdasarkan kebolehannya dalam magis. Segala pergerakan bagi penyeruan dilakukan amat sempurna. Gerakan tangan dan kaki serta mentera yang dibaca telah menghasilkan sekelompok awan hitam di langit. Sekelip mata kilat datang menyambar beberapa tentera Aswad. Dalam masa yang sama, Giga, seorang lelaki berbadan sasa datang dan membantu tentera istana yang lain. Dia menumbuk beberapa orang tentera Aswad dengan kuat sehingga ada yang terputus  anggota badan. Nero pula sedang membantu Abyad berlawan di timur istana. Kedua-dua mereka pakar dalam bermain pedang. Dengan kebolehan Nero mengawal 13 pedang mampu menewaskan hampir beratus-ratus tentera Aswad dalam satu masa
            Beberapa jam telah berlalu, akhirnya bilangan tentera Aswad semakin berkurangan. Kesemua tentera istana mara ke hadapan serentak bagi melancarkan serangan terakhir. Secara tiba-tiba, bebola api datang dari langit menyerang tentera istana yang mara. Sekumpulan makhluk seruan Aswad datang bersama-sama Aswad dan Shaz. Bebola api tersebut turut meruntuhkan beberapa bilik istana termasuk bilik Iziey.
            “ Tuan Iziey tak apa-apa? Biar saya tolong Tuan” kata Silvasta sambil membantu mengeluarkan kaki Iziey daripada timbunan runtuhan. Buku Abyad masih di tangan Iziey.
            “ Aku perlukan pen, pen aku tercicir. Tolong cari untuk aku. Cepat!” arah Iziey. Naga kecil dan Silvasta mencari pen Iziey yang tercicir.
            Iziey membelek semula buku Abyad. Dia melihat semula gambar makhluk ciptaan penulis Aswad. Tiba-tiba, dia teringat akan sesuatu.
            “ Memang tak salah lagi, aku memang pernah tengok gambar nie. Ini karakter komik ciptaan Shaz. Anjing hitam berkepala dua. Karakter kegemarannya” kata Iziey. Naga kecil memberi pen kepada Iziey. Iziey memulakan semula penulisannya. Sudah 213 muka surat telah diisi.
            “ Bebola api tu datang dari mulut anjing berkepala dua tu. Nampaknya, kita kekurangan tentera” kata Nero.
            “ Jangan mengalah, yakin pada diri. Iziey telah buat yang terbaik untuk kita. Kita mesti menang kali nie” kata Abyad.
            Semua tentera istana mara ke hadapan tanpa perasaan takut. Nero mengetuai barisan hadapan yang didahului 13 pedang miliknya. Nero menyerang anjing berkepala dua tersebut. Sementara, Abyad pula menerkam Aswad yang berada di atasnya. Tentera istana yang lain berlawan dengan makluk ciptaan Aswad.
            “ Kau akan mati Abyad!” jerit Aswad.
            “ Jangan mimpilah! Kali ini kau yang akan mati!” balas Abyad.
            “ Kau ingat penulis kau tu lebih hebat daripada penulis aku?” balas Aswad sambil ketawa.
            “ Kau tengoklah sendiri” kata Abyad dengan penuh keyakinan kepada Iziey.
            Dari jauh, kelihatan Blue Fury bersama-sama Silvasta datang ke arah mereka. Silvasta menggunakan kuasa bebola kilatnya ke atas Aswad, namun berjaya dielak. Pertempuran itu berlaku sehingga menuju ke dalam istana.
            Giga, Trigger dan Luna telah tewas. Hanya tinggal Silvasta, Nero dan Abyad sahaja masih berdiri untuk meneruskan perjuangan. Blue Fury ditendang anjing berkepala dua sehingga terkena pada dinding istana. Kesemua tentera istana telah tewas.
            “ Kita akan tewas” kata Silvasta.
            “ Jangan putus asa! Lawan balik!” kata Abyad.
            “ Pedang-pedang aku telah patah. Tak guna” bisik Nero.
            Tiga pahlawan tersebut menghadapi masalah yang sangat besar. Mereka sahaja harapan bagi menewaskan Aswad dan tenteranya. Aswad berdiri di hadapan mereka sambil ketawa.
            “ HAHAHA! Kan aku dah cakap, kau akan tewas. Shaz, pecahkan telur naga merah sekarang. Kita akan raikan kejayaan selepas nie” kata Aswad dengan angkuh.
            “ Aswad, perangai kau memang tak pernah berubah. Tapi, aku tak kan mengalah. Aku akan rampas buku kau dan masukkan semula kau ke dalamnya” kata Abyad.
            “ Cubalah...kalau kau mampu” Aswad memberikan senyuman kepada Abyad.
            Semasa Shaz memulakan penulisannya, tiba-tiba naga kecil muncul dan menghembuskan api ke arah Shaz. Shaz terjatuh dari makhluk ciptaannya.
            “ Apa benda tu? Tak guna. Berani kau....” kata Shaz.
            “ Shaz!! Hentikan! Kenapa kau buat semua nie?” tanya Iziey yang muncul di situ.
            “ Iziey? Apa yang kau buat kat sini?” buku Aswad terjatuh dari genggamannya.
            “ Aku memang dah agak kau yang menulis cerita tu. Hentikan, Aswad tu orang jahat. Bagi buku tu kat aku sekarang!”
            “ Apa yang aku telah buat? Anjing tu...takkan lah...itu anjing berkepala dua! Ia hidup!” kata Shaz yang tersedar daripada kawalan minda Aswad.
            Aswad menyedari Shaz telah tersedar semula. Dia menghampiri Iziey dan hendak menyerangnya. Tiba-tiba, naga kecil menyalakan api ke arah Aswad. Sementara itu, Abyad, Nero dan Silvasta mengambil peluang untuk menyerang semula.
            “ Shaz! Buku tu!” jerit Iziey.
BAB 5  PENAMAT SEBUAH CERITA
           
            “Shaz mengambil buku Aswad yang berada tidak jauh dari tempatnya jatuh. Iziey berasa lega setelah melihat Shaz mendapatkan semula buku tersebut namun Shaz dikawal semula.
            “ Iziey! Halang dia! Jangan biarkan dia pegang buku tu!” jerit Abyad.
            Iziey berlari ke arah Shaz. Namun, dihalang oleh Aswad. Dari arah lain, Silvasta datang dengan bebola kilat. Serangan tersebut terkena tepat ke bahu kiri Aswad. Iziey meneruskan perjalanannya. Dia menendang tangan Shaz yang sedang menulis dan merampas buku Aswad.
            “ Aku dah dapat!” jerit Iziey,
            “ Bagus, Nero! Silvasta! Mari serang serentak!” arah Abyad.
            Nero mencapai pedangnya yang patah dan mencederakan Aswad. Selepas itu, Silvasta membuat kuasa magisnya ke atas Aswad. Seterusnya, Abyad mencucuk Aswad menggunakan pedangnya. Darah Aswad mula mengalir. Aswad menahan dadanya. Dia tidak mampu lagi berdiri lalu gugur ke tanah. Semua tindakan mereka telah tertulis oleh Iziey. Iziey meneruskan penulisannya sehingga muka surat 378.
            Aswad mati di tangan Abyad. Dia mati di situ. Semua makhluk ciptaannya terbakar menjadi abu.
            “ Aswad akhirnya tewas di tangan Abyad. Pedang milik Abyad menjadi saksi kemenangan Abyad. Mayat Aswad bertukar menjadi abu begitu juga dengan makluk-makhluk ciptaan Aswad. Abyad mengangkat pedangnya tanda berakhirnya peperangan. Semua penghuni istana gembira dan meraikan kemenangan tentera istana
            Aswad bertukar menjadi abu dan diserap masuk ke dalam bukunya. Begitu juga dengan makhluk-makhluk yang keluar daripada buku Aswad, turut diserap masuk. Akhirnya, buku Aswad tertutup dan berakhirlah cerita ahli sihir Aswad.
            “ Kita sudah menang!” kata Iziey. Namun, kegembiraannya hanya seketika. Dia melihat ke arah Shaz yang berada tidak jauh darinya. Shaz terbaring kaku di atas tanah.
            “ You gonna kidding me...Tak mungkin...tak mungkin...Shaz!” kata Iziey lalu berlari ke arah Shaz. Shaz mati di situ. Seperti bapanya, Shaz mati setelah karakter utama mati.
            “ Maafkan kami..” kata Nero. Dia menghampiri Iziey.
            “Shaz....kenapa kau? Kenapa kau??” kata Iziey sambil memeluk erat kawan baiknya itu.
            “ Seperti yang telah dijanjikan, aku akan gunakan sihir aku dan buku tu. Tapi, aku tak yakin aku dapat lakukan atau tidak” kata Abyad.
            “ Kalau Aswad hidup semula, Shaz akan hidup semula kan?” tanya Iziey.
            “ Aku pun tak tahu. Aku hidup sekarang, adakah ayah kau hidup jugak?” balas Abyad.
            Iziey meneruskan penulisannya dengan menggunakan muka surat yang masih tertinggal. Dia mengisi penamat bagi cerita tersebut.
            “ Apa yang kau tulis?”
            “ Lupakan je niat kau nak hidupkan semula ibu dan ayah aku. Sejak kau jadi karakter buku, sihir kau sudah hilang. Aku mengetahuinya daripada Darren. Betul kan?”
            “ Maafkan aku. Terima kasih”
            “ Peperangan telah tamat. Semua orang hidup bahagia semula. Tiada pertumpahan darah akan berlaku selepas ini. Semua keadaan bangunan, istana dan tentera istana yang terkorban dijadikan semula oleh Silvasta dengan menggunakan kuasa magisnya. Aswad juga turut dilahirkan semula menjadi seorang budak berumur 12 tahun dengan menggunakan ilmu sihir Abyad. Keinginan Abyad melihat Aswad menjadi seorang pemuda yang baik kini telah tercapai. Dia bertanggungjawab menjaga Aswad dan menjadi kawan baik untuknya”
            Selepas muka surat terakhir diisi dengan penamat, semua karakter kembali semula ke dalam kedua-dua buku tersebut. Bandar yang dulunya hancur kini kembali seperti sediakala. Segala-galanya berubah seperti hanya sebuah mimpi. Iziey tersedar daripada tidurnya. Dia menggosok matanya. Tiba-tiba dia menjerit setelah membuka matanya.
            “ Apa semua nie? Aku kat mana? Mimpi lagi ke?” tanya Iziey.
            Iziey berada di sebuah rumah mewah. Di sisinya, naga kecil masih lena tidur. Namun, rupa bentuk naga kecil sekarang tidak bersegi lagi malah seperti naga kecil sebenar dan sempurna. Dia bangkit dari katil dan berjalan keluar.
            “ Kamu dah berjaya lakukannya. Terima kasih” kata Darren yang tiba-tiba muncul di belakang Iziey. Darren membawa dua buah buku Aswad dan Abyad bersamanya.
            “ Are you kidding me? Aku bukan mimpi lah nie?”
            “ Bukan. Kamu tak sedar ke akan rumah nie? Ini kan rumah impian kau” kata Darren.
            “ Rumah impian aku?” kata Iziey kehairanan.
            “ Haha...tentu kau lupa. Aku terjumpa satu nota tentang impian kau semasa dalam bilik lama kau. Kau inginkan rumah mewah ini dan kerja yang bagus kan? Aku dah tuliskan untuk kau. Kini sudah jadi realiti”
            “ Betul ke?” tanya Iziey. Dia memandang sekeliling rumah tersebut. Ternyata, itulah rumah idamannya.
            “ Betul..dan..satu lagi...kau rindukan ayah dan ibu kau kan? Dan jugak kekasih kau..serta kawan baik kau? Itu pun aku sudah tuliskan. Sekarang, perjanjian Abyad sudah ditunaikan. Ini sebagai balasan untuk jasa kau. cerita ini sudah tamat, selepas ini kau akan jalani hidup baru. Semoga kita berjumpa lagi.” Kata Darren sambil tersenyum. Belum sempat Iziey membalas terima kasih, Darren hilang dari pandangannya sekelip mata.
            Dia berasa lega kerana semuanya telah pun berakhir. Bagaikan sebuah mimpi yang panjang. Iziey berjalan semula ke arah ruang tamu. Dia terkejut melihat seorang tua sedang duduk di kerusi sambil membaca surat khabar. Manakala, seorang wanita sedang menyapu sampah.
            “ Oh.. Iziey, kamu dah bangun ya? Ibu sudah sediakan sarapan untuk kau. Pergilah makan” kata ayahnya.
            Iziey berlari ke arah ayahnya dan memeluknya. Bagaikan mimpi, dia dapat berjumpa dengan ayahnya semula. Ibunya pula berasa hairan dengan kelakuan Iziey. Dia tersenyum melihat anaknya itu.
            Iziey kini bekerja sebagai pengurus syarikat tempatnya bekerja dahulu. Dia lansung tidak dapat mempercayai pangkatnya sekarang. Shaz pula menjadi pembantunya. Shaz lansung tidak ingat akan peristiwa yang pernah dialaminya dahulu. Baginya, itu hanya cerita dongeng rekaan Iziey.
            “ Aku dengar, minggu depan kau akan berkahwin? Nampaknya, kau akan semakin sibuk lah nanti” kata Shaz.
            “ Hehe...cepat betul gosip tersebar. Itu impian aku sejak dulu lagi. Kisah percintaan aku dengan Arina memang serupa dengan novel aku...agaknya, mungkin Darren yang tuliskan masa depan aku bersamanya dalam buku tu..haha!” ketawa Iziey.
            Tiba-tiba, datang seorang pengawal syarikat ke pejabat Iziey. Dalam keadaan tergesa-gesa, pengawal tersebut memberitahu perkara penting kepada Iziey.
            “Tuan Iziey! Ada beberapa orang pegawai Penilai Karya Negara datang! Apa kita harus lakukan?”
            “ Are you kidding me?! Berani mereka datang tanpa menelefon aku dulu. Tak pe, NAGA KECIL...nyalakan bebola api kat punggung mereka!haha!”
            Kewujudan naga kecil di dunia nyata semakin mendapat perhatian. Naga kecil kini menjadi artis terkenal di seluruh dunia. Apabila ditanya tentang kewujudan naga kecil, Iziey hanya menjelaskan bahawa, dia yang melukisnya.
            “This is unbelievable, this small dragon is real! Where you found it?”
            “ Hehe.... i wrote n drew it....and it came from a book”
            “WHAT??!! FROM A BOOK??!!! ARE YOU KIDDING ME!!” jerit semua wartawan asing seluruh negara ketika menemu ramah naga kecil.

=.= kejap...bukan tu dialog aku ke?  “You gonna kidding me”

           
TAMAT

Original story by AWANG MOHAMAD RAZIZIE BIN AWANG YUSUF
 EIZY’S COLLECTION 2010
           

Zain Bikha-Denn il Islam (I AM A MUSLIM)

Deen-il-Islam

By : Zain Bhikha

By: (Linda Gcwensa & Zain Bhikha)

If you ask me, why do I stand here,
So unafraid of everything around me.
Proudly I would say, I am a Muslim.
If you ask her, why does she dress that way,
All covered up in a world that gives it all away.
Proudly she would say, I am a Muslim.

Chorus:
Deenil Islam deeni Wala ‘ardab gheiru deeni Muhammad elli hadeeni Nourel iman x 2

If you ask me, surely this cannot be,
You give your wealth so free, and you say your life is charity.
It ain’t hard to see, I am a Muslim.
If you ask him, why does it hurt so,
When he sees injustice, even though it’s folks he doesn’t know,
With tears in his eyes he says, I am a Muslim.

Chorus

If you ask her, why doesn’t she cry,
There’s no one by her side, she’s the only one that’s left behind.
Patiently she sighs, I am a Muslim.
If you ask him, why does he still pray,
Five times a day when so many others have strayed.
Smiling he would say, I am a Muslim.

Chorus

If you ask me, why do I love you
No matter where you are, we are the greatest Ummah
With the beating of our hearts, we are Muslim.

La-illah-ha-illalah Muhammad-ur-rasullulah
There is only one God
La-illah-ha-illalah Muhammad-al-Mustapha
Muhammad is the messenger
La-illah-ha-illalah Muhammad-ur-rasullulah
There is only one God
La-illah-ha-illalah Muhammad-al-Mustapha
Muhammad is the messenger

More Lyrics at: MuslimLyrics.com