Pages

Labels

Followers

Monday, November 15, 2010

KEHEBATAN AYAT-AYAT ALLAH SWT


            Kisah ini mengenai seorang peremuan berbangsa Melayu yang bekerja di United States of America. Berusia dalam lingkungan 23 Tahun. Antara kisah paling pelik yang pernah berlaku dalam kehidupannya adalah mengenai dirinya hampir menjadi mangsa rogol.
            Kisah ini bermula semasa dia hendak pulang ke rumah selepas bekerja. Pada waktu malam yang gelap gelita dan sunyi sepi, dia mengambil keputusan untuk mengambil jalan tikus untuk pulang ke rumah. Pada mulanya dia berasa amat takut, namun dia tidak ada pilihan lain kerana ingin cepat sampai ke rumah.
            Semasa melalui sebuah lorong kecil, dia ternampak seorang lelaki berbadan tinggi sedang berdiri tidak jauh dari tempatnya berada. Lelaki itu kelihatan tenang sambil bersandar di dinding bangunan. Perempuan tersebut memberanikan dirinya untuk melintasi lelaki itu. Semasa berjalan, dia membaca ayat Kursi kerana hanya ayat itu sahaja yang dia mampu ingat pada waktu itu. Semakin dekat dia menghampiri lelaki tersebut, semakin laju dia membaca ayat Kursi yang diulang sebanyak beberapa kali.
            Semasa melintasi di hadapan lelaki tersebut, lelaki itu hanya menjeling ke arahnya tanpa menghiraukan kehadirannya. Perempuan tersebut akhirnya mengehmbuskan nafas lega dan selamat tiba di rumahnya pada malam itu.
            Keesokan harinya, sebelum perempuan tersebut pergi bekerja, dia melayari internet dan membuka laman web untuk melihat akhbar pada pagi itu. Dia terkejut setelah melihat berita utama pada pagi itu. Tajuk utamanya adalah mengenai kes rogol seorang perempuan. Dia terkejut apabila membaca keseluruhan kenyataan yang ditulis. Menurut berita tersebut, perempuan malang yang menjadi mangsa rogol itu telah dirogol malam semalam di sebuah lorong gelap. Perempuan berbangsa Melayu itu pernah menggunakan lorong yang sama pada malam semalam.
            Dengan perasaan perikemanusiaan, perempuan tersebut bercadang untuk melaporkan perogol tersebut kerana dia masih ingat akan wajah lelaki semalam. Dia pergi ke balai polis terdekat. Selepas hasil siasatan, akhirnya lelaki tersebut berjaya ditangkap dan dihukum penjara. Namun, perempuan berbangsa Melayu ini berasa tidak puas hati.
            Dia meminta kebenaran polis untuk bercakap sebentar dengan perogol tersebut. Dia masih berasa pelik dan hairan akan tindakan lelaki tersebut. Semasa perempuan itu duduk di hadapan perogol tersebut, dia bertanya sesuatu. “ Kenapa awak tak jadikan saya mangsa awak? Sedangkan saya orang pertama berjalan di lorong itu malah saya keseorangan” kata perempuan tersebut.
            Lelaki tersebut mengerutkan dahinya. Kata-kata perempuan Melayu tersebut membuatnya berasa semakin pelik. Dia tersenyum sinis sendirian. Perempuan itu berkata lagi. “ Kenapa awak rogol perempuan yang berjalan di belakang saya?” kata perempuan tersebut yang ingin tahu.
            Keadaan semakin senyap. Akhirnya lelaki tersebut memulakan percakapan dan menjawab semua pertanyaan perempuan Melayu itu. “ Kalau lah awak keseorangan pada malam itu, sudah tentu saya akan rogol awak” kata lelaki tersebut.
            “ Apa yang awak merepek nie? Saya memang keseorangan” kata perempuan Melayu itu untuk meyakinkan perogol tersebut. Lelaki tersebut memandang tepat ke arah perempuan Melayu itu dan berkata.
            “ You were not alone. I saw two men besides you that night. One on your left and the other one was on you right. Very big guys. Thats no way i can touch you” kata lelaki tersebut. Perempuan Melayu itu terkejut apabila mendengar penjelasan lelaki tersebut. Dia seolah-olah tidak percaya akan kata-kata lelaki tersebut. Akhirnya dia menyedari, semua itu adalah kuasa Allah swt yang telah membantunya pada malam itu. Mungkin Allah swt telah menurunkan malaikatNYA untuk melindungi kesucian perempuan Melayu itu.
            Itulah kehebatan ayat-ayat al-Quran dan kebesaran kuasa Allah swt.

Zain Bikha-Denn il Islam (I AM A MUSLIM)

Deen-il-Islam

By : Zain Bhikha

By: (Linda Gcwensa & Zain Bhikha)

If you ask me, why do I stand here,
So unafraid of everything around me.
Proudly I would say, I am a Muslim.
If you ask her, why does she dress that way,
All covered up in a world that gives it all away.
Proudly she would say, I am a Muslim.

Chorus:
Deenil Islam deeni Wala ‘ardab gheiru deeni Muhammad elli hadeeni Nourel iman x 2

If you ask me, surely this cannot be,
You give your wealth so free, and you say your life is charity.
It ain’t hard to see, I am a Muslim.
If you ask him, why does it hurt so,
When he sees injustice, even though it’s folks he doesn’t know,
With tears in his eyes he says, I am a Muslim.

Chorus

If you ask her, why doesn’t she cry,
There’s no one by her side, she’s the only one that’s left behind.
Patiently she sighs, I am a Muslim.
If you ask him, why does he still pray,
Five times a day when so many others have strayed.
Smiling he would say, I am a Muslim.

Chorus

If you ask me, why do I love you
No matter where you are, we are the greatest Ummah
With the beating of our hearts, we are Muslim.

La-illah-ha-illalah Muhammad-ur-rasullulah
There is only one God
La-illah-ha-illalah Muhammad-al-Mustapha
Muhammad is the messenger
La-illah-ha-illalah Muhammad-ur-rasullulah
There is only one God
La-illah-ha-illalah Muhammad-al-Mustapha
Muhammad is the messenger

More Lyrics at: MuslimLyrics.com