Pages

Labels

Followers

Monday, November 15, 2010

KETIGA UNTUK SELAMANYA

Kenapa manusia sanggup berkorban demi cinta kepada manusia? Kenapa tidak sanggup berkorban demi cinta kepada Allah? Walaupun Allah telah menjanjikan syurga untuk sesiapa yang berkorban di jalanNYA……
            Selepas pulang dari sekolah, Hafizah memberhentikan kayuhan basikalnya di hadapan rumah. Dalam keadaan tergesa-gesa, dia menuju ke bilik tanpa menghiraukan ibunya yang sedang duduk di ruang tamu.
            “Eh? Fizah! Kenapa dengan kamu nie? Berlari macam dikejar anjing” kata Mak Cik Nisa. Hafizah tidak menjawab panggilan ibunya. Sebaliknya, dia terus masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu biliknya.
            “ Fizah! Fizah! Kenapa dengan kamu nie? Ada yang tak kena ke?” jerit Mak cik Nisa sambil mengetuk pintu bilik.
            Hafizah menangis sendirian di dalam bilik. Dia menatap sekeping gambar yang dipegangnya. Terdengar tombol pintu dibuka. Rupa-rupanya ibunya yang membuka pintu dengan menggunakan kunci pendua.
            “ Fizah, kenapa dengan kamu nie nak? Bagitahu mak, apa masalah kamu” pujuk Mak Cik Nisa lalu duduk disamping Hafizah.
            “ Kamal mak…dia dah tak suka Fizah lagi. Dia dah putuskan hubungan kami” kata Hafizah.
            “ Budak Kamal tu buat macam tu kat kamu? Semua jantan sama je Fizah.”
            “Tapi, Fizah masih sayangkan Kamal, mak!” kata Hafizah.
            “ Lupakan lelaki tu Fizah. Tentu dia dah ade betina lain” balas Mak cik Nisa lalu beredar dari situ.
            Hafizah menggoyak gambar tersebut. Gambar ketika dia dan Kamal bercouple. Ini merupakan kali kedua hubungan Hafizah terputus. Akibatnya, lelaki yang cepat jemu dengan perempuan yang sama. Kamal memutuskan hubungan mereka dengan alasan “ aku dah bosan dengan kau.”
            Keesokan harinya, Hafizah datang lewat ke sekolah. Semalaman Hafizah tidak tidur akibat kejadian semalam. Pada hari itu, Kamal yang merupakan seorang pengawas sekolah bertugas dipagar hadapan sekolah
            “ Kamal, tengok tu. Hafizah lah” kata Rasyid.
            “ Kau tolong tulis nama dia, aku malas lah nak tengok muka dia” balas Kamal.
            Hafizah berhenti di hadapan Rasyid. Dia menyedari Kamal melarikan diri daripadanya. Selepas menulis nama, dia terus menuju ke tempat meletak basikal.
            “ Hafizah! Kenapa awak lambat hari ini?” tanya Lin, kawan baik Hafizah.
            “ Saya tak sihat lah hari ini” balas Hafizah.
            Lin menyedari sesuatu yang berlainan pada raut wajah Hafizah. Selalunya, jika Hafizah sakit atau demam, dia tidak pernah menunjukkan wajah muramnya malah masih dapat tersenyum.
            “ Kalau awak ada apa-apa masalah, bagitahulah saya. Mana tahu saya boleh tolong ma” kata Lin sambil menepuk bahu kawan baiknya itu.
            Persekolahan berjalan seperti biasa. Namun kawan-kawan sekelas Hafizah menyedari sesuatu. Kamal dan Hafizah tidak berteguran  pada hari itu. Selalunya, Kamal akan duduk di samping Hafizah.
            “ Kenapa mereka tak bertegur ha? Dah break ke?” tanya Hamdan.
            “ Dah, semalam. Tak kan kamu tak kenal si Kamal tu kot. Kalau dah ada yang baru, yang lama buanglah” kata Rasyid.
            “ Kesian aku tengok Hafizah tu. Sanggup Kamal buat macam tu kat dia.” Kata Dollah.
            Selepas waktu persekolahan tamat, Hafizah dan Lin keluar dari kelas. Tiba-tiba, mereka ternampak Kamal sedang bercakap dengan seorang budak perempuan di hadapan kelas. Wajah Kamal seolah-olah berniat untuk menunjuk-nunjuk di hadapan Hafizah.
Hafizah beredar dari situ. Dia menyampaikan hasratnya kepada Lin untuk pergi ke masjid. Lin hanya mengikut kehendaknya.
            “ Hari ini hari paling menyakitkan hati aku!” jerit Hafizah di tempat mengambil wudhuk.
            “ Apa kata awak cuci muka awak dulu. Mungkin dapat menghilangkan rasa geram awak tu” kata Lin.
            Ketika Hafizah hendak membuka paip air, dia terdengar satu suara yang amat merdu sekali. Suara seseorang sedang membaca al-Quran. Setahunya, pada waktu itu semua pelajar sudah balik ke rumah masing-masing.
            “ Hafizah, ada orang menyanyi dalam masjid ke?” tanya Lin yang pertama kali menjejakkan kaki ke masjid.
            “ Bukan orang menyanyilah, itu suara orang tengah membaca kitab suci al-Quran” terang Hafizah.
            “ Cantik betul suara dia. Lebih merdu dari suara penyanyi klasik Cina” balas Lin.
            Mereka menghampiri pintu masjid dan menjenguk ke dalam masjid. Mereka ternampak seorang lelaki berpakaian baju seragam sekolah dan memegang al-Quran. Lelaki tersebut meneruskan bacaannya tanpa melihat al-Quran seolah-olah dia sedang menghafalnya.
            “ Oh! Budak itu! Saya tahu siapa budak itu. Dia pelajar baru yang datang pagi tadi” Kata Lin.
            “ Pelajar baru? Tingkatan?”
            “ Emm…kalau tak silap saya, sama umur dengan kita” balas Hafizah.
            Hafizah tertarik dengan bacaan lelaki tersebut. Malah mula terpikat padanya walaupun dia hanya mampu melihat lelaki tersebut dari belakang.
            “ Aku tak nampak wajah dia” bisik Hafizah. Mereka beredar dari situ. Selepas pulang dari sekolah, Hafizah mula teringatkan lelaki yang dijumpainya. Ini pertama kali dia melihat lelaki yang bersuara merdu membaca al-Quran. Malah, lelaki tersebut salah seorang pelajar di sekolahnya.
            Tiba-tiba, wajah Kamal muncul ketika dia sedang teringatkan lelaki tersebut. Dia mengambil sebuah album gambar yang terletak di atas mejanya. Selepas itu, dia mengoyak semua gambar yang terdapat di dalamnya. Gambar ketika dia bersama Kamal.
            “ Aku benci kau! Aku benci kau!” kata Hafizah.
            Kemudian, dia membuang gambar-gambar tersebut ke dalam tong sampah. Dia berharap agar dia dapat melupakan Kamal dalam ingatannya.
            Keesokan harinya, Kamal masuk ke dalam kelas bersama seorang perempuan. Sementara guru belum masuk, Kamal sempat mencium tangan perempuan tersebut.
            “ Tak guna betul lelaki tu! Kalau nak buat aku marah, aku memang dah marah nie!” kata Hafizah.
            “ Sabar Hafizah, Sabar. Awak pernah kata kat saya sabar itu iman” kata Lin.
            “ Bukan iman, tapi separuh daripada iman lah!” balas Hafizah sambil mencubit tangan Lin.
            Akhirnya, kemarahan Hafizah hilang seketika. Sewaktu guru matapelajaran masuk, lelaki yang ditemuinya semalam muncul di hadapannya.
            Lelaki tersebut membantu guru matapelajaran membawa buku. Hafizah mengenali lelaki tersebut melalui potongan gaya potongan rambutnya yang berlainan dari pelajar lelaki di sekolahnya.
            “ Itu budak baru kan? Kacaknya dia!” kata Amira yang duduk di sebelah Hafizah.
            “ Ceh, setakat budak pendek. Tak lah sekacak mane” kata Kamal.
            Selepas lelaki tersebut meletakkan buku gurunya di atas meja, dia beredar dari kelas tersebut tanpa memperdulikan kata-kata yang didengarinya.
            “ Hafizah! Hafizah! Duduklah !” jerit Lin yang melihat Hafizah masih bediri dalam keadaan tidak sedarkan diri.
            Selepas tamat waktu persekolahan, Hafizah dan Lin menuju ke masjid. Namun, tidak kelihatan lelaki yang ditemuinya semalam.
            “ Agaknya, mungkin dia sudah balik” kata Lin.
            “ Mungkin jugak. Balik je lah”
            Ketika Hafizah membuka kunci pada basikalnya, dia menyedari tayar basikalnya pancit. Lin sudah pun dijemput ibunya menggunakan kereta. Hafizah keseorangan di situ.
            “ Assalamualaikum…”
            Terdengar satu suara memberi salam kepada Hafizah. Suara yang dikenalinya.
            “ Waalaikumsalam..” balas Hafizah.
            “ Awak tak balik lagi ke? Dah lewat nie.” Kata lelaki tersebut.
            “ Emm..sebenarnya tayar basikal saya pancit. Kalau nak jalan kaki, jauh”
            “ Oh..tak pe. Awak guna basikal saya dulu. Lagipun rumah saya tak jauh dari sini. Esok hari awak ambillah basikal awak balik” kata lelaki tersebut.
            “ Tak pe, tak pe. Biar saya jalan kaki je”
            “ Kalau awak jalan kaki waktu nie. Nanti lambat sampai rumah. Dah nak maghrib nie”
            “ Baiklah. Terima kasih”
            Hafizah menggunakan basikal lelaki tersebut untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan, dia terlupa sesuatu. Dia terlupa untuk bertanyakan nama lelaki tersebut.
            “Eh? Kenapa lewat balik? Basikal siapa yang kamu guna?” tanya Mak cik Nisa.
            “ Tayar basikal pancit, mak. Fizah guna basikal kawan”
            “ Habis tu? Kawan kamu guna apa untuk pulang ke rumah? Helikopter?” balas ibunya.
            “ Eish, dia tinggal tak jauh dari sekolah”
            Hafizah membawa masuk basikal ke dalam rumah. Dia memerhati besikal bewarna biru tersebut sambil tersenyum.
            Keesokan harinya, Hafizah pergi ke sekolah walaupun pada hari itu merupakan cuti sekolah. Dia pergi ke sekolah hanya untuk memulangkan kembali basikal yang dipinjamnya. Dia menuju ke rumah yang terletak tidak jauh dari sekolahnya.
            “ Eh? Kamu Hafizah kan? Buat apa kamu kat sini?”tanya Cikgu Faizal.
            “ Ya, saya Hafizah. Saya datang nak pulangkan basikal pelajar baru tu”
            “ Oh..Hafizi. Kejap ye, cikgu nak panggil dia”
            Hafizah mengingati nama tersebut, Hafizi. Selang beberapa minit kemudian, Hafizi keluar dari rumah.
            “ Awak nie siapa?” tanya Hafizi sambil menggaru-garu kepalanya.
            “ Tak kan awak tak ingat? Semalam awak pinjamkan saya basikal awak” kata Hafizah.
            “ Oh…semalam awak bertudung. Sebab itu saya tak kenal” kata Hafizi.
            Hafizah terdiam seketika. Mereka memulangkan basikal masing-masing. Tayar basikal Hafizah yang pancit semalam telah pun digantikan dengan yang baru.
            Hafizi kelihatan seolah-olah tidak mahu memandang wajah Hafizah ketika dia menghulurkan basikalnya. Dia mula menyedari sesuatu. Hafizah beredar dari situ. Dalam perjalanan pulang ke rumah, dia teringatkan kata-kata Hafizi “ Oh…semalam awak bertudung, sebab tu saya tak kenal.”
            “Mungkin dia terlalu alim untukku’ bisik Hafizah.
            Sudah hampir seminggu Hafizi bersekolah di tempat baru. Dia semakin banyak mendapat  kawan kerana sikapnya yang peramah dan suka memberi senyuman. Malah, sejak kedatangan Hafizi,  separuh daripada saf masjid dipenuhi oleh para jemaah pada waktu Zohor.
            “ Kamal, kamu tak solat zohor bersama kami ke?” tanya Rasyid.
            “ Tak nak lah, balik nanti aku solatlah” balas Kamal.
            “ Hafizah, saya tengok kan, ramai kawan kita yang tak ada dalam kelas waktu ini, mereka pergi mane?” tanya Lin.
            “Mereka pergi ke masjid”
            “ Oh…awak tak pergi ke?” tanya Lin.
            Hafizah terdiam seketika. Bibirnya tertutup rapat seolah-olah tidak ada jawapan untuk soalan Lin. Selepas persekolahan tamat, Hafizah pergi ke masjid berseorangan. Lin sudah pulang ke rumah. Hafizah pergi ke tempat wudhuk muslimah. Ternyata tiada siapa di situ. Dia berasa lega.
            “ Mula-mula, berkumuh dulu. Pastu, cuci muka. Ala..macam mana nak baca niat nie” kata Hafizah.
            Kebetulan Hafizi berada di masjid pada ketika itu. Dia terdengar suara seseorang yang agak mencurigakan.
            “ Suara siapa tu?” tanya Hafizi dalam hati. Dia mengatur langkah ke bilik wudhuk perempuan.
            “ Awak rupanya” kata Hafizi. Hafizah terkejut setelah menyedari kedatangan Hafizi. Buku yang dibawanya terjatuh ke dalam tempat menyalur air wudhuk.
            “ Alamak…buku aku” kata Hafizah.
            Hafizi membantunya mengambil buku tersebut. “ Awak belajar ambik wudhuk?” tanya Hafizi.
            Hafizah terdiam seketika dan wajahnya bertukar manjadi merah.
            “Kenapa wajah awak merah? Tak ada benda yang nak dimalukan. Kalau awak nak belajar, saya boleh tolong ajarkan” kata Hafizi.
            “ Maafkan saya, saya selalu menyusahkan awak”
            “ Tak pe, kita kan kawan” kata Hafizi sambil tersenyum.
            Hafizi menerangkan cara-cara mengambil wudhuk dengan betul sebelum Hafizah melakukannya sendiri.
            “ Sekarang dah faham? Awak cuba ambik wudhuk sekarang”
            “ Awak tengoklah? Takut-takut nanti saya tersalah turutan”
            “ Maaflah, saya hanya boleh menerangkan je. Lagipun, awak perempuan. Aurat. Bukan muhrim. Haram. Dosa” kata Hafizi.
            Selepas beberapa kali mengulangi mengambil wudhuk, akhirnya Hafizah berjaya memahami dan menghafal dengan betul. Dia berasa sangat gembira.
            “Ini baru bahagian wudhuk, solat pula?” tanya Hafizi.
            “ Bahagian solat saya masih ingat lagi sikit-sikit”
            “ Sikit-sikit?”
            Hafizah akhirnya mengaku bahawa dia tidak pernah bersolat. Dia hanya bersolat ketika dia dijaga oleh neneknya beberapa tahun yang lalu. Sejak hari itu, hubungan Hafizah dengan Hafizi semakin rapat. Selepas waktu sekolah, Hafizah akan pergi ke masjid.
            “ Aku tengok kan, sejak kebelakangan nie Hafizah selalu balik lewat ke rumah. Aku dengar dia selalu tunggu kat masjid. Agaknya apa yang dia buat kat masjid tu” kata Amira.
            “ Aku rasa mungkin dia selalu berjumpa Hafizi kot” kata Ain.
            Amira masih meragui Hafizah. Dia mengambil keputusan untuk menyiasat perkara yang sebenar. Dia cemburu jika Hafizah rapat dengan Hafizi kerana dia menyukai Hafizi.
            “ Hari ini aku nak tengok dengan mata kepala sendiri. Apa yang sebenarnya Hafizah buat kat masjid tu” kata Amira sambil tersenyum sinis sendirian.
            Apabila loceng sekolah berbunyi menandakan tamatnya waktu persekolahan pada hari itu,  Amira dan kawan-kawannya berlari menuju ke masjid. Mereka berjalan perlahan-lahan dan berhati-hati. Takut-takut nanti Hafizah akan menyedari kedatangan mereka.
            Dari luar masjid, mereka terdengar seseorang sedang mengaji al-Quran. “Kejap, kamu dengar tak suara tu? Bukan suara Hafizah ke tu? Sejak bila dia pandai mengaji?” tanya Amira.
            “ Entah? Setahu aku, dia lah yang paling berlagak cantik kat sekolah nie” Kata Suhada.
            “ Betul tu, dahlah tak pakai tudung. Kali ini nak berlagak alim pulak” kata Ain.
            Amira melihat ke dalam masjid melalui tingkap. Dia ternampak Hafizah sedang mengaji al-Quran bersendirian. “ Apa kata kita masuk ke dalam” ajak Amira.
            “ Woi Hafizah! Apa yang kamu buat kat sini? Dah bertaubat ke?” kata Amira.
            Hafizah terkejut setelah disapa secara tiba-tiba. Dia memberhentikan bacaannya dan hanya tunduk tanpa menjawab soalan Amira. “ Kenapa kamu tak jawab? Kau berpura-pura kan? Nak ambik hati Hafizi lah tu” tambah Amira lagi.
            Tidak lama kemudian, Hafizi melangkah masuk ke masjid. Dia berada di bahagian saf lelaki. Amira dan kawan-kawannya lansung tidak menyedari kedatangan Hafizi.
            “ Apa yang bising-bising kat dalam masjid nie?” tanya Hafizi disebalik tirai pemisah.
            “ Eh? Hafizi?” bisik Amira.
            Amira dan kawan-kawanya beredar dari situ. Hafizi tidak mengenali suara mereka. Beberapa minit kemudian, Hafizi terdengar suara Hafizah menangis. Dia pergi ke saf perempuan.
            “ Awak tak apa-apa ke? Kenapa awak menangis?” tanya Hafizi. Hafizah tidak menjawab. Air matanya berguguran sehingga membasahi al-Quran yang berada di tangannya.
            “ Awak rasa saya berpura-pura ke?” tanya Hafizah yang masih dalam keadaan menangis.
            “ Berpura-pura? Saya percaya awak ikhlas. Saya percayakan awak” balas Hafizi.
            “ Kalau betul saya buat semua ini hanya untuk mengenali awak?” tambah Hafizah lagi.
            “ Eyh? Kenapa awak nak mengenali saya pulak?”
            “ Saya sukakan awak Hafizi. Dari mula-mula lagi”
            “ EYH??!! Awak? Suka? Saya?” kata Hafizi dengan penuh rasa terkejut.
            “ Sanggup ke awak jadi teman saya?” tanya Hafizah.
            “ Hafizah, saya pun sukakan awak. Tapi tidak lebih dari itu”
            “ Saya cintakan awak” kata Hafizah sambil merenung mata Hafizi. Hafizi memalingkan mukanya.
            “ Carilah cinta Allah. Sesungguhnya cinta kepadaNYA memberi banyak kebaikan dan ketenangan.” Hafizi meninggalkan Hafizah sendirian. Dia berharap agar Hafizah mengubah niatnya.
            Selama tiga hari Hafizi tidak menegur Hafizah. Sehinggalah suatu hari, ketika Hafizah membuka mangga basikalnya. “ Assalamualaikum” Hafizi memberi salam.
            “ Waalaikumsalam. Hafizi?” balas Hafizah. “ Hari ini hari ketiga. Bagaimana keadaan awak sekarang?” tanya Hafizi.
            “ Saya sihat. Saya faham maksud awak Hafizi. Tiga hari yang awak bagi untuk saya ubah niat saya. Betul kan?”
            “ Alhamdulillah. Tapi, saya hanya ada satu permintaan daripada awak. Saya harap awak dapat mencuri masa untuk mambaca buku ini” kata Hafizi sambil menghulurkan sebuah buku.
            “ Cantiknya wanita solehah?” kata Hafizah. Hafizi mengangguk dan tersenyum. Senyuman Hafizi membuatkan hati Hafizah semakin menyukai Hafizi. Inilah kali pertama dia melihat Hafizi tersenyum sebegitu ceria di hadapannya.
            Setibanya di rumah, Hafizah bersiap-siap untuk menunaikan solat Maghrib. Sebelum melangkah masuk ke dalan biliknya, dia melihat ibunya sedang menonton televisyen di ruang tamu.
            Hafizah ingin mengajak ibunya berjemaah bersama. Dia teringat kata-kata Hafizi, “ sebaik-baiknya kalau nak solat, mestilah berjemaah.”
            “ Mak, mari solat maghrib. Fizah bosanlah solat sorang-sorang” ajak Hafizah sambil menarik tangan ibunya.
            Mak Cik Nisa menurut kehendak anakya. Pada mulanya, dia berasa hairan dan malu kerana sebelum ini dia telah banyak meninggalkan solat-solat fardhu. Sejak hari itu, setiap waktu solat fardhu, Hafizah akan berjemaah bersama-sama ibunya.
            “ Oi..kau ade dengar cerita tak? Bekas awek kau dah pakai tudunglah! Bukan tu je, dia sekarang pakai baju labuh. Tak macam dulu” kata Rasyid kepada Kamal.           
            “ Sejak bila perempuan tu bertudung? Dah taubat ke?”  kata Kamal.
            “ Ish kau nie, tak baik cakap camtu. Semalam aku terserempak dengan dia kat pasar. Dia pakai tudung biru. Cantik betul muka dia!” kata Rasyid sambil tersenyum keseronokan.
            “ Mungkin budak Haji tu yang sihir dia kot. Haha! Kelakar betul aku tengok Fizah pakai tudung. Dulu aku selalu main-mainkan rambut dia” balas Kamal sambil ketawa terbahak-bahak.
            Sekelas mendengar perbualan Kamal. Kecuali Hafizah dan Lin yang kebetulan tiada di kelas pada masa itu. “ Tak baik awak cakap macam tu Kamal. Hafizi tu budak baik” kata Siew Choo.
            “ Betul tu, lagi-lagi kalau dia senyum. Cair aku dibuatnya” kata Qamariah.
            “ Tak macam kau tu, asyik nak mengata orang je” kata Saudah.
            Hampir semua pelajar di dalam kelas tersebut mengutuk Kamal. Kamal berasa amat marah kerana kawan-kawannya sudah terpengaruh dengan Hafizi.
            “ Lepas nie matilah kau” bisik Kamal.
            Selepas waktu persekolahan tamat, Kamal pergi ke masjid. Dia mencari Hafizi. “ Eyh? Itu Kamal kan? Buat apa dia kat masjid tu?” tanya Rasyid yang kebetulan terlihat Kamal.
            Hafizi sedang duduk di dalam masjid sambil membaca al-Quran. Tiba-tiba dia terkejut apabila menyedari Kamal berada di balakangnya.
            “ Kau nak tunjuk alim ye kat sini. Kau sedar sikit ye, kau tu budak baru. Kau sepatutnya hormat pada aku. Tapi sekarang kau pijak-pijak kepala aku. Kau hasut semua kawan-kawan aku. Mulai hari ini, matilah kau” kata Kamal.
            Kamal menendang Hafizi dan menumbuk mukanya tanpa rasa belas kasihan. Al-Quran di tangannya terlepas dan jatuh ke lantai. Namun, Kamal masih lagi menendang dan menyepak Hafizi. Kali ini Kamal memijak dada Hafizi.
            “ Ini akibatnya kalau kau berani melawan aku” kata Kamal.
            Hafizi memuntahkan darah di saf masjid. Dia menahan dadanya yang dalam keadaan kesakitan. Beberapa minit kemudian, Rasyid datang bersama Hafizah. “ Woi Kamal! Apa yang kamu buat tu ha?!” jerit Rasyid.
            Hafizi merangkak menuju ke arah al-Qurannya. Dia mencapai al-Quran dan memeluk erat al-Quran tersebut. Rasyid berlari menuju ke arah Kamal dan menumbuk mukanya.
            “ Hentikan Rasyid, biarkan” kata Hafizi. Dia berusaha untuk bangun dengan berpaut pada rak al-Quran yang terletak tidak jauh dari tempatnya. Hafizah cuba menghampiri Hafizi namun dilarangnya.
            “ Fizah, tolong ambilkan sebaldi air dan kain di dalam bilik wudhuk” pinta Hafizi. Kamal lari keluar dari masjid. Rasyid bertekad untuk mengejarnya namun dilarang oleh Hafizi.
            “ Biarkan Kamal pergi. Bukan salah dia. Yang penting, kita mesti bersihkan najis yang terdapat pada saf nie” kata Hafizi. Darah masih mengalir di mulutnya. Rasyid membantu memapah Hafizi keluar dari masjid.
            “ Jangan bagitahu cikgu tentang perkara ini” kata Hafizi.
            “ Tapi kenapa? Kamal dah belasah kau dengan teruk sampai berdarah nie. Tak kan nak biarkan” pujuk Rasyid.
            “ Ini bukan salah dia. Ini semua salah aku. aku terlalu sombong sampai tak hiraukan perasaan Kamal”
            “ Buat apa kau nak faham si Kamal tu? Kita mesti laporkan perkara ini” kata Rasyid.
            “ Tolonglah.. jangan laporkan. Ini untuk kebaikan dia. Kalau dia dibuang sekolah, kelak masa depannya akan hancur” kata Hafizi.
            Hafizah membersihkan kesan darah Hafizi yang terdapat di saf hadapan. Dia menangis kerana sedih melihat keadaan Hafizi. Selesai membersih kesan darah tersebut, Hafizah terlihat al-Quran Hafizi di atas rak. Al-Quran tersebut berlumuran darah.
            “ Hafizi, al-Quran awak tertinggal” kata Hafizah. Namun, hanya Rasyid seorang sahaja di luar masjid.
            “ Mana Hafizi?” tanya Hafizah. Rasyid terdiam seketika. Akhirnya dia menjawab soalan Hafizah. “ Dia sudah pulang ke rumah.”
            “ Hafizi pesan, jangan bagitahu sesiapa tentang perkara tadi. Saya harap awak dapat janji pada saya. Jangan bagitahu sesiapa pun” kata Rasyid lalu beredar dari situ.
            Hafizah berasa hairan dengan wajah Rasyid. Wajahnya kelihatan sangat sedih. Berlainan daripada wajahnya yang sebelumnya. Malahan, hari itu juga pertama kali Hafizah melihat wajah Rasyid dalam keadaan sangat marah.
            Keesokan harinya, Hafizi tidak datang ke sekolah. Hafizah bertanya kepada rakan sekelasnya. Menurut rakan Hafizi, Hafizi demam panas kerana Cikgu Faizal yang memberitahunya.
            “ Demam panas?” kata Hafizah kehairanan.
            Tiba-tiba dia ternampak Kamal berada tidak jauh dari situ. Dia melihat gelagat Kamal bersama kawan-kawannya. Dia menunjukkan aksi tumbukan dan sepakan di hadapan kawan-kawannya. Hafizah menyedari, dia sedang menceritakan ketika dia membelasah Hafizi semalam.
            Selama tiga hari Hafizi tidak hadir ke sekolah. Selama ketiadaannya, jemaah di masjid pada waktu Zohor semakin berkurangan walaupun purata sembilan puluh peratus jumlah pelajar di sekolah tersebut beragama Islam.
            “ Kenapa hari ini tak sampai lima saf ha?” tanya Yusuf, pelajar tingkatan satu.
            “ Sudah tiga hari Abang Hafizi tak hadir ke sekolah, tiada siapa yang boleh menggantikan tempatnya menjadi imam” kata Ismail, juga pelajar tingkatan satu.
            Hafizah berehat di masjid sementara menunggu waktu Asar masuk. Dia terlelap seketika di tiang masjid. Dia terbayang wajah Hafizi sedang duduk sendirian di dalam masjid. Hafizi sedang membaca al-Quran. Hafizah mendekati Hafizi dan secara tiba-tiba Hafizi kelihatan seperti berada semakin jauh daripadanya.
            Dia juga terlihat, al-Quran yang dipegang Hafizi berlumuran darah. Setelah selesai membaca al-Quran, Hafizi pengsan di situ.
            “ Astaghfirullahhalazim..” Hafizah tersedar daripada mimpinya. Dia melihat jam tangannya. Sudah masuk waktu Asar, namun tiada siapa yang melaungkan azan. Hafizah keseorangan di masjid.
            Keesokan harinya, Hafizi hadir ke sekolah. Ramai kawan-kawannya mengelilinginya. “ Awak dah sihat ke? Demam awak dah sembuh?” tanya Amira dan kawan-kawannya. Hafizi hanya tersenyum.
            Kehadiran Hafizi pada hari tersebut melegakan hatinya. Dia mengakui bahawa dia terlalu merindui Hafizi. Sejak hari itu, semuanya berjalan seperti biasa semula.
            “ Saya nak pulangkan buku dan al-Quran awak” kata Hafizah.
            “ Terima kasih. Bukan ke al-Quran saya tertinggal kat masjid tempoh hari?” tanya Hafizi.
            “ Ye, awak terlupa bawa al-Quran awak. Lagipun, saya dah bersihkan sebab dia berlumuran darah”
            Hafizi tersenyum dan mengucapkan terima kasih. Rasyid gembira akan kedatangan kawannya itu. Dia memeluk erat Hafizi. “ Aku rindukan kau Fizi!!” kata Rasyid.
            “ Ish kau nie, jangan lah peluk kuat sangat! Sakitlah!” kata Hafizi.
            “ Oh! Maaflah, aku terlupa yang kau nie…” Hafizi menunjukkan isyarat senyap kepada Rasyid.  Hafizah kehairanan.
            Selepas waktu persekolahan tamat, Hafizi pergi ke masjid seperti biasa. Dia membaca al-Quran bersama-sama Rasyid, Yusuf dan Ismail. Ketika Hafizi membaca al-Quran, bacaannya berhenti secara tiba-tiba. Dia meletakkan tangannya di dadanya seperti sedang menahan kesakitan.
            “ Abang tak apa-apa ke?” tanya Ismail.
            “ Kau ok ke Fizi?” tanya Rasyid.
            “ Aku nak pergi tandas sekejap”
            Hafizah menyedari bacaan Hafizi berhenti secara tiba-tiba. Dia bergegas keluar daripada masjid. Dia menjenguk ke bilik wudhuk lelaki disebabkan perasaannya yang menyuruhnya pergi ke bilik tersebut.
            Setibanya di situ, dia terkejut melihat titisan darah terdapat di lantai. Titisan darah tersebut menuju ke arah luar masjid. Dia mengikuti jejak darah tersebut sehinggalah dia ternampak banyak darah di dalam longkang.
            “ Rasyid!” Hafizah memanggil Rasyid di dalam masjid.
            “ Ada apa Fizah?” tanya Rasyid.
            “ Hafizi mane?”
            “ Dia cakap dia pergi tandas. Kenapa pulak?”
            “ Cuba awak tengok kat bilik wudhuk, ada banyak kesan darah”
            Rasyid memerhati kesan darah tersebut. “ Hafizi, takkanlah..” bisik Rasyid.
            “ Saya rasa mungkin dia sudah balik. Saya nak pergi jenguk dialah” kata Hafizah sambil menanggalkan talkumnya”
            “Jangan pergi. Lebih baik awak jangan pergi” tegas Rasyid. Ismail dan Yusuf berdiri di beranda masjid.
            “ Kenapa pulak?” tanya Hafizah kehairanan.
            “ Dia tak mahu awak sedih” kata Rasyid.
            “ Tapi kenapa? Dia bukan demam panas kan? Dia tipu je kan?” kata Hafizah.
            “ Maafkan aku Hafizi, aku tak dapat simpan rahsia kau. Hafizi sebenarnya sakit tenat. Dia mengalami penyakit jantung berlubang” jelas Rasyid. Hafizah terkejut mendengar penjelasan Rasyid. Dia mula mengalirkan air mata.
            “ Kenapa tak cakap awal-awal?!” jerit Hafizah lalu beredar dari situ dan mencapai basikalnya.
            “ Hafizah! Jangan pergi!”
            Hafizah mengayuh basikalnya. Dia memerhati jalanraya yang menuju ke rumah Hafizi. Tidak jauh dari sekolah. Terdapat kesan darah di sepanjang jalan tersebut.
            “ Assalamualaikum..Hafizi! Ini saya, Hafizah” kata Hafizah.
            “ Waalaikumsalam..Hafizah, buat apa awak kat sini?” tanya Hafizi.
            “ Awak penipu! Awak tipu saya! Awak tipu kami semua!” jerit Hafizah.
            Hafizi terdiam seketika. Tiba-tiba, Rasyid datang. “ Maafkan aku Fizi, aku terpaksa” kata Rasyid.
            “ Tak apalah, saya kurang sihat je. Sebab tu saya balik. Jangan risaukan saya” kata Hafizi sambil tersenyum.
            Hafizah menangis lalu beredar dari situ. Dia tidak sanggup lagi ditipu oleh seorang lelaki. “ Maafkan aku Fizi, aku tak sengaja” kata Rasyid.
            “ Tak apalah Ra…” Hafizi pengsan di beranda rumahnya.
            Keesokan harinya, sewaktu perhimpunan rasmi sekolah diadakan, pengetua memulakan ucapan beliau.
“Pada malam tadi, saya menerima berita tentang salah seorang daripada pelajar sekolah kita sedang berada di wad ICU. Beliau adalah anakanda Hafizi bin Hisyam. Kepada pelajar dan guru-guru yang beragama Islam, kita sedekahkan al-fatihah dan surah Yassin kepada beliau. Semoga beliau cepat sembuh dan meneruskan sesi persekolahannya bersama-sama kita.”
Hafizah pengsan setelah mendengar ucapan pengetua tersebut. Ramai pelajar perempuan mengelilinginya. Kamal berasa amat risau setelah mendengar ucapan pengetua. Dia takut nanti dia akan dipersalahkan.
“ Habislah aku!” bisik Kamal.
Hafizah dibenarkan untuk pulang ke rumah pada hari tersebut. Dia masih tidak dapat menerima hakikat bahawa Hafizi sedang berada di hospital. Rasyid yang menemani Hafizah balik ke rumah dengan menggunakan kereta Cikgu Faizal.
“ Rasyid, saya nak jumpa Hafizi” kata Hafizah.
“ Macam mana nie cikgu?” tanya Rasyid kepada Cikgu Faizal yang sedang memandu.
“ Kita pergi hospital” kata Cikgu Faizal.
Setibanya di hospital, mereka menuju ke wad ICU. “ Maaf dik, seorang pelawat je dibenarkan masuk” kata salah seorang jururawat di situ.
Hafizah meminta kebenaran untuk masuk ke dalam. Dia mencari katil Hafizi. Seorang pemuda terlantar di atas katil dengan hanya bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan.
“ Adik nie nak cari kawan adik ke?” tanya salah seorang doktor di situ.
“ Ya, namanya Hafizi bin Hisyam”
“ Oh, inilah katil dia. Saya doktornya” jelas doktor tersebut.
Hafizah mengalirkan air mata ketika melihat keadaan Hafizi. Dia terbayangkan wajah Hafizi sentiasa tersenyum di hadapan matanya. Namun kini, dia tidak dapat melihat wajah tersebut. Hafizi kelihatan pucat dan tidak bermaya seperti sebelumnya.
“ Assalamualaikum…Hafizi, ini saya Hafizah. Saya datang nak minta maaf” kata Hafizah di telinga Hafizi.
Hafizi tidak menjawab panggilan Hafizah. Hanya kedengaran bunyi nafas Hafizi sahaja. Matanya lansung tidak terbuka sedikit pun.
“ Saya akan temankan awak” kata Hafizah. Dia terlihat al-Quran milik Hafizi di atas meja kecil di sampingnya. Dia mula teringatkan kenangan pertama kali dia bertemu Hafizi. Walaupun belum sampai setahun mengenali Hafizi, namun hubungan mereka sangat rapat.
Hafizah keluar dari bilik ICU untuk mengambil wudhuk. Selepas itu dia memasukinya semula. Dia membacakan surah Yassin menggunakan al-Quran milik Hafizi. Selepas tamat membacanya sehingga ayat ke lapan puluh tiga, dengan izin Allah, Hafizi sedar seketika.
“ Siapa?” tanya Hafizi sambil cuba untuk melihat orang di sebelahnya.
“ Hafizi? Alhamdulillah. Awak dah sedar! Ini saya, Hafizah” kata Hafizah.
“ Oh..awak…” suara Hafizi agak lemah.
“Awak berehat je lah, saya akan temankan awak”
“ Terima kasih…saya….suka….awak….”
Hafizah senyum sendirian. Dia membaca doa supaya Hafizi sembuh dengan cepat. Sejak hari itu, Hafizah dan ibunya kerap melawat Hafizi. Hafizah mendapat tahu bahawa Hafizi seorang anak yatim piatu. Sejak hari itu juga, pihak sekolah mengadakan kutipan derma untuk pembayaran kos perubatan merawat Hafizi.
“ Dah banyak hasil kutipan yang kita kumpul. Dan yang paling banyak menderma adalah keluarga Kamal” kata pengetua kepada guru-guru sekolah.
“ Saya harap duit derma ini dapat menampung kos tersebut” kata salah seorang guru.
Beberapa minggu telah berlalu, pembedahan pun sudah dilakukan namun keadaan Hafizi semakin teruk. “ Tak kan tak ada cara lain doktor?” tanya Cikgu Faizal.
“ Maafkan kami, hanya ini sahaja yang kami mampu. Saya harap pihak tuan bersabar” kata doktor.
Pada malam tersebut, ramai pelajar sekolah dan guru-guru datang melawat Hafizi setelah diberitahu Cikgu Faizal tentang keadaan Hafizi. Hafizi diletakkan di bilik khas setelah keluar dari wad pembedahan tempoh hari. Hafizah sentiasa berada di sampingnya.
“Siapa?” tanya Hafizi dalam keadaan yang sangat lemah.
“ Semua kawan awak ada kat sini” kata Hafizah. Hafizi tersenyum. Tangannya sentiasa digenggam erat Rasyid dan kawan-kawannya yang lain.
“ Fizah,..saya suka awak….” Kata Hafizi sambil mengalirkan air mata.
Selepas mengucapkan dua kalimah syahadah, Hafizi kembali ke rahmatullah dengan tenang. Semua orang yang berada di situ menangis kesedihan. Termasuklah Siew Choo dan Lin.
“ Ish! Kamu nie! Balut lah betul-betul!” marah Rasyid kepada Yusuf.
“ Kamu jugak! Jangan main air tu lah! Tutup paip tu!” marah Kamal kepada Dollah.
“ Kamu dah siapkan ke keranda tu?” tanya Cikgu Faizal.
“ Dah, kami letak kat ruang tamu” kata Ismail dan kawan-kawannya.
Semua pelajar sekolah Hafizi bekerjasama menguruskan jenazahnya. Rumah Cikgu Faizal dipenuhi oleh anak murid dan guru-guru sekolah. “ Hafizah, kamu tak ikut kami pergi kubur ke?” tanya Amira.
“ Nak, nak! Tapi muat lagi ke van tu?” tanya Hafizah.
“ Buat apa nak pakai van, kite gune bas sekolah lah” kata Ain lalu menarik tangan Hafizah.
“ Kamal! Kau tolong angkat bahagian depan, aku pulak kat belakang” kata Rasyid.
“ Baiklah, hoi Dollah! Kamu buat pae lagi tu? Kite dah nak bertolah nie la” kata Kamal.
Setibanya di kubur, ramai orang yang datang. Hampir semua pelajar sekolah datang pada hari tersebut.
“ Alhamdulillah, permintaan kamu sudah ditunaikan, Hafizi” kata Rasyid.
“ Permintaan apa pulak tu Rasyid?” tanya Kamal.
“ Dia pernah bagitahu aku, kalau dia meninggal dunia kelak. Dia nak jasadnya disemadikan di sebelah kubur ayah dan ibunya. Dia berpindah ke sekolah kita pun disebabkan ingin dikuburkan disini” jelas Rasyid.
“ Maksud kau? Dia dah tahu waktu dia?” tambah Kamal.
“ Sebab tu dia tak salahkan kau. Dia menderita sejak kecil. Kematian ibu bapa dia menyebabkan penyakitnya bertambah teruk” kata Rasyid.
“ Tapi, aku masih rasa bersalah. Terima kasih Hafizi, kau telah banyak mengajar aku” bisik Kamal.
Selepas selesai mengkebumikan Hafizi, semua orang pulang ke rumah masing-masing.
“ Hafizah.. awak masih marahkan saya lagi ke?” tanya Kamal.
“ Saya tak pernah marahkan awak. Tapi saya hanya bencikan perbuatan awak” balas Hafizah.
“ Saya menyesal, saya memang seorang lelaki yang mementingkan diri sendiri. Awak cukup beruntung mengenali Hafizi”
“ Tak, kita sama-sama beruntung. Dia dah banyak ajar kita sesuatu yang berguna. Mulai sekarang, kita kawan. Ye?” kata Hafizah sambil tersenyum.
“ Baiklah, kita kawan” balas Kamal.
“ Wei, wei… orang kat sini bukan kawan ke?” kata Amira yang tiba-tiba muncul.
“ Siapa nak kawan dengan awak?” kata Rasyid.
“ Wei! Sampai hati awak ye! Nanti saya tanam awak dalam kubur yang kosong tu!” kata Amira.
“ Kita semua kawan. Kalau Hafizi ade, tentu dia tersenyum kat sini” kata Hafizah.
“ Sudahlah, mari kita balik. Sebelum ada orang tanam kita” bisik Rasyid.
“ Eish! Nahas kamu nanti Rasyid!!” marah Amira.
Selepas beberapa hari, masjid sekolah kini sering dipenuhi pelajar-pelajar Islam. Malah, Lin juga mula tertarik dengan Islam. Dia mula belajar mengambil wudhuk daripada Hafizah. Kamal pula menggantikan tempat Hafizi menjadi imam masjid, manakala Yusuf menjadi bilal. Al-Quran milik Hafizi pula sentiasa dibawa Hafizah kerana dia dapat merasakan teman ketiganya sentiasa tersenyum untuknya.
“ Hafizi bin Hasyim, awaklah teman ketiga saya untuk selamanya”
TAMAT…
OLEH: AWANG MOHAMAD RAZIZIE
BLUE SKY WASIQ’S COLLECTION



           
           
           

Zain Bikha-Denn il Islam (I AM A MUSLIM)

Deen-il-Islam

By : Zain Bhikha

By: (Linda Gcwensa & Zain Bhikha)

If you ask me, why do I stand here,
So unafraid of everything around me.
Proudly I would say, I am a Muslim.
If you ask her, why does she dress that way,
All covered up in a world that gives it all away.
Proudly she would say, I am a Muslim.

Chorus:
Deenil Islam deeni Wala ‘ardab gheiru deeni Muhammad elli hadeeni Nourel iman x 2

If you ask me, surely this cannot be,
You give your wealth so free, and you say your life is charity.
It ain’t hard to see, I am a Muslim.
If you ask him, why does it hurt so,
When he sees injustice, even though it’s folks he doesn’t know,
With tears in his eyes he says, I am a Muslim.

Chorus

If you ask her, why doesn’t she cry,
There’s no one by her side, she’s the only one that’s left behind.
Patiently she sighs, I am a Muslim.
If you ask him, why does he still pray,
Five times a day when so many others have strayed.
Smiling he would say, I am a Muslim.

Chorus

If you ask me, why do I love you
No matter where you are, we are the greatest Ummah
With the beating of our hearts, we are Muslim.

La-illah-ha-illalah Muhammad-ur-rasullulah
There is only one God
La-illah-ha-illalah Muhammad-al-Mustapha
Muhammad is the messenger
La-illah-ha-illalah Muhammad-ur-rasullulah
There is only one God
La-illah-ha-illalah Muhammad-al-Mustapha
Muhammad is the messenger

More Lyrics at: MuslimLyrics.com