Pages

Labels

Followers

Friday, November 19, 2010

JANGAN HALANGKU BERKARYA 2


JANGAN HALANGKU BERKARYA 2
(PERJUANGAN KARYA DITERUSKAN
            Di sebuah padang lapang yang ditumbuhi pelbagai jenis bunga dan tumbuhan, kelihatan dua orang pemuda sedang berjalan. Salah seorang daripada ialah seorang lelaki berusia 17 tahun manakala seorang lagi seorang berumur 28 tahun. Mereka adalah Aswad dan Abyad. Mereka sedang  berada di dalam buku mereka sendiri. Lima tahun sudah berlalu selepas pertempuran hebat di alam nyata.
            “Udara kat sini memang segar! Wah!” kata Aswad lalu baring ke tanah. Abyad memandang Aswad dengan begitu gembira. Dia mula teringat kenangan lalu. Dulu, Abyad ialah musuh kepada Aswad namun sekarang Aswad menjadi rakan baiknya. Abyad bersyukur kerana Aswad tidak bertindak liar dan melakukan kejahatan seperti dahulu. Dia sering berdoa agar Aswad kekal sedemikian selamanya.
            “Kau tak rasa bosan ke Aswad? Tiap-tiap hari tengok benda yang sama” tanya Abyad. Aswad terdiam seketika. Dia lansung tidak ingat pada kejadian yang telah dilakukannya dahulu. Baginya, dia seorang lelaki biasa. “Bosan tu, memang lah bosan. Tapi, boleh ke kita keluar dari buku ni?” tanya Aswad. Abyad hanya tersenyum, mungkin kerana dia teringatkan seseorang yang pernah membantunya dahulu.
            Di dunia nyata pula, kelihatan Iziey sedang duduk berehat di sebuah kerusi. Di sisinya terdapat naga kecil sedang nyenyak tidur. Iziey kini sedang bercuti bersama keluarganya di sebuah pulau terkenal.
            “ Wah! Segarnya udara kat sini! Pantai pun cantik, hotel pun cantik, air laut pun cantik dan...perempuan kat sini pun cantik-cantik!” kata Iziey sambil ketawa seorang diri. Tiba-tiba, datang seorang perempuan berlari ke arahnya lalu menghempas Iziey dengan kerusi lipat.
            “Ohh...dah ada isteri masih lagi nak menggatal ye???!!!” jerit Arina. Iziey terjatuh dari kerusi sambil menahan kesakitan. Dia lupa akan isterinya yang sudah hampir lima tahun bersamanya, Arina yang juga ikut bercuti bersamanya. “Adoi, sakitnya. Nasib baik kau isteri aku, kalau bukan..siaplah kau” bisik Iziey.
            Iziey gembira akan kehidupannya sekarang. Hidupnya senang dan bahagia selalu. Dia bersyukur dan tidak pernah lupa akan jasa Abyad dan Darren. Disebabkan mereka, kehidupan Iziey berubah sepenuhnya. Sejak lima tahun yang lepas, Iziey tidak pernah berjumpa dengan Darren. Darren menghilangkan diri bersama-sama buku Abyad dan Aswad yang berada di bawah jagaannya.
            “Apa yang berdua buat sekarang nie ya?” tanya Iziey mengenang Abyad dan Aswad yang hanya tinggal di alam buku mereka. Kenangan dahulu masih segar dalam ingatan Iziey.
            Ketika Iziey menemani Arina ke pantai, tiba-tiba Iziey ternampak asap hitam muncul di atas laut biru. Beberapa minit kemudian, asap hitam tersebut membentuk satu lembaga aneh bermata satu bewarna merah. Ramai orang awam yang berada di pantai melihat lembaga tersebut.
            “Abang, ape tu?” tanya Arina. Orang ramai masing-masing melarikan diri ke darat. Iziey mengambil keputusan untuk masuk ke dalam biliknya. Dia mencapai tangan Arina dan berlari ke arah hotel. Lembaga tersebu menuju ke arah pulau tersebut. Setibanya di darat, bentuk sebenar lembaga tersebut dapat dilihat dengan mata kasar.
            “Abang! Apa benda tu?!” tanya Arina yang dalam keadaan ketakutan. Iziey mendiamkan diri lalu mendekati tingkap biliknya untuk melihat dengan lebih jelas. Lembaga tersebut kelihatan seperti naga air bewarna hitam. Ia kelihatan sedang memerhati di sekeliling pantai. Beberapa minit kemudian, lembaga itu kembali semula ke dalam laut.
            “Fuh..nasib baik..” kata Iziey. Dia memerhati naga kecil yang berada di hadapannya. Dalam fikirannya, dia mula teringat akan kuasa yang terdapat pada buku Abyad dan Aswad. Tidak mustahil lembaga tadi muncul daripada buku tersebut.
            “Abang, takkan benda tadi muncul daripada buku yang abang pernah berita dulu? Bukan ke buku tu sudah dihapuskan?” tanya Arina yang juga memikirkan buku Abyad dan Aswad.
            “Abang pun tak pasti. Tapi, abang dapat rasakan sesuatu. Tentu bandar kita sekarang nie menghadapi masalah. Abang nak hubungi Shaz” kata Iziey. Dia terus mencapai telefon bimbitnya.
            “Shaz, bagaimana keadaan kamu kat sana? Ada apa-apa berita terbaru ke?”tanya Iziey.
            “Kat sini ok je. Kenapa? Ada masalah ke?”
            “Ya, ada makhluk aneh muncul kat pulau nie tadi, aku dapat rasakan sesuatu yang sama macam dulu. Mungkin makhluk tu muncul daripada buku Abyad dan Aswad” kata Iziey.
            “Aku tak pasti, kalau betullah, kita kena cari Darren” kata Shaz.
            Dalam masa yang sama, Darren berada di suatu tempat yang agak tersembunyi. Di sampingnya terdapat dua buah buku Abyad dan Aswad yang dijaga rapi olehnya. Tiba-tiba, muncul asap hitam menjelma di hadapannya lalu membentuk seseorang.
            “Sudah lama kita tidak berjumpa, wahai pembantuku Darren” kata seorang lelaki yang menjelma daripada asap hitam itu.
            “Tak mungkin....Tuan masih hidup??” kata Darren yang dalam keadaan terkejut. Lelaki tersebut mengeluarkan asap hitam daripada telapak tangannya ke arah buku Abyad dan Aswad. “Apa tuan hendak lakukan??” tanya Darren yang ketakutan.
            “Aku akan meletakkan sumpahan ke atas kedua-dua buku itu. selepas ini, tidak ada sesiapa lagi yang boleh menghalang cita-cita aku. Hahahaha” kata lelaki tersebut sambil tersenyum.
            “Saya tak akan benarkan!!” jerit Darren.
            Ketika Iziey masih menghubungi Shaz, tiba-tiba asap muncul di pintu bilik dan membentuk seseorang.
            “DARREN??!!!!!” jerit Iziey. Shaz terkejut setelah mendengar jeritan Iziey menerusi telefon manakala Arina pula yang sedang mengemas barang juga turut terkejut.
            “ Apa yang kau buat kat sini? Kenapa dengan kau?” tanya Iziey sambil melihat keadaan Darren yang tercedera. Darren mengeluarkan buku Abyad dan Aswad daripada bajunya lalu dihulurkan kepada Iziey. Ketika Iziey hendak mencapai kedua-dua buah buku tersebut, secara tiba-tiba ia bertukar menjadi pasir.
            “ Kenapa nie? Kenapa boleh jadi macam nie?” tanya Iziey.
            “ Buku nie telah disumpah oleh seorang ahli sihir. Sihirnya lebih kuat daripada sihir milik Abyad dan Aswad ” jelas Darren.
            “ Jadi, Abyad dan Aswad? Tak mungkin mereka juga turut bertukar menjadi pasir??” tanya Iziey.
            “Lama tak jumpa, Iziey. Kami kat sini” kata Abyad yang berada di atas katil manakala Aswad pula sedang duduk di kerusi berhampiran tingkap. “ Ehh???!! Siapa suruh kau baring kat katil aku!!” jerit Iziey.
            “Ops..sorry. Aku bangun lah nie” kata Abyad. Arina semakin teruja melihat Darren, Abyad dan Aswad muncul di hadapan matanya. Dia semakin percaya akan cerita mengenai buku ajaib yang selalu diceritakan oleh Iziey.
            “Awak semua betul-betul wujud!” kata Arina sambil tersenyum. Iziey menjeling ke arah Arina yang membawa maksud “Jangan nak menggatal”
            “Kami perlukan bantuan kau sekali lagi, halang ahli sihir itu. Dia inginkan dunia ini musnah” kata Darren. Iziey sudi untuk membantu namun dia mula terfikirkan sesuatu. “Buku Abyad dan Aswad dah tak ada, macam mana aku nak menulis lagi?”tanya Iziey kehairanan.
            Abyad dan Aswad memandang antara satu sama lain. “Memandangkan selepas ini kami akan lenyap, kami kena gunakan kau sepenuhnya Iziey. Kita tak ada pilihan lain” kata Abyad.
            “Awak berdua akan lenyap? Gunakan aku sepenuhnya?” fikir Iziey dengan perasaan hairan. Lantas dengan itu, Aswad dan Abyad menghampiri Iziey. Aswad berada di kanan Iziey manakala Abyad berada di kiri Iziey. Seperti penjelasan yang pernah dinyatakan oleh Abyad dahulu, jikalau dia wujud dalam keadaan rupa fizikal sebenar di dunia nyata, kuasa sihirnya akan kembali seperti biasa. Kini, Aswad dan Abyad menjadi manusia normal kerana tidak dikawal oleh tulisan buku mereka.
            “Apa yang kamu semua nak buat?” tanya Iziey kehairanan melihat wajah Aswad dan Abyad semakin serius.
            “Kami kesuntukan masa. Kami akan berikan kau separuh daripada kuasa sihir kami, lagipun selepas ini kami akan lenyap dari dunia nyata” jelas Abyad. Iziey terkejut mendengar penjelasan Abyad lalu memandang ke arah Darren yang berada di hadapannya.
            “Betul kata Abyad, tidak lama lagi mereka akan lenyap. Buku mereka telah disumpah, sama juga dengan mereka. Sebab itulah kau perlu menentang ahli sihir tu. Itu sahaja jalan yang terbaik untuk membawa mereka kembali seperti asal” jelas Darren.
            Tanpa membuang masa, Abyad dan Aswad memulakan upacara pemindahan kuasa sihir mereka kepada Iziey. Terbentuk satu bulatan di tapan kaki mereka. Cahaya biru mula menerangi bilik itu. Arina yang sedang duduk tidak jauh dari mereka terpegun melihat upacara tersebut.
            “Ini bukan mimpi!!” jerit Arina. Oleh kerana cahaya tersebut terlalu terang, Darren, Iziey dan Arina terpaksa menutup mata mereka sehinggalah beberapa minit kemudian, cahaya biru tersebut mula menghilang.
            Iziey membuka matanya sedikit demi sedikit. Dia terkejut apabila melihat hanya Darren dan Arina sahaja di dalam bilik itu. “Mana Abyad dan Aswad??” tanya Iziey. Arina menunjukkan jari telunjuknya ke bawah. Iziey melihat terdapat pasir di kakinya. “Tak mungkin, ini tak mungkin berlaku” kata Iziey.
            “Abyad dan Aswad sudah lenyap. Hanya separuh daripada kuasa mereka sahaja yang sempat dipindahkan kepada kau. Ambil buku nie. Selepas ini, kau perlu berkarya semula” jelas Darren lalu menghulurkan sebuah komik.
            “ Ini komik Cicakman?? Buat apa dengan komik nie?” tanya Iziey. Dia membelek-belek kandunagn komik tersebut. Cicakman merupakan hero Malaysia yang terkenal.
            “ Sekarang, kau tak perlu menulis lagi. Kau hanya perlu berimaginasi menggunakan fikiran kau. Pegang komik tu menggunakan kedua-dua belah tangan kau. Kosongkan fikiran kau dan fokus kepada watak utama yang ada dalam komik tu. Kemudian, jerit EXIST!!” jelas Darren. Iziey melakukan seperti yang dijelaskan oleh Darren.
            Dengan sekelip mata, Cicakman muncul daripada komik tersebut. Cicakman terjatuh dari atas. “PAK!!”. Iziey membuka matanya dan terkejut melihat Cicakman di hadapannya. “ WOW!! Dia dah keluar dari komik lah!!” jerit Iziey.
            “ Eh?? Aku kat mana nie? Kalau tak silap aku, aku tengah berlawan dengan Professor Klon?? Siapa pulak mamat nie??” tanya Cicakman.
            “ Memang wujud lah!! Haha..Saiful Apek! Aku tahu kau Saiful Apek!” kata Iziey. Cicakman membetulkan topengnya lalu bangun sambil membetulkan bajunya juga.
            “ Oh..bukan..aku bukan Saiful Apek, nama aku Cicakman! Cak! Cak! Cak!” kata Cicakman. Iziey mula mengingati sesuatu, dalam komik Cicakman, Saiful Apek berlakon sebagai Hairi.
            “ Ok..ok...dah..dah..sekarang kau dah tahukan kelebihan kuasa sihir yang telah diberikan kepada kau? Kau mampu menyeru watak daripada buku atau komik. Tugas kau hanya berimaginasi untuk mengawal watak ini semasa pertarungan sahaja. Mulai sekarang, Cicakman ini adalah watak yang perlu kau kawal. Kau perlu cari hero lain untuk membantu kau nanti. Ingat, ahli sihir tu bukan calang-calang orang” jelas Darren.
            “Siapa pulak orang tua nie?” tanya Cicakman.
            “ Walaupun aku sudah tua, tapi aku masih hensem dan bujang. Cicak Kurus, mulai sekarang kau bukan dalam cerita kau lagi. Kau berada di dunia nyata dan bukan Metrofulus” kata Darren. Darren bertukar menjadi asap semula lalu menghilangkan diri.
 “Tunggu!” belum sempat Iziey hendak menghalangnya. Kini, situasi Iziey amat berlainan daripada yang dulu. Dia berjuang sendirian tanpa Abyad. Namun, dia akan berjuang bersama-sama dengan watak baru.
            “Arina sayang, kali ini sayang mesti tolong abang. Abang perlukan banyak hero yang lain” kata Iziey. Arina hanya mengangguk. “Apa kata kita balik semula ke bandar? Kita pergi ke kedai buku” Arina membuka cadangan. Tanpa melengahkan masa, mereka terus balik semula ke bandar bersama-sama dengan Cicakman yang telah diserunya.
            Semasa berada dalam kapal terbang, ibu dan ayah Iziey berasa sangat hairan. “ Iziey, sejak bila Cicakman ikut kita sekali?? Dia sesat ke?” tanya ibu Iziey. “Emm..panjang ceritanya” balas Iziey.
            “Kenapa mak cik? Mak cik mahu tandatangan saya? Free of charge! Cak! Cak! Cak!” kata Cicakman. tiba-tiba, naga kecil keluar dari beg tangan Arina lalu menghembuskan bebola apinya ke arah Cicakman. “Adoi!! Panas!! Panas!!” jerit Cicakman.
            Kapal terbang kini berada dalam keadaan mod kecemasan. Naga kecil amat benci pada cicak. Baginya, cicak itu merupakan makanan hariannya. “Naga kecil!! Hentikan!!” kata Arina. Setibanya di lapangan terbang, penumpang keluar dalam keadaan huru-hara. Kostum Cicakman yang bewarna merah kini bertukar menjadi hitam.
            “Oh noo....!! Baju aku!” kata Cicakman. Semasa berada di lapangan terbang, Iziey dan keluarganya terkejut melihat keadaan lapangan terbang pada waktu itu. Tingkat atas bangunan rosak teruk seperti dilanggar oleh sesuatu yang agak besar.
            “Apa dah jadi kat sini?” bisik Iziey. Naga kecil dan Cicakman pula sedang kejar-mengejar di landasan lapangan terbang. Tiba-tiba, telefon bimbit Iziey berbunyi. “ Iziey, ini Shaz. Kau dah sampai ke? Cepat pergi ke pintu utama, aku tunggu kau kat sana. Iziey dan keluarganya terus berlari ke pintu utama. Shaz memandu kereta pacuan empat roda, Mitsubishi Hilux.
            “Apa dah jadi sebenarnya Shaz?” tanya Iziey. Shaz berada dalam keadaan ketakutan. “Banyak makhluk pelik yang muncul sejak semalam. Aku tak dapat hubungi kau sebab talian terputus. Malam tadi, ada gergasi besar merempuh lapangan terbang. Aku tak tahu apa lagi yang akan berlaku selepas nie” jelas Shaz. Shaz menukar gear keretanya lalu memandu laju.
            “Kejap Shaz! Cicakman dan naga kecil belum masuk lagi” kata Iziey. Arina menepuk bahu Iziey lalu menunjuk ke arah belakang. “ Mereka dah ada kat belakang tu” kata Arina. Shaz terkejut melihat Cicakman sedang duduk di bonet keretanya. “ Cicakman???” bisik Shaz.
            Shaz tidak memandu terus ke rumah, tetapi dia menuju ke sebuah kedai buku. Iziey dan Arina berlari ke dalam kedai buku.
“Berkunci!!” kata Iziey. “Memanglah, baru pukul 2 pagi bang” kata Arina.
            Iziey mengarahkan Cicakman memecahkan pintu kaca kedai tersebut. Cicakman menumbuk pintu kaca itu dengan menggunakan sebelah tangan sahaja. “ Bagus, kau seorang cicak yang kuat” puji Iziey. Mereka berusaha mencari buku yang mengandungi hero hebat. “Abang! Arina jumpa satu!” kata Arina.
            “Harry Potter and the prisoner of Azkaban??” tanya Iziey. Tanpa berfikir panjang, Iziey terus menyeru watak Harry Potter. “EXIST!!”
            “Ouch..where am i?? Who are u??” tanya Harry. Iziey terkelu lidah untuk menjawab pertanyaan Harry kerana dia tidak tahu berbahasa inggeris. “ u...gonna kidding me...” kata Iziey. Iziey mengarahkan Arina untuk mencari buku yang lain dalam bahasa Melayu.
            “Ini Harry Potter dalam bahasa Melayu” kata Arina. “EXIST!!” jerit Iziey. Tiba-tiba, muncul seorang lagi Harry Potter. “ Adoi..eyh?? gue di mana dong?? Waduh..punggung gue sakit banget deh..”kata Harry.
            “Ha??!! Harry versi Indon??” kata Iziey. Arina ketawa sendirian sambil memasukkan buku-buku yang lain ke dalam beg. “ Indon pun Indon bang. Kalau ada dua orang Harry, tentu kita lebih kuat kan?” kata Arina.
            “ Your face is just like me, who re u anywhere?” tanya Harry versi Inggeris. “Ngapaan lorh! Lu pakai muka gue tanpa kebenaran deh!! Lu ingat lu lebih kuat dari gue?” kata Harry versi Indon. Tiba-tiba, muncul asap hitam masuk ke dalam kedai buku. Asap itu kemudiannya membentuk seseorang.
            “Jadi, Abyad dan Aswad sempat menyerahkan kuasa mereka kepada kau ya” kata lelaki yang berasal daripada asap hitam. Lelaki tersebut menyerupai wajah Aswad. “Kau ahli sihir tu ke?”tanya Iziey.
            “Ya, akulah yang menyihir Abyad dan Aswad. Dan..aku juga..ayah kepada Aswad” kata lelaki tersebut.
            “Ayah Aswad?? Apa yang kau mahu sebenarnya?” tanya Iziey. “Nama aku Duhan, dulu aku arahkan Aswad untuk memusnahkan alam ini. Tapi malang, dia pula yang terperangkap dalam buku ciptaannya. Sekarang, biarlah aku sendiri yang memusnahkannya” kata Duhan.
            “ Kami tak akan biarkan semua ini berlaku” kata Iziey, Harry Indon, Harry Inggeris dan Cicakman dengan serentak. Iziey mula menggunakan imaginasinya untuk mengawal kesemua watak yang telah diserunya.
            “Hahaha....cubalah kalau kau dapat melawan semua makhluk asap hitam aku, HAHAHA!!” kata Duhan dengan perasaan angkuh dan sombongnya.
            Kedua-dua Harry melakukan magis ke atas Duhan manakala Cicakman pula melekat di dinding dan menghampiri Duhan dari atas. Sekelip mata, Duhan bertukar menjadi asap hitam. kemudian, asap tersebut pula bertukar menjadi makhluk aneh yang menyerupai seorang manusia berbadan ular dan bertanduk.
            Iziey masih berimaginasi. Dia mengarahkan Arina keluar dari kedai buku tersebut bersama-sama buku yang diambilnya. “Sayang! Keluar cepat! Harry! Gunakan magis cahaya kau!” arah Iziey.
“Alright!” kata Harry Inggeris.  “Gue faham dong” kata Harry Indon. Beberapa minit kemudian, akhirnya makhluk tersebut berjaya ditewaskan. Gabungan kuasa Harry Indon dan Harry Inggeris amat berkesan. Makhluk tersebut bertukar menjadi pasir.
            “ Eish! Belum sempat aku nak tunjuk kekuatan aku tadi” keluh Cicakman. Iziey tersenyum sendirian. Dia akhirnya berjaya mengawal dan berimaginasi dengan baik. Tanpa melengahkan masa, Iziey meneruskan perjalanannya.
            Dalam perjalanan ke bendar utama, Shaz semakin bimbang akan sesuatu. Bukan bimbang pada keadaan bandar tersebut, dia bimbang akan keadaan keretanya yang semakin berat. “ Tadi muncul Cicakman, sekarang muncul dua orang Harry Potter pulak” keluh Shaz.
            Tiba-tiba, asap hitam muncul di tengah jalan raya. Orang ramai yang lalu lalang di kawasan tersebut berlari untuk menyelamatkan diri. “Alamak! Asap tu lagi!” kata Shaz. Iziey mengarahkan ibu dan bapanya keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri. “ Ayah dan ibu cari tempat yang selamat. Kalau ayah dan ibu masih bersama saya, awak berdua akan berada dalam keadaan bahaya” kata Iziey.
            “ Iziey! asap tu dah membentuk seekor monyet gergasi! Panjangnya taring monyet tu!!” jerit Shaz. Selepas keluar dari kereta, Iziey berimaginasi semula. Harry Indon dan Harry Inggeris memulakan serangan. Cicakman pula mencari peluang terbaik untuk menyerang. “ Abang, kita perlukan hero yang boleh terbang. Lagipun makhluk tu saiznya besar” kata Arina. Dia menghulurkan sebuah komik kepada Iziey.
            “ Powerpuff Girls???!!” kata Iziey. Tanpa berfikir panjang, Iziey menyeru ketiga-tiga watak utama daripada komik tersebut. “EXIST!!”jerit Iziey. muncul ketiga-tiga hero perempuan dari udara.
            “Eyh?? Kat mana kita nie Bubbles?” tanya Buttercup. Mereka bertiga memandang antara satu sama lain. “Siapa awak?” tanya Blossom kepada Iziey. Iziey memandang ke arah ketiga-tiga watak perempuan itu. “Saya yang telah menyeru kamu bertiga. Bantu saya” kata Iziey. Iziey berimaginasi semula. Kali ini, keenam-enam watak utamanya bekerjasama untuk menumpaskan monyet gergasi.
            Kebolehan Bubbles, Buttercup dan Blossom untuk terbang membolehkan mereka menarik perhatian monyet gergasi tersebut. Sementara Harry Indon dan Harry Inggeris melancarkan serangan dari bawah. Cicakman pula hanya menunggu.
            “Wei!! Bila aku boleh menyerang nie??!!” tanya Cicakman yang hanya menunggu di dinding. Iziey menumpukan sepenuh perhatian pada pemikirannya. Apabila monyet gergasi itu menghayunkan ekornya ke arah Harry Indon, Cicakman terus memanjangkan lidahnya dan menahan ekor tersebut.
            “Huh!! Gue panik deh! Terima kasih ya Cicakman. Lu memang hebat banget deh!” kata Harry Indon. Harry Inggeris menggunakan magis penukaran ke atas monyet gergasi tersebut. “CHANGE!” jerit Harry Inggeris sambil menghayunkan tongkat saktinya.
            Sekelip mata, monyet gergasi tersebut bertukar menjadi lalat. “We did it!” kata Harry Inggeris. Cicakman terus memakan lalat tersebut lalu berkata “ Huh! Sedap, lemak berkrim...Akulah Cicakman! Cak! Cak! Cak!.”
            Shaz dan Arina gembira melihat mereka berjaya menumpaskan makhluk gergasi itu. Tiba-tiba, muncul lagi sekelompok asap hitam dan membentuk seseorang. “Duhan!” kata Iziey. Duhan tersenyum lebar melihat kemenangan Iziey menumpaskan makhluk asap hitamnya itu.  “Sekarang, biar aku kebumikan mayat kau di sini Iziey. Aku benci orang yang menghalang cita-cita aku” kata Duhan.
            “Aku akan halang kau! Selepas kau tumpas, Abyad dan Aswad akan hidup semula!” kata Iziey. “Cubalah” balas Duhan. Duhan bertukar menjadi asap hitam dan menjelma manjadi seekor naga hitam. beberapa kelompok asap hitam yang lain juga muncul di situ. Masing-masing menjelma sebagai makluk aneh. Ada yang berkaki lapan, bertanduk, wajah seperti ular, bertaring dan bersaiz besar.
            “Kita tak dapat menang kalau macam nie” kata Shaz. Dia mula teringatkan sesuatu lalu kembali semula ke keretanya. Arina pula membuka beg dan mencari buku yang sesuai. “Abang! Seru semua watak dalam buku nie!” kata Arina.
            “Naruto?? Devil May Cry??Magical Girl Lyrical Nanoha?” tanya Iziey. “Yup! Ini semua komik kegemaran Arina. Arina nak tengok mereka wujud kat dunia kita nie. Tentu seronok!” kata Arina sambil tersenyum. “Baiklah!! Duhan! Sekarang kita tengok siapa yang lebih kuat!” jerit Iziey.
            “EXIST!” jerit Iziey. Kesemua watak utama muncul di dunia nyata. Uzumaki Naruto, Uchiha Sasuke, Dante, Nero, Nanoha dan Fate Testarossa bersedia untuk berjuang bersama Iziey. “Wah!! Memang hebat!” kata Arina sambil melambai-lambai ke arah watak komik kegemarannya.
            “ Iziey, seru yang ini juga” pinta Shaz lalu melontarkan sebuah novel ke arah Iziey. “Eragon?”tanya Iziey. Shaz memandang ke arah Iziey. “Itu novel kegemaran aku. Aku harap ia dapat bantu kita untuk mengalahkan makhluk yang paling besar tu. Tolong seru naga Saphira” kata Shaz. “Baiklah, aku akan cuba. Terima kasih Shaz” balas Iziey.
            Iziey mengosongkan fikirannya dan fokus kepada naga bernama Saphira. “EXIST!!” jerit Iziey. Muncul seekor naga bewarna biru bernama Saphira daripada buku Eragon.  “Baiklah semua, mari kita mulakan!!” jerit Iziey dengan penuh semangat.
“ Let’s go!” kata Nero sambil menunjukkan tangan kanan syaitannya.
“Haha, after this, i wanna eat strawberry sundae! Come on baby!” kata Dante sambil menghayunkan pedang besarnya.
“Sasuke! Ike! Kage Bunshin No Jutsu!” kata Naruto.
“Ah, wakatta. Mangekyou Sharingan!” kata Sasuke.
“ Vardis, we have another battle, are you ready?” tanya Fate kepada senjatanya.“I’m ready, Battle mode activate” kata Vardis.
“Raging Heart, let’s go” kata Nanoha. “Okay Sir, Battle mode activate”kata Raging heart.
 “Akulah Cicakman!! Cak! Cak! Cak!” kata Cicakman sambil menunjukkan pose heronya.
“Ayuh! Mari semua! kita bisa numpasi semua itu deh!” kata Harry Potter versi Indon.
“Come on” kata Harry Potter versi Inggeris.
“Mari kita mulakan! Powerpuff girls!!” kata Blossom, Buttercup dan Bubbles.
Naga Saphira pula menghayunkan ekornya.
            Semua watak  memulakan serangan masing-masing. Iziey menumpukan sepenuh perhatian kepada watak yang dikawalnya. Sasuke memulakan serangan dengan menggunakan Chindori sementara Naruto menggunakan teknik Kage Bunshin No Jutsu ke atas makhluk yang paling besar. Dante dan Nero pula bekerjasama menumpaskan makhluk bertaring. Nanoha dan Fate pula melindungi Iziey daripada serangan jarak jauh makhluk berkepala ular.
            Harry Indon dan Harry Inggeris pula melindungi orang awam yang masih berlari menyelamatkan diri. Blossom, Bubbles dan Buttercup berlawan dengan makluk bertaring dan makhluk yang mampu terbang. “Arina, kita perlu cari tempat selamat” kata Shaz. “Tapi, Iziey?” kata Arina. “Iziey akan selamat, percayalah. Mari” kata Shaz.
            “ Kau ingat kau boleh tewaskan aku ke? Kau hanya manusia biasa yang  hanya meminjam kuasa Abyad dan Aswad. Karya kau akan berakhir di sini” kata Duhan yang menjelmakan dirinya.
            “Heh...kau ingat aku lemah. Aku akan tewaskan kau! dan hidupkan Abyad dan Aswad semula!” kata Iziey. Nero muncul dengan pedangnya lalu berlawan dengan Duhan. “I’ll Kill you!!” jerit Nero. Duhan berjaya menahan serangan Nero lalu menendang perut Nero. “Chindori!!!” jerit Sasuke yang muncul di belakang Duhan. “Rasengan!!” jerit Naruto yang muncul di hadapan Duhan. Namun, Duhan berjaya mengelak serangan tersebut.
            “Fire Blaster Mode” kata Vardis. Fate melancarkan serangan dari udara namun berjaya dielak oleh Duhan. “ HAHAHA! Kan aku dah kata, kau tak akan dapat tewaskan aku!” kata Duhan. Tiba-tiba, naga kecil muncul dan menggigit kaki Duhan. “ Eyh? Sejak bila kau muncul??!!” jerit Duhan.
            “Kau hanya menyedari sesuatu pergerakan yang bersaiz besar. Kemampuan kau untuk mendengar terbatas. Dan lagi satu, kau tak akan dapat bertukar jadi asap kalau ada sesuatu yang menyentuh kau. Betul kan?” kata Iziey.
            “Tak guna, bagaimana dia tahu” bisik Duhan. “Chindori!!! Rasengan!!!” jerit Naruto dan Sasuke. Serangan kedua-dua ninja konoha itu tepat mengenai dada Duhan. Duhan terhempas ke sebuah bangunan selepas serangan daripada Naruto dan Sasuke. “Accel Charge Complete” kata Vardis dan Raging Heart. Nanoha dan Fate bergabung tenaga untuk melancarkan serangan dari udara. “FIRE!!”
            “Tidak!!” jerit Duhan. “BOOM!!!”
            Duhan terjatuh ke bawah. Dalam masa yang sama Nero dan Dante menunggu untuk melancarkan serangan serentak. Dante menggunakan pedangnya manakala Nero menggunakan tangan kanan syaitannya untuk melancarkan serangan terakhir.
            “This is for my strawberry sundae!!” jerit Dante. Duhan terhempas ke tanah. Darah hitam mengalir daripada tubuh Duhan. “Tak mungkin” bisik Duhan. Dalam masa yang sama, buku Abyad dan Aswad menjelma di sisi Duhan.
            “ Buku tu..” kata Iziey lalu menghampiri Duhan. Cicakman melindungi Iziey. Iziey mengambil buku Abyad dan Aswad. “ Kau telah tewas Duhan” kata Iziey. kesemua makhluk asap hitam Duhan bertukar menjadi pasir. Duhan pula menahan kesakitan dan darah tidak berhenti mengalir daripada tubuhnya.
            “ Haha..tak sangka aku tewas di tangan seorang manusia biasa. Tapi aku tak akan mengalah..” kata Duhan. Duhan mengangkat tangannya untuk mencederakan Iziey namun berjaya di halang oleh Cicakman. “A..a...a...tak boleh. Kau dah kalah. Original lebih bagus daripada cetak rompak” kata Cicakman.
Iziey memegang kedua-dua buku Abyad dan Aswad. Dia cuba untuk menyeru watak Abyad dan Aswad ke alam nyata. Dia mengosongkan fikirannya dan mula fokus.
            “EXIST!!” jerit Iziey. Muncul Abyad dan Aswad di sisi Iziey. “Aku kat mana nie?” tanya Abyad. Aswad pula terkejut melihat ayahnya terlanjur kaku di tanah. “Ayah! Ayah! Kenapa dengan ayah??!” tanya Aswad dengan rasa terkejut.
            “ Balas dendam untuk ayah. Ayah sayangkan kamu As....” belum sempat Duhan menghabiskan kata-katanya, dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.
            “ Aswad! Jangan..” kata Abyad yang dalam keadaan ketakutan. Dia bimbang Aswad teringat akan kisah silamnya. Aswad mengalirkan air mata. Dia bangkit lalu merampas bukunya daripada Iziey. “ Aswad! Apa yang kau nak buat?!” tanya Iziey.
            “ Aku dah ingat semuanya. Kita akan berjumpa lagi di kemudian hari. Aku akan bunuh kamu berdua” kata Aswad lalu menghilangkan diri. Mayat Duhan bertukar menjadi pasir.
            “ Tak mungkin, Aswad dah ingat semula kisah silamnya” kata Abyad. Suasana menjadi tenang semula. “Bagaimana dengan semua mereka nie?” tanya Iziey kepada Abyad. “Mereka tidak dapat masuk semula ke dalam buku masing-masing” jelas Abyad,
            “HAA??? U gonna kidding me. Tak kan mereka hidup kat dunia nyata nie?” tanya Iziey. “Kita tak ada pilihan lain” balas Abyad sambil tersenyum dan ketawa. Sejak hari itu, Naruto, Sasuke, Nero, Dante, Nanoha, Fate, Cicakman, Harry Potter Indon, Harry Potter Inggeris, Blossom, Buttercup, Bubbles, Abyad, Aswad dan naga Saphira meneruskan kehidupan mereka di alam nyata.
            Sama seperti kehidupan yang dialami oleh naga kecil, mereka menjadi terkenal. “Apa aku telah buat nie??!! Disebabkan aku, alam nyata kini menjadi alam fantasi. WAAA!!” kata Iziey.  sejak kejadian itu juga, naga kecil digelar sebagai hero negara dan dia mempunyai seekor ibu angkat iaitu naga Saphira.
“ Enggak boleh deh! Gue yang patut digelar hero. Mana bisa si naga kecil boleh digelarin hero negara. Enggak! Gue enggak setuju!” kata Harry Indon.
            “ Aku sepatutnya menjadi hero. Aku satu-satunya hero yang boleh melekat kat dinding! Cak! Cak ! CAAKK!!” kata Cicakman.
            “ No..no..no...i’m the real hero...” kata Dante yang sedang makan ice-cream strawberry sundae.
            “ Chotto mattene!!! Watashiwa Suuupa hero!!” kata Naruto.
            “Baka...” bisik Sasuke.
            “Ok..ok..dah..dah!!! Hentikan!! Sebenarnya, aku yang sepatutnya dapat gelaran hero tu. Lagipun, aku yang kawal kamu semua. Jadi, AKULAH HERO!! HAHAHA!!” kata Iziey. Semua tidak bersetuju, lalu berlakulah perbalahan di rumah Iziey. Kejadian itu berlaku selama enam jam sehingga pada suatu ketika.
            “ Abang!! Tolong serukan Matsumoto Jun untuk Arina!!” pinta Arina yang tiba-tiba masuk ke dalam ruang tamu rumah. “Tak nak! Jangan nak menggatal! Kamu tu isteri abang!” jerit Iziey.
            Arina sedih mendengar jawapan daripada suaminya itu lalu mengarahkan naga kecil untuk membuat sesuatu. Naga kecil masuk ke ruang tamu lalu melancarkan serangan bebola apinya ke semua punggung mereka. Suasana menjadi semakin kecoh.
            “Seronok juga suasana rumah kita sekarang, betul tak sayang?” tanya ibu Iziey kepada ayah Iziey. “Betul tu, tak pula kita kesunyiankan? Haha ” balas ayah Iziey. Rumah Iziey kini menjadi tempat kediaman semua watak yang telah diserunya. Iziey terpaksa membeli sebuah rumah baru yang besar bagi menempatkan mereka. Kehidupannya telah berubah sepenuhnya.
            “ Mereka nampak sangat gembira. Haha..tak sangka aku boleh wujud kat dunia nie sekali lagi”  kata Abyad. “Ya..aku pun tumpang gembira. Tak sangka sihir tu wujud. Kalau tak, tak mungkin aku dapat jumpa naga Saphira pujaan aku depan mata” kata Shaz yang sedang melihat naga Saphira tidur di taman berhadapan rumah.
            “Agaknya, selepas ini karakter apa yang akan tercipta ya?” kata Shaz sambil memandang ke langit yang dipenuhi bintang.
            Setahun telah berlalu, ketika Iziey sedang berada di pejabat, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. “Iziey! ini gue dong..Harry Potter..gue mau bagitau deh..itu cik Arina mengandung deh!! Perut nya sudah bulat banget!! Sudah mau keluar deh! Gimana nie dong?” kata Harry Indon.
            “HA???!!! Arina mengandung??!!! Kau guna magis ke??!! Siap kau nanti kalau aku balik!!”jerit Iziey.
“UUUUUUWWEEEEEEEKKKK!!!” jerit anak pertama Iziey, baby girl!!
“AKU JADI AYAH!!! HAHAHAHAHA!!”

TAMAT

Zain Bikha-Denn il Islam (I AM A MUSLIM)

Deen-il-Islam

By : Zain Bhikha

By: (Linda Gcwensa & Zain Bhikha)

If you ask me, why do I stand here,
So unafraid of everything around me.
Proudly I would say, I am a Muslim.
If you ask her, why does she dress that way,
All covered up in a world that gives it all away.
Proudly she would say, I am a Muslim.

Chorus:
Deenil Islam deeni Wala ‘ardab gheiru deeni Muhammad elli hadeeni Nourel iman x 2

If you ask me, surely this cannot be,
You give your wealth so free, and you say your life is charity.
It ain’t hard to see, I am a Muslim.
If you ask him, why does it hurt so,
When he sees injustice, even though it’s folks he doesn’t know,
With tears in his eyes he says, I am a Muslim.

Chorus

If you ask her, why doesn’t she cry,
There’s no one by her side, she’s the only one that’s left behind.
Patiently she sighs, I am a Muslim.
If you ask him, why does he still pray,
Five times a day when so many others have strayed.
Smiling he would say, I am a Muslim.

Chorus

If you ask me, why do I love you
No matter where you are, we are the greatest Ummah
With the beating of our hearts, we are Muslim.

La-illah-ha-illalah Muhammad-ur-rasullulah
There is only one God
La-illah-ha-illalah Muhammad-al-Mustapha
Muhammad is the messenger
La-illah-ha-illalah Muhammad-ur-rasullulah
There is only one God
La-illah-ha-illalah Muhammad-al-Mustapha
Muhammad is the messenger

More Lyrics at: MuslimLyrics.com