Assalamualaikum wbt.....Allah SWT telah membuktikan kepada kita akan kekuasaanNya menerusi penciptaan langit yang membiru. Langit sentiasa tenang dan kekal di ruang angkasa. Ia dapat dilihat oleh setiap umat manusia di dunia ini tidak kita tempat dan waktu. Sesungguhnya, langit itu berdiri tanpa tiang. Ingatlah, Kekuasaan Allah tiada tandingannya...Subhanallah...Alhamdulillah
Hairi baru sahaja mendapat kerja tetap di sebuah syarikat penerbitan tempatan. Sudah sekian lama dia mengimpikan jawatan sebagai seorang penulis tetap di syarikat tersebut. Cintanya terhadap karya seni menyebabkan dia tidak pernah kenal erti putus asa. Namun, semuanya akan berubah. Pengurus syarikat tersebut ialah kawan lamanya semasa di sekolah menengah dahulu. Nama pengurusnya ialah Khairul, musuh lamanya.
“Ka....kau....” kata Hairi sewaktu membuka pintu bilik pengurus. “Hehe...lama tak jumpa...Hairi...apo kabo kamu??” balas Khairul dengan senyuman yang menakutkan. Sewaktu di sekolah dahulu, Khairul lansung tidak dapat bersemuka baik dengan Hairi. Mereka menjadi musuh berpunca daripada kejadian di bilik seni. Pada ketika itu, Hairi berbakat dalam bidang lukisan. Sewaktu dia sedang melukis di dalam kelas seni, Khairul pula sedang bermain gunting dengan kawan-kawannya di belakang. Tiba-tiba, gunting yang dipegang Khairul terlepas dari tangannya. Secara kebetulan juga, berus lukisan Hairi terjatuh dan dia cuba untuk mengambilnya.
Apabila dia sudah mengambil semula berusnya itu, Hairi terkejut melihat lukisannya itu koyak akibat gunting yang tertikam oleh Khairul di belakang. “Lukisan aku...oh nooooo!!! My baby!!!” kata Hairi. Hairi selalu memberi gelaran kepada semua barangannya dengan nama ‘baby’. Khairul pula berasa takut di belakang. “Alamak.....mati aku. Baby dia koyak lah” bisik Khairul. Hairi terus bangun dari kerusinya dan menjeling ke belakang. Tercetuslah peperangan di dalam bilik seni. Permusuhan itu masih berpanjangan sehingga sekarang.
“Orang yang dah ‘bunuh’ baby aku beberapa tahun dahulu, kini jadi pengurus aku...”bisik Hairi. Khairul pada ketika itu sebenarnya sedang terkejut dengan menerima kehadiran Hairi sebagai penulis terbaru syarikatnya. Tetapi, dia hanya berpura-pura tahu di hadapan Hairi. “Haha!! Kamu masih ingat lagi ke kejadian yang sudah menjadi sejarah tu Hairi? Duduklah” kata Khairul.
“Aku tak pernah lupa dengan pembunuh macam kau. Tak sangka sekarang kau jadi pengurus ye..” kata Hairi. Khairul hanya tersenyum. “Ini namanya rezeki yang Allah bagi kat aku. Kau datang sebab nak daftar kan? Isi borang tu. Nanti aku fikirkan tugas untuk kau selepas nie” kata Khairul. Semasa Hairi sedang mengisi borang, Khairul berfikir sejenak mengenai projek seterusnya.
“Baiklah, memandangkan kau masih baru di syarikat aku. Aku nak kau siapkan sebuah novel jiwang untuk aku. Boleh?” tanya Khairul. “Ha????!!! Jiwang? Aku hanya pandai buat novel kanak-kanak laa...aku tak pandai nak buat jiwang-jiwang nie” balas Hairi. Khairul merenung mata Hairi lalu mencapai gunting yang berada di atas mejanya. “Kau nak aku lontar gunting nie macam dulu?? Agak-agaknya, baby apa lagi yang terkena selepas nie ya” kata Khairul lalu ketawa. Hairi pun turut ketawa sama setelah mendengar perkataan ‘baby’ yang selalu disebutnya dahulu.
“Aku tak akan ubah fikiran. Sebenarnya, syarikat aku sudah lama tak menerbitkan novel cinta sejak tiga bulan yang lalu. Penulis aku dahulu sudah berpindah. Aku yakin kau boleh” kata Khairul. Hairi mendiamkan diri dan memandang di suatu sudut yang lain. “Aku memang tak pernah buat novel macam tu” kata Hairi lagi.
“Kau tak ada teman wanita ke?” tanya Khairul. Hairi memandang semula ke arah Khairul. “Tak ada. Aku tak ada masa untuk tu” balas Hairi. Khairul bangun dari kerusinya dan mengambil sebuah novel yang berada di rak buku berhampirannya. “Kalau nak jadi seorang penulis, bukannya senang. Perlukan banyak pengalaman. Jadi, aku nak kau cari seorang perempuan untuk dijadikan ‘teman wanita sementara’ untuk kau. Aku bagi kau tempoh enam bulan. Kalau kau tak dapat siapkan novel tu. Hehe...alamatnya, kau dipecat” jelas Khairul.
“Kejamnya...” bisik Hairi. Khairul memberi senyuman yang mneyeramkan untuk Hairi. Memandangkan dia pengurus syarikat tersebut, Hairi terpaksa mengikut kehendaknya. Jika tidak, dia akan kehilangan kerja yang selama ini diidamkannya.
Setelah pulang ke rumah, Hairi mula merehatkan dirinya di ruang tamu. Sejak berpindah ke bandar, Hairi jarang pulang ke kampung kerana sibuk mencari kerja. Dia mempunyai dua orang adik perempuan yang masih belajar di kampung. Demi membantu keluarganya, dia sanggup berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki.
Dalam fikiran Hairi, dia memikirkan untuk mencari teman wanita hanya untuk menyiapkan novel jiwang itu. “Ish, siapalah yang sanggup jadi teman wanita aku..kalau aku tak buat, habislah aku nanti” kata Hairi seorang diri. Hairi berasa bosan lalu keluar dari rumah. Semasa dia hendak menutup pagar rumah, tiba-tiba dia ternampak seorang perempuan cantik di hadapan rumahnya. Perempuan tersebut sedang menyiram pokok bunga. “Hanisah? Ish..dia nak ke tak. Em..try dulu lah” bisik Hairi. Hanisah anak kepada jiran di hadapan rumahnya. Hairi jarang menegur Hanisah sejak berpindah ke situ.
“Assalamualaikum...maaflah mengganggu awak. Saya datang nie ada hajat...” kata Hairi dengan perasaan malu. Tanpa disedari Hairi, ayah Hanisah, Pak cik Saad melihat Hairi bercakap dengan anaknya di beranda atas. “Waalaikumsalam..hajat apa?” tanya Hanisah. Belum sempat Hairi memberitahu Hanisah, tiba-tiba kedengaran suatu suara mengganggu perbualan mereka.
“Ehem..ehem...hajat apa kau datang ke mari?” tanya Pak cik Saad. Hairi terkejut melihat Pak cik Saad sedang berdiri sambil kedua-dua tangannya di dalam poket dan menjeling ke arah Hairi. “Eyh?? Pak cik...saya ingatkan siapa tadi..Assalamualaikum pak cik..hehe...tak...saya datang nie sebab nak minta...”kata Hairi.
“Minta apa??!!” jerit pak cik Saad. “Tak..tak..saya nak minta duit!!” jawab Hairi. Hanisah dan Pak cik Saad terkejut mendnegar permintaan Hairi. “Eh?? Bukan..bukan...minta duit..saya datang nak minta tolong Hanisah jadi teman wanita saya...” kata Hairi terus terang. Hanisah dan Pak cik Saad semakin terkejut mendengar permintaan Hairi. “Kau nak jadikan anak dara aku tu teman wanita kau???????” tanya Pak cik Saad.
“Untuk sementara waktu je pak cik. Lagipun, saya nie tak berniat lain. Ini hanya untuk kerja saya. Kalau saya tak siapkan, saya akan dipecat” kata Hairi. Dia menjelaskan segalanya kepada Hanisah dan Pak cik Saad. Akhirnya Pak cik Saad membuat keputusan. “Ok..memandangkan hanya untuk sementara. Boleh, pak cik bagi green light je..tapi ingat, hanya untuk tujuh bulan. Lepas tujuh bulan, break off...” kata Pak cik Saad. Pak cik Saad seorang lelaki yang sportig dan garang. Namun, dia juga seorang ayah yang bertanggungjawab terhadap anaknya. Lagipun, Hanisah merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarganya.
“Abah..em..baiklah. saya akan jadi teman wanita awak. Saya akan tolong awak siapkan novel tu” kata Hanisah. Hairi berbangga dengan dirinya. Dia akhirnya dapat membuktikan bahawa bercakap jujur lebih baik daripada menipu. Sebelum Hairi beredar dari rumah Hanisah, Pak cik Saad menambah lagi.
“Malam nie kau makan malam kat rumah pak cik, kita solat berjemaah sekali ya” kata Pak cik Saad. Hairi hanya mengangguk.
Pada malamnya, seperti yang telah dijanjikan. Hairi makan malam di rumah Pak cik Saad selepas menunaikan solat Isyak berjemaah. “Baiklah. Hairi, baca doa makan” arah pak cik Saad. Hairi terkejut. “Kenapa pula? Tak kan doa makan pun kau tak lepas? Macam mana nak jadi teman lelaki anak pak cik nie...” kata Pak cik Saad.
“Bukan saya tak tahu pak cik..cuma...lauknya mana? Tak kan nasi je?” tanya Hairi. Hanya nasi sahaja yang terhidang di atas meja. “Ye tak ye juga...kita berdua je yang awal kat meja makan malam nie. Haha!! Nanti kejap ye, sayang!! Oh...sayangku...makanan nye mane...” kata Pak cik Saad dengan nada yang romantik.
Selepas semuanya dihidang, Hairi pun membaca doa makan. Hairi berasa segan dan malu apabila makan bersama keluarga orang lain. “Kau nak tahu tak Hairi. Sebelum nie, ramai orang datang nak bercouple dengan anak pak cik, tapi pak cik tak suruh. Pak cik tak benarkan sekali pun. Tapi, kau lain. Kau seorang sahaja yang jujur dengan pak cik petang tadi. Walaupun pak cik tak kenal kamu sangat, tapi pak cik percayakan kau. Pak cik nie dah tua, Hanisah pula anak sulung. Dia juga perlukan kasih sayang. Walaupun hanya tujuh bulan, Pak cik harap kau buatlah yang terbaik untuk kerja kau tu. Dan lagi satu, kau ingat lirik lagu berpacaran. Lagu Altimet berduet dengan Ana Rafali tu”kata Pak cik Saad.
“Lagu berpacaran?” tanya Hairi. “Kamu tak tahu? Ish..orang muda macam kamulah yang patut tahu. Biar pak cik nyanyi. Hanisah, bukak mp3 lagu tu” pinta pak cik Saad. Hanisah mengambil telefon bimbitnya di dalam kocek seluarnya. “Ehem..ehem....kalau berpacaran, memang banyak pantang larang. Menjaga susila ibubapa adik abang. Apabila berdua carilah tempat yang terang, agar tidak pula mencuba aksi terlarang. Boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang, duduk renggang-renggang, bertambah sayang...ok..itu je yang pak cik ingat” nyanyi Pak cik Saad.
Hairi hanya tersenyum. Dia memahami lirik lagu tersebut. Sejak hari itu, bermulalah kisah terbaru hidup Hairi. Hanisah kini bergelar teman wanitanya hanya untuk sementara. Hairi mula menulis novel dan mencari idea-idea baru. Pada keesokan harinya, ayah Hanisah membenarkan Hairi membawa Hanisah pergi berjalan-jalan. Selepas waktu kerja, Hairi menjemput Hanisah dari rumah. “Ingat, jangan balik lewat...tepat jam 7 mesti balik” pesan Pak cik Saad.
Dalam perjalanan, Hairi dan Hanisah tidak berbual sedikit pun. Mungkin kerana malu. Hairi mengambil keputusan untuk memulakan topik perbualan. “Emm...awak nak pergi mana?” tanya Hairi. Hanisah mula berfikir sejenak. “ Saya pun tak tahu. Lagipun, ayah dah warning tadi. Jangan pergi tengok wayang dan tempat-tempat sunyi” kata Hanisah.
“Ok..kita pergi ke pusat membeli-belah nak?” tanya Hairi. Hanisah hanya bersetuju. Ini kali pertama seorang lelaki mengajaknya keluar. Semasa keluar dari kereta, Hairi juga membawa sekeping kertas dan pensel untuk mencatat. “Itu untuk apa?” tanya Hanisah. “Ini untuk catat plot cerita dan isi, kenapa?” tanya Hairi kembali. Hanisah baru teringat yang dia hanya teman wanita Hairi untuk sementara waktu sahaja.
Mereka berjalan di sebuah pusat membeli-belah yang terkenal di bandar itu. ini juga kali pertama Hanisah menjejakkan kakinya ke situ. Semasa berjalan, Hanisah berhenti di hadapan sebuah kedai hadiah yang menjual banyak jenis patung. “Eh? Awak minat patung ke?” tanya Hairi. “Ya, sebab patung comel. Saya sukakan patung beruang putih. Dulu saya pernah minta ayah belikan, tapi dia pula yang mengejek saya. Katanya, saya sudah besar, mana boleh main patung lagi” jelas Hanisah sambil memandang ke arah patung yang sangat besar dijual di situ. Tanpa disedari Hanisah, Hairi tengah menulis sesuatu di kertasnya.
Mereka masuk ke dalam kedai. Hanisah kelihatan gembira melihat banyak patung di sekelilingnya. “Kan bagus kalau bilik Anis dipenuhi patung” bisik Hanisah sambil memegang seekor patung beruang putih. Salah seorang pekerja perempuan di situ menghampiri Hairi. “Encik tak belikan patung untuk teman wanita encik ke?” tanya pekerja itu. Hairi juga memikirkan perkara yang sama.
“Anis, awak pilihlah yang mana satu awak suka” kata Hairi. Hanisah memandang ke arah anak patung yang dipegangnya. Hairi pula gembira melihat Hanisah. Warna kulit Hanisah yang putih itu hampir sama dengan warna patung. “Rupa-rupanya, macam nie perasaan ketika bercouple” bisik Hairi. Hanisah menunjukkan patung yang dia inginkan kepada Hairi. Semasa hendak membayarnya, Hairi teringat akan sesuatu.
“Alamak...tak cukup laa...” bisik Hairi. Hanisah hairan melihat Hairi berdiri kaku di hadapan kaunter pembayaran. “Hairi?? Hairi??” kata Hanisah sambil mengetuk bahunya dengan patung. “Hehe...saya terlupa ambil wang lah tadi...” bisik Hairi ke telinga Hanisah. Akhirnya, Hanisah membayar patungnya sendiri. Hanisah tidak memarahi atau merajuk. Tetapi dia ketawa sendirian.
“Awak kelakarlah..awak bawa saya ke sini, tapi awak sendiri yang tak ada duit” kata Hanisah sambil menutup mulutnya sambil ketawa. Hairi malu mendengar kata-kata Hanisah. dia terus berjalan meninggalkan Hanisah. “ Hairi..tunggulah..”kata Hanisah.
Hairi menghantar Hanisah balik ke rumah tepat pada jam yang telah ditetapkan. “Tak sangka ada juga orang yang nak belikan patung untuk anak ayah nie” kata Pak cik Saad. “Ish, bukan Hairi lah yang belikan. Ini duit Anis sendiri” kata Hanisah. Pak cik Saad terkejut mendengar penjelasan Hanisah.
Setiap pagi, sebelum Hairi pergi bekerja, Hanisah akan menyediakan bekal untuknya. “Assalamualaikum...selamat pagi” kata Hanisah dengan wajah ceria. “Waalaikumsalam..selamat pagi..hari ini awak masak apa?” tanya Hairi. Hanisah menunjukkan isyarat rahsia kepada Hairi. “Mana boleh bagitahu, nanti masa makan. Awak akan tahulah” balas Hanisah.
Bekalan makanan berwarna merah jambu itu milik Hanisah sendiri. Hairi pernah diejek kerana membawa bekalan makanan berwarna merah jambu itu ke tempat kerja oleh kawan-kawannya termasuk Khairul. “Ini girlfriend aku yang bagilah...”kata Hairi. Bekalan makanannya pada hari itu adalah spagetti.
Setiap malam, Hairi menyiapkan novelnya. Setiap perkara yang berlaku di antara dia dan Hanisah dijadikan cerita di dalam novel tersebut. Hari berganti hari. Kini, tibalah novel berada di babak konflik. Pada hari itu, Hairi bercuti. Dia mengambil keputusan untuk membawa Hanisah keluar makan.
“Ayah, saya pergi dulu” kata Hanisah kepada ayahnya. hairi ingin membawa Hanisah ke suatu tempat istimewa khas untuk pasangan kekasih. Sebuah restoran yang terletak di tepi pantai. “Hari nie saya nak awak makan banyak. Kita makan kat restoran seafood” kata Hairi. “Kita tengoklah nanti, siapa yang gemuk dulu” balas Hanisah.
Semasa menunggu makanan sampai, Hanisah menjeling ke arah Hairi yang sedang menulis. “Awak..tak boleh ke rehat sekejap?” tanya Hanisah. Hairi berhenti menulis dan memandang ke arah Hanisah. Tiupan angin laut menerbangkan kertas Hairi. Hairi bangun dari kerusi untuk mengambil kertasnya. Hanisah pula termenung sendirian. Dia berasa sangat sedih.
“Terbang pulak kertas nie. Haha” kata Hairi lalu duduk semula di kerusinya. Dia memandang ke arah Hanisah yang kelihatan merajuk itu. “Kenapa dengan awak?” tanya Hairi. Hanisah tidak memandang Hairi. “Dah hampir empat bulan kita couple. Awak masih nak siapkan novel tu ke?” tanya Hanisah dengan nada suara yang perlahan dan sedih. Hairi hairan melihat Hanisah pada ketika itu. “Kenapa nie? Novel ini perlu disiapkan. Kalau tak, saya akan kehilangan kerja nanti” balas Hairi. Hanisah masih tidak memandang Hairi.
“Awak masih anggap saya teman wanita sementara awak ke?” tanya Hanisah. Hairi semakin hairan dengan perangai dan tingkah laku Hanisah. Hairi hanya berterus terang kepada Hanisah. “Memanglah, kita hanya ada tujuh bulan sahaja untuk bercouple. Ini pun hanya untuk siapkan novel tu” jelas Hairi.
Hanisah mula mengalirkan air matanya dan memandang ke arah Hairi. “Saya dah mula cintakan awak. Bukan kerana nak tolong awak, saya memang betul-betul cintakan awak” kata Hanisah sambil menangis. Hairi terdiam seketika. Dia mula mengambil pensel dan mula menulis. Hanisah membaling sudu yang ada di atas meja ke arah Hairi. “Saya benci awak!” jerit Hanisah lalu beredar dari restoran itu.
“Hanisah! Hanisah!” kata Hairi lalu mula mengejarnya. Tetapi, pelayan restoran itu sudah mula menghidangkan makanan. “Encik, makanan nie?” tanya pelayan tersebut. “Aaa..bungkus semuanya dulu” kata Hairi lalu berlari mencari Hanisah. Hairi mencari di semua tempat namun tidak menemui Hanisah.
“Mana pulak dia nie..ish..apa salah aku?” bisik Hairi. Dia melihat ke arah jam tangannya yang menunjukkan pukul 6 petang. “Alamak, dah lewat nie. Kalau lewat hantar dia balik, matilah aku” bisik Hairi lalu menjerit nama Hanisah.
Akhirnya Hairi berputus asa mencari Hanisah. Dia duduk di sebuah batu berhampiran pantai. Tiba-tiba, dia ternampak seorang perempuan sedang duduk di tepi pantai sendirian. “Itu Hanisah” kata Hairi lalu berlari ke arah pantai.
Hanisah menangis seorang diri. Air matanya mengalir dan gugur di dalam air pantai. “Hanisah, kenapa awak lari? Puas saya cari. Dah lewat nie” kata Hairi. Hanisah masih menangis. “Hantar saya balik sekarang” pinta Hanisah.
“Kenapa lewat sangat balik? Kamu berdua pergi mana?” tanya Pak cik Saad yang sedang menunggu kepulangan anaknya. Hanisah terus masuk ke dalam rumah. Kelakuan peliknya itu disedari ayahnya. Selalunya, sebelum masuk ke dalam rumah, Hanisah akan memberi salam kepada Hairi. “Maafkan saya pak cik, ada masalah tadi..”kata Hairi lalu memandu masuk keretanya ke dalam rumah. Pak cik Saad memahami maksud Hairi.
“ Anis, kenapa dengan kamu nie. Selalunya kamu tak macam nie” tanya mak Hanisah. “Saya tak nak jadi teman wanita sementara lagi mak. Saya tak nak tipu diri sendiri lagi” kata Hanisah. Pak cik Saad sudah menduga perkara sebegini akan berlaku. Selepas waktu Isyak, Pak cik Saad mengambil keputusan untuk berjumpa Hairi pada malam itu juga. Pak cik Saad keluar dari rumah secara senyap-senyap tanpa pengetahuan Hanisah.
“Assalamualaikum..” Pak cik Saad memberi salam dengan senyap sambil mengetuk pintu rumah Hairi. Hairi membuka pintu rumahnya. “Waalaikumsalam..eh? pak cik?buat apa pak cik datang nie?” tanya Hairi.
“Jangan banyak tanya, bagi pak cik masuk. Sejuk kat luar nie” kata Pak cik Saad. Selepas Pak cik Saad masuk ke dalam rumah, Hairi menyediakan air minuman untuk jirannya itu.
“Pak cik nak bincang sikit dengan kamu. Bukan pak cik nak marah, tapi pak cik dah agak perkara nie akan berlaku” jelas Pak cik Saad. Hairi mendiamkan diri kerana dia sedar kesilapannya. Dia sepatutnya lebih berhati-hati ketika mencari pasangan sementara untuk menyiapkan kerjanya. Namun, nasi sudah menjadi bubur. Hairi telah menyakiti hati seorang perempuan.
“Saya minta maaf pak cik. Saya ingatkan saya boleh siapkan novel tu. Selepas kejadian hari nie, saya memang dah tak ada harapan lagi untuk bekerja. Mungkin saya akan dibuang selepas nie” kata Hairi. Pak cik Saad memukul bahu Hairi. “Kamu jangan mengalah Hairi. Kamu tak bersalah. Tak ada siapa pun yang bersalah dalam hal ini. kamu kena faham, Hanisah tu perempuan. Mungkin kau terlalu baik di hatinya. Sebab tu dia jatuh hati kat kau. Pak cik sedar sejak dulu lagi, sejak Hanisah kenal kamu, dia banyak berubah. Tapi pak cik risau kerana kau hanya anggap dia sebagai teman wanita buat sementara waktu je..tak sangka semua ini akan berlaku hari nie” jelas Pak cik Saad.
“Saya bercinta demi kerja. Saya memang bodoh! Saya sanggup lukakan hati seorang perempuan demi kerja” kata Hairi lalu menyalahkan diri sendiri. Pak cik Saad berfikir sejenak. “Dulu pak cik pun macam kamu jugak, pak cik bekas seorang penulis. pak cik pernah bercinta sementara dengan seorang perempuan nie hanya untuk mencari pengalaman bagi menulis buku yang seterusnya. Tak sangka pulak, perempuan yang pak cik bercinta hanya untuk sementara tu suka sangat kat pak cik. Pak cik rasa bersalah. Bagi pak cik, cinta tu datang dalam banyak keadaan..” kata Pak cik Saad.
“Selepas tu? Apa yang berlaku pak cik?” tanya Hairi dengan rasa ingin tahu. “Pak cik berhenti kerja. Pak cik tak dapat nak menulis lagi sebab terlalu rasa bersalah. Pak cik ambil keputusan untuk cari dia semula. Dan...”
“Dan? Apa yang berlaku?” tambah Hairi.
“Sekarang dia sudah jadi isteri pak cik. Hahaha!! Walaupun pak cik sedih kerana hilang kerjaya sebagai seorang penulis, namun pak cik gembira sebab ada isteri yang sangat memahami. Sekarang, giliran kamu pulak. Pak cik tak nak kamu tinggalkan cinta demi kerja. Pak cik juga tak nak kamu tinggalkan kerja demi cinta. Ambik kedua-duanya sekali. Pak cik yakin kamu boleh. Kamu masih muda Hairi..tolong jaga Hanisah sebaiknya. Dia satu-satunya anak perempuan pak cik. My daughter is my property. Haha..(dialog Wak Ketari dalam cerita Jangan Pandang Belakang Congkak 2..)” kata Pak cik Saad.
“Saya akan cuba” balas Hairi. Pak cik Saad memberitahu Hairi sesuatu dengan senyap. Hairi hanya mengangguk.
Pada keesokan harinya, Hairi sudah bersiap untuk pergi bekerja. Pada pagi itu, tiada bekalan untuknya daripada Hanisah. Di rumah Hanisah pula, Pak cik Saad sedang duduk di meja makan. “Hari nie kau tak buat bekal untuk Hairi ke?” tanya Pak cik Saad kepada Hanisah.
“Tak ada. Pandai-pandailah dia cari makanan sendiri” kata Hanisah dengan nada benci. “Ish, tak baik cakap macam tu. Kasihan kat Hairi tu” kata ibunya. Hanisah masih merajuk. Kedengaran bunyi enjin kereta dihidupkan di hadapan rumah. Hanisah sengaja mengalih pandangannya ke dapur.
Selepas Hairi bertolak ke tempat kerja, Hanisah memandang semula ke rumah Hairi. Pada petangnya pula, Hairi masih belum balik ke rumah. Selalunya, Hairi akan balik ke rumah untuk menjemput Hanisah. Lagipun, pada setiap hari Isnin, Hairi akan mengajak Hanisah keluar. Hanisah berada di dalam biliknya. Sejak menjadi teman wanita sementara Hairi, hanya kenangan dalam ingatan bersama Hairi sahaja yang disimpan Hanisah. Mereka tidak pernah bergambar bersama.
“Kenapa awak sanggup buat saya macam nie..awak tak cinta kat saya ke? Awak masih anggap saya teman wanita sementara awak lagi ke? Kenapa saya jatuh cinta kat awak sedangkan awak hanya anggap saya kekasih sementara je?” bisik Hanisah sambil bermain dengan anak patung beruang yang dihadiahkan oleh Hairi. Kemudian, Hanisah mengalirkan air matanya.
Tiba-tiba, kedengaran seseorang berlagu di luar. Hanisah membuka langsir tingkapnya untuk melihat ke luar. Kelihatan Hairi sedang berlagu di tengah-tengah jalan di antara rumahnya dan rumah dia. Karaoke box juga turut ada di tengah-tengah jalan.
Hanisah tersenyum di tingkap. Hairi memandang tepat ke arahnya dan masih menyanyi. Tiba-tiba, sebuah kereta yang hendak melalui jalan itu berhenti di hadapan Hairi. “Oii!! Buat apa kau nyanyi kat tengah-tengah jalan nie! Nyanyi lah dalam rumah..hari pun dah nak hujan nie laa..”kata pemandu tersebut. Hairi meminta maaf kepada pemandu itu lalu mengalihkan karaoke box ke dalam rumahnya. Dia memandang semula ke tingkap bilik Hanisah, namun langsirnya telah ditutup.
“Ini rancangan abang ke?” tanya isteri Pak cik Saad. “Ya, abang ingatkan menjadi. Rupa-rupanya tak...” balas Pak cik Saad. Pada keesokan harinya, Hairi bertolak ke tempat kerja. Termasuk hari itu, sudah dua hari Hanisah tidak menegurnya. “Hari ni pun tak ada bekal untuk Hairi ke?” tanya ibu Hanisah kepada Hanisah.
“Tak ada..”jawab Hanisah. Pada petangnya pula, Hairi menukar rancangan seterusnya. Kali ini, dia menyanyi dengan menggunakan gitar. Hasilnya, tetap sama. Hanisah tidak memperdulikan Hairi sedikit pun.
Sudah hampir seminggu Hairi mencari jalan untuk memujuk Hanisah namun hasilnya tetap gagal. Hairi sudah hampir berputus asa. Pada hari dia bercuti, Hairi tidak ada di rumah sebaliknya dia marayau-rayau di bandar. Tak seperti beberapa bulan sebelumnya, Hairi selalu ditemani Hanisah. kali ini berbeza, dia keseorangan. Hairi memasuki kedai menjual patung yang pernah dimasukinya bersama Hanisah dulu.
“Eh? Seorang je ke encik? Teman wanita encik mana?” tanya penjual di kedai itu. “Oh..dia..merajuk..hampir seminggu kami tak berteguran” balas Hairi dengan jujur. Hairi melihat barangan jualan di kedai itu. “Apa kata encik hadiahkan patung nie untuk dia, mungkin dia akan suka” kata penjual itu sambil menunjukkan patung beruang putih yang paling besar di dalam kedai itu.
“Err...besarnya..” bisik Hairi. “Dulu, saya perasan sangat teman wanita encik memang suka tengok patung nie. Katanya, kalau ada seseorang yang sudi membelikan patung nie untuknya, dia akan rasa bahagia selamanya. Lagipun, patung nie satu-satunya yang tinggal kat kedai kami” jelas penjual itu.
Di rumah Hanisah pula, adik-beradik Hanisah sedang belajar di ruang tamu bersama-sama ibu bapa mereka. Hanisah pula berada di dalam bilik keseorangan. Jam menunjukkan pukul 11 malam. Keluarga Pak cik Saad sudah mula untuk masuk tidur. Tiba-tiba, pintu bilik Hanisah diketuk oleh seseorang.
“Siapa?” tanya Hanisah. “Adik nie. Bukalah pintu, berat nie”kata adik bongsu Hanisah. Hanisah hairan kerana adiknya belum tidur lalu membuka pintu biliknya. Hanisah terkejut dengan apa yang dibawa adiknya itu.
“Patung? Siapa yang bagi?” tanya Hanisah. “Orang tu cakap, kalau kakak nak tahu, kakak kena baca surat nie dulu. Baiklah, adik nak tidur. Selamat malam. Assalamualaikum kakak” kata adiknya.
“Waalaikumsalam..” balas Hanisah lalu membawa patung besar itu ke dalam biliknya. Hanisah membuka sampul surat yang diberi adiknya tadi.
“Assalamualaikum...dah dapat patung tu? Saya yang belikannya untuk awak. Saya harap awak sukakannya. Walaupun mahal, tapi saya ikhlas nak bagi kat awak. Kata penjual tu, awak asyik memandang patung tu. Sebab tu saya belikan. Saya harap awak sudi maafkan saya. Say betul-betul minta maaf kat awak. Saya bersalah sebab lansung tak memahami awak selama nie. saya ingatkan kita bercinta semata-mata untuk menyiapkan novel tu. Tapi saya silap. Saya tak tahu nak cakap apa lagi sejak awak cakap awak cintakan saya. Selepas pemberian nie, saya dah tak ada plan lain lagi untuk memujuk awak. Ini pun semua idea ayah awak. Saya tak pandai nak memujuk orang lagi-lagi dengan orang yang saya cintai. Ini pertama kali dalam hidup saya. Yang terakhir sekali, saya harap esok pagi saya terima bekal daripada awak. Dah lama saya tak makan masakan awak. Harap awak sudi maafkan saya...”
Yang benar, Hairi..
Hanisah tersenyum sendirian setelah membaca surat Hairi. Dia juga mengalirkan air mata kegembiraan. Pada malam itu, patung itu menemaninya hinggalah ke subuh. Pada keesokan harinya, Hanisah bangun awal. “Eh? Awal kamu bangun hari nie. Apa yang kamu masak tu?”tanya ibunya.
“Bubur kacang hijau. Kegemaran Hairi” balas Hanisah. Ibunya berasa hairan setelah mendengar kata-kata Hanisah. “Kamu dah berbaik semula dengan dia ke?” tanya ibunya lagi. Hanisah mengangguk sambil tersenyum sendirian. “Tak sangka ibu dapat kahwin dengan orang macam abah..kan ibu..”kata Hanisah.
“Kenapa pula?”tanya ibunya kembali. “ Abahkan seorang yang berpegalaman. Kalau tak kerana abah, mungkin Hairi akan Anis tendang jauh-jauh..” kata Hanisah lalu ketawa kecil. Pada pagi itu, hari Hairi bermula seperti biasa. Hanisah mula memberikannya bekal setiap pagi. “Assalamualaikum..” Hanisah memberi salam.
“Waalaikumsalam..Hanisah....” balas Hairi. Hanisah menghulurkan bekal untuk Hairi. “ Terima kasih, untuk malam tadi. Saya sukakanya..” kata Hanisah sambil tersenyum. Hairi gembira melihat Hanisah di hadapan matanya. hatinya mula tertarik dengan keayuan wajah Hanisah.
Tanpa disedari, tempoh enam bulan yang telah diberikan oleh Khairul sudah hampir tamat. Novel permintaannya perlu disiapkan. Pada hari terakhir dalam tempoh enam bulan itu, Hairi pergi ke rumah Hanisah. kebetulan, pada hari itu, Hairi mengambil cuti bagi menghabiskan novelnya. Sejak dia berbaik semula dengan Hanisah, Hairi menulis novel secara senyap tanpa pengetahuan Hanisah. Dia tidak mahu Hanisah berasa kecil hati.
“Assalamualaikum..” Hairi memberi salam. Salam Hairi disambut oleh Hanisah. “Kamu nak bawa Hanisah keluar ke?” tanya Pak cik Saad. “Tak, hari nie saya ada benda nak dibincangkan dengan pak cik sekeluarga” kata Hairi.
Hairi masuk ke dalam rumah. “Sebenarnya, saya nak bagitahu pak cik sesuatu. Saya nak putuskan hubungan saya dengan Hanisah” kata Hairi. Ibu bapa Hanisah dan Hanisah terkejut mendengar kata-kata Hairi.
Hanisah mula menangis. “Kenapa awak nak buat macam tu? Kita baru beberapa minggu berbaik semula..” kata Hanisah. Hairi mendiamkan diri. “Saya buat ini untuk kebaikan kita berdua. Saya tak nak perkara yang tidak diinginkan berlaku” jelas Hairi. “Kamu nak tinggalkan cinta demi kerja?” tanya Pak cik Saad.
“Tak” jawab Hairi. Hanisah bangun daripada kerusi dan menuju ke dapur. “Tunggu dulu Anis..” kata Hairi sambil mengeluarkan sesuatu daripada poketnya. Sekeping kertas kosong dan pen. Hanisah menangis semula. “Kamu nak mencatat lagi ke?” tanya Pak cik Saad. Hairi amsih mencari sesuatu di dalam poketnya.
“Kan saya dah jelaskan pada pak cik, saya tak akan tinggalkan kerja demi cinta dan saya juga tak akan tinggalkan cinta demi kerja. Saya nak kedua-duanya sekali. Sebab tu lah saya nak putuskan hubungan saya dengan Hanisah supaya saya dapat hantar novel tu dan selepas tu pulak saya nak melamar dia” kata Hairi lalu meletakkan kotak merah berisi cincin di atas meja.
“Eh?? Jadi.?” Tanya Hanisah. Hairi tersenyum melihat reaksi Hanisah. “Novel tu dah siap sepenuhnya. Esok saya akan hantar kepada Khairul untuk dinilai. Saya putuskan hubungan kita bukan untuk suka-suka, saya nak melamar awak nanti agar selepas nie kita bukan lagi pasangan sementara. Kita pasangan kekal buat selamanya” jelas Hairi.
“Ohh...pak cik ingatkan apa tadi..besar pulak permata cincin nie...telefon ayah dan mak kamu di kampung, suruh mereka datang esok untuk meminang anak pak cik ye. Tak sabar nak timang cucu, betul tak sayang?” kata Pak cik Saad kegembiraan. Segalanya belum berakhir lagi.
Pada keesokan harinya, Hairi menyerahkan tugasannya kepada Khairul. “Karya Cinta untuk di dia? Menarik jugak tajuknya. Aku akan nilai novel nie. minggu depan kita akan tengok keputusannya nanti” jelas Khairul. Hairi berasa lega kerana dapat menyiapkan novel itu dalam masa yang singkat.
“Kalau boleh tolong cepatkan penerbitan nanti. Aku nak guna duit” kata Hairi. “Untuk apa?” tanya Khairul. “AKU NAK KAHWIN!!!” jerit Hairi. Khairul terkejut mendengar jeritan Hairi kerana Khairul sendiri masih membujang hingga kini.
Sembilan bulan berlalu selepas perkahwinan Hanisah dengan Hairi. Hanisah kini tinggal bersama-sama Hairi. Rumah ibu bapanya hanya berhadapan sahaja. “Sayang, tolong angkat baju tu. Terjatuh la..” kata Hanisah. “Ish awak nie, saya tengah menulis lah. Sibuk nie” balas Hairi.
Hanisah marah dengan Hairi. “Sayang, awak tengok nie ha saya tengah bawa siapa nie? ini anak awak tau. Berat nie. Tolonglah ambik baju tu” kata Hanisah. “Alahai..kenapalah aku lupa yang aku ada ‘baby’ baru..”bisik Hairi lalu membantu isterinya itu. Sewaktu hendak mengambil baju yang terjatuh itu, tiba-tiba pensel dan pen terjatuh daripada poket Hairi yang berlubang.
“Sayang nak mencatat lagi ke?” tanya Hanisah lalu menunjukkan muka masam. “Ish, tak adelah. Buat ape nak catat lagi? Kisah kita dah dijadikan novel pun..yang kamu semua tengah baca nie, cerita aku dan Hanisah. Wassalam....”
If you ask me, why do I stand here,
So unafraid of everything around me.
Proudly I would say, I am a Muslim.
If you ask her, why does she dress that way,
All covered up in a world that gives it all away.
Proudly she would say, I am a Muslim.
Chorus:
Deenil Islam deeni Wala ‘ardab gheiru deeni Muhammad elli hadeeni Nourel
iman x 2
If you ask me, surely this cannot be,
You give your wealth so free, and you say your life is charity.
It ain’t hard to see, I am a Muslim.
If you ask him, why does it hurt so,
When he sees injustice, even though it’s folks he doesn’t know,
With tears in his eyes he says, I am a Muslim.
Chorus
If you ask her, why doesn’t she cry,
There’s no one by her side, she’s the only one that’s left
behind.
Patiently she sighs, I am a Muslim.
If you ask him, why does he still pray,
Five times a day when so many others have strayed.
Smiling he would say, I am a Muslim.
Chorus
If you ask me, why do I love you
No matter where you are, we are the greatest Ummah
With the beating of our hearts, we are Muslim.
La-illah-ha-illalah Muhammad-ur-rasullulah
There is only one God
La-illah-ha-illalah Muhammad-al-Mustapha
Muhammad is the messenger
La-illah-ha-illalah Muhammad-ur-rasullulah
There is only one God
La-illah-ha-illalah Muhammad-al-Mustapha
Muhammad is the messenger