Pages

Labels

Followers

Friday, December 3, 2010

KAU BUATKU TERSENYUM

KAU BUATKU TERSENYUM
            Sudah lama aku mengenalinya. Sejak dari kolej lagi. Dia seorang yang baik dan peramah. Hanya itu sahaja yang aku dapat tahu mengenai dirinya. Aku tidak dapat mengenalinya dengan lebih lanjut kerana aku seorang muslimah. Ayah pernah berpesan agar aku selalu menjaga tingkah laku dan jangan sesekali bergaul terlalu rapat dengan kaum Adam. Oleh kerana ayah telah bertegas denganku, aku takut untuk menghampiri mana-mana lelaki walaupun hanya sebagai kawan atau rakan setugas.
            Dalam banyak-banyak lelaki yang ku temui, hanya dia seorang yang sentiasa membuatkan aku tersenyum. Mungkin kerana dia juga murah dengan senyuman. Walaupun hanya dapat melihatnya dari jauh, aku tetap bersyukur. Tiap-tiap malam, aku berdoa agar Allah memberikan aku petunjuk dan menguatkan imanku agar tidak tewas oleh pandangan seorang lelaki.
Sehinggalah pada suatu hari, seseorang telah melamar diriku. Aku tunduk malu dan memanjangkan doa semasa berada di dalam bilik.“Ya Allah, adakah ini ujian untuk ku? Adakah ini hadiah untuk ku? Adakah Kau telah berikan aku calon yang baik?” bisik ku dalam doa. Jantung mula berdegup kencang. Bukan kerana dilamar oleh seseorang, hanya takutkan ayah yang sangat garang.
Ayah pernah berpesan kepadaku, jodohku akan ditetapkan olehnya. Aku hanya menurut kata-katanya, kerana aku yakin setiap ayah hanya inginkan yang terbaik buat anaknya. Aku hanya risau akan perbincangan mereka di ruang tamu dan takutkan ayahku menolak pinangan rombongan meminang tersebut.
            Degupan jantungku semakin kuat ketika terdengar langkah kaki seseorang menuju ke bilik. “Athirah anakku, mari sini kejap” ayahku memanggil. Aku keluar dan menemuinya. Senyuman di wajah ayah melegakan hatiku. Aku dapat merasai berita gembira yang bakal dia sampaikan kepadaku. “Athirah, seseorang nak melamar kamu. Ayah setuju. Tapi, hanya menunggu keputusan kamu sahaja lagi” kata ayahku sambil tersenyum lebar.
            Sebelum aku menjawab pertanyaannya, aku meminta izinnya untuk melihat siapakah orang yang melamar diriku itu. Setelah diizinkan, aku memerhati di ruang tamu. “Ya Allah!!!” bisikku dengan riang. Aku bersyukur panjang. “Alhamdulillah!! Alhamdulillah!!” kataku.
            Ayah hairan melihat gelagatku. “Saya terima dengan ikhlas” kataku tanpa berfikir panjang. Ayah membawaku ke ruang tamu untuk berjumpa dengan bakal ibu dan ayah mentuaku. Mereka melihatku dengan penuh gembira. Aku tersenyum setelah dipuji sebagai seorang perempuan yang cantik. Akhirnya, lelaki yang telah lama aku kenal dan membuatkan aku tersenyum apabila melihatnya kini menjadi suamiku yang sah. Allah memakbulkan doaku.
            Hidupku semakin bahagia di sisi seorang pemuda yang baik iman dan amalnya. Setelah menjadi suami isteri, dia banyak membantuku dan mengajarku banyak ilmu yang baru. “Alhamdulillah..Alhamdulillah” kataku.
            Sehinggalah pada suatu hari, semasa aku selesai solat Isyak berjemaah bersama-sama Adnan, suamiku. Dia memandangku dengan pandangan yang sangat ikhlas. Dia tersenyum sambil memegang tanganku. “Athirah, abang bersyukur dikurniakan seorang isteri yang cantik dan pandai menjaga suami. Abang bersyukur dikurniakan isteri yang solehah dan berakhlak mulia. Abang bersyukur kerana perempuan yang selama ini hanya mampu dipandang jauh di mata kini berada di hadapan abang sebagai isteri abang. Abang bersyukur sangat” kata Adnan lalu mengucup dahiku.
            Aku terkejut setelah mendengar kata-katanya itu. Disebalik wajah gembira itu, terdapat seribu tanda tanya. Semasa dia memeluk erat diriku, aku mula mengalirkan air mata. Sejadah yang terhampar di lantai menjadi saksi aku menangis di bahu suamiku. “Tolong kejutkan abang subuh esok ye” kata Adnan. Aku mula hairan akan kata-katanya. Selalunya, suamiku itu bangun dengan sendiri sebelum azan subuh berkumandang.
            Pada keesokan paginya, aku bangun awal daripada hari kebiasaan. Aku memandang ke arah suamiku yang masih tidur di sisiku. Wajahnya sentiasa tersenyum walaupun sedang tidur. Aku gembira kerana dia suamiku. Jam menunjukkan 20 minit lagi azan subuh akan berkumandang. Aku memegang bahu suamiku untuk mengejutkannya. Tiba-tiba, air mataku mula mengalir dengan sendiri. Adnan tidak bernafas. Mukanya pucat.
            “Abang?? Abang?? Bangun bang.. tak lama lagi subuh. Abang??” kataku sambil menggoyangkan badannya. Namun, dia masih tidak sedarkan diri. Aku mula menangis dan memeluknya. Aku mengambil keputusan untuk menghubungi ambulans, tetapi niatku itu dilupakan setelah aku teringat akan sesuatu. Suamiku pernah berpesan padaku.
            “ Hari ni, kita suami isteri. InsyAllah, abang akan jaga Athirah baik-baik. Abang janji, abang akan membahagiakan Athirah sepanjang hidup abang sehingga ke nafas yang terakhir.”
            Pada subuh itu, aku solat subuh sendirian. Air mata mula membasahi talkumku sehinggakan ketika aku rukuk, aku terjatuh kerana terlalu sedih. Aku memandang ke arah katil dan melihat jenazah suamiku terlantar di atasnya sendirian. Wajahnya tetap tersenyum. Aku memberitahu ayah, ayah mentua dan ibu mentuaku. Mereka terus datang ke rumah. Ayah terkejut mendengar berita tentang kematian suamiku.
            Semuanya semakin jelas setelah ibu dan ayah Adnan menjelaskan segalanya kepada ayah dan aku. Sebenarnya, Adnan menghidapi sejenis penyakit misteri sejak kecil. Dia tidak dapat hidup lama dan hanya bergantung kepada bantuan ubat-ubatan untuk menahan sakit. Adnan pernah menceritakan tentang penyakitnya beberapa hari sebelum kematiannya. Aku redha dengan ketentuan Illahi. Aku juga menyedari, Adnan sudah membahagiakan diriku sehingga ke nafasnya yang terakhir. Dia masih tersenyum untukku.
            Kehilangan Adnan hampir sama seperti aku kehilangan ibu semasa usiaku remaja. Ibu meninggal dunia kerana sakit. Walaupun belum setahun merasai hidup bersuami isteri, aku tetap bersyukur mengenali seorang lelaki yang bernama Adnan Muslim bin Dani. Aku sentiasa tersenyum pabila melihat wajahnya. Tambahan pula, kini aku semakin gembira dan tersenyum lebar setelah mendapat seorang putera sulung dalam diriku. Aku menamakannya, Muhammad Azfar bin Adnan Muslim. Aku mendoakan agar anakku ini sentiasa murah dengan senyuman seperti arwah ayahnya.


Zain Bikha-Denn il Islam (I AM A MUSLIM)

Deen-il-Islam

By : Zain Bhikha

By: (Linda Gcwensa & Zain Bhikha)

If you ask me, why do I stand here,
So unafraid of everything around me.
Proudly I would say, I am a Muslim.
If you ask her, why does she dress that way,
All covered up in a world that gives it all away.
Proudly she would say, I am a Muslim.

Chorus:
Deenil Islam deeni Wala ‘ardab gheiru deeni Muhammad elli hadeeni Nourel iman x 2

If you ask me, surely this cannot be,
You give your wealth so free, and you say your life is charity.
It ain’t hard to see, I am a Muslim.
If you ask him, why does it hurt so,
When he sees injustice, even though it’s folks he doesn’t know,
With tears in his eyes he says, I am a Muslim.

Chorus

If you ask her, why doesn’t she cry,
There’s no one by her side, she’s the only one that’s left behind.
Patiently she sighs, I am a Muslim.
If you ask him, why does he still pray,
Five times a day when so many others have strayed.
Smiling he would say, I am a Muslim.

Chorus

If you ask me, why do I love you
No matter where you are, we are the greatest Ummah
With the beating of our hearts, we are Muslim.

La-illah-ha-illalah Muhammad-ur-rasullulah
There is only one God
La-illah-ha-illalah Muhammad-al-Mustapha
Muhammad is the messenger
La-illah-ha-illalah Muhammad-ur-rasullulah
There is only one God
La-illah-ha-illalah Muhammad-al-Mustapha
Muhammad is the messenger

More Lyrics at: MuslimLyrics.com