Pages

Labels

Followers

Tuesday, November 16, 2010

LAFAZ DOA

Ketika mulut kita berbicara, lebih daripada beribu huruf kita gunakan tanpa kita sedari. Tidak kiralah jika kita bercakap dengan menggunakan pelbagai bahasa. Namun, adakah kita menyedari akan sesuatu yang kita bicarakan itu? Ingatlah, berhati-hati ketika berbicara.
            Saiful melangkah keluar rumah sambil memegang kunci motorsikal. Dia menghidupkan enjin motorsikal lalu memecut laju. Kelihatan seorang wanita tua merangkak di hadapan pintu rumah. Dalam keadaan sedih, wanita tua tersebut menghulurkan tangannya seperti ingin mencapai sesuatu.
            Kelihatan dari suatu tempat tidak jauh dari pintu rumah, seorang lelaki tua datang dengan membawa sebilah parang. Lelaki tua tersebut adalah Pak Mat, suami kepada wanita tua yang merangkak itu dan ayah kepada Saiful.
            “ Kenapa dengan kamu Milah?? Kamu tak apa-apa ke?” tanya Pak Mat.
            “ Saiful bang, dia pergi berjudi lagi. Baru sekejap tadi dia minta duit. Saya tak tau nak buat apa” balas Mak cik Milah. Pak Mat menggelengkan kepalanya dan memapah isterinya ke dalam rumah. Semasa hendak meletakkan Mak Cik Milah di atas kerusi, Pak Mat termenung di hadapan sebuah kitab suci al-Quran yang terletak di hadapan meja makan. Dia mengenangkan ketika Saiful selalu membaca al-Quran pada waktu petang begitu selepas menunaikan solat Asar.
            “ Kalaulah aku didik dia dengan betul. Tentu tak jadi macam nie” bisik Pak Mat.
            Saiful anak sulung dalam keluarga. Dia mempunyai seorang adik perempuan berusia 14 tahun. Saiful kini berusia 17 tahun dan kini tidak bersekolah. Dia telah lama dibuang sekolah atas banyak kesalahan lampau yang dilakukannya. Semasa berusia 13 tahun, Saiful seorang budak yang amat dihormati penduduk kampung kerana suaranya yang merdu ketika membaca al-Quran. Namun, kini semuanya berubah. Saiful menjadi samseng kampung dan sering mencetuskan pergaduhan.
            Saiful menuju ke suatu tempat yang terletak tidak jauh dari kampungnya. Kelihatan ramai pembonceng motorsikal sedang berkumpul di situ. Mereka terdiri daripada remaja kampung berdekatan.
            “ Saiful, hari ini berapa kau dapat?” tanya seorang pemuda berbaju biru.                            
            “ RM 300 tunai bro..penat aku minta dengan mak aku tu. Hampir sejam aku tunggu, orang tua tu masih tak nak bagi. Aku sepak je sekali, dapat RM300!! Hahaha!” kata Saiful dengan rasa bangga.
            “ Takkan sampai sepak orang tua kot. Tak apalah, yang penting duit. Hari ini kita taruh semua. Tak nak macam semalam, setakat RM50 seorang. Mana syok...” tambah seorang pemuda berbaju merah sambil merokok. Mereka hampir setiap hari melakukan perbuatan terkutuk itu iaitu berjudi.
            Langit sudah pun bewarna kuning dan waktu maghrib akan berkumandang. Namun, anak-anak remaja ini masih meneruskan aktiviti mereka walaupun hanya diterangi cahaya pelita yang dibawa oleh kumpulan tersebut.
            “ Oi...Saiful, banyak kau menang hari nie ye. Tak nak bagi sikit ke kat aku?” tanya seorang pemuda yang mempunyai tubuh yang paling besar di kalangan mereka. Saiful tidak mengendahkan kata-kata lelaki tersebut.
            “ Oi.. kau dengar tak?” jerit seorang pemuda lain.
            Saiful tidak berkata apa-apa lalu menunjukkan isyarat lucah ke arah mereka. Satu pergaduhan akhirnya berlaku. Saiful berjaya melarikan diri. Dia pulang semula ke rumah dengan perasaan gembira. Hari itu, dia telah mendapat lebih daripada RM700 hasil daripada perjudian.
            “ Balik jugak kau rupanya” kata ayahnya yang menunggu di hadapan pintu rumah. Pak Mat memandang tajam ke arah Saiful.
            “ Tentulah balik. Dah menang duit banyak, buat apa nak tunggu kat situ lama-lama” balas Saiful sambil ketawa.
            “ Berapa kau dapat hari nie?”tanya Pak Mat.
            “ RM700.. nanti saya bagi ayah separuh. Bolehlah ayah beli makanan, pastu duit perbelanjaan Anisa pulak biar saya yang bagi” jelas Saiful.
            “ Simpan sahaja duit najis tu. Anisa dan ayah tak akan sentuh duit najis tu. Kami relah kelaparan” tegas Pak Mat. Anisa, adik Saiful muncul di hadapan pintu. Anisa seorang budak perempuan yang cantik dan bertubuh kecil sungguhpun berusia 14 tahun. Dia seorang yang pendiam dan suka tersenyum.
            “ Abang baru balik? Lama Nisa tunggu abang kat sekolah tadi. Paksa Nisa balik jalan kaki. Abang pergi mana?” tanya Nisa.
            “ Maaflah, abang ada kerja sikit tadi. Esok abang janji, abang akan jemput Nisa balik” kata Saiful. Ketika Saiful hendak melangkah ke dalam rumah, Pak Mat menahannya.
            “ Mulai daripada malam ini, kau jangan tidur kat rumah ini lagi. aku tak mahu duit najis tu berada di dalam rumah aku” Pak Mat meninggikan suaranya. Saiful menjeling tajam ke arah ayahnya. Dia menunjukkan isyarat lucah ke arah ayahnya lalu berjalan semula ke motorsikal.
            “ Baiklah, saya tak akan wujud kat rumah ini lagi. lagipun, saya ada duit. Mana-mana sahaja saya dapat hidup. Oh ya, jangan lupa. Kirim salam mati kat mak. Haha!!” kata Saiful lalu menghidupkan enjin motorsikalnya.
            “ Astaghfirullahhalzim...” bisik Pak Mat. Air mata lelaki tua tersebut mengalir mengenangkan sikap anaknya yang semakin teruk dan kurang ajar. Anisa memeluk erat ayahnya kerana cuba untuk memujuk ayahnya itu.
            “ Ayah, sabar je la.. adik yakin, suatu hari nanti abang akan berubah. Adik rindukan abang adik yang dulu” kata Anisa.
            Saiful berhenti di sebuah pondok usang yang terletak tidak jauh dari rumahnya. dia terlalu penat dan mengantuk. Dia mengambil keputusan untuk tidur di situ malam itu.
            “ Esok pagi, aku cari tempat lain. Mengantuknya” bisik Saiful. Dia lansung tidak memikirkan akan kesihatan maknya yang lumpuh di rumah. Sudah hampir 5 tahun maknya tidak dapat berjalan melainkan hanya dapat merangkak. Mak cik Milah lumpuh akibat terjatuh semasa menghantar Saiful ke kelas KAFA dengan menggunakan basikal.
            “ Abang, Saiful dah balik?” tanya Mak Cik Milah yang sedang duduk di atas kerusi. Pak Mat menyentuh dahinya dan mengeluh. Isyarat badan yang ditunjukkan Pak Mat membuatkan Mak Cik Milah memahami suaminya itu.
            “Saya terkilan melihat Saiful begitu. Kalaulah kita pantau dia betul-betul” bisik Mak cik Milah. Sikap Saiful berubah sejak dia mengikuti kawannya bercuti tempat. Saiful teringin untuk mengikuti kawan-kawan setingkatannya semasa program selepas peperiksaan. Apabila dia pulang ke rumah beberapa hari kemudian, sikapnya mula berubah malah dia semakin jarang memberi salam.
             Pada malam itu, Pak Mat dan Anisa menjaga Mak cik Milah. Anisa membantu ibunya mengambil air wudhuk untuk menunaikan solat Isyak. Bagi Anisa semua itu masih terlalu senang untuknya dan tidak membebankan berbanding ketika Mak cik Milah menjaganya dari kecil hinggalah berumur 14 tahun.
            “Mak, kalau adik dah dewasa kelak, adik nak jadi seorang doktor. Nanti, dapatlah adik rawat sakit mak. Adik nak tengok mak dapat berjalan semula seperti dulu. Adik sayang mak” kata Anisa yang amat menyayangi maknya itu. mak cik Milah tersnyum dan air matanya mengalir. Alangkah bagusnya jika Saiful ada ketika itu.
            Keesokan paginya, Anisa bangun lebih awal. Dia ingin melakukan qiamulail pada pagi tersebut. Dulu, dia selalu melakukan qiam bersama abangnya. Dia selalu mendoakan semoga penyakit ibunya sembuh dan abangnya berubah. Dia rindukan saat bahagia keluarga tersebut.
            “ Ya Rabbi, ubatilah penyakit ibuku, tabahkanlah hatinya untuk meneruskan perjuangan di atas muka bumiMU dan ampunilah dosa serta kesalahannya. Begitu juga dengan ayahku Ya Allah, kuatkanlah imannya, fizikalnya dan semangatnya untuk menempuhi semua ujianMU. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Kau bukakanlah pintu hati abangku. Sesungguhnya aku tidak mempunyai saudara lain selain daripadanya Ya Allah. Aku sayang abangku. Aku rindukan abang aku yang dulu Ya Allah”
            Angin pagi mula bertiup. Suasana sejuk dan tenang dapat dirasai. Di setiap rumah, alunan dzikir dan selawat dapat didengari. Namun, disebalik ketenangan itu masih ada lagi aktiviti kotor yang dilakukan oleh remaja-remaja kampung. Ketika orang kampung bangun awal bersiap untuk pergi ke masjid,  remaja-remaja kampung pula bangun awal untuk berjudi.
            “ Dah subuh??” kata Saiful sambil menggosok matanya. Dia menggaru-garu seluruh badannya yang gatal akibat digigit nyamuk. “ Tak guna punya orang tua nak mampus, kalau kau tak halau aku dari rumah. Sudah tentu aku tak digigit nyamuk sampai banyak begini” marah Saiful lalu menghidupkan enjin motorsikalnya.
            Dia kemudiannya menuju ke rumah kawan baiknya, Karim. Karim sekelas dengan Saiful semasa di tingkatan 3 dan merupakan kaki samseng kampung. Karim tinggal di sebuah rumah kosong di hujung kampung selepas dihalau oleh ibu bapanya.
            “ Kau rupanya, aku ingatkan siapa tadi. Kenapa kau datang pagi-pagi buta nie ha?” tanya Karim. Saiful menjelaskan niatnya untuk tinggal serumah dengan Karim dan menunjukkan wang haram yang baru dimenanginya semalam.
            “ Banyak duit kau dapat? Hari ini tak main lagi ke? Mane tahu kau dapat jadi jutawan kampung” kata Karim. Dia terus memperlawa Saiful masuk ke dalam rumah kosongnya. Rumah tersebut hanya diterangi dengan cahaya pelita sahaja. Saiful baring di atas sebuah papan. Dia menunggu sehingga matahari naik.
            “ Kau nak pergi mana Pul?” tanya Karim. Saiful duduk di atas motorsikalnya. “ Aku nak hantar adik aku. Semalam aku dah janji nak hantar dia pergi ke sekolah. lagipun, sekolah dia jauh” jelas Saiful. Karim terkejut mendengar kata-kata Saiful. Baru semalam ayahnya menghalaunya dari rumah, namun pada pagi itu dia sanggup pula menghantar adiknya serta menjejakkan kembali kakinya ke rumah.
            “Adik, maaflah. Semalam ayah tak sempat nak belikan makanan. Ayah belum dapat gaji lagi” kata Pak Mat. Anisa meletakkan begnya ke atas meja lalu berjalan ke arah ayahnya. “ Tak apalah ayah, biar hari ini adik puasa. Adik kan kuat, setakat tak makan tu tak akan dapat menghalang adik menimba ilmu” kata Anisa sambil tersenyum. “ Kamu gunalah basikal ayah tu. Biar ayah jalan kaki pergi ke kebun” pinta ayahnya. Anisa menggelengkan kepalanya. Dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja.
            Tiba-tiba, terdengar bunyi motorsikal di hadapan rumah. Saiful memanggil adiknya. “ Nisa! Nisa” jerit Saiful. Anisa berlari keluar untuk mendapatkan abangnya itu. “ Buat apa kau ke sini lagi? aku tak nak tengok muka kau lagi” kata ayahnya.
            “ Saiful nak hantar Anisa. Dia adik Saiful. Aku tak akan jejakkan kaki ke dalam rumah neraka tu lagi” kata Saiful. Kata-kata Saiful membuatkan Pak Mat dan Anisa megucap panjang.
            “ Abang, tak baik cakap macam tu. Kita patut bersyukur Allah telah memberikan kita sebuah tempat untuk berteduh” kata adiknya. Saiful mendiamkan diri. Dia masih bencikan ayah dan ibunya. Saiful mendekati ayahnya yang berdiri di pintu dapur itu.
            “Aku tahu kau tak mahu anak macam aku lagi kan? Kau hanya mahukan anak yang alim. Tapi itu dulu. Kini aku dah tahu erti kehidupan. Tak perlu semua benda alim-alim nie. Tak penting sangat pun. Tetapi ingat, mak kat atas tu tak akan hidup lama tanpa ubat” kata Saiful sambil menghulurkan sedikit duit.
            “ Aku tak akan sentuh duit najis nie. Baik kau pergi dari sini” kata Pak Mat dengan nada suara yang tinggi lalu menolak tangan Saiful. Duit yang ada dalam tangan itu terjatuh ke tanah. Saiful menyumpah ayahnya itu dengan kata-kata yang jijik. Sehinggalah mulutnya meluahkan sesuatu. “ Baik ayah tiada lagi kat dunia nie!! Biar ayah mampus!” jerit Saiful.
            Pak Mat mengaminkan kata-kata Saiful lalu berkata “ Semoga kau ditunjukkan jalan yang lurus selepas ini.” Saiful beredar dari situ. Anisa hanya mampu berdiri kaku kerana dia tidak berani untuk menghalang abangnya itu. dia takut jikalau abangnya itu akan bertindak sesuatu yang diluar jangkaan.
            “ Ayah?? Sabar lah ayah. Bawa mengucap” kata Anisa yang cuba untuk menenangkan perasaan ayahnya itu. Anisa mengambil keputusan untuk tidak ke sekolah pada hari itu. Saiful pulang semula ke rumah Karim. Dia berasa sangat marah kerana niat baiknya dihalang oleh ayahnya. Dia menceritakan segalanya kepada Karim sambil mengeluarkan kata-kata kesat.
            “ Relax lah bro..hidup masih panjang lagi. Tadi kawan aku call, dia cakap ada jutawan yang pakar berjudi ingin mencabar kau. Katanya, kalau kau menang besar, dia akan berikan kau apa-apa sahaja yang kau nak. Kalau tak silap, nama dia King Ace” jelas Karim.
            “ Tapi, duit aku mana cukup” kata Saiful. Karim memujuk kawannya itu. dia menunjukkan sebuah beg yang berisi duit yang begitu banyak. duit itu semuanya hasil perjudian Karim. “ Aku akan tolong kau kalau kau tolong aku” kata Karim.
            Pada pagi itu juga mereka pergi ke tempat yang telah ditetapkan. Semasa dalam perjalanan, mereka ketawa dan mengganggu orang kampung sebelum keluar dari kampung. Tempat tersebut terletak di sebuah gudang lama. Mereka memulakan perjudian sambil meneguk arak.
            “ Kau memang hebat Saiful. Hampir semua duit aku kau menang. Tak apa, kita teruskan” kata seorang lelaki pertengahan umur yang digelar King Ace. Saiful ketawa sambil meneguk arak di sisinya. Dalam keadaan khayal, dia masih meneruskan perjudian itu. jam menunjukkan pukul 8 malam. Semakin ramai kaki judi datang ke tempat itu.
            “ Kenapa dengan kau nie Saiful? Kita dah rugi banyak nie!” kata Karim. Saiful yang dalam keadaan mabuk itu menggelengkan kepala. Dia tidak percaya dia telah kalah. “ Sekarang, kau kekurangan wang. Bagaimana sekarang? Nampaknya banyak yang kau dah hutang kat aku” kata King Ace.
            “ Maaflah, hanya ini sahaja wang kami. Nanti yang hutang lain tu, esok kami langsaikan” kata Karim yang dalam keadaan ketakutan. King Ace seorang kaki judi yang digeruni. Karim pernah mendengar cerita tentang King Ace yang sanggup melakukan apa sahaja demi kepuasannya.
            “ Aku mahukan hari ini. Kalau kau tak ada duit, kau boleh gantikan dengan yang lain” kata King Ace sambil tersenyum. Saiful dalam keadaan mabuk itu masih tidak sedarkan diri. Dia khayal dan tidak mampu untuk bercakap.
            “ Baiklah, baiklah. Kami gantikan dengan seseorang. Masih muda lagi. Itu pun kalau tuan mahu” kata Karim yang bercakap dalam keadaan ketakutan. Dia memegang bahu Saiful. “ Hahaha... baiklah..kat mana?” tanya King Ace.
            Karim memberitahu lokasi tersebut kepada King Ace. Seseorang yang digadai Karim ialah adik Saiful, Anisa. Saiful tidak mendengar perbualan mereka kerana dia sudah tidak sedarkan diri. King Ace membawa Saiful dan Karim ke dalam keretanya dan menuju ke rumah Saiful.
            Setibanya di rumah Saiful, orang bawahan King Ace terus menyerbu masuk ke dalam dan mendapatkan Anisa yang ketika itu menemani Mak cik Milah di ruang tamu. Pak Mat cuba untuk menghalang dan menyelamatkan anak perempuannya itu tetapi malang, salah seorang daripada mereka menikam sebilah pisau ke arah Pak Mat. Pak Mat menahan kesakitan dan masih berusaha untuk mempertahankan maruah anak perempuannya itu.
            “ Kau jangan sentuh anak aku!!” jerit Pak Mat. Akhirnya, beberapa minit kemudian Pak Mat jatuh. Darah keluar begitu banyak. Anisa menjerit melihat ayahnya terbaring kaku di lantai. “ Ayah! Ayah! Ayah!!”
            Di dalam kereta, Saiful tersedar. Karim yang berada di luar kereta hanya berdiri kaku seorang diri. “ Kenapa kita kat sini?” tanya Saiful. Belum sempat Karim menjelaskan semuanya, Saiful terlebih dahulu memasuki rumah. Dia berlari ke ruang tamu dan terkejut melihat ayahnya terbaring dengan berlumuran darah.
            Kemudian, dia terdengar suara adiknya menjerit di dalam bilik. Saiful berlari sepantas kilat lalu menyelamatkan adiknya. Mujurlah orang kampung turut membantu Saiful. Beberapa orang jiran datang ke rumah untuk membantu. Akhirnya, semua orang bawahan King Ace berjaya dikalahkan. Anisa memeluk erat abangnya sambil menangis. Saiful bersyukur kerana adiknya tidak di apa-apakan.
            “ Celaka kau orang yang jijik!” jerit salah seorang penduduk kampung. Karim pada waktu itu berjaya melarikan dirinya. “ Maafkan abang..maafkan abang...Nisa” kata Saiful sambil memeluk erat adiknya itu. Saiful berterima kasih kepada semua penduduk kampung yang datang membantu.
            Saiful dan Anisa berjalan keluar dari bilik . Saiful menatap mayat ayahnya yang terbaring kaku di lantai rumah. Saiful mengangkat kepala ayahnya itu.
            “Ayah! Ayah..maafkan Saiful ayah..maafkan Saiful ayah..Saiful berdosa. Saiful anak yang derhaka! Hukumlah saiful ayah!! Ayah..” jerit Saiful sambil menangis. Dia mencium dahi ayahnya itu. Baru pagi itu dia melihat ayahnya masih dapat bergerak dan bercakap, namun kini ayahnya sudah pun tidak bernyawa.
            Anisa pula pergi mendapatkan ibunya yang terlantar di kerusi. Semasa orang bawahan King ace menyerbu masuk, Mak cik Milah hanya terlantar kerana tidak mampu berbuat apa-apa. “ Mak..mak..mak??” jerit Anisa.
            Tanpa disedari, Mak cik Milah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Wajahnya terlalu pucat pada masa itu dan badannya berasa sangat sejuk. “ Mak! Bangun lah mak! Mak...! kenapa mak pergi jugak?! Mak!..Anisa rindukan mak!..mak..bangunlah!” jerit Anisa.
            Takdir Allah SWT, kedua-dua insan yang paling disayangi Anisa dan Saiful kini telah kembali ke rahmatullah. Saiful menatap wajah ibunya. Dia masih mengalirkan air matanya.
 “ Maafkan Saiful mak, Saiful berdosa mak.. mak...Saiful nak bertaubat mak..Saiful nak tengok wajah mak senyum.. sudah lama Saiful tak tengok. Mak , bangunlah...mak” Saiful tidak dapat menahan kesedihannya itu. Dia yakin, itulah kuasa Allah SWT, kata-kata kesat yang selalu diucapnya kini menjadi kenyataan. Dia menyesali segala perbuatannya. Dalam sekelip mata, dia dan Anisa menjadi anak yatim piatu.
Pada malam itu, penduduk kampung bekerjasama menguruskan jenazah. Sepanjang malam, Anisa dan Saiful menemani kedua ibu bapanya. Semua penjenayah sudah pun diberkas polis dan ditahan. Saiful bersyukur kerana dia dibenarkan untuk menemani ayah dan ibunya sebelum ditahan oleh pihak polis.
“ Kalaulah abang tak terpengaruh, sudah tentu mak dan ayah ada sekarang. Kenapa abang terlalu bodoh. Semua salah abang. Abang berdosa! Selepas nie neraka akan menanti abang” kata Saiful sambil melihat kedua-dua jenazah.
“ Nasi dah menjadi bubur. Abang janganlah salahkan diri sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang. Pintu taubat masih luas terbuka. Adik nak lihat abang adik yang dulu, yang suka membaca al-Quran, kuat beribadat, suka berpuasa, baik, dihormati dan suka senyum. Adik nak tengok” pinta Anisa.
“ InsyAllah, abang cuba. Maafkan abang sebab tak dapat jadi abang yang terbaik untuk adik. Terima kasih ayah. Terima kasih mak” kata Saiful.
Keesokan harinya, Saiful bersama penduduk kampung mengebumikan jenazah. Selepas selesai membaca surah yassin, kereta polis datang untuk menjemput Saiful. Anisa memeluk erat abangnya.
“ Abang, selepas nie abang janji kat adik, abang tak akan buat kerja yang terkutuk itu lagi” kata Anisa. Saiful mengucup dahi adiknya lalu berkata “ Abang janji.” Saiful digari lalu memasuki kereta polis. Anisa melambai tangan ke arah abangnya.
Mulai hari itu, semuanya berubah. Anisa tinggal di rumah anak-anak yatim dan bersekolah di sekolah baru. Walaupun harapannya untuk merawat penyakit maknya apabila dewasa kelak tidak tercapai, namun dia masih rajin untuk belajar. Dia juga sentiasa mengingati pesanan arwah ayahnya.
Saiful pula berada di penjara selama beberapa tahun. Dia bersyukur tidak diberikan hukuman yang berat. Di penjara, dia menerima hidayah Allah semula dan bertaubat nasuha. Dia berjanji kepada dirinya sendiri, apabila dia keluar kelak dia ingin menjadi seorang ustaz. Setiap malam, Saiful memanjangkan doanya. Dia rindukan arwah ayah dan ibunya. Walaupun selalu menunjukkan rasa benci, namun dalam hati Saiful dia masih menyayangi mereka.
7 tahun berlalu, Saiful telah keluar dari penjara. Di saat itu, hidup barunya bermula. Di hadapan pintu penjara, Anisa sedang menanti kemunculan abangnya itu. Setelah keluar, Anisa tersenyum sendirian kerana seronok melihat abangnya semula. Semua kisah lama, dijadikan kenangan.
“ SETIAP KATA-KATA ITU ADALAH DOA. BERHATI-HATILAH KETIKA BERBICARA”

TAMAT.......
Karya Awang Mohamad Razizie Bin Awang Yusuf
So Eizy’s collections

Zain Bikha-Denn il Islam (I AM A MUSLIM)

Deen-il-Islam

By : Zain Bhikha

By: (Linda Gcwensa & Zain Bhikha)

If you ask me, why do I stand here,
So unafraid of everything around me.
Proudly I would say, I am a Muslim.
If you ask her, why does she dress that way,
All covered up in a world that gives it all away.
Proudly she would say, I am a Muslim.

Chorus:
Deenil Islam deeni Wala ‘ardab gheiru deeni Muhammad elli hadeeni Nourel iman x 2

If you ask me, surely this cannot be,
You give your wealth so free, and you say your life is charity.
It ain’t hard to see, I am a Muslim.
If you ask him, why does it hurt so,
When he sees injustice, even though it’s folks he doesn’t know,
With tears in his eyes he says, I am a Muslim.

Chorus

If you ask her, why doesn’t she cry,
There’s no one by her side, she’s the only one that’s left behind.
Patiently she sighs, I am a Muslim.
If you ask him, why does he still pray,
Five times a day when so many others have strayed.
Smiling he would say, I am a Muslim.

Chorus

If you ask me, why do I love you
No matter where you are, we are the greatest Ummah
With the beating of our hearts, we are Muslim.

La-illah-ha-illalah Muhammad-ur-rasullulah
There is only one God
La-illah-ha-illalah Muhammad-al-Mustapha
Muhammad is the messenger
La-illah-ha-illalah Muhammad-ur-rasullulah
There is only one God
La-illah-ha-illalah Muhammad-al-Mustapha
Muhammad is the messenger

More Lyrics at: MuslimLyrics.com