KEAJAIBAN SEBUAH KEIKHLASAN
Kita selalu dengar ayat ini. “Cinta tak mengenal usia”. Betul kan? Memang betul, cinta tidak mengenal usia. Bukan sahaja itu, bahkan juga cinta tak mengenal pangkat, keturunan mahupun bangsa. Itulah kuasa cinta. Saya akan menceritakan kepada anda suatu kisah yang agak menarik dan boleh menjadi motivasi serta teladan untuk kita tentang erti sebenar cinta yang hakiki. Cinta yang mempunyai banyak cabaran yang perlu diharungi untuk mendapatkannya.
Pada suatu petang, Fred sedang menunggu di sebuah pondok di hadapan sebuah rumah Melayu. Sudah hampir enam tahun Fred berpindah ke Malaysia untuk memulakan hidup baru di negara orang. Semenjak berada di Malaysia, Fred sudah pandai bertutur dalam bahasa Melayu. Baginya, bahasa Melayu adalah antara beribu bahasa yang mudah untuk difahami.
“Oh man, I’m so sorry. Saya tengah baca al-mathurat tadi, sebab tu lambat. Dah lama ke tunggu sini?” tanya Mirul. Fred bersalaman dengan Mirul di hadapan pondok. Selepas itu, mereka duduk di kerusi. “Tak apalah Mirul, saya sudah biasa tunggu kamu lama-lama. Petang begini kan kamu selalu baca buku itu kan?” tanya Fred. “Eish, tu bukan buku lah Fred. Yang tu namanya Al-mathurat. Dalam agama Islam, al-mathurat itu pendinding bagi menghalang syaitan daripada mengganggu” jelas Mirul.
“Oh. Sudahlah, saya tak mahu dengar cerita bab-bab agama ini. Kita sudah lewat, mari kita pergi sekarang” kata Fred lalu menuju ke keretanya. Fred dan Mirul berkawan sejak Fred mula-mula menjejakkan kakinya ke Malaysia lagi. Kisahnya bermula sejak ayah Mirul, bekerja sebagai pemandu teksi. Pak cik Karim, ayah Mirul pada ketika itu sedang menunggu pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatan teksinya di lapangan terbang, secara kebetulan Fred datang ke Malaysia. Ketika Fred hendak mencari teksi, Fred hampir-hampir menjadi mangsa ragut ketika dia sedang memeriksa wang tunainya. Lantas dengan itu, Pak cik Karim menyelamatkan Fred daripada diragut.
Sejak daripada itu, Fred mula berkawan rapat dengan Pak cik Karim dan seterusnya kepada Mirul sendiri. Fred seorang lelaki berkulit putih yang berasal dari kota London. Dia tidak beragama dan tidak percayakan Tuhan. Walaupun begitu, keluarga Pak cik Karim amat menyayangi Fred dan menganggapnya seperti anak sendiri.
Fred dan Mirul dalam perjalanan hendak ke kolej mereka. Fred dan Mirul bekerja sebagai guru di sana. Dalam perjalanan, tiba-tiba telefon bimbit Mirul berbunyi. “Assalamualaikum, Mirul ke nie?? Ini Mia. Hari ini saya balik Malaysia” kata Mia, kekasih Mirul. Mirul terkejut mendengar suara Mia. Sudah hampir empat tahun mereka tidak berjumpa sejak Mia melanjutkan pelajarannya ke luar negara.
“Waalaikumsalam..Mia? lama tak dengar berita. Ingatkan Mia sudah lupa kat abang. Mia sihat?” tanya Mirul. Fred hanya tersenyum melihat kelakuan Mirul. Itu pertama kali Fred melihat wajah Mirul seceria itu. mungkin kerana rasa rindunya terubat setelah mendengar suara kekasih hatiya. “Kamu nampak gembira Mirul, siapa yang telefon kamu itu?” tanya Fred sambil memandu dengan berhati-hati.
“Mia, malam nanti dia sampai Malaysia. Oh ya, kau tak pernah jumpa Mia kan? Malam nie tentu kau akan tahu nanti” kata Mirul. Fred hanya membalas dengan senyuman. selepas selesai bekerja, Fred dan Mirul masuk semula ke dalam kereta. “Jam menunjukkan pukul 10 malam, jadi where you want to go?” tanya Fred.
“Kita pergi airport dulu. Lagipun, Mia mungkin sampai dalam pukul 11. Bolehkan?” tanya Mirul untuk mendapatkan kepastian. Fred hanya mengangguk tanda setuju lalu memulakan perjalanannya ke lapangan terbang. Dalam perjalanan, kereta Fred tidak dipasang radio atau lagu. Fred memberi ruang kepada Mirul untuk mengaji di dalam kereta. Fred sudah biasa dengan amalan yang sering dilakukan oleh Mirul. Dia menghormati agama orang lain tanpa berasa pelik sedikit pun.
“Alhamdulillah, malam nie selesai jugak juzuk 27” kata Mirul sambil mengucup al-Quran kecilnya. “Jadi tinggal tiga lagi kan?” tanya Fred. “Ya, kalau kita baca sambil mengetahui maksudnya, sudah tentu kita akan memahami ayatnya. Kau nak tahu tak Fred, dalam Islam ada banyak cara untuk kita dapat pahala. Tak kiralah walau hanya berniat sahaja sekali pun” jelas Mirul untuk membuka topik perbualan.
“Oh, niat itu apa?” tanya Fred seperti ingin tahu dengan lebih mendalam. “Niat itu sesuatu yang kita ingin buat tapi kita belum buat. Hanya inginkan dalam hati sahaja. Kalau kita niat untuk melakukan benda baik, kita akan dapat pahala walaupun kita belum melakukannya lagi. Kalau kita berniat jahat, kita tidak akan mendapat dosa sebelum kita melakukannya lagi” jelas Mirul. “Interesting..but, saya tak percayakan Tuhan.. bagi saya, Tuhan itu tak wujud. Kita hidup, hanya diberi untuk hidup. Pabila kita mati, kita akan mati dan dihidupkan semula. Itu sahaja” balas Fred.
“Percayalah Fred, Tuhan itu ada. Jika kau mencariNya, pasti Dia akan dekat pada kau” kata Mirul memberi semangat kepercayaan kepada Fred. “OK..saya akan cuba nanti” balas Fred. Selepas tiba di lapangan terbang, Fred menunggu di dalam kereta sementara Mirul masuk ke dalam untuk menjemput Mia. “Baiklah, kau tunggu kat sini, aku masuk dulu. Selepas nie, tentu kau akan tengok bakal isteri aku” kata Mirul.
Semasa Fred menunggu di dalam kereta, dia teringat kembali alunan suara Mirul ketika melafazkan ayat-ayat al-Quran. Dalam diam, pintu hatinya mula terbuka sedikit. Ketika mata Fred hampir tertutup, tiba-tiba bunyi pintu dibuka menyedarkannya. “Laa...penat ke Fred? Kalau macam tu, biar aku yang memandu selepas nie” kata Mirul yang kasihan melihat Fred terlelap di kerusi.
“Oh..maafkan saya. Mungkin terlalu letih agaknya” kata Fred lalu beredar keluar daripada kereta. Semasa hendak memasuki kereta kembali, Fred terkaku melihat Mia yang sedang duduk di kerusi belakang. Seorang gadis bertudung hijau dan berwajah ayu itu bernama Miasara. “Oh..jadi kamu Mia?” tanya Fred ketika berada di dalam kereta.
Semasa dalam perjalanan ke rumah Mia, mereka berborak panjang. Mia menceritakan tentang pengalamannya merantau di negara orang iaitu di Dubai. Setelah sampai ke rumah Mia. “Esok awak free ke?” tanya Mirul kepada Mia semasa Mia hendak membuka pagar rumahnya. “Emm...InsyAllah..nanti saya call abang. Pandu hati-hati. Assalamualaikum..” kata Mia sambil memberi senyuman kepada Mirul. Mirul membalas senyuman Mia dengan penuh ceria.
“Sudah berapa lama kamu berpasangan dengannya?” tanya Fred. “Maksud kau, couple?” tanya Mirul kembali. “Yes, couple” balas Fred. Mirul mengangkat jarinya dan mula mengira lalu ketawa sendirian. “Haha...kami kenal sejak sekolah menengah lagi. Dalam beratus-ratus pelajar perempuan kat sekolah masa tu, hanya dia seorang sahaja yang aku tertarik. Aku dah berjanji kat dia, hujung tahun nie, aku akan melamar dia” jelas Mirul.
“Wow, sudah lama betul. Nampaknya, tak lama lagi kawan saya ini akan menjadi husband orang. Haha..come on, kita balik. Kita sudah lewat” kata Fred. Mereka kemudiannya pulang ke rumah. Fred tinggal bersama-sama keluarga Mirul di kampung. Pak cik Karim yang membenarkan dia tinggal di rumah.
“Assalamualaikum, ayah, adik...kami dah balik” kata Mirul. Fred pula menutup pintu rumah. Mirul mempunyai seorang adik perempuan. Ibunya pula telah lama meninggal dunia setelah melahirkan Ayesha, adik Mirul. “Abang dan abang Fred dah balik? Makanan ada kat dapur” kata Ayesha yang terjaga daripada tidur sambil menggosok matanya.
“Kasihannya, adik sambung tidur balik. Kami pun dah penat” kata Mirul lalu beredar masuk ke dalam bilik. Fred pula masuk ke dalam biliknya yang terletak di tingkat bawah berhampiran ruang tamu. Bilik Mirul pula di tingkat atas.
Segala kepenatan sepanjang hari itu direhatkan di atas katil sehingga ke waktu subuh. Kecuali Fred yang tidur sehingga cahaya matahari berdiri tegak. Tepat jam 4.30 pagi, ketiga-tiga jam loceng milik Pak cik Karim, Ayesha dan Mirul berbunyi. Seawal jam tersebut, ketiga-tiga mereka akan membersihkan diri dan menunaikan solat subuh secara berjemaah di surau berdekatan rumah mereka.
“Fred..bangun Fred...” kata Pak cik Karim sambil mengetuk pintu biliknya. “Ada apa pak cik?” tanya Fred. “Oh, maaflah mengganggu kamu, kami nbak ke surau. Hari ini ada kuliah subuh, jadi kami balik lewat sikit. Kami bawa kunci pendua” kata Pak cik Karim. Fred hanya mengangguk.
Selepas mereka beredar ke surau, Fred tidak dapat menyambung tidurnya semula kerana terjaga. “Oh no..why i can’t sleep anymore..” bisik Fred. Dia merenung ke arah jam dinding yang menunjukkan pukul 5.20 pagi. Fred mengambil keputusan untuk pergi ke ruang tamu. Semasa dia duduk di kerusi, dia ternampak banyak cd di atas meja. “Mungkin Ayesha yang punya” bisik Fred. Dia melihat dan mengambil cd-cd tersebut. “Selawat?? Ini lagu ke?” tanya Fred lalu cuba untuk memasangnya di radio cd.
“Kenapa yang ini lain daripada yang Mirul selalu baca tu?” bisik Fred. Dia lansung tidak faham mengenai amalan yang selalu dilakukan oleh Mirul dan keluarganya. Fred mula menyukai alunan selawat dan zikir yang dibukanya. Tanpa disedari, dia terlelap di kerusi. Bunyi pintu dibuka, pak cik Karim dan anak-anaknya pulang ke rumah. “Eh? Siapa yang pasang cd adik?” tanya Ayesha lalu berlari ke dalam rumah.
“Ayah, tengok tu” kata Mirul. Mereka melihat ke arah Fred yang sedang nyenyak tidur di kerusi sambil alunan zikir dan selawat masih dipasang. “Abang Fred??” kata Ayesha kehairanan. Selepas Ayesha menutup pemain cd itu, Fred pun terjaga daripada tidur. “Emm..oh..u guys..kamu dah balik. Maaflah, saya tak dengar..” kata Fred. Pak cik Karim dan Mirul hanya tersenyum melihat Fred. “Kamu yang pasang cd tu Fred?” tanya Pak cik Karim.
“Ya, cd lagu tu. Tadi saya tak dapat tidur. Selepas saya pasang cd tu, mata saya mula terlelap” jelas Fred. Ayesha hanya tersenyum seolah-olah ada perubahan pada Fred. Sejak hari itu, Fred semakin suka mendengar selawat dan zikir. Setiap hari, Ayesha akan memainkan cd yang dibelinya untuk Fred.
“Fred, aku nak minta tolong kau, boleh?” tanya Mirul semasa mereka berada di ruang tamu. “Tolong apa?” balas Fred. Mirul menghulurkan sesuatu untuk Fred. “Hari ini, aku ada kerja sampai malam. Budak-budak kat kolej tu ada projek nak dibuat hari ini. Secara kebetulan, hari ini aku dah janji kat Mia yang aku nak bawa dia keluar. Nanti, kau bawa Mia dan Ayesha keluar ke bandar ya” jelas Mirul.
“Baiklah...” jawab Fred. Pada hari itu, Fred dan Ayesha terus ke rumah Mia. “Assalamualaikum kakak!!” jerit Ayesha. Mia keluar dari rumah dan memasuki kereta. Tetapi, sebelum dia memasuki kereta Fred. “Kakak seganlah nak duduk sebelah dia, kamu je yang duduk kat situ” kata Mia. Ayesha pula membalas. “Saya pun segan kak. Kalau ada abang tadi kan bagus. Tak pe lah, kita duduk kat belakang je lah” kata Ayesha.
“Abang Fred, kami duduk kat belakang ye” kata Ayesha lalu tersenyum ke arah Fred. “Okay, no problem” balas Fred. Mereka bertolak menuju ke bandar. Fred pada hari itu cuti. Oleh sebab itu, Mirul meminta pertolongannya untuk membawa Ayesha dan Mia keluar ke bandar. Semasa dalam perjalanan, Fred teringat akan pesanan Mirul. “Oh ya, tadi Mirul ada bagi sesuatu untuk kamu Mia” kata Fred lalu menyerahkan sebuah bungkusan kepada Mia.
“Patung nie!!” bisik Mia lalu memeluk patung panda itu. “Saya ingatkan apa tadi isinya. Rupa-rupanya patung” kata Fred. Setelah sampai, Ayesha dan Mia terus keluar dari kereta. “Wah!! Alhamdulillah...sudah lama Mia tak jejakkan kaki di sini. Banyaknya perubahan..” kata Mia. “Kakak!!kakak!! kita pergi sana” kata Ayesha lalu terus menarik tangan Mia. Fred hanya berjalan dan mengawasi mereka. Baginya, mereka berdua seperti perempuan lain, sangat gembira apabila dibawa membeli-belah.
“Kakak!!kakak!! kita ke sana pulak” kata Ayesha yang terlalu gembira. “Nanti kejap, kamu nie. Abang Fred kamu mana?” tanya Mia. Mereka terlalu gembira sehinggakan Fred hilang daripada pandangan. Tiba-tiba, beg tangan Mia diragut oleh seseorang. Dalam keadaan orang yang terlalu ramai, peragut tersebut terpaksa berhimpit dengan orang ramai. “Stop him!!” jerit Fred yang tiba-tiba muncul lalu mengejar peragut tersebut. Dengan bantuan orang ramai, Fred berjaya menangkap peragut itu.
“Give back!!” jerit Fred sambil menarik beg milik Mia. Beberapa minit kemudian, polis datang dan menangkap peragut itu. “Ini kamu punya. Lain kali hati-hati” kata Fred. Mia berterima kasih kepada Fred kerana menyelamatkan begnya itu. “Wa...abang tadi macam pelakon Hollywood je lah..bergaya betul...kacak pulak tu!!” kata Ayesha.
Mia ketawa kecil setelah mendengar kata-kata Ayesha. “Kakak!! Ayesha lapar..kita pergi makan nak?” kata Ayesha. Mia hanya mengangguk. “How bout you?” tanya Mia kepada Fred. Fred turut mengangguk. Semasa memasuki sebuah restoran terkenal, seorang pelayan restoran menyambut kedatangan mereka.
“Selamat datang ke restoran kami, hari ini kami ada menyediakan set makanan untuk keluarga. Jadi, encik dan keluarga encik akan menikmati promosi kami pada hari ini” kata pelayan tersebut. Ayesha dan Mia saling berpandangan. “ Kakak...Ayesha nie anak kakak ke?” tanay Ayesha. Mia pula berkata. “Sejak bila kakak ada anak?” balas Mia. Mereka terus ketawa sendirian. “We take this” kata Fred. “EH?????????????” jerit Mia dan Ayesha.
“Ini promotion, lebih murah daripada yang lain. Any problem?” tanya Fred. Mia dan Ayesha menggelengkan kepala. “Ok...papa dah cakap macam tu. Kite orang ok je lah” kata Ayesha. Mia memandang ke arah Ayesha lalu mencubit tangannya. “PAPA” bisik Mia.
Selepas selesai makan tengahari, Ayesha mengajak Fred pergi ke sebuah kedai buku berdekatan. “Bookstore?? Ok” kata Fred. Selain menggumpul cd, Ayesha juga minat menggumpul buku. Sudah menjadi kebiasaan Fred untuk membawa Ayesha ke kedai buku. Selalunya, Ayesha akan ditemani abangnya. Namun, kali ini berlainan kerana hanya Fred sahaja yang menemaninya.
“Awak suka buku tak Fred?” tanya Mia. “Suka, saya sukakan novel non-fiction” kata Fred. Mia mencari sebuah buku di rak lain. “Dah jumpa, saya nak awak baca buku nie” kata Mia. “The truth?” kata Fred. “Saya dah banyak dengar cerita tentang awak melalui Mirul. Saya percaya, suatu hari nanti awak pasti akan jumpa DIA. Kalau hati awak ikhlas mencari, Dia pasti akan datang untuk awak” kata Mia. “Kata-kata kamu itu sama seperti kata-kata Mirul.. saya akan cuba” balas Fred.
“Abang Fred, Ayesha terambil banyak buku. Hehe...siapa nak bayar nie? kakak ke abang?” tanya Ayesha. “Ya Allah Ayesha, banyaknya buku yang kamu ambil?? Kakak tak ambik wang banyak tadi” kata Mia. “Don’t worry, biar saya yang bayarkan” kata Fred.
Selepas itu, mereka pulang ke rumah. Selepas menghantar Mia pulang ke rumahnya. Dalam perjalanan, Ayesha bertanya kepada abang Frednya. “Abang Fred, kak Mia tu cantik kan?” tanya Ayesha. “Ya” jawab Fred.
“Kak Mia tu baik kan?” tanya Ayesha lagi. “Ya” jawab Fred.
“Kak Mia tu comel kan?”tanya Ayesha lagi. “Ya” jawab Fred.
“Abang suka kat kak Mia ke?” tanya Ayesha lagi. “Ya” jawab Fred.
“Ha!!! Terkene!!” kata Ayesha.
“Eh? What?? Apa yang terkena pulak? Saya tak faham” kata Fred. Ayesha hanya tersenyum. “Saya perasan tadi, saya tengok abang Fred tengok kak Mia lain macam je. Macam orang tengah dilamun cinta. Abang tak ada kekasih ke?” tanya Ayesha.
“Ada. Tapi dia sudah berkahwin di London. Sebab tu abang berpindah ke sini” jelas Fred. Ayesha mula berfikir sejenak. “Kalau ada jodoh nanti, abang nak tak kahwin dengan orang Melayu?” tanya Ayesha.
“Kahwin dengan orang Melayu? Abang sukakan perempuan Melayu. Mereka berbudi bahasa, sopan malah ada yang sangat cantik. Kalau ada jodoh nanti, abang terima lah” kata Fred. “Tapi kena tunggu saya besar dulu lah kan...” kata Ayesha sambil ketawa. Fred hanya tersenyum.
Pada malamnya, selepas Ayesha mengaji bersama-sama abangnya. Ayesha menceritakan perkara yang berlaku pada hari itu. “Betul ke?” tanya Mirul. “Ye..adik kenakan dia dengan soalan tadi. Akhirnya, rahsia telah bocor!!” kata Ayesha. “Hemm....abang dah agak dah. Sejak dari mula-mula lagi mereka jumpa. Tapi tak apa, dia tetap kawan abang. Yang kamu nie, menghabiskan duit orang kenapa? Banyak betul buku yang kamu beli..” kata Mirul. Ayesha hanya tersenyum. Senyumannya boleh membuatkan orang tenang dan gembira.
Beberapa bulan telah berlalu, Fred semakin menunjukkan perubahan. Pernah suatu ketika, dia mencuri-curi dengar Pak cik Karim membaca al-Quran di dalam bilik. Dia semakin tertarik dengan bacaan al-Quran. Sehinggalah pada suatu hari, ketika Fred sedang bekerja dan Mirul bercuti.
“Tak lama lagi nak puasa. Kita kena bincang awal dulu. Nanti tak payahlah nak bincang lagi” kata Pak cik Karim. “Betul tu abang, kahwin je selepas bulan puasa. Tentu meriah kan?” kata Ayesha. Mirul hanya terdiam seketika. “Kenapa dengan kamu Mirul?” tanya ayahnya. Mirul hanya menggelengkan kepala. “Mirul rasa, Mia bukan untuk Mirul lah ayah” kata Mirul.
“Kenapa kamu cakap macam tu?” tanya ayahnya lagi. “Entahlah. Mirul asyik memikirkan tentang Fred. Hari tu, Fred bertanya tentang agama. Dia ingin masuk Islam tapi, ada sesuatu yang menghalangnya. Bagi saya, Mia yang dah banyak mengubah Fred..” jelas Mirul. Pak cik Karim bangun dari kerusi dan duduk di samping Mirul. “Mirul, kadang-kadang jodoh tu tak menentu. Allah S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui. DIA lebih mengetahui apa yang baik untuk kita. Ayah nak, kamu fikir-fikirkan. Buat keputusan sebaiknya, nanti tak pulak menyesal di kemudian hari” kata ayahnya.
Mirul bersalaman dengan ayahnya. Bulan yang mulia kini tiba. Semua umat Islam mula berpuasa. Tak terkecuali, Fred juga turut berpuasa. Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, Fred pernah berpuasa. Walaupun tidak penuh, tapi sudah mencukupi bagi dirinya. Sepanjang 30 hari berpuasa itu, Fred sedikit sebanyak telah mempelajari banyak ilmu mengenai Islam walaupun dia masih belum bergelar seorang Muslim.
Sehinggalah pada hari pengumuman Hari Raya Aidilfitri. Ayesha sedang mengemas rumah. Pak cik karim pula sedang membakar lemang. Fred dan Mirul pula sedang menyusun kerusi di ruang tamu. “Mirul, may i ask you something?” tanya Fred. “Tanya apa?” balas Mirul. “Selama ini kamu telah banyak mengajar saya tentang agama. Saya sangat bertuah mengenali kamu sekeluarga. Boleh tak saya berkahwin?” tanya Fred.
“Dengan Mia kan?” balas Mirul. Fred terdiam seketika. Dia takut Mirul akan memarahi dan mencemburuinya nanti. “Aku dah tahu Fred. Ayesha dah bagitahu semuanya” kata Mirul lalu menghampiri Fred. Mirul memegang leher Fred. “I’m sorry Mirul...” kata Fred. Ayesha melihat abangnya di ruang tamu lalu menjerit. “Abang! Hentikan!” jerit Mia. Pak cik Karim terus masuk ke dalam rumah.
“Mirul!!” jerit Pak cik Karim. “Sabar dulu ayah...biar saya jelaskan kat dia nie. Aku kenal Mia sejak dari sekolah menengah lagi. Kami bercinta sangat lama dan berjanji akan berkahwin pada tahun nie. Mia sukakan patung panda dan dia sangat sukakan warna putih. Aku akui Mia memang seorang perempuan yang solehah dan sangat cantik malah dia juga satu-satunya anak tunggal dalam keluarga. Aku tahu lebih banyak tentang dia daripada kau Fred. Tapi, dia lebih mencintai kau daripada aku sekarang. Sebab tu aku ajar kau banyak tentang Islam. Aku nak rapatkan kau dengan Islam. Selepas kau masuk Islam dengan sepenuh keikhlasan hati kau, aku benarkan kau mengahwini Miasara. Aku nak kau jadi seorang suami yang alim dan dapat jaga hatinya dengan baik. Tak kira apa pun yang berlaku, kau hanya perlu percaya Tuhan memang ada..Fred..kau kawan aku. Aku percayakan kau” jelas Mirul lalu melepaskan pegangannya.
“Mirul..Thanks” kata Fred lalu memeluk Mirul. Ayesha menangis mendengar kata-kata abangnya itu. “Tak sangka, abang akus seorang yang dramatis” bisik Ayesha lalu mengusap air matanya. Pak cik Karim tersenyum di pintu sambil mengucapkan kalimah Alhamdulillah. Pada tanggal 1 Syawal, Fred mengislamkan dirinya selepas selesai solat sunat aidilfitri.
“Mulai sekarang, kau bergelar seorang muslim”kata Mirul. “Muhammad Fakrullah Faiq. Itu ke nama Islam abang??” tanya Ayesha. “Ya, mulai sekarang, kamu semua boleh panggil saya Faiq maksudnya yang unggul” kata Faiq atau Fred. Pada hari raya pertama, Pak cik Karim bercadang untuk berkunjung ke rumah Miasara.
“Assalamualaikum..” Ayesha memberi salam. “Waalaikumsalam” jawab Mia lalu membuka pagar rumah. “Pak cik, Ayesha, Mirul dan.....” kata Mia lalu memandang ke arah seorang lelaki berpakaian baju melayu biru serta bersongkok. “Saya Faiq. Or, my real name is Daniel Fred” kata Faiq.
Mia tersenyum melihat Faiq. Wajahnya lebih kelihatan tampan apabila memakai songkok. “Ayah dan mak kamu mana?” tanya Pak cik Karim. Mia memanggil mereka keluar. “Assalamualaikum...kami datang nie ada hajat..kami datang nak meminang” jelas Pak cik Karim.
Pada hari raya ke 17, majlis kenduri diadakan di rumah Pak cik Karim. Ramai penduduk kampung yang datang. “Karim, anak kamu yang mana kahwin nie?” tanya salah seorang daripada penduduk kampung. “Anak angkat aku dari London, panjang ceritanya. Nanti aku ceritakan” kata Pak cik Karim.
Faiq dan Miasara duduk di atas sebuah pelamin biru. Mereka kelihatan sangat gembira. Mirul dan Ayesha pula menjadi pengapit. “Ala...kan betul Ayesha cakap kat kakak..papa dah jadi suami mama..” bisik Ayesha. Mia mencubit tangan Ayesha.
“Mirul, thanks again” kata Faiq. “Welcome. Dapat anak cepat tau, aku tak sabar nak dapat anak buah. Aku nak anak lelaki. Dapat main bola sama-sama nanti” kata Mirul. Majlis diadakan dengan penuh meriah. Mirul hanya redha dengan ketentuan Illahi. Dia percaya, pengorbanan amat bermakna dan memberikan banyak kebaikan. Dia sanggup melepaskan orang tersayang demi orang yang tersayang juga.
“Abang..abang...Ayesha kenal dengan seorang kakak nie. dia kerja kat kedai buku tempat Ayesha selalu beli buku. Cantik !! Ayesha suka kat kakak tu. Dia baik juga tau” kata Ayesha ketika melihat abangnya sedang duduk rehat di ruang tamu. “Eh?? Ye ke?? Apa lagi, jom kita pergi!” kata Mirul. “Sekarang ke?” tanya Ayesha.
“Yelah, sekarang” balas Mirul. “Kedai belum buka lagi lah abang...” kata Ayesha.
PABILA KITA IKHLAS MELAKUKAN SESUATU, KITA AKAN DAPAT HIKMAH DARIPADANYA. MUNGKIN YANG BERLAKU SEKARANG INI BAIK UNTUK ORANG LAIN. TAPI BERINGATLAH, ALLAH SENTIASA MEMBERIKAN YANG TERBAIK UNTUK KITA. WALAUPUN BUKAN SEKARANG, TAPI UNTUK MASA DEPAN.
WASSALAM