“Hafiz ! mari tengok ikan ni, kakak baru beli tadi.”Kata kakak yang berada tidak jauh dari situ. Aku memegang baling yang mengandungi ikan di dalamnya. Menurut kakak, ikan itu adalah ikan emas dan ada lima ekor kesemuanya.
“Kalaulah aku dapat melihatnya,” kataku dalam hati. Bunyi tapak kaki kedengaran tidak jauh dari situ. “Sudahlah Fidatul, kamu suka menyakat adik kamu tu, dia tak dapat melihat kasihani lah dia.” Suara ibu kedengaran.
Aku dilahirkan dalam keadaan tidak dapat melihat. Aku berasa amat sedih dan kecewa namun aku redha akan kekurangan aku. Aku tidak mahu hanya disebabkan aku buta, aku tidak dapat melakukan apa-apa pekerjaan.
“Mak, pinggan ni biar saya cuci,”kata aku semasa kami sekeluarga sedang makan malam. “Tak apalah Hafiz, biarkan saja nanti kakak dan mak yang cucikan,”balas ibu. Tapi mak….
Semasa aku sedang duduk di ruang tamu, tiba-tiba kedengaran bunyi hon kereta. Aku yakin ayah telah pulang. Kegembiraan mula terasa setelah ayah memeluk aku. “Hari ini ayah ada belikan Hafiz kereta alat kawalan jauh,”kata ayah.
“Ayah, mana lah adik nak main kereta alat kawalan jauh tu, dia tak nampak lah ayah,” kata-kata kakak membuatkan aku terasa sedih. Ayah terdiam seketika.
“Kalaulah aku dapat melihat”
Loceng rehat berbunyi, aku dan kawan-kawan aku membuka bekal masing-masing. “Hafiz, awak bekal apa hari ini?” Tanya kawan ku yang juga seorang buta. “Entahlah, mak kata hari ini dia masak bubur ayam” balas aku.
Empat tahun berlalu, kini aku berada di tingkatan satu. Segalanya mungkin berubah kerana aku akan ditukarkan ke sekolah menengah biasa. Semuanya kerana malam semalam. Aku terdengar perbualan ayah dan mak.
“Abang rasa, Hafiz terpaksa belajar di sekolah biasa. Abang tak mampu untuk membayar yuran sekolah istimewa. Mahal sangat,” kata ayah. “Tapi, tak pelik ke klau hantar Hafiz ke sekolah biasa. Dia tu buta, bang. Kalau dia nak baca sesuatu, dia perlukan Braille. Sekolah istimewa sahaja yang ada menyewa Braille,”balas mak. “Nantilah abang fikirkan”
Aku duduk termenung di kerusi. Kerusi yang aku duduk pun aku tek pernah melihat bagaimana bentuk dan rupanya. Air mata aku mula mengalir. Aku percaya kedua-dua ayah dan mak tidak dapat menerima kekurangan aku. Aku kecewa kerana disebabkan aku mereka mendapat susah.
Terlintas di fikiran aku untuk lari dari rumah. Mungkin dengan cara ini, keluarga aku akan bebas dari bebanan untuk memelihara aku. Namun,aku bimbang mereka akan bertambah risau. Aku buta. Tanpa pimpinan orang semasa aku berjalan, mungkin aku boleh dilanggar oleh kereta. Pendengaran aku pula tidak setajam telinga anjing atau kucing. Lari dari rumah bagaikan menempah maut buatku.
Aku mencapai tongkat yang ku letak tidak jauh dari tempat duduk aku. Aku bercadang untuk berehat di bilik. Di dalam bilik, aku mula terfikir. “bukankah di sekolah biasa menggunakan buku teks dan papan hitam. Bagaimana aku nak lihat?” aku ketawa sendirian.
Pintu bilik diketuk. Aku rasa pasti ibu yang mengetuk pintu. Selepas aku membuka, suara ayah kedengaran. “Hafiz, ayah ada sesuatu yang nak dibincangkan”kata ayah.
Aku duduk di atas katil. “Ayah tadi berbincang dengan mak kamu. Kami bercadang untuk menghantar kamu ke sekolah khas untuk orang buta” jelas ayah. Kata-kata ayah tidak mengembirakan aku. “Tapi ayah, yuran sekolah tentu mahal kan?”
“Kamu jangan risau pasal yuran. Ayah boleh membayarnya, yang penting kamu mesti belajar bersungguh-sungguh” kata ayah. Aku mula mengalirkan air mata. Aku tidak dapat menahan sebak kerana aku masih terasa bersalah dan membebani ayah dan mak.
Pada keesokan harinya, ayah tidak bekerja. Ayah bercadang untuk membawa aku ke sekolah khas untuk pendaftaran. Pada pagi itu, semua pelajar sudah memulakan sesi persekolahan mereka. Aku dapat tahu melalui mak. Kakak terlupa membawa bekalnya pada pagi itu.
“Ayah, sekolah khas tu jauh ke?” tanya aku. “Jauh tu tak lah sangat. Berdekatan dengan tempat kerja ayah.” Balas ayah. Aku lega setelah ayah menjelaskan sekolah tersebut berdekatan dengan tempat kerjanya.
Kereta ayah berhenti, aku rasa mungkin kami telah tiba di sekolah khas. “Hafiz, kita dah sampai. Sekolah ini besar, jadi biar ayah pimpin kamu. Ambil tongkat tu” kata ayah. Tangan kanan aku memegang tongkat manakala tangan kiri aku dipegang ayah. Semasa aku kanak-kanak, aku takut untuk berjalan jika tidak dipimpin kerana aku pernah terjatuh di dalam longkang.
“Selamat pagi Encik Malik. Selamat datang ke sekolah kami. Ini ke anak encik? Hafiz kan?” kedengaran suara seperti seorang guru di sekolah ini. Selepas ayah membuat pendaftaran, aku dijemput oleh cikgu ke bilik Braille. Aku pernah belajar untuk membaca tulisan braille semasa kecil.
Memang sesuatu yang susah bagi aku menghafal semua tulisan braille yang timbul-timbul. Semasa pendaftaran tadi, ayah telah menyewa sebuah braille supaya aku dapat menghafal beberapa tulisan di rumah. Walaupun harga sewaannya agak mahal, namun ayah tetap menyewa Braille tersebut.
Aku mula berasa hairan kerana ayah pernah berkata yang dia tidak mampu membayar yuran sekolah dan menyewa braille. Dari mana ayah hendak mencari duit sedangkan gaji bulanannya hanya mampu menampung perbelanjaan dapur dan membayar bil-bil yang lain. Mak pula hanya bekerja sebagai penjual kuih.
“Hafiz, mari kita balik. Esok kamu dah nak ke sekolah”kata ayah. Selepas aku bersalaman dengan beberapa orang cikgu, aku melangkah keluar.
“Yuran dan harga Braille tadi mahal kan ,ayah?” tanya aku. Ayah terdiam seketika. “Ayah mampu membayarnya, asalkan kamu rajin belajar” balas ayah beberapa minit kemudian.
“Kalaulah aku dapat melihat, tentu aku tahu jumlah bayaran tadi” bisik aku.
“Hafiz nak makan? Sementara kita menunggu kakak balik, kita singgah ke gerai makan dulu”kta ayah. Aku hanya mengangguk. Kereta ayah berhenti, aku melangkah keluar sambil dipimpin ayah. Dalam fikiran aku, gerai yang dituju ayah tentu kecil dan tidak jauh dari sekolah kakak.
“Selamat datang encik, ini menu kami” kedengaran suara pelayan perempuan. Aku mencapai menu tersebut. “Adik, menu adik terbalik lah” kata pelayan tersebut. “Dia tak nampak”kata ayah. Pelayan itu meminta maaf kepada aku. Aku hanya mengelengkan kepala tanda tak pa. “ kamu nak makan apa Hafiz?” sambung ayah lagi.
Sudu dan garpu yang berada di hadapan aku pun aku tidak dapat mencapainya. Air mata aku mula mengalir. “Hafiz, kenapa menangis?” tanya ayah. Aku tidak menjawab soalan ayah. Aku berasa malu dan juga berasa seolah-olah aku tidak mampu membuat sesuatu tanpa bantuan orang lain. Aku berasa diri aku terlalu lemah. Hanya kerana aku buta.
Ayah membantu aku mencapai garpu dan sudu. Nasi goreng mula aku makan perlahan-lahan. Selepas makan, kami menunggu kakak. Telinga aku mendengar suara pelajar-pelajar sekolah melintasi kereta ayah. Memang ramai. Ada di kalangan mereka yang gembira dan seronok. “Kalaulah aku dapat melihat mereka” bisik aku.
Pintu kereta dibuka. Perasaanku, mungkin kakak telah masuk ke dalam kereta. “Ayah, tadi cikgu menyerahkan keputusan peperiksaan akhir tahun lepas. Saya dapat tempat yang kedua dalam kelas.”kata kakak dengan begitu seronok. Kakak berada di tingkatan lima tahun ini. Kakak selalu mendapat keputusan yang cemerlang. Keputusan PMR kakak juga cemerlang.
Aku bangga dengan kakak. Aku tidak menduduki peperiksaan UPSR. Aku berhenti sekolah selepas darjah tiga kerana ayah tidak mampu membayar yuran. Aku menyesal kerana hanya aku sahaja yang tidak dapat memberi ayah dan mak keputusan yang cemerlang.
Selepas balik ke rumah, aku termenung di tingkap bilik selepas menunaikan solat maghrib. Angin sejuk dapat dirasai aku. Suara burung dan angin pun dapat aku dengar namun aku tidak dapat melihat. Penglihatan aku hitam bagaikan malam berpanjangan.
Apabila aku teringat akan peristiwa yang berlaku hari ini. Aku mula mengalirkan air mata. “Kereta ayah, sekolah aku, Braille, cikgu, gerai makan, pelayan, nasi goreng dan wajah keluarga aku , semuanya aku tidak dapat melihat bagaimana rupa dan wajah mereka”bisik aku. Aku berdoa supaya aku dapat menempuh perjalanan hidup aku yang masih jauh dengan tabah walaupun dengan kekurangan.
Pada keesokan harinya, aku bersiap untuk ke sekolah. Ayah akan menghantar aku ke sekolah. Hari pertama sekolah memang menggembirakan hati aku. Aku dapat berjumpa dengan kawan-kawan yang juga mengalami kekurangan yang sama seperti aku. Halim, Afiq, Anuar dan Awang merupakan kawan baru aku. Anuar yang paling tua di antara kami semua. Awang pula kawan lama aku semasa di darjah dua.
Pada pagi itu, cikgu kami, Cikgu Mortadza mengajar kami mengenal huruf-huruf Braille. Aku pernah belajar dan menghafal beberapa huruf Braille sejak belajar di darjah tiga. Tulisan timbul yang dihasilkan oleh mesin Braille sahaja dapat membantu kami membaca.
Sebulan berlalu, aku mula berasa bimbang kerana ujian penggal tidak lama lagi. Ayah membantu aku mengajar perkataan Braille. Sekarang ini, aku sudah dapat menghafal kesemua huruf. Beberapa patah perkataan ayah berikan kepada aku. Pada mulanya, aku tidak suka mengecam perkataan yang dihasilkan oleh mesin Braille. Agak susah dan rumit kerana tulisan timbulnya terlalu panjang.
“Kalau kamu selalu usaha dan belajar, kamu tentu akan dapat. Ayah yakin.” Kata ayah yang memberikan harapan yang tinggi. Aku meneruskan untuk mengenal pasti perkataan yang diberi oleh ayah. “Perkataan ini ialah BERUSAHA, betul tak ayah?” tanya aku untuk mendapatkan kepastian. “Ya, betul. Syabas!” kata ayah.
Hari peperiksaan bermula. Peperiksaan kali ini hanyalah ujian mengecam perkataan. Ujian tersebut mengandungi empat puluh perkataan dan dua puluh ayat. Sesuatu yang mencabar bagi aku. Mak berada di luar kelas kerana dia hendak memberikan aku semangat. Aku dapat merasakan mak sedang memerhati aku yang sedang menjawab ujian.
Setiap pelajar yang menduduki ujian tersebut akan ada seorang guru disamping mereka untuk merekod markah. Aku hanya perlu menyentuh tulisan timbul dan menyebut perkataan dan ayat tersebut kepada cikgu. Semua soalan aku jawab dengan penuh yakin.
Tiga hari kemudian, kami mendapat keputusan masing-masing. Anuar mendapat markah penuh manakala aku dan Afiq hanya kurang satu markah daripada Anuar. Halim dan Awang juga mendapat keputusan yang cukup baik. Begitu juga dengan rakan-rakan aku yang lain.
Kami cukup gembira setelah mengetahui keputusan masing-masing. Dalam perjalanan untuk pulang ke rumah, aku memberitahu ayah keputusan ujian yang aku dapat. “Baguslah, itu hasil daripada usaha kamu”kata ayah. Aku mula berasa hairan, suara ayah tidak gembira seperti selalu. Mungkin ayah keletihan.
Di rumah , mak dan kakak gembira akan keputusan ujian aku. Mereka menyediakan makan malam yang istimewa. Selepas ujian itu, kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Aku akan belajar untuk menaip menggunakan Braille. Banyak yang perlu aku hafal.
Kini aku berada di tingkatan lima. Sekarang kakak sudah melanjutkan pelajarannya di universiti. Mak pula masih menjual kuih-muih. Sepanjang aku belajar di sekolah khas. Aku telah memahami tentang pelajaran yang lain seperti sejarah dan bahasa inggeris dengan menggunakan tulisan Braille.
Aku duduk di kerusi ruang tamu. Hari itu cuti sekolah. Sejak malam tadi, aku tidak mendengar suara ayah. Mungkin ayah balik lewat semalam. “Mak, ayah mana?”tanya aku. “Ayah kamu belum balik malam tadi, dia kata pagi ni balik lah”balas mak. Aku mendengar radio sambil berlagu. Aku sangat gembira.
Azan Zohor berkumandang. Aku mula melangkah untuk mengambil wudhuk. Selepas menunaikan solat, aku terasa sesuatu yang tidak kena. Ini membuatkan aku berasa risau. Aku memanggil-manggil mak. Namun sahutan aku tidak dijawab.
Aku mencapai tongkat dan melangkah keluar menuju ke ruang tamu. Kedengaran suara orang ramai di luar rumah. Aku berasa hairan. “Mak, kenapa saya dengar banyak suara orang kat luar rumah?ada apa yang terjadi?”tanya aku. Namun tiada siapa yang menjawab soalan aku.
Tongkat aku berhenti di satu sudut. Aku rasa mungkin itu pintu rumah. Tiba-tiba aku terdengar suara orang di sebelah aku. “Angkat perlahan-lahan, kamu masuk dulu”. Aku rasa itu suara Pak Mat, ketua kampung.
Tidak jauh dari situ, kedengaran suara mak menangis. “Mak, kenapa mak menangis?ada sesuatu brlaku ke?mana ayah?” tanya aku sambil mencapai mak. “Tak ada apa-apa Hafiz, kamu dah solat?”balas ibu. Aku hanya mengganguk dan berasa ada sesuatu yang tidak kena.
Mak memimpin aku ke kerusi. Suara orang ramai masih dapat ku dengar.
“Hafiz, ayah dah balik.” Tiba-tiba aku terdengar bisikan ayah. “Ayah??sejak bila ayah balik?” jerit aku. Rumah yang bising dengan suara orang ramai kini terdiam seketika. “Hafiz?kamu bercakap dengan siapa?” tanya mak.
“Ayah dah balik mak, tak kan mak tak sedar?ayah kat sebelah saya.” Kata aku. Suasana sunyi seketika. Pada malam harinya, aku terdengar bunyi kereta di halaman rumah. Aku melangkah keluar dari bilik. “Mak, ada bunyi kereta di halaman rumah. Siapa tu?” tanya aku.
Selepas bunyi pintu diketuk dan dibuka, suara kakak kedengaran. “Mak,mana ayah?” tanya kakak. Tidak lama selepas itu, aku terdengar suara orang membaca surah yassin. “Mak, siapa yang membaca surah yassin?” tanya aku. Aku mula melangkah ke arah suara bacaan yassin itu datang.
Apabila aku menyentuh dinding dan pintu. Aku yakin suara itu datang dari bilik mak dan ayah. Suara bacaan yassin semakin jelas aku dengar. “Hafiz, kamu rupanya. Mari duduk sebelah pak cik.” Itu suara Pak Cik Hassan, kawan rapat ayah. Tongkat aku terlepas dari tangan aku. Bacaan Yassin terhenti seketika.
“Mak, apa yang berlaku sebenar nya?kenapa ramai orang dalam bilik ayah?kenapa ada bacaan yassin?”tanya aku dengan suara yang nyaring. “Adik tak tahu ke,mak?” Tanya kakak. “Hafiz, ayah kamu dah meninggal dunia.” Kata Pak Cik Hassan. Aku terkejut mendengar kata-kata Pak Cik Hassan.
“Tak…tak mungkin…ayah masih hidup! Ayah balik tengah hari tadi! Ayah masih hidup!” jerit aku. “Bawa mengucap nak, bawa mengucap” kata Pak Mat sambil memeluk aku. Aku tidak mampu mengawal diri dan menangis.
“Ayah…masih …hidup..”
Bacaan surah yassin diteruskan. Aku baring di kerusi. Aku masih tidak percaya bahawa ayah sudah meninggal dunia. Aku hanya akan percaya setelah aku sendiri dapat melihat wajah ayah.
“Hafiz, ayah ada ayat baru untuk Hafiz teka. Tapi ayat ini dalam bahasa inggeris” kata ayah. Aku mengangguk dan mula menyentuh tulisan timbul tersebut. “Susah lah ayah, panjang sangat” kata aku. Kedengaran ketawa sinis ayah. “Tak panjang lah, tiga perkataan saja tu”
“Kenapa perkataan pertama dan ketiga hanya ada satu huruf?” tanya aku. Ayah tidak menjawab. Beberapa minit kemudian, akhirnya aku dapat mengenal ayat ayah. “ I LOVE U, betul tak ayah?” Tanya aku untuk mendapat kepastian. “Ya, betul.Ayah tahu kamu boleh, jadi jangan menangis lagi”
“Ayah dah lewat ni, ayah pergi dulu, jaga diri baik-baik.”kata ayah. Suara ayah semakin tidak kedengaran dan bunyi langkah kakinya semakin jauh dari aku. “Ayah…ayah…ayah!”…..
“Hafiz..Hafiz…bangun.. Hafiz!” suara kakak mengejutkan aku. Kepala aku terasa sakit. “Ayah…” aku memanggil ayah. Tiba-tiba, seseorang datang dan duduk di sebelah aku. “Hafiz, kamu mesti tabah dan terima segala ketentuanNya. Ayah kamu dah meninggal dunia” suara Pak Cik Hassan kedengaran.
Pak Cik Hassan memimpin aku. “Ayah kamu dikebumikan pagi ini, biar pak cik pimpin kamu” kata Pak Cik Hassan. Dalam hati aku, aku tidak mempercayai kata-kata Pak Cik Hassan. Aku tidak nampak mayat ayah, apatah lagi hendak mempercayai bahawa ayah sudah meninggal dunia.
Kereta terhenti tanpa aku sedari. Pak Cik Hassan memimpin aku keluar daripada kereta. Apabila aku melangkah memijak tanah, aku yakin tempat yang aku berada sekarang adalah tempat perkuburan. Beberapa minit kemudian, Pak Cik Hassan berhenti dan menyuruh aku bersila.
“Hafiz, sekarang kamu sentuhlah wajah ayah kamu” kata Pak Cik Hassan. Apabila aku menghulurkan tangan, air mata aku mula mengalir. Apa yang aku nampak hanyalah hitam. Penglihatan aku bukannya kabur tetapi gelap tiada berlampu.
Aku menyentuh wajah yang dikatakan ayah. Matanya aku dapat rasakan tertutup rapat dan bibirnya keras. “Itu ayah kamu” suara kakak kedengaran di belakang aku. Aku menggelengkan kepala. “Ayah!”….
Pada petang keesokan harinya, aku mengajak kakak pergi ke pantai tidak jauh dari kampung. Aku teringin untuk ke sana kerana ayah pernah membawa aku semasa aku kecil. Di pantai, angin segar dapat aku rasakan walaupun aku tidak dapat melihat keindahannya. Samalah seperti ayah. Aku tidak pernah melihat wajah ayah yang selalu bersama dengan aku, mengajar aku, memberikan nasihat kepada aku, menjaga aku, membayar yuran sekolah aku dan memberikan semnagat untuk aku.
“Walaupun saya tak pernah melihat wajah ayah , tapi saya sangat mengenali ayah.” Tangan kakak masih digenggam aku. “Ayah seorang yang hebat kan, ayah tak pergi dengan sia-sia, dik. Ayah sangat sayang pada adik.” Kata kakak.
Kematian ayah berpunca daripada kemalangan. Semasa ayah balik dari kerja, Kereta ayah dilanggar oleh sebuah kereta lain lalu terbabas. Aku tidak sedar, selama ini ayah bekerja lebih masa demi mencari wang untuk membayar yuran sekolah aku dan perbelanjaan yang lain. Ayah selalu balik lewat dan lansung tidak tidur.
Kalaulah aku dapat melihat kepenatan ayah. Aku sanggup tidak bersekolah dan menyewa braille. Kini, mak ialah mak dan mak juga ialah ayah. Walaupun selepas kematian ayah, aku masih boleh menyambung belajar ke las anty. Sebelum ini, ayah pernah menyimpan wang ke bank untuk aku dan kakak. Wang itu lah yang akan aku gunakan untuk menyambung pelajaran aku
10 tahun berlalu, aku balik bercuti di kampung. Aku dipimpin oleh isteri aku ke rumah. Aku kini bekerja sebagai pengurus rumah anak yatim. Memang tidak disangka seorang buta mampu manjadi pengurus rumah anak yatim. Berkat bimbingan dan nasihat ayah.
Aku melangkah ke pintu rumah. “Assalamualaikum,mak” aku memberi salam selepas membuka pintu. Salam aku tidak dijawab. Isteri aku menyuruh aku duduk di ruang tamu dan dia akan mencari mak di dapur. “Abang, mak sedang buat kuih kat dapur” kata isteri aku. Aku mencapai tongkat dan menuju ke dapur.
“Kalaulah aku dapat melihat wajah mak dan kuih yang dibuat mak” bisik aku.
Aku hanya mampu senyum , mungkin ada hikmah di sebalik kekurangan aku. Aku bersyukur kerana aku mempunyai ayah, mak, kakak dan isteri yang penyayang. Walaupun aku tidak dapat melihat, ia bukan las an untuk aku gagal.
“Alangkah bagusnya kalau aku dapat melihat keindahan ciptaanNya……………….”
TAMAT
Karya: Awang mohamad razizie