ITULAH KEHIDUPAN
Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas malam datangnya siang,
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan,
Hari itu, ayah pulang dari kerja. Wajahnya kelihatan berseri-seri. Anaknya berasa hairan kerana kelakuan ayah mereka berbeza dari hari yang sebelumnya. Selepas si ayah menerangkan sebab dia terlalu gembira, si anak pun turut gembira begitu juga si isteri. Si ayah dinaikan pangkat dan menerima gaji bonus pada hari itu. Pada malamnya, si ayah membawa anak-anak dan isterinya pergi ke pasar.
Setibanya di sebuah pasaraya, tiba-tiba si ayah ternampak seorang budak lelaki yang berpakaian koyak rabak. Dia meminta sedekah kepada si ayah. Namun, si ayah berpura-pura tidak melihat budak lelaki tersebut. Pada malam itu, hampir separuh dari gaji si ayah dihabiskan. Hanya satu malam.
Pada hari berikutnya, si ayah mengulangi perkara yang sama. Oleh kerana duit gaji yang masih banyak, si ayah terus menerus membelanjakan kesemuanya tanpa bersyukur kepada Allah, menyimpan duit, berjimat ataupun bersedekah.
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti, tak berkesudahan
Apa guna sesalan? Hanya menekan jiwa
Hari berganti hari, si ayah semakin lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang ketua keluarga. Dia lansung tidak mempedulikan perbelanjaan keluarganya, hanya kerana dia dinaikkan pangkat dan mempunyai pendapatan gaji yang lumayan.
Namun sangkaannya salah, ketentuan Allah s.w.t. Syarikat si ayah tiba-tiba gulung tikar dalam sekelip mata. Itulah kuasa Allah yang mampu menjadikan sesuatu seperti yang telah dinyatakan dalam surah Yassin. Jadi maka jadilah. Si ayah menyesal kerana tidak merancang terlebih dahulu. Kejadian tersebut lansung tidak dapat diduganya. Duit gaji yang diterimanya dulu hanya tinggal beberapa ringgit sahaja.
Siang malam si ayah berasa cukup menyesal sehinggakan tidak bersemangat lagi untuk pergi mencari rezeki. Apa gunanya sesalan? Hanya menekan jiwa.
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan,
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu, pasti cerah kembali
Jangan difikirkan derita selamanya. Akibatnya nanti, kita hilang kepercayaan pada Tuhan. Kita seharusnya berusaha dan yakin terdapat hikmah di sebalik sesuatu. Si ayah terpaksa memulakan perniagaan baru dengan menggunakan baki wang yang masih ada. Segala kekayaannya ditukarkan ke tahap sederhana.
Si ayah yakin, itu adalah petunjuk dari Tuhan supaya dia selalu mengingati al-Khaliq (Pencipta). Si ayah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari rezeki demi sesuap nasi untuk anak-anak dan isterinya. Daripada seorang yang kaya raya, kini berubah menjadi golongan biasa.
Dengan ketekunan, kesabaran dan kesungguhan si ayah, kini si ayah sudah mempunyai pekerjaan tetap. Walaupun gaji yang diterima tidak sebanyak dahulu, namun dia percaya itulah rezeki yang diberi Tuhan untuknya.
Ujian adalah tarbiat dari Allah,
Apa kah kita kan sama?
Atau pun sebaliknya
Kehidupan si ayah kini, hidup dalam keadaan bersederhan. Dia mula mengetahui ujian-ujian Allah kepadanya. Setiap ujian yang diberikan amat sesuai dengan kemampuan seseorang itu. Dan juga, dia percaya bahawa setiap manusia mempunyai bentuk ujian yang berbeza.
Sama juga seperti di akhirat kelak, sama ada neraka ataupun syurga. Apa yang penting, setiap bentuk ujian yang diberikan haruslah diterima dengan ikhlas dan ingatlah bahawa Allah sayang pada kita.
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan
Apabila kita telah berjaya menempuhinya, tidak mustahil Allah akan memberikan kemenangan atau ganjaran kepada kita. Seperti si ayah, yang telah berjaya berusaha untuk mencari nafkah demi sesuap nasi untuk anak-anak serta isteri. Semuanya adalah nikmat dari Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Itulah kehidupan manusia.
OLEH….
AWANG MOHAMAD RAZIZIE BIN AWANG YUSUF
IN Team-kehidupan