Pages

Labels

Followers

Saturday, January 15, 2011

BLUE SKY WASIQ~KEMBARA SEORANG HAMBA

THE BLUE SKY WASIQ
KISAH SEORANG PENDAKWAH

Dan tidakkah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui. (Surah Yaasin, ayat 81)
Allah telah menciptakan setiap makhlukNya itu berpasangan. Langit pasangannya bumi, malam pasangannya siang, Bulan pasangannya bintang dan lelaki pasangannya perempuan. Semua ciptaan Allah sempurna dan tiada tolak bandingnya. Ucapkanlah SubhanAllah atau Maha Suci Allah kerana itu melambangkan kita menghargai ciptaanNya.
Antara salah satu ciptaan Allah yang paling mengkagumkan kita ialah langit yang terbentang luas di atas bumi ini. Langit mampu memberikan kita banyak kebaikan tanpa kita sedari. Hanya Allah sahaja yang mengetahui.
Salah seorang hamba Allah, Naufal amat suka pada langit. Naufal seorang ustaz muda yang baru. Dia bukan sahaja digelar ustaz, malah dia juga seorang doktor muda. Pada suatu hari, dia datang kembali semula ke tanah airnya setelah lama berhijrah di bumi Rusia. Kini, dia ingin berkhidmat di tanah airnya sendiri.
“Assalamualaikum, kamu Naufal Bin Idris kan? Apa khabar? Saya Ustaz Firdaus, ketua pengurusan ” kata salah seorang lelaki yang datang untuk menjemput Naufal di lapangan terbang. Naufal menjawab salam Ustaz Firdaus sambil tersenyum. Pada hari itu, Naufal telah pun diterima bekerja sebagai seorang pendakwah bebas. Memandangkan sudah banyak menimba pengalaman di negara luar, Ustaz Firdaus yakin bahawa Naufal mampu menerima tugasan yang bakal diberikan untuknya.
“ Baiklah Ustaz Naufal, memandangkan ustaz baru sampai. Saya berikan ustaz cuti pada hari ini. tapi, sebelum itu ini ada sedikit maklumat tentang tempat yang ustaz akan bekerja nanti. Saya harap, ustaz teliti betul-betul. InsyAllah, kalau ada apa-apa pertanyaan, kami sedia membantu” jelas Ustaz Firdaus ketika berada di pejabatnya.
“Baiklah. Saya terima dengan seadanya. Terima kasih. Saya pergi dulu, Assalamualaikum” kata Naufal.
Naufal ditugaskan untuk tinggal di sebuah perkampungan yang terletak di suatu tempat yang agak terlindung. Perkampungan tersebut majoritinya masyarakat Islam namun mereka lansung tidak mengamalkan ajaran agama Islam sepenuhnya. Masyarakat di kampung itu juga sering dikatakan mereka bersikap sombong dan tidak memerlukan pembangunan seperti di kampung yang lain. Bagi Naufal, itu suatu tugas yang berat baginya. Mulai esok, dia akan berdakwah di kampung tersebut dan memperbetulkan apa yang salah.
Naufal seorang anak yatim piatu. Sejak kecil lagi dia dibesarkan di rumah anak yatim. Ibunya meninggal dunia selepas melahirkannya dan ayahnya pula meninggal dunia lima bulan selepas dia dilahirkan kerana sakit jantung. Walaupun belum pernah menatap wajah ayah dan ibunya secara dekat, hanya sekeping gambar sahaja yang mampu mengubati rasa rindu terhadap kedua ibu bapanya itu.
“ Mak, ayah. Doakan perjalanan Naufal yang seterusnya. Doakan Naufal berjaya nanti” bisik Naufal dalam hati. Air matanya mula mengalir. Disebabkan itu, dia terus mengambil air wudhuk dan mengerjakan solat sunat Dhuha bagi menenangkan perasaannya itu. Solat sunat Dhuha dikerjakan setelah matahari sudah naik sepenuhnya pada waktu pagi. Naufal mengerjakan solat sunat Dhuha sebanyak dua rakaat satu salam.
“Assalamualaikum warahmatullah....Assalamualaikum warahmatullah.....” Naufal memalingkan mukanya ke kanan dan ke kiri sambil memberi salam. Dia menadahkan tangannya dengan penuh rasa hina dan meminta untuk berdoa kepadaNya. Setiap doa dilafazkan dengan perasaan yang tenang dan berharap agar permintaannya dimakbulkan Allah S.W.T.
Hari yang ditunggu talah pun tiba, pada keesokan harinya. Naufal bangun seawal jam tiga pagi. Dia terus mandi dan mengambil air wudhuk. Dia mengerjakan solat sunat dua rakaat dan selepas itu membaca al-Quran bagi persediaan untuknya menghadapi permulaan hari. Kedengaran azan subuh berkumandang dari surau berhampiran hotel tempat kediamannya untuk sementara.
“ Assolatuhairum minannaum....(Solat lebih baik daripada tidur)” azan subuh.
Selepas mengerjakan solat Subuh, Naufal membaca al-mathurat sebagai pelindung untuknya daripada gangguan syaitan untuk sepanjang hari itu.
“ Baiklah, pemandu saya akan hantar ustaz ke kampung itu selepas ini. saya harap, perjalanan ustaz nanti sentiasa dilindungi Allah S.W.T.” kata Ustaz Firdaus memberikan semangat untuk Naufal.
“InsyAllah ustaz. Setiap perkara dimulai dengan niat” balas Naufal. Naufal meneruskan perjalanannya. Setibanya di kampung, Naufal turun daripada kereta dengan mengucapkan Alhamdulillah dan Bismillah. Dia bersyukur kerana telah selamat tiba dan memulakan langkahnya dengan nama Allah dengan harapan semoga perjalannanya selepas ini dirahmati Allah S.W.T.
Setibanya di hadapan kampung, orang kampung menjeling ke arah Naufal dan pemandunya. “ Ustaz, saya pergi dulu. Saya harap, ustaz berjaya nanti. InsyAllah. Assalamualaikum..” kata pemandunya lalu beredar dari kampung tersebut.
Salah seorang penduduk kampung cuba memberanikan diri untuk bercakap dengan Naufal. Seorang pak cik tua mendekati Naufal. “Assalamualaikum pak cik..” Naufal memulakan percakapan dengan salam. Namun, pak cik tersebut tidak menjawab salam Naufal sebaliknya hanya menjeling ke arahnya sahaja.
“ Kamu siapa?” tanya pak cik itu. Naufal memperkenalkan dirinya dan tujuannya datang ke kampung itu. dengan sekelip mata, pak cik itu memotong kata-kata Naufal. “Pergi kau dari sini! Kami tak perlukan seorang ustaz di kampung ini!” jerit pak cik itu.
“Astaghfirullahhalazim...pak cik, saya datang hanya untuk membantu orang kampung. Selepas semuanya baik, saya akan beredar dari kampung nie” pujuk Naufal. Pak cik tersebut masih mengulangi kata-katanya dan bertegas. Tiba-tiba, datang seorang lelaki di pertengahan usia menghampiri Naufal dan pak cik yang berada di tengah-tengah kampung.
“ Kenapa nie?” tanya lelaki itu. Naufal memberi salam lalu menyatakan tujuannya datang ke kampung itu. “ Waalaikumsalam..oh..jadi mereka hantar ustaz lah ye? Nama saya Amin. Saya ketua kampung di sini. Em..pak cik, dia datang dengan niat yang baik. Nanti saya bincang dengan ustaz nie” kata Amin, ketua kampung.
Pak cik tersebut hanya mengangguk lalu beredar dari situ. Dalam hati Naufal, dia mendoakan agar Allah S.W.T melembutkan hati pak cik itu. “Sila ikut saya ustaz. Kita ke rumah saya” kata Amin.
“Maafkan saya. Orang kampung nie memang teruk. Saya tak tahu nak buat apa lagi” kata Amin. “ Jangan cakap macam tu Encik Amin, bukan salah mereka. Saya maafkan” balas Naufal. Amin menceritakan segalanya kepada Naufal mengenai keadaan kampung itu sekarang. Menurutnya, dahulu ada seorang ustaz pernah datang ke kampung ini untuk membantu orang kampung. Tapi malang, ustaz itu tidak dapat meneruskan niatnya lagi kerana orang kampung memaksanya untuk pergi jikalau dia tidak pergi, maka nyawanya akan melayang.
“ Saya telah menjadi ketua kampung sejak dua tahun yang lepas. Saya rasa amat sedih setelah melihat sendiri bagaimana sikap orang kampung nie. Mereka mengaku Islam namun mereka lansung tak mengamalkan ajaran itu. Remaja kampung nie suka berlumba haram, berzina, berjudi malah ada yang sanggup membunuh ibu bapa mereka sendiri. Orang-orang tua pulak tidak pernah menunaikan solat secara berjemaah, berpuasa, menunaikan zakat dan ada yang sanggup menjual anak mereka sendiri. Sebagai seorang ketua, saya rasa amat sedih. Sebab itu saya meminta bantuan daripada pihak ustaz untuk membantu” keluh Amin.
“ Saya faham. InsyAllah, dengan izin Allah saya akan membantu. Dah masuk zohor nie, mana surau kat kampung nie?” tanya Naufal. “Surau kat kampung nie dah dibakar oleh penduduk kampung beberapa tahun yang lalu. Rumah saya sahaja yang dijadikan tempat untuk berjemaah. Sekejap lagi, beberapa orang kampung akan datang ke rumah saya” kata Amin.
Seperti yang telah dikatakan oleh Amin, beberapa orang kampung datang ke rumahnya melalui pintu belakang. Naufal berasa amat terkejut dan seolah-olah tidak percaya tentang keadaan yang dialami oleh mereka. Menurut mereka, mereka terpaksa beribadah secara senyap di rumah Amin.
“ Memandangkan ustaz dah ada kat sini, silalah mengetuai solat” pinta Naufal. Naufal merelakan dirinya menjadi imam. Dia cuba untuk menguatkan semangatnya walaupun berasa amat sedih melihat hanya empat orang jemaah lelaki manakala enam orang jemaah perempuan sahaja yang ada pada ketika itu.
Selepas selesai mengerjakan solat Zohor, Naufal mengadakan sesi taa’ruf atau sesi berkenalan. Jemaah lelaki yang ada bernama Syukran, Farzedi, Shafiq dan Amin. Manakala jemaah perempuan pula bernama Aisyah, mak cik Faridah, mak cik Nur, mak cik Kamariah, mak cik Zainab dan Ina, isteri Amin.
“Kami sahaja yang selalu berjemaah bersama. Syukran dan Farzedi je lah antara remaja yang tak terjebak dengan perkara yang tidak berfaedah. Shafiq tu anak saya. Aisyah tu pulak anak Mak cik Faridah. Mak cik Nur, mak cik Kamariah dan Mak cik Zainab tu jiran saya” jelas Amin. Naufal bersyukur kerana tidak semua penduduk kampung yang dikatakan teruk. Dia ingin membersihkan nama kampung itu. Pada waktu itu, Naufal terfikir akan sesuatu, dia ingin membina semula surau di kampung itu.
“Itu agak mustahil. Penduduk kampung tak akan bersetuju. Lagipun, kita tak ada bahan untuk membina semula surau tu” kata Shafiq. Naufal memberanikan diri untuk bercakap di hadapan penduduk kampung. Dia bangun dari tempat duduknya lalu pergi keluar rumah. Dia mengetuk sebatang kayu ke tiang rumah untuk menarik perhatian penduduk kampung.
“Assalamualaikum... wahai penduduk kampung sekalian. Berdirinya saya di sini hanya untuk memberitahu sesuatu. Jikalau kamu mengaku diri kamu seorang Islam, maka teguhkanlah apa yang diperkatakan itu. Jangan hanya Islam di mata dan bukannya di hati. Islamlah kedua-duanya sekali. Dan, jikalau kamu mengaku diri kamu Islam. Apakah tempat terindah bagimu selain syurga? Apakah tempat terindahmu selain rumah? Sudah tentu kamu akan menjawab masjid tempat terindahku. Surau tempat terindahku. Kalau dalam hati kamu semua mengatakan yang sedemikian, kenapa tidak ada surau atau masjid di kampung ini? kenapa pula kamu yang membakarnya? Ayuh, marilah kita semua betulkan niat kita. Kita bina semula rumah ibadat. Rumah Allah dan Rumah Islam kita. InsyAllah, Islam kita akan kekal di hati dan di mata kita” ucap Naufal dengan penuh semangat.
Penduduk kampung berbisik sesama sendiri. Ada yang menjeling dan ada yang membisu. Hinggalah salah seorang penduduk kampung mengangkat tangannya sambil melaung takbir.
“Allah huak’bar!”
“ Aku telah tersedar daripada godaan dunia. Memang betul cakap pemuda itu. Kita hanya Islam di mata. Namun di hati kita kosong! Wahai pemuda..aku akan ikut kamu membina semula rumah yang terindah itu” kata lelaki tersebut. Selepas itu, seorang demi seorang mengangkat tangan sambil melaungkan takbir memuji Allah S.W.T.
“ Aku akan ikut kau!”
Naufal menadah tangannya sambil bersyukur. Seramai dua puluh tiga orang penduduk kampung yang mengikutinya untuk membina semula surau di kampung tersebut. Beberapa penduduk kampung yang tidak mengikuti Naufal pula masuk ke dalam rumah masing-masing dan ada yang meneruskan pekerjaan mereka tanpa menghiraukan Naufal. Dia sedar, tindakannya itu tidak akan dapat mengajak keseluruhan penduduk kampung.
Pada malamnya, Naufal terkejut melihat rumah Amin dipenuhi ramai para jemaah. “Alhamdulillah ustaz, ramai yang datang. Kalaulah saya berani berucap macam ustaz tadi, sudah tentu saya gembira” kata Amin. “ Alhamdulillah, hanya nie sahaja yang saya mampu. Kita kena yakin kalau mahu membuat sesuatu. Allah S.W.T tak suka hambaNya yang bersikap was-was. Sebab itu kita kena yakin” jelas Naufal. Pada malam itu, Naufal mengadakan sesi taa’ruf buat kali yang kedua.
Para jemaah yang baru sahaja menjejakkan kaki mereka ke rumah ketua kampung terkejut apabila mendengar kenyataan Naufal seorang ustaz. Mereka lansung tidak percaya kerana Naufal kelihatan sangat muda dan mentah.
“ Ustaz dah berkahwin ke?” tanya seorang pak cik bernama Ali. “Belum, sekarang nie tak ada jodoh” kata Naufal sambil ketawa sendirian. Pada malam itu, Naufal bersama Amin dan orang kampung yang hadir membincangkan kerja mereka untuk mendirikan semula suaru di kamung itu. penduduk kampung bersetuju untuk mengeluarkan sedikit wang mereka dan juga tenaga mereka.
Tiga hari sudah berlalu, Naufal bangun awal seperti biasa. Angin sejuk meniup masuk ke dalam bilik Naufal. Dia tinggal bersama-sama keluarga Amin. Naufal mencari ketenangan di subuh yang sunyi itu dengan membaca al-Quran. Bacaannya jelas didengari oleh Amin dan jiran di sebelah rumah. Waktu itu, penduduk kampung sedang lena dibuai mimpi.
“ Abang dengar sesuatu tak? Ada orang baca al-Quran lah. Sudah lama saya tak dengar orang baca al-Quran” kata seorang isteri kepada suaminya yang sedang tidur. “ Siapa yang baca tu? Biar abang pergi tengok” kata suami. Pasangan suami isteri itu tinggal tidak jauh dari rumah Amin. Si suami keluar dari rumah sambil membawa lampu suluh.
“Ini rumah ketua kampung. Tak mungkin suara Amin. Amin tu bukan tahu sangat baca al-Quran” bisik si suami lalu kembali semula ke rumahnya.
Pada keesokan harinya, sebahagian penduduk kampung sudah bersedia untuk bekerjasama mendirikan surau. Selepas menunaikan solat subuh secara berjemaah, mereka berkumpul di perkarangan surau lama yang telah musnah dibakar. Tempat itu terletak di hujung kampung tidak jauh dengan pantai.
“Alhamdulillah, semua ada. Ini pelannya. Tak lah secantik mana pun surau yang kita akan bina nanti. Saya harap, kita semua mampu membinanya dalam masa yang terdekat” kata Naufal.
“Ustaz, ada seseorang nak jumpa ustaz” kata salah seorang pemuda kampung. Kelihatan tiga orang remaja bersama seorang pak cik datang menghampiri jemaah yang ingin membina surau. “ Lebih baik ustaz lupakan niat ustaz tu. Aku tak mahu ada surau kat kampung nie. Membina surau tak ada faedahnya lansung. Hanya menghabiskan duit orang kampung. Kalau kau nak bina jugak, aku akan suruh budak-budak nie robohkan” kata pak cik yang pernah berjumpa dengan Naufal pada hari pertama dia datang ke kampung itu.
“ Pak Daud. Sudahlah. Kami nak bina rumah Allah. Kalau Pak Daud nak halang kami, kami tak akan biarkan. Kami tak nak kurang ajar dengan Pak Daud memandangkan Pak Daud orang yang paling tua di kampung nie” kata seorang pemuda kampung bernama Rizal.
“ Betul cakap Rizal tu, kami buat benda baik. Bukannya nak buat tempat haram kat sini” kata seorang lagi pemuda kampung bernama Iskandar. Pak Daud terdiam selepas beberapa orang penduduk kampung mula bersuara di hadapannya. Dia mengarahkan tiga orang remaja yang ikut bersamanya untuk beredar.
“ Aku akan pastikan, kau tak akan pulang dengan selamat dari sini” kata Pak Daud kepada Naufal. Naufal hanya mendiamkan diri. Bukannya dia berasa takut, dia hanya tidak mahu melawan kata-kata Pak Daud.
“Sabarlah ustaz. Pak Daud memang macam tu. Dia tidak suka orang tunjuk alim di hadapannya. Mari kita teruskan kerja kita” kata Rizal. Kerja-kerja pembinaan diteruskan. Semua orang kampung yang terlibat bekerjasama membina semula surau di kampung itu. Surau yang akan dibina menggunakan kayu dan beratapkan zink sahaja. Hanya itu sahaja yang mampu dilakukan.
“ Dah masuk waktu zohor nie. Ustaz! Kita berhenti kat sini dulu. Waktu zohor dah masuk” kata Amin. Semua penduduk kampung berjalan ke rumah Amin. “Biar kami yang tunggu di sini. Kami takut kalau-kalau ada orang yang ingin menganggu surau nie. Ustaz pergi je dulu” kata Rizal dan kawan-kawannya. “Tak apalah, biar saya bersama kamu semua. kita boleh buat jemaah yang keuda nanti” kata Naufal. Semasa penduduk kampung yang lain sedang menunaikan solat zohor, Naufal sempat mengajar pemuda-pemuda kampung itu sedikir ilmu mengenai solat.
“ Dalam solat, setiap pergerakan solat itu ada bacaanya yang tertentu. Kalau orang solat tanpa membaca sesuatu, tidak sah solatnya. Bacaan kita itu mestilah betul kerana itu merupakan doa. Solat itu adalah doa untuk kita” jelas Naufal. Pemuda-pemuda kampung yang bersamanya teruja mendengar penjelasan Naufal. Mereka bersyukur kerana didedahkan dengan ilmu yang wajib dipelajari.
Selepas semua penduduk kampung selesai menunaikan solat, mereka meneruskan tugasan mereka sehinggalah matahari mula terbenam. “ Dah maghrib nie, elok kita balik dulu” kata Amin kepada penduduk kampung. Naufal memerhati surau yang hampir siap itu. dia membayangkan surau itu dipenuhi para jemaah.
“Ustaz?? Ustaz?? Tak nak balik ke?” tanya Amin. Naufal tersedar lalu tersenyum. “Saya terbayang sesuatu yang indah. Mungkin itu satu petunjuk” kata Naufal. Mereka pulang ke rumah.
Pada malamnya, Naufal mengadakan sesi pertanyaan mengenai Islam. Pada malam itu, ramai penduduk kampung sudi menghadirkan diri di rumah Amin. Masing-masing mengeluarkan pertanyaan mereka.
“ Ustaz boleh terangkan tak solat-solat sunat?” tanya seorang perempuan belasan tahun. Perempuan itu bernama Hayati.
“Baiklah, tapi sebelum itu saya nak bagitahu. Kita wajib mengerjakan perkara yang wajib terlebih dahulu. Barulah kita kerjakan yang sunat bagi menambah amalan kita. Perkara yang wajib adalah solat fardhu dan puasa di bulan Ramadan. Solat fardhu lima waktu setiap hari, setiap waktu ada bilangan rakaatnya sendiri. Puasa pula selama sebulan di bulan Ramadan” jelas Naufal. Semakin hari hubungan Naufal dengan penduduk kampung semakin rapat.
“Ustaz ibarat malaikat lah. Datang ke kampung kami dan memperbetulkan sikap kami” kata salah seorang daripada ahli jemaah.
“Tak. Saya bukanlah malaikat. Saya hanya seorang insan biasa seperti awak. Alhamdulillah, saya hanya melakukan mengikut keupayaan saya sahaja. Saya harap, kita akan sama-sama mempertingkatkan amalan kita” kata Naufal yang bersikap merendah diri.
Tiba-tiba, sewaktu penduduk kampung hendak balik ke rumah selepas menunaikan solat isyak, Rizal datang sambil menjerit. “Ustaz! Ustaz! Ada beberapa orang lelaki merosakkan surau kita!” kata Rizal. Semua orang kampung terkejut mendengar kata-kata Rizal lalu berlari ke surau.
“Astaghfirullahhalazim...apa mereka dah buat??” bisik Naufal. Semua kayu yang masih belum digunakan di buang ke pantai, surau yang hampir siap itu pulak ditikam dengan batu sehingga patah dan zink yang menutupi surau pulak ditanggalkan.
“Ini mesti angkara Pak Daud. Orang tua tu memang tak guna” kata Amin. “Kita tak boleh menuduh orang tanpa bukti. Bersabarlah. Esok hari kita betulkan semua yang rosak nie” kata Naufal.
“Betulkan? Macam mana? Semua kayu dah patah. Surau dah dirosakkan. Nampaknya kita tak ada harapan lagi” kata Amin. “ Jangan risau pak cik, kita kena yakin dan jangan berputus asa. Allah sentiasa bersama kita. Dia akan bantu kita” kata Rizal. Beberapa orang penduduk kampung yang lain juga setuju dengan kata-kata Rizal.
“Baiklah. Malam nie biar saya berjaga di sini. Takut-takut nanti mereka datang lagi” kata Amin. “ Biar saya temankan pak cik Amin” kata Rizal. “ Kalau macam tu, saya pun nak berjaga di sini malam nie. Awak semua baliklah ke rumah masing-masing. Jangan lupa subuh esok” pesan Naufal.
Pada malam itu, Naufal bercadang untuk tidak tidur. Dia ingin berjaga sehingga pagi. “Rizal, kenapa kamu berhenti menjadi mat rempit?” tanya Amin. “ Entahlah pak cik, saya pun tak tahu nak jawab apa. Mungkin Allah dah beri saya petunjuk dan menyedarkan saya. Selepas saya tengok ayah saya ikut ustaz, saya pun terbuka hati nak ikut” jelas Rizal.
“ Ramai ke mat rempit kat kampung nie?” tanya Naufal. “ Ramai tu memanglah ramai. Mereka guna motorsikal bapa mereka untuk merempit. Terpengaruh televisyen dan budaya orang bandar. Bukan setakat merempit je, minum arak, berjudi, berzina dan mencuri tu perkara biasa bagi mereka” kata Rizal.
“ Kamu pernah buat perkara tu ke Rizal?” tanya Amin. “ Emm...saya mengaku. Saya pernah buat. Tapi, berzina tu tak. Saya tahu perkara tu memang memalukan dan terkutuk. Saya hanya pernah minum arak, berjudi dan mencuri je. Sampaikan, mak saya sendiri saya sanggup pukul sebab nak minta duit” jelas Rizal dengan terus terang.
“Alhamdulillah..sekarang Rizal dah jadi anak yang baik kan? Selalu berjemaah dengan ayah sendiri. Rizal kena kuatkan iman Rizal supaya syaitan tak akan pujuk raju kat Rizal lagi untuk buat semua perkara tu lagi. Rizal kena janji pada diri sendiri untuk menjaga ibu bapa Rizal dengan baik” kata Naufal memberi dorongan kepada Rizal. Rizal berterima kasih kepada Ustaz Naufal kerana selalu memberikannya semangat untuk meneruskan hidup yang baru baginya.
Pada keesokan harinya, orang kampung meneruskan kerja mereka. Tanpa pengetahuan orang kampung, Naufal telah menggunakan semua duit yang ada di dalam dompetnya untuk membeli kayu yang baru pada pagi itu.
“ Siapa yang beli kayu nie?” tanya Pak cik Ali. Orang kampung membisu kerana tidak tahu siapa membeli kayu itu. “Tak apalah, yang penting kita ada kayu yang baru. Mungkin ini rezeki untuk kita. Kita doakan semoga orang yang membeli kayu ini diberkati Allah S.W.T” kata Amin.
Penduduk kampung bertekad untuk menyiapkan surau tersebut pada hari itu juga. Semasa penduduk kampung masih membina surau, Naufal berjalan di pantai bagi menghilangkan rasa letihnya kerana tidak tidur semalaman. Dia melihat banyak perahu dan bot di pesisiran pantai. Hasil laut merupakan sumber rezeki penduduk kampung di sini. Mereka tidak inginkan pembangunan kerana mereka suka akan cara hidup mereka sekarang. Semasa Naufal sedang duduk di atas pasir, dia ternampak seorang perempuan sedang mendayung sebuah perahu. Naufal terpaku melihat perempuan itu.
“ Astaghfirullahhalazim...kenapa dengan aku nie. Aku kena kawal diri aku” bisik Naufal. Perempuan tersebut sangat cantik namun dia tidak memakai tudung. Naufal memandang ke arah lain.
Beberapa minit kemudian, Naufal terdengar satu jeritan. Dia mencari-cari di mana punca jeritan itu. Naufal terkejut apabila melihat sebuah perahu terbalik yang berada agak jauh sedikit dari pantai dan seorang perempuan sedang menjerit meminta tolong.
“ Ya Allah, perempuan tu” kata Naufal lalu terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan perempuan yang hampir lemas itu. Semasa Naufal berenang untuk menyelamatkan perempuan itu, penduduk kampung masih tidak menyedari apa yang berlaku di laut. Kelihatan Pak Daud datang bersama-sama beberapa orang remaja kampung.
“ Amin! Mana ustaz tu?! Hari ini, aku akan suruh budak-budak nie bakar surau tu” kata Pak Daud. “ Ustaz berada di pantai sekarang. Kami tak akan benarkan Pak Daud bakar surau nie” kata Amin dengan nada yang tegas.
Salah seorang daripada remaja yang bersama Pak Daud menyimbah mintak gas ke surau. Semasa Pak Daud memandang ke pantai untuk mencari Ustaz Naufal, dia terlihat anak perempuannya sedang diselamatkan oleh seseorang. “ Anak aku!” jerit Pak Daud.
Penduduk kampung berlari ke arah pantai. “ Ustaz?? Apa yang telah berlaku?” tanya Amin melihat ustaz membawa seorang perempuan. “ Saya ternampak dia hampir lemas selepas perahunya terbalik” kata Naufal.
“Anak aku! Amalina..dia sesak nafas” kata Pak Daud ketika menghampiri anaknya itu. “Biar saya lakukan, saya seorang doktor” kata Naufal. Dalam keadaan darurat, Naufal terpaksa melakukan CPR. “ Eh?? Ustaz??” kata Rizal kehairanan.
“Tak ada yang peliknya Rizal. Kita dalam keadaan darurat. Yang penting, nyawa dia mesti diselamatkan” jelas Naufal. Rizal hanya mengangguk. Mungkin dia kehairanan melihat seorang ustaz menyentuh seorang perempuan. Amalina tersedar lalu terbatuk mengeluarkan air daripada mulutnya. Pak Daud melihat keadaan anaknya sudah selamat.
“ Alhamdulillah” kata penduduk kampung. Dalam masa yang sama, Naufal terjatuh tidak sedarkan diri. “ Ustaz!!!” jerit Amin. Penduduk kampung membantu membawa Ustaz ke rumah ketua kampung. “Ustaz demam. Mungkin semalaman dia tak tidur dan tadi dia berenang ke laut. Itu menyebabkan dia demam. Terlalu letih agaknya” kata Amin.
“Biar saya belikan ubat untuknya” kata Rizal. Pak Daud turut berada di rumah Amin selepas menghantar anaknya, Amalina balik ke rumah. “Maafkan aku..tak sangka ustaz sanggup selamatkan anak aku sedangkan aku jahat padanya. Aku menyesal” kata Pak Daud. Penduduk kampung mula memarahi Pak Daud. “Kalau ustaz sedar sekarang, dia tentu akan memaafkan kesalahan Pak Daud tak kiralah sebesar mana pun kesalahan itu” kata Amin.
Sejak hari itu, perangai Pak Daud mula berubah. Dia berasa malu dengan keangkuhannya sebelum ini. Surau telah siap dibina sepenuhnya namun ustaz Naufal masih demam panas. “Alhamdulillah..akhirnya semua berjalan dengan baik. Rizal, tolong cari pasir yang suci di pantai. Saya nak bertayamum” kata Naufal.
“Tayamum??” tanya Rizal. Naufal sempat menjelaskan apa maksud tayamum walaupun dia kurang sihat dan tidak bermaya. Selama tiga hari Naufal demam. Akhirnya dia kembali meneruskan tugas dia semula. “Alhamdulillah. Ustaz dah sembuh, bolehlah kita rasmikan surau baru” kata Amin.
“Belum dirasmi lagi ke?” tanya ustaz. Amin menunggu Naufal merasmikan surau tersebut dengan laungan azan daripadanya. Selepas hari itu, Naufal berjaya mengajak separuh daripada penduduk kampung untuk mengamalkan ajaran Islam sebaiknya. Sejak surau siap dibina, Naufal semakin bersemangat untuk berdakwah. Pada waktu subuh, dia akan memimpin pembacaan al-mathurat dan kuliah subuh. selepas waktu zohor hinggalah ke waktu asar, dia akan mengajar kanak-kanak di kampung itu membaca al-Quran dan membuka kelas kafa. Pada malamnya pula, kuliah maghrib dan tazkirah juga diadakan. Semakin hari, ilmu yang dicurahkan semakin banyak.
Surau tersebut akhirnya dipenuhi para jemaah setiap hari. Lokasi yang strategik iaitu berhampiran pantai menjadi tempat penduduk kampung untuk mencari ketenangan. “Rizal, selepas nie saya nak kamu yang melaungkan azan di suaru ini. kamu jadi bilal. Pak cik Ali pula jadi imam pertama, Amin pula jadi imam kedua” kata Naufal.
Pada petangnya, selepas waktu asar Naufal bercadang untuk bersiar-siar di pantai. Sudah hampir sebulan dia berada di kampung itu. Sambil membawa kamera, dia berjalan di pesisiran pantai.
“Ustaz suka langit ke?” tanya seorang perempuan ketika Naufal sedang mengambil gambar langit di pantai. “Eh? Amalina rupanya. Ya, saya sukakan langit” kata Naufal. Naufal hanya memandang Amalina sepintas lalu sahaja kerana Amalina tidak memakai tudung. Menjadi dosa baginya jika terlihat aurat Amalina dan menjadi dosa bagi Amalina jika Naufal terus memandang auratnya.
“Ustaz tak sudi bercakap dengan saya ke?” tanya Amalina. Naufal mendiamkan dirinya. “Bukan tak sudi. Aurat. Saya tak boleh memandang aurat perempuan yang bukan isteri saya. Berdosa” kata Naufal.
“ Oh...maafkan saya..saya tak biasa pakai tudung. Tak selesa” kata Amalina. “Sehelai rambut itu ibarat satu dosa. Kalau sejuta helai rambut, sejuta dosa. Biar panas di dunia, jangan pula panas di akhirat nanti” kata Naufal.
“Emm..InsyAllah..saya akan berubah dan memakai tudung. Terima kasih. Selama nie, tak ada seorang pun yang pernah menasihati saya untuk memakai tudung kecuali arwah ibu dan ustaz. Langit hari nie cantik kan?” kata Amalina lalu mengubah topik perbualan.
“ Ya. Langit setiap hari cantik. Membiru sentiasa. Awak nak tahu sesuatu tak?”tanya Naufal. Amalina mengangguk.
“Langit ciptaan Allah yang paling menjelaskan kekuasaanNya. Langit berdiri tanpa tiang atau bantuan. Ia berubah pelbagai bentuk seolah-olah selalu berdoa untuk Allah S.W.T. Dan, langit juga bergerak bebas” jelas Naufal. Kata-kata Naufal membuatkan hati Amalina teruja dan kagum melihat maksud yang tersirat pada ciptaan Allah.
“Hebatnya...” kata Amalina sambil memandang ke langit. “ Ucaplah SubhanAllah, maksudnya Maha Suci Allah” kata Naufal. Tanpa disedari, Pak Daud terlihat anaknya bersama Ustaz Naufal.
Pada malamnya, selepas solat Isyak, Naufal balik awal ke rumah Amin kerana ingin makan malam. Sewaktu dia keluar dari surau, Pak Daud menghampirinya. “Ustaz, saya ada sesuatu nak bagitahu ustaz, boleh kita masuk sekejap?” tanya Pak Daud. Naufal melupakan niatnya untuk balik awal ke rumah.
Keesokan harinya, Naufal bangun awal tepat jam tiga pagi. Dia berjalan ke surau bersama Rizal yang turut bangun awal. “Awal kamu bangun hari nie?” tanya Naufal. “Ustaz kan pernah cakap, bangun awal lebih baik. Lagipun, saya kan bilal. Nak laungkan azan subuh jugak nanti” kata Rizal.
Semasa Rizal sedang menunaikan solat sunat di dalam surau. Naufal duduk sendirian di luar surau. Dia teringat akan kata-kata Pak Daud lalu mengalirkan air mata. “ Ya Allah, apakah semua ini telah tercatat untuk ku?” bisik Naufal dalam hatinya.
Pada petangnya, seperti biasa, Naufal akan ke pantai untuk mengambil gambar langit. Ketika dia sedang seronok melihat langit bergerak, tiba-tiba Amalina datang lalu memberi salam. “Assalamualaikum...” kata Amalina.
“Waalaikumsalam...siapa awak? Penduduk sini ke?” tanya Naufal apabila melihat seorang perempuan berbaju kurung hijau dan bertudung hijau. “ Saya Amalina.. lain ke?” tanya Amalina. “ Alhamdulillah..lain sangat. Saya ingatkan siapa tadi. Maaf, saya terpaksa pergi. Nanti kita jumpa lagi” kata Naufal.
Beberapa hari telah berlalu, Naufal menjauhkan dirinya daripada Amalina. Bukan niatnya untuk berbuat demikian, tetapi dia terpaksa. Pada pagi itu, Rizal memberitahu Naufal bahawa Pak Daud dalam keadaan nazak di rumah.
“ Assalamualaikum...Pak Daud..ini saya. Ustaz Naufal..” kata Naufal yang berada di sebelah katil Pak Daud. Amalina pula berada di sebelah kanan katil Pak Daud. “Waalaikum....salam...ustaz...dah tiba masanya..maafkan segala kesalahan saya.......sebelum ini ustaz....” kata Pak Daud.
“Saya maafkan Pak Daud, bawa mengucap. Ingat Allah...” kata Naufal. Amalina menangis di sisi ayahnya begitu juga dengan abangnya yang sulung, yang baru datang dari luar negara. “Ayah..jangan tinggalkan Lina ...ayah..” kata Amalina.
“Ashaduallailahaillallah..waashhaduannamuhammadarasulullah...” Pak Daud mengucap buat kali yang terakhir. Akhirnya Pak Daud menghembuskan nafasnya yang terakhir. Pak Daud mempunyai penyakit yang tidak ada harapn untuk sembuh. Setelah lama dia menderita menahan sakitanya itu, dia lupakan Allah dan menyalahkan Allah. Kerana itu, dia benci akan orang yang alim di hadapannya.
“Innalillahhiwainnahirojiun...” bisik Naufal.
Penduduk kampung sedih melihat Pak Daud sudah tiada lagi. Penduduk kampung bekerjasama mengurus jenazah Pak Daud. Mereka mendengar tunjuk ajar Naufal mengenai pengurusan jenazah. Setiap perkara yang terjadi, ada hikmahnya. Begitulah yang berlaku ketika Pak Daud meninggal dunia, orang kampung dapat menerima ilmu baru mengenai pengurusan jenazah.
Naufal sedang duduk di hadapan surau. Tiba-tiba datang seorang lelaki iaitu abang kepada Amalina. Abangnya bernama Fairuz. “Assalamualaikum...ustaz” kata Fairuz. “Waalaikumsalam..” jawab Naufal.
Mereka duduk di hadapan surau itu. Fairuz mendapat tahu bahawa Naufal merupakan orang yang berjaya mmbuka hati ayahnya dan menyelamatkan adik perempuannya. “Sebelum ayah kamu meninggal dunia, arwah pernah berpesan kepada ustaz. Dia inginkan ustaz berkahwin dengan adik kamu” kata Naufal.
“Amalina? Ayah saya seorang yang mementingkan keperibadian. Dia amat memilih bakal menantu. Isteri saya juga dia yang pilihkan. Mungkin itu yang terbaik baginya. Macam mana ustaz?” tanya Fairuz.
“Ustaz belum bersedia lagi. Perjalanan ustaz masih jauh. Ustaz belum buat keputusan lagi. Esok, ustaz akan pergi dari kampung ini” kata Naufal. “Tapi, itu hajat ayah..” balas Fairuz.
Naufal semakin bimbang. Dia masih belum membuat keputusan sehinggalah pada hari terakhir dia di kampung itu. “Ustaz dah nak pergi ke??” tanya Rizal.
“Hari nie, hari terakhir saya. Selepas zohor nanti, saya akan balik semula ke bandar. Tugas saya sudah selesai di sini” kata Naufal. Penduduk kampung sedih mendengar kata-kata Naufal.
“ Ustaz akan datang balik ke sini tak?” tanya Rizal lagi. “InsyAllah, kalau umur masih panjang. Saya akan kembali” kata Naufal. Naufal memberi kuliah subuh yang terakhir pada pagi itu. Tajuk kuliahnya pada pagi itu adalah “Kepentingan bertakwa dan yakin pada Allah”.
Selepas waktu zohor, Syukran dan Farzedi membantu mengangkat barang-barang Naufal. Syukran dan Farzedi merupakan anak didik Naufal yang paling bijak, selama sebulan lebih Naufal berada di kampung itu, mereka telah banyak menghafal surah-surah yang terdapat dalam al-Quran.
Penduduk kampung berkumpul di rumah Amin, ketua kampung. Naufal ingin menyampaikan ucapannya yang terakhir.
“Assalamualaikum..penduduk kampung..Alhamdulillah, hari ini hari terakhir saya di sini. Sepanjang saya berada di sini, saya gembira mengenali saudara-saudara seIslam, berkongsi cerita, mengajar, mendidik dan berkongsi pendapat serta pengalaman. Terima kasih sebab sudi menerima saya selama sebulan saya di sini. Perjuangan saya belum berakhir di sini, doakan yang terbaik untuk saya dan insyAllah saya akan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan kampung ini. saya harap, segala yang telah saya usahakan di kampung ini akan diteruskan selamanya. Terima kasih. Kalau Allah masih membuka jalan untuk saya, insyAllah saya akan kembali semula” kata Naufal.
“Allah huak’bar!” jerit Rizal lalu diikuti oleh penduduk yang lain. Kereta untuk menjemput Naufal telah datang. Naufal bersalaman dengan semua penduduk kampung. “ Terima kasih ustaz Naufal...semoga kita berjumpa lagi” kata Amin lalu memeluk ustaz muda itu.
Semasa Naufal membuka pintu kereta, dia ternampak Amalina berdiri di sebelah pokok kelapa. Wajahnya yang cantik itu mengalirkan air mata. Dia baru kehilangan seorang ayah, kini dia ‘kehilangan’ seorang lelaki yang pernah menyelamatkannya dulu.
“Assalamualaikum..saya dah nak pergi nie. Jaga diri baik-baik” kata Naufal. Amalina hanya menjawab salam Naufal. Sejak beberapa hari, Naufal selalu mengelakkan dirinya daripada Amalina. Itu yang membuatkan Amalina sedih. “Kalau saya kembali semula nanti, tolong sediakan baju kurung bewarna biru muda seperti warna langit. InsyAllah, saya akan melamar awak nanti. Assalamualaikum” kata Naufal.
“Eh?? ..............Waalaikumsalam......” jawab Amalina dengan rasa terkejut.
Dua tahun berlalu, kampung yang di bawah penjagaan Amin kini menjadi kampung contoh. Amin bersyukur kerana nama buruk kampungnya telah dibersihkan. Semua penduduk kampung mengamalkan ajaran Islam dengan sebaiknya dan bukannya hanya bergelar Islam.
Kelihatan Amalina sedang berjalan di pesisiran pantai. Setiap kali dia memandang langit, dia akn teringat akan ustaz Naufal. Semasa penduduk kampung selesai menunaikan solat zohor di surau, beberapa buah kereta datang ke kampung itu. “ Siapa tu?” tanya Rizal.
“ Kejap, bukan itu Ustaz Naufal ke??” tanya Shafiq. Semua penduduk kampung melihat seorang lelaki berbaju melayu biru muda. “Assalamualaikum..”Ustaz Naufal memberi salam.
“ Waalaikumsalam.. ustaz??! Alhamdulillah..ustaz datang balik...” kata Amin. Penduduk kampung mengalu-alukan kedatangan Naufal.
“Alhamdulillah....saya datang bukan untuk berdakwah..tapi..saya datang untuk mendirikan masjid..”kata Naufal menyampaikan niatnya yang sebenar.
“Mendirikan masjid?? Kita dah ada surau..buat apa nak masjid lagi? Lagipun ini hanya kampung” kata Rizal.
“Mendirikan masjid makna lainnya kahwin...eyer..ustaz nak mengakhiri zaman bujangnya..” kata seorang anak didik Naufal, Hanisah. Naufal hanya tersenyum lalu pergi mencari Amalina. “Kak Amalina pergi ke pantai” kata Hanisah.
Ketika Amalina sedang leka melihat langit, dia terdengar seorang lelaki memberi salam. “Assalamualaikum...seperti yang telah dijanjikan..” kata Naufal sambil tersenyum. Penduduk kampung dan rombongan meminang memenuhi pantai itu.
“Ustaz...kali nie, ustaz ajar kami pulak tentang adat-adat berkahwin..” kata Rizal.
“InsyAllah.....” kata Ustaz Naufal.
Ini kisah ustaz Naufal. Seorang ustaz termuda dan seorang doktor termuda. The Blue Sky wasiq. Wasiq bermaksud keyakinan. Pandanglah langit, yakinlah Allah S.W.T itu hanya Satu, dan ucapkanlah SubhanAllah......

WASSALAM....

Zain Bikha-Denn il Islam (I AM A MUSLIM)

Deen-il-Islam

By : Zain Bhikha

By: (Linda Gcwensa & Zain Bhikha)

If you ask me, why do I stand here,
So unafraid of everything around me.
Proudly I would say, I am a Muslim.
If you ask her, why does she dress that way,
All covered up in a world that gives it all away.
Proudly she would say, I am a Muslim.

Chorus:
Deenil Islam deeni Wala ‘ardab gheiru deeni Muhammad elli hadeeni Nourel iman x 2

If you ask me, surely this cannot be,
You give your wealth so free, and you say your life is charity.
It ain’t hard to see, I am a Muslim.
If you ask him, why does it hurt so,
When he sees injustice, even though it’s folks he doesn’t know,
With tears in his eyes he says, I am a Muslim.

Chorus

If you ask her, why doesn’t she cry,
There’s no one by her side, she’s the only one that’s left behind.
Patiently she sighs, I am a Muslim.
If you ask him, why does he still pray,
Five times a day when so many others have strayed.
Smiling he would say, I am a Muslim.

Chorus

If you ask me, why do I love you
No matter where you are, we are the greatest Ummah
With the beating of our hearts, we are Muslim.

La-illah-ha-illalah Muhammad-ur-rasullulah
There is only one God
La-illah-ha-illalah Muhammad-al-Mustapha
Muhammad is the messenger
La-illah-ha-illalah Muhammad-ur-rasullulah
There is only one God
La-illah-ha-illalah Muhammad-al-Mustapha
Muhammad is the messenger

More Lyrics at: MuslimLyrics.com