“Semua ini salah mak dan ayah! Awak berdua punca adik mati! Semua ini salah awak berdua!” jerit Hariz sambil memegang gula-gula merah. Suasana sunyi sepi ibarat suasana hutan di malam hari.
Hariz berlari ke kereta ayahnya selepas sekolah. Pemandu ayahnya terus memecut laju menuju ke hospital. “Ayah, mak dah keluar dari wad ke?”tanya Hariz. Ayahnya hanya mengangguk sambil memegang telefon bimbitnya. Ayah tidak menghadiri mesyuarat setelah mendapat berita tentang isterinya sudah melahirkan anak.
Setelah tiba di hospital, Hariz berlari menuju ke bilik ibunya. Dia cukup gembira kerana dia mempunyai seorang adik perempuan. Mungkin selepas ini, hidupnya akan ceria di samping adik perempuannya. Dua hari kemudian, ibu Hariz dibenarkan pulang ke rumah. Namun yang menghairankan Hariz, ibu dan ayahnya tidak begitu gembira dengan kehadiran Natasha, adik Hariz.
“Ibu, nampaknya kali ini ahli keluarga kita menjadi empat orang kan?”tanya Hariz. Ibunya hanya mengangguk. Hariz mengusap kepala adiknya yang masih bayi itu. Pada pagi itu, ayah Hariz bergegas ke pejabat walaupun hari itu merupakan cuti umum. Sikap ayah Hariz yang hanya mementingkan kerjayanya membuatkan Hariz terasa sunyi. Hariz hanya dapat melihat wajah ayahnya pada pagi hari sewaktu sarapan sahaja. Apabila ayahnya pulang ke rumah, Hariz sudah pun melelapkan mata. Pada waktu cuti pula, ayah Hariz jarang berada di rumah.
Empat tahun berlalu, kini Hariz berada di tingkatan dua. Sekejap masa berlalu, Natasha kini berumur empat tahun. Sejak ibu Hariz kembali bekerja, Natasha hanya dijaga oleh mak cik Limah, orang gaji Hariz di rumah. Selepas sekolah, Hariz terus pulang ke rumah dengan mengayuh basikal. Setibanya di rumah, kelihatan Natasha sedang bermain seorang diri di ruang tamu.
Hariz tersedar sesuatu yang pelik mengenai adiknya, Natasha. Adiknya tidak mampu mengenggam jari tangannya dengan baik dan berjalan dengan betul. Walupun sudah berumur empat tahun. Hariz memegang tangan adiknya. Dia juga menyedari adiknya jarang bercakap mahupun mengeluarkan suara. Pada petangnya, Hariz bertanya kepada ibunya mengenai Natasha. Namun ibunya hanya terdiam.
Pada keesokan harinya, Hariz bertanya dengan cikgu matapelajaran sains. Menurut cikgunya, kemungkinan adiknya dilahirkan dalam keadaan cacat. Hariz tidak mempercayai bahawa adiknya seorang yang cacat. Selepas pulang dari sekolah, Dia terus masuk ke bilik ayah dan ibunya dan membuka almari. Dia percaya, di dalam almari tersebut ibunya menyimpan maklumat kelahiran adiknya.
Ternyata, adik hariz dilahirkan cacat. Natasha tidak berupaya bercakap dengan lancar, menggenggam tangan dengan kuat dan berjalan dengan betul. Kemungkinan Natsha tidak dapat membesar sebagai seorang manusia yang normal.
Setahun berlalu. Kini Hariz berada di tingkatan tiga. Semasa di rumah, Hariz terdengar jeritan dan tangisan dari bilik ibu dan ayahnya. Dia terus bangkit dari katil dan berjalan menuju ke bilik itu. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Pintu bilik ibu terkunci dan bunyi tangisan serta jeritan itu meyakinkan Hariz bahawa itu merupakan suara adiknya. Hariz menendang pintu bilik ibunya lalu melihat adiknya terlantar di atas lantai.
“Apa yang ibu buat kat adik?kenapa ibu biarkan adik dipukul oleh ayah?” jerit Hariz. Hariz melihat ayahnya membawa tali pinggang berdiri tidak jauh dari tempat Natsha terlantar. Ayah Hariz menghayunkan tali pinggangnya. Sepantas kilat Hariz melindungi adiknya. Belakang Hariz terkena hayunan ayahnya. “ Hariz! Lebih baik kamu ke tepi! Ayah nak ajar budak cacat ini supaya tidak menyusahkan orang!” kata ayah dengan marah.
“Kenapa ayah nak pukul Natasha?apa dosanya? Kalau ayah nak pukul, ayah pukullah Hariz dn jangan pukul Natasha!” balas Hariz yang masih dalam kesakitan. Selepas ayah Hariz puas memukul Hariz, dalam keadaan kesakitan Hariz membawa Natasha ke biliknya. “ Kenapa aku mempunyai seorang ayah dan ibu sedemikian? Aku tak percaya yang ibu hanya melihat ayah memukul aku dan Natasha.” Kata Hariz di dalam hati.
Keesokan harinya, Hariz tidak pergi ke sekolah. Selepas ibu dan ayahnya pergi bekerja, Hariz mengambil keputusan untuk membawa Natasha keluar dari rumah. Dia tidak sanggup melihat adiknya didera oleh ibu dan ayah kandungnya sendiri. Hariz meminta bantuan mak cik Limah untuk menyapu ubat dan menbalut luka yang ada pada adik. “ Hariz, mak cik minta maaf kerana tidak dapat membantu kamu malam tadi. Mak cik tak sangka Puan dan Tuan sanggup memukul adik kamu” kata mak cik Limah.
Hariz terdiam seketika dan teringat akan kata-kata ayahnya. “ Adik kamu tu cacat! Kos pembayaran rawatannya sangat mahal. Budak tu boleh menyusahkan keluarga kita. Ayah tak nak anak yang cacat! Lebih baik dia mati daripada menyusahkan hidup kita!”
Hariz berpesan kepada mak cik Limah supaya tidak memberitahu ibu dan ayahnya. Hariz mencuri beberapa ringgit dari tabung ibunya dan membawa Natasha keluar dari rumahnya. Dia hanya menggunakan basikal bersama adiknya. Hariz tidak merancang perjalanannya. Dalam fikirannya hanya untuk membawa adiknya keluar dari rumah itu.
Pada malamnya, Hariz berteduh di sebuah kedai. Kini jaraknya dari rumah agak jauh. Natasha masih berada di sampingnya. Suasana di kawasan itu amat sunyi. Dia mula berdoa supaya Tuhan melindunginya dan memaafkan segala perbuatan yang dilakukannya. Dia juga berharap supaya ayah dan ibunya berubah.
Pada keesokan harinya, Hariz tersedar daripada tidurnya apabila seorang pak cik mengejutkannya. “Anak ni kenapa tidur kat sini?”tanya pak cik itu. Hariz terus membangunkan adiknya. Hariz meneruskan perjalanannya dengan mengayuh basikal. Hari itu dia berhasrat untuk mencari tempat tinggal. Namun, jumlah wang yang dibawanya dan wang ibu yang dicurinya hanya cukup untuk perbelanjaan makanan mereka berdua. Hariz singgah di sebuah pasar dan duduk di bangku bersama adiknya.
“Adik nak makan? Ayam goreng?”tanya Hariz. Dia tahu bahawa adiknya suka akan ayam goreng. Natasha hanya tersenyum dan menggangguk. Kelihatan ramai orang yang lalu lalang melimpasi mereka berdua. Namun, orang ramai tidak menyedari bahawa Hariz dan Natasha merupakan anak kepada seorang pengurus syarikat terkenal di bandar itu dan anak seorang pensyarah terkenal.
Dua minggu telah berlalu, Hariz dan Natasha masih lagi tidur di kedai dan di kaki lima. Wang mereka semakin berkurangan walaupun terdapat orang yang ikhlas hati memberi sedekah kepada mereka. Pada malam itu, pertama kali Hariz mendengar suara Natasha dengan jelas. “A…bang….a..dik…nak…makan..”kata Natasha yang kesejukan. Hariz berteduh di sebuah kedai runcit yang telah tutup. Hujan turun pada malam itu. “Adik tunggu kat sini, abang belikan adik makanan kat kedai seberang sana”kata Hariz.
Dia mengayuh basikalnya dalam keadaan hujan lebat menyeberangi jalan raya. Wang yang masih ada digunakan Hariz untuk membeli makanan untuk adiknya. Dia juga membeli gula-gula merah kegemaran adiknya. Ini untuk membuat adiknya tersenyum. Hariz meletakkan bungkusan makanan yang baru dibelinya di dalam pakaiannya. Dia terus mengayuh basikal menyeberangi jalan raya.
Setibanya di kedai tempat mereka berteduh, Hariz melihat adiknya tidur. Dia tersenyum kerana melihat wajah adiknya yang tersenyum semasa tidur. “Adik, abang dah belikan makanan untuk adik. Gula –gula kegemaran adik pun ada” kata Hariz. Namun, Natasha masih tidur. Hujan masih lagi turun dengan lebatnya.
Pada keesokan harinya, Hariz tersedar daripada tidurnya setelah mendengar bunyi siren polis. Seorang pegawai polis berdiri di hadapannya. “ Kamu Muhamad Hariz bin Kamarulzaman?” tanya pegawai polis tersebut. “ Ya, saya Hariz dan ini adik saya Nurul Natasha” kata Hariz sambil membangunkan adiknya. Hariz memegang tangan adiknya untuk membangunkan adiknya. Tiba-tiba, Hariz mengeluarkan air mata. Dia melihat wajah adiknya pucat.
“Adik…adik…adik!!!bangun dik…adik!!! Natasha!!”jerit Hariz.
Pegawai polis tersebut membawa Hariz dan Natasha ke hospital. Dua jam kemudian, ibu dan ayah Hariz serta mak cik Limah tiba di hospital. Mereka terkejut setelah melihat Hariz memeluk Natasha yang berada di atas katil. “Hariz..adik kamu sihat kan?” tanya ibu sambil mendekati Hariz. “lebih baik ibu dan ayah jangan sentuh Natasha! Pergi dari sini! Hariz tak akan memaafkan ayah dan ibu!” jeritan Hariz mengejutkan beberapa pesakit lain yang berada di luar.
“ Doktor, bagaimana keadaan anak saya?”tanya ayah kepada seorang doktor yang berada tidak jauh dari situ. “ Encik Kamarulzaman,maafkan saya. Anak awak dah meninggal dunia dua jam yang lalu semasa dalam perjalanan ke hospital.”kata doktor. Mayat Natasha dikebumikan pada petang itu juga.
Ibu dan ayah memeluk Hariz semasa melihat Natasha dikebumikan. “Apa dosa adik? Kenapa adik mati? Dia satu-satu nya adik Hariz. Kenapa Hariz tak dapat nak lihat wajah adik apabila dia dewasa kelak? Kenapa dia dipukul?” tanya Hariz sambil menangis. Ibu dan ayahnya hanya terdiam.
Selepas selesai, Hariz masih lagi berada di tepi kubur adiknya. “Hariz, mari balik. Hari semakin gelap ni” kata ayah.
“Semua ini salah mak dan ayah! Awak berdua punca adik mati! Semua ini salah awak berdua!” jerit Hariz sambil memegang gula-gula merah. Suasana sunyi sepi ibarat suasana hutan di malam hari.
Selepas membaca tahlil dan yassin, Hariz terus menuju ke biliknya. Dia duduk di atas katilnya dan memegang gula-gula merah. Dia mula teringatkan arwah adiknya. Natasha amat suka gula-gula merah kerana warnanya yang terang. Hariz dan Natasha pernah bergaduh semata-mata untuk mengambil gula-gula merah pemberian mak cik Limah semasa Natasha berusia 3 tahun. Gula-gula merah itu juga yang masih digenggam Natasha dengan erat pada pagi kematiannya.
Pintu bilik Hariz di ketuk. Rupa-rupanya ibu dan ayah yang mengetuknya. Mereka mendekati Hariz. Ibu duduk di kanan Hariz sementara ayahnya duduk di kiri Hariz. “ayah nak minta maaf, semua ini salah ayah. Ayahlah punca kematian adik kamu. Ayah lebih pentingkan duit dari anak ayah sendiri .Kalau ayah tak pukul adik kamu, tentu dia masih hidup sekarang” kata ayah.
Hariz memeluk ayahnya. “Adik seorang yang ceria dan suka senyum walaupun dia cacat, ayah.” Ibu turut meminta maaf dan berjanji akan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Keesokan harinya, Hariz bersiap awal untuk ke sekolah. Dia mengayuh basikalnya dan memulakan hidup barunya. Namun, kenangan bersama adiknya tak pernah hilang daripada ingatannya.
“ Adik..abang sentiasa mendoakan kesejahteraan adik. Abang harap, adik akan memaafkan ayah dan ibu. Semoga adik selalu ceria dan senyum di sana serta menjadi insan yang disayangi. Abang sayangkan adik”
Karya Awang Mohamad Razizie Bin Awang Yusuf / 2010
Idea : dtg time mimpi….haha