Pages

Labels

PERKONGSIAN (21) My story (18) My life (17) info (9) Islamic (8) Cerita menarik (7) SINOPSIS (7) video (5) Lirik Lagu (4) Hadis (3) Picture (3) DARI LENSA KAMERA (2) langit (2) my art (2) Lagu (1) Lawak macam Best (1) MOVIE (1) Movie Link (1) Music (1) pe (1)

Followers

Showing posts with label Cerita menarik. Show all posts
Showing posts with label Cerita menarik. Show all posts

Saturday, February 12, 2011

Kembara seorang lelaki

Salam buat semua...

Titik permulaan kehidupan bermula dengan tangisan seorang bayi...kemudian kedengaran suara seorang ayah melaungkan azan di telinga kanan dan ada juga kedengaran laungan iqamat di telinga kiri. Tanpa perlu mengucap dua kalimah syahadah, Islam menjadi agama buat selamanya. Ketika kaki sudah dapat melangkah dan berlari, mulalah dunia ini untuk diterokai dan dilawati. Harapan dalam hati supaya ilmu Allah yang luas ini dapat dipelajari dengan sifat tunduk dan takut akan kekuasaan serta kebesaranNYA. Ketika umur meningkat dan berada di alam cukup umur, pelajaran semakin menjadi sukar dan payah. Namun, ia perlu dihadapi jua untuk kehidupan masa akan datang. Solat dan Puasa mula dipelajari dan diamal selalu kerana itu perintah Allah. Sebagai seorang lelaki, tiada alasan untuk meninggalkan solat. Tidak seperti kaum wanita. Ketika umur semakin meningkat, minda dan akal juga semakin matang. Asyik memikirkan bab-bab percintaan di dunia. Cinta kepada pekerjaan, pelajaran, keluarga dan juga kekasih itu semuanya keperluan diri di dunia. Namun, Cinta kepada Tuhan tetap terus terikat sampai mati. Tibalah masa untuk berkahwin dan mendapat cahaya mata bagi penerus waris. Segala ilmu yang dipelajari sebelum ini diajar kembali kepada anak-anak. Ilmu yang diajar tidak kurang sedikit pun kerana harapan bagi seorang lelaki yang bergelar ayah itu teramat besar. Ingin melihat anak-anak mereka menjadi insan yang berguna di dunia dan juga di akhirat. Sebelum ini, ayah yang melaungkan azan untuk kita, kini kita pula yang melaungkan azan untuk anak kita. Fikirkanlah, masa akan berulang walaupun sebenarnya berbeza pada zahirnya. Kita akan mengalaminya jika diberi peluang oleh Allah SWT. seterusnya, apabila kita menghampiri penyakit yang tiada ubatnya di dunia yakni Mati, ingatlah. Syurga atau neraka tempat tinggal kita yang seterusnya...

Thursday, February 3, 2011

Dari lawan....ke kawan....

Seperti yang telah ku jangkakan....Fernando Torres akan meninggalkan kelab Liverpool suatu hari nanti, dan akhirnya...dia betul2 pindah!!! aku nak konsi babak2 manarik Torres sewaktu dia menjadi musuh utama Chelsea...




KINI...MENJADI KAWAN....



fernando Torres menyarung jersi Chelsea ...kit number 9 !!

Thursday, December 2, 2010

ASHABUL UKHDUD


ASHABUL UKHDUD
        Pada masa dahulu raja-raja bergantung kepada ahli sihir untuk mengukuhkan lagi takhta kerajaan mereka .Sihir digunakan oleh pemerintah untuk menipu orang ramai yang menyebabkan mereka menjadikan raja sebagai tuhan selain daripada Allah swt. Rasulullah saw telah memberitahu bahawa ada seorang raja yang mempunyai seorang tukang sihir yang sudah lanjut usianya. Tukang sihir ini merasa takut akan kehilangan ilmunya dan meminta agar raja tersebut mencari seorang budak yang bijak dan menonjol pada masa itu untuk mewarisi ilmu dan kesesatanya. Raja itu menunaikan hajat tujang sihir tadi.
         Pada suatu hari ketika budak itu berulang alik dari istana, dia telah melalui satu tempat yang merupakan tempat tinggal seorang rahib (ahli agama ) yang mana dia begitu  tertarik kepadanya dan mendengar segala nasihat daripada rahib tadi. Setelah budak itu mengadu kepada rahib tersebut mengenai  tindakan ahli sihir yang akan dikenakan  jika dia terlewat kerana belajar dengan rahib. Lalu rahib itu memberi cadangan iaitu jika tukang sihir itu bertanya tentang kelewatannya maka katakanlah bahawa keluarganya telah menyekatnya dan jika ditanya oleh keluargamu maka katakanlah bahawa tukang sihir telah menahannya yang menyebabkan dia kelewatan.
         Pada suatu hari budak tersebut telah terserempak dengan seekor binatang besar yang menahan dan menyekat orang ramai yang mana ia kemungkinan sebagaimana singa atau ular yang besar. Rentetan daripada masalah ini, timbullah satu peluang bagi budak tersebut untuk menyelesaikan perkara di antara tukang sihir dan rahib bagi mengetahui yang manakah di anatara mereka berdua berada di dalam kebenaran . Lalu dia pun mengambil seketul batu dan melontar kepada binatang tersebut dengan memohon kepada tuhan agar membunuh binatang tersebut jika sekiranya rahib itu lebih diredahaiNya berbanding dengan tukang sihir itu. Tiba-tiba binatang itu tersungkur dan rebah dengan lontaran tadi sedangkan orang ramai menyangka bahawa binatang tersebut tersungkur kerana kelebihan daripada ilmu sihir yang dipelajarinya.
         Setelah rahib tersebut mengetahui bahawa budak tersebut akan diuji kerana telah memperlihatkan ilmunya, maka dia meminta agar budak itu tidak berdakwah secara senyap sebagaimana yang dilakukan oleh rahib tersebut tetapi sebaliknya rahib tersebut meminta agar tidak memberitahu mengenainya kepada orang ramai. Pesan rahib lagi bahawa orang mukmin itu meminta kesejahteraan hanya kepada Allah dan jika diuji dia bersabar.
     Allah swt telah mengurniakan kepada budak tadi kelebihan menyembuh penyakit-penyakit di antaranya mencelikkan penglihatan dan menyembuhkan penyakit sopak yang mana dia memberitahu bahawa penyembuhnya adalah Allah.Sesiapa yang beriman kepada Allah maka Dialah jua penyembuhnya. Budak tadi tetap dalam menyebarkan dakwah ketika mengubati penyakit orang ramai.Tersebarlah berita mengenai kehebatan budak tadi kepada salah seorang pegawai istana yang buta . Tanpa berlengah, dia pun memberikan kepada budak tadi satu hadiah yang besar untuk mengubatinya. Budak tersebut memberitahu bahawa penyembuhnya adalah Allah. Jika dia beriman kepada Allah, dia akan berdoa kepada Allah supaya Dia menyembuhkan penyakitnya. Pegawai tadi terus beriman dan penyakitnya disembuhkan  dengan berkat daripada doa budak tadi.
        Pada suatu hari, pegawai tadi telah menghadiri suatu majlis yang mana raja berasa hairan terhadap apa yang berlaku kepada pegawai itu. Maka dia bertanya:" Siapakah yang menyembuhkan penglihatanmu". Lalu pegawai tersebut menjawab:"Tuhanku" . Maka b raja tersebut bertanya lagi : "Adakah bagi kamu tuhan selain daripadaku ?".  Pegawai itu menjawab:"Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah ". Maka raja tersebut begitu marah apabila mendengar jawapan itu yang mana dia menganggap bahawa kata-kata pegawai nya tadi boleh membawa kepada fitnah yang besar dan boleh menggugat takhta dan pemerintahannya. Ini akan menyebabkan rakyat akan merasa bahawa selama ini mereka telah ditipu dengan dakwaan raja yang mendakwa dirinya sebagai tuhan yang patut disembah selain daripada Allah dan menganggap dirinya sebagai tuhan manusia . Tukang-tukang sihir dan pegawai-pegawai yang jahat itu bekerja siang dan malam dalam memperbaiki aqidah pegawai tadi maka gementarlah hati raja tersebut kerana bimbang  takhta pemerintahannya akan tergugat. Dia telah menyiksa pegawai itu sehinggalah dia memberitahu mengenai beritahu  budak tersebut.
         Apabila budak tadi datang ke istana yang mana raja itu menyangka bahawa budak tadi telah mencapai suatu tahap ilmu sihir hasil daripada tunjuk ajar tukang sihirnya.Tetapi ternyata sangkaannya itu meleset sama sekali apabila budak tadi mengingkari sihir dan tukang sihir yang mana dia memberitahu mereka bahawa dia tidak menggunakan ilmu sihir untuk mengukuhkan kedudukan takhta dan menyembah raja itu.Sebaliknya dia akan berdakwah kepada manusia supaya mengingkari raja tersebut dan beriman kepada Allah s.w.t yang  Esa.
Maka raja tersebut pun menyeksa budak tadi dengan tujuan untuk mengetahui punca fitnah yang berlaku kepadanya sehinggalah budak tadi memberitahu mengenai rahib tadi. Maka terjadilah perkara yang ditakuti oleh rahib tadi berkenaan perkara yang tidak diingini berlaku. Maka diazabnya rahib tadi agar meninggalkan agamanya namun ia enggan dan tetap bersabar sehinggalah sampai ke kemuncaknya yang mana badannya dibelah duadengan gergaji.Begitu juga  yang berlaku kepada pegawainya yang beriman itu .Begitulah pemuda yang sabar di dalam menahan azab ketika dalam mehnah dan ujian dengan mengutamakan iman daripada kehidupan mereka .Walaupun mereka diuji dengan azab, namun pada hakikatnya mereka berada di dalam pertolongan dan perlindungan Allah s.w.t serta mendapat keredaanNya dengan memperolehi syurga dan dijauhkan daripada azab neraka yang mana pada hari qiamat mereka ditolong oleh Allah s.w.t  .
         Raja tersebut cuba mempengaruhi budak tadi kerana ia boleh mengukuhkan kedudukannya jika dia kembali kepada agama asalnya kerana budak tadi memiliki sifat-sifat yang unik. Tambahan pula bapanya  adalah daripada kalangan pembesar negara yang mana raja itu tidak mahu menimbulkan kemarahan bapa budak tersebut dan kekecohan di kalangan kaumnya. Setelah gagal melembutkan hati budak tadi, mereka telah merancang untuk membunuhnya dengan pelbagai cara disamping masih memberi peluang kepada budak tadi untuk kembali kepada aqidah asalnya dengan  menganggap bahawa caran itu akan dapat menakutkan budak tersebut tetapi mereka telah  silap.Rancangan pertama ialah menghantar budak tadi ke puncak gunung untuk dihumbankan ke lembah yang curam .Lalu budak itu berdoa kepada tuhanNya. Tiba-tiba bergegarlah gunung tersebut dan jatuhlah semua pegawai-pegawai raja ke dalam lurah yang tinggi itu.Kembalilah budak tadi kepada raja dengan selamatnya dan memberitahu akan mengenai apa yang menimpa pegawai-pegawai bersamanya tadi.
         Selepas gagal cubaaan pertama, lalu dihantar pula ke tengah laut untuk dihumbankan ke dasar lautan jika dia masih enggan kembali ke agama asalnya . Maka berdoalah budak tadi kepada Tuhannya. Doanya dimaqbulkan yang mana kesemua pegawai tadi ditenggelamkan oleh Allah s.w.t. Budak tadi kembali semula kepada raja dengan selamatnya.
        Suatu peringatan yang penting di sini ialah mengenai tindakan budak tadi yang mana dia tidak terus melarikan diri setelah diselamatkan oleh Allah s.w.t tetapi  dia tetap kembali  kepada raja tersebut. Ini adalah kerana dia tidak berniat untuk menyelamatkan dirinya semata-mata tetapi bertujuan untuk menzahirkan agama Allah s.w.t dan meninggikan kalimahNya.Tidak syak lagi orang ramai selalu mengikuti perkembangan perjalanan budak tersebut sehingga mereka mengetahui apa yang berlaku kepadanya . Setiap perbuatan budak itu menjadi buah mulut di majlis-majlis dan perayaan-perayaan terutamanya berkaitan dengan keberanian budak tersebut dalam menghadapi pemerintah yang zalim itu tanpa rasa gentar dan takut.Sebenarnya orang ramai tidak mempercayai segala dakwaan raja mereka tetapi oleh disebabkan kezaliman raja menyebabkan mereka menyembunyikan perkara ini.
        Raja menyedari akan kelemahannya untuk membunuh budak tersebut maka akhirnya budak itu sendiri memberitahu mengenai satu cara yang membolehkan dirinya dibunuh. Walau dengan apa cara sekalipun yang dilakukan oleh raja itu namun ia tidak dapat membunuhnya kecuali dengan cara yang akan diberitahu oleh budak tadi. Budak tadi meminta raja tersebut supaya mengumpulkan orang ramai di suatu tempat dan mengikatnya pada suatu batang kayu. Kemudian mengambil anak panah daripada simpanannya dan memanahnya dengan berkata:" Dengan nama Allah s.w.t Tuhan budak ini!". Lalu  raja pun memanahnya sebagaimana cara yang di suruh oleh budak itu.
        Begitulah peristiwa yang terjadi yang mana tatkala  anak panah itu terkena ke dada budak tadi, maka raja itu telah memeriksa dengan meletakkan tangannya pada tempat anak panah tersebut bagi mengesahkan bahawa dia telah mati. Kematian budak tadi setelah menunjuk cara kepada raja cara untuk membunuhnya apabila raja tersebut tidak mampu membunuhnya melainkan dengan cara memanah dengan anak panah yang diambil dari simpanan budak itu sendiri dan bukan menggunakan anak panah yang lain sambil melafazkan dengan nama Allah s.w.t Tuhan budak ini .Jika tidak, maka  raja tersebut tetap menemui jalan kebuntuan di dalam membunuhnya.
        Jika perkara ini terjadi pada zaman kita maka sudah tentu menjadi satu perbalahan dan perbahasan kepada sesetengah orang yang tidak mendalami dalam bidang agama tentang sejauh mana kebenaran perbuatan budak tadi . Adakah ia patut menunjukkan jalan kepada raja tersebut cara yang boleh menyebabkan ia mati ?Atau bukan cara itu akan membunuhnya. Sesetengah orang yang cetek  ilmunya pula mendakwa bahawa perbuatan budak tadi termasuk di dalam perbuatan membunuh diri. Sebenarnya membunuh diri adalah perbuatan orang yang berputus asa dan mahu lari daripada kehidupannya yang sebenar. Sedangkan budak tadi dan orang yang sepertinya  adalah orang yang sanggup berkorban jiwa raga mereka untuk menyebarkan dan mempertahankan keIslaman dan keimanan mereka .Merekalah yang menentang kejahatan orang yang berbuat kerosakan dan ini merupakan  herdikan  kepada orang kafir.
        Bukanlah budak tadi seorang yang bodoh menuntut kematian tetapi sebenarnya dia begitu berharap dengan kematiannya itu dapat mengajak orang lain ke arah keimanan kepada Allah s.w.t dan mengajak orang lain supaya menentang taghut tersebut. Kadang-kadang ketakutan yang ada pada manusia menyebabkan mereka terhalang daripada mengikuti kebenaran dan dalam memperkatakan kebenaran tersebut. Tampilnya budak tadi dengan mengorbankan dirinya tanpa menghiraukan raja dan pegawai-pegawainya adalah merupakan satu contoh kepada orang ramai dalam menyatakan kebenarannya.
         Setelah budak tersebut hampir menemui ajal ,dengan perasaan lega raja tersebut merasakan bahawa telah berakhir fitnah terhadapnya dan telah selesai urusannya dengan mengikis punca dan akar umbi lawannya itu.Tiba-tiba datang pegawainya dengan tergesa-gesa dan memberitahu bahawa terjadi perkara  yang paling ditakuti oleh raja itu sendiri iaitu berimannya orang ramai kepada Allah s.w.t . Maka dengan ini tercapailah  segala hasrat dan tujuan budak tadi dengan mengikis perasaan takut orang ramai tanpa menghiraukan raja berserta pegawainya dan menjadikan pengorbanan dirinya dijalan Allah s.w.t sebagai suatu wasilah atau jalan untuk orang ramai beriman dan mentauhidkan  Allah s.w.t .
        Kemarahan raja tersebut sampai ke kemuncaknya yang mana dengan segera dia mengarahkan semua pegawai dan sekutu-sekutunya menggali parit dan menyalakan api ke dalamnya dengan menghumbankan setiap orang yang tidak mahu kembali kepada agamanya yang asal. Namun semua orang lebih rela dihumbankan ke dalam api tersebut kerana api neraka di hari qiamat lebih ditakuti oleh mereka daripada api dunia yang jauh bezanya, begitulah mauqif dan pendirian orang mukmin yang sebenarnya.
       Suatu peristiwa yang penting di dalam kisah yang bersejarah ini adalah peristiwa seorang wanita yang masih mempunyai anak kecil di dalam pangkuannya yang masih menyusu apabila dia menghampiri jurang api tersebut hampir-hampir dia mahu kembali ke agamanya yang asal lalu dengan izin Allah s.w.t menjadikan anak yang kecil itu dapat bercakap kepada ibunya supaya bersabar kerana ia berada di dalam kebenaran dengan kata-katanya yang berbunyi: ”bersabarlah ibuku sesungguhnya kita berada didalam kebenaran”. Itulah kebesaran Allah s.w.t untuk mengukuhkan kedudukan dan keimanan orang mukmin. Allah s.w.t telah merakamkan peristiwa dan sebab pembakaran mereka tersebut di dalam ayat 8 hingga 9 surah al-Buruj yang bermaksud :" Dan mereka tidak menyiksa orang-oeang mukmin itu melainkankerana mereka itu beriman kepada Allah yang maha perkasa lagi maha terpuji yang mempunyia kerajaan langit dan bumi dan Allah maha menyaksikan segala sesuatu" .
       Begitulah kezaliman dan sifat melampau mereka kerana sanggup membakar kaumnya sendiri diatas sebab tidak mengikut jalan dan cara yang diciptakan oleh mereka sendiri.Bagi mereka perkara yang penting ialah dapat mengekalkan raja dan mempertahankannya jika tidak semua orang akan di bakar hidup-hidup
 
PENGAJARAN KISAH
1. Allah tetap menyempurnakan agamaNya sebagaimana Dia menolong budak dalam kisah ini. Kaum yang selama ini berada dalam kesesatan dan kezaliman mendapat hidayah Allah apabila melihat peristiwa yang berlaku kepada budak itu.Allah taala senantiasa membantu mereka yang menegakkan dan memelihara serta mempertahankan agamaNya
2. Allah mampu membangkitkan pendakwah pada agamaNya daripada kalangan org yang mana pada mulanya dianggap pengukuh kepada kerajaan Thaghut sebagaimana budak di dalam kisah ini, pada mulanya budak itu menjadi murid kepada tukang sihir tetapi akhirnya beriman kepada Allah melalui pengajian yang di perolehi daripada Abid dan akhirnya dia menjadi penentang paling kuat kepada kerajaan yang zalim itu.
3. Iman tidak memerlukan masa yang panjang setelah diberi hidayat oleh Allah didalam hati manusia sebagaimana yang terjadi kepada kaum di dalam kisah ini.
4. Allah mengurniakan karamah (kemuliaan) kepada wali-waliNya didalam memperkukuhkan lagi keiman adan keyakinan.
5. Orang kafirn sentiasa bermusuh dengan orang beriman sebagaimana di gergaji rahib dan pegawai raja yang telah beriman kepada Allah.
6. Kita wajib bersabar di dalam menempuh ujian sebagaimana sabarnya rahib, pegawai dan budak itu serta kaum yang telah dihumbankan ke dalam lubang api.
7. Di bolehkan membuat helahn dalam peperangan dan perkara yang bertujuan menegakkan kebenaran.
8. Orang yang jahat sentiasa mahu kejahatan mereka diwarisi kepada orang lain sebagaimana tukang sihir mahu mengekalkan ilmu sihirnya kepada orang lain untkn menyesatkan manusia.
9. Mereka yang benar-benar yakin, Istiqomah, dan ikhlas dalam  perjuangan sahaja yang akan mendapat kemenangan.
 
Kesimpulan
 
    Sebagai seorang yang beriman kepada Allah SWT kita hendaklah yakin akan kebenaran agama Allah dan sentiasa berdoa serta bergantung kepadaNya Serahlah segala urusan dan penentuan hanya kepada Allah. Barang sesiapa yakin kepada Allah maka Allah akan menolongnya dan jika dia terkorban sekalipun pegorbanannya itu akan menjadi titik tolak kepada kebangkitan ke arah kebenaran. Kita hendaklah berjemaah kerana ia akan membawa kepada keberkatan dan kebahgiaan. Sesiapa yang menolong dan membantu agama Allah di dunia maka Allah akan menolongnya di dunia dan di akhirat serata menetapkannya di dalam islam. 

Biografi :
1)Al-Quran Al-Karim
2)Ma'a Qisosu Sabiqin ,Dr Solah Al-Khalidi
3)Qisosu An-Nabawi, Dr Umar Al-Asyqar

Thursday, November 25, 2010

HATI MAMA ATAU HATI DIA?

Cinta itu ada banyak kategorinya. Macam piramid makanan, ada perlu banyak, ada yang perlu sederhana dan ada yang perlu lebih. Yang banyak tak boleh sikit, dan yang sikit tak boleh banyak. Tak faham?? cuba kita tengok situasi di bawah.

"NAMA SAYA ****** ,sebenarnya saya dah lama suka kat awak. Nama awak apa?"
-soalan ini memang kita selalu dengar daripada mulut rang yang 1st time nak bercinta. yang nie perlu kurangkan had cinta. kalau lebih nanti, lain pulak jadinya. Tengok yang seterusnya pulak..

"Awak..awak...saya sayang kat awak..tiap-tiap hari saya sayang kat awak"
-ayat nie memang tak sah kalau tak disebut oleh mana2 couple kat dunia nie. percayalah, ayat ini dapat diterjemahkan dalam beribu bahasa dan setiap hari dilafazkan. Tengok yang seterusnya lagi.

"Awak..awak...saya rindu kat awak!! i miss u so much!"
-ayat nie lagilah...bukannya setiap hari, setiap saat selalu disebut. Kalau dibuat pengiraan, dalam sehari ayat ini akan disebut 600 kali...bersamaan 24 jam...tengok yang seterusnya pulak.

"Awak..jangan macam tu...saya yang bersalah..maafkan saya ye??"
-ayat nie pulak bila part climax..part couple bergaduh...maklum laa...drama tak akan baik kalau tak gaduh kan? tengok lagi..

"Awak..awak...saya Cinta kat awak sepenuh hati saya!!"
-ayat nie pulak ayat paliiiiiing romantis bila bercouple...betull.tak caye?? tanye orang yang pernah bercouple..saya yakin banget deh!! tengok yang seterusnya pulak..yang nie syoook abeh..

"Awak..awak..bila kita nak kahwin??"
-nie saya namakan sebagai ayat penyudah ...sebab memang saat akhir baru nak cakap kan? memang romantis couple sekarang. cuba kita bandingkan dengan situasi seterusnya. andai kata anda diberi seorang ibu kandung anda sendiri yang sudah tua. agak2 dlm umur 60 gitu laa..bayangkan ibu anda itu sedang duduk di sebuah kerusi sambill termenung dan sendirian. Apa yang anda akan buat?

*Adakah kita akan cakap macam nie?
"Mak, ini Rizal mak. Rizal sayang kat mak.

*Pernahkah kita cakap macam nie?
"Rizal rindu kat mak"

*atau yang ini?
"Rizal cintakan mak"

*atau mungkin pulak yang ini??
"maafkan Rizal mak.."

***saya harap selepas ini kita sama-sama luahkan semua perasaan kita terhadap orang yang paling kita sayang, ibu kita. termasuk saya sendiri. semua yang saya tulis adalah isi hati saya sendiri. semua pengalaman juga daripada saya sendiri. ayuhlah teman dan saudara seagama atau yang beragama lain, peluklah ibu kita, sayangilah mereka dan luahkan kata2 seperti yang diatas untuk mereka sementara mereka masih berjuang di bumi Allah ini. Doakanlah kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat. "Robbir firli waliwalidaiya warhamhumakamarobbayani sariro"

lupa pulak, ada satu lagi. ayat "kahwin" tu tak payahlah...takkan kita nak cakap macam nie kat mak kita " mak..saya nak kahwin dengan mak" ...siapa nak kahwin dengn ibu sendiri? ayat tu hanya perhiasan semata-mata..harap maklum.WASSALAM



Cara mendapat CINTA Manusia

Dalam hidup kita, cinta merupakan cahaya penyinar kehidupan kita. Cinta itu penyeri dan Cinta itu penawar rasa bosan di hati. Selain mendapat Cinta daripada Allah SWT yang kekal abadi, Cinta kepada manusia juga turut dicari. Walaupun Allah telah berfirman dan mengatakan hampir-hampir seperti ini "Tidakkah Aku telah menjadikan semua makhluk ciptaanKU berpasangan". Mari kita ikuti kisah ini.
       Hassan telah jatuh cinta dengan seorang muslimah paling cantik di kolejnya. sejak pandang pertama lagi, Hassan mula menunjuk minat terhadap wanita berwajah seakan bidadari itu. Namun dia kehairanan kerana ramai kawan-kawan perempuannya memberitahu bahawa muslimah itu lansung tidak mempunyai teman lelaki pada masa itu. Hassan tidak mempercayai akan kata-kata kawannya sebaliknya ingin mencari jawapan dan peluang untuk bertemu dengannya.
      "assalamualaikum..awak apa khabar? saya Hassan" kata Hassan ketika terserempak dengan wanita yang disukainya. Muslimah itu hanya tersenyum dan menjawab salamnya lalu beredar. Hassan tidak sedih sebaliknya gembira kerana dia berjaya untuk mendengar suara muslimah tersebut. Hari demi hari, banyak cara yang Hassan telah gunakan untuk memikat hati Muslimah tersebut. Beri hadiah, surat, no telefon dan sebagainya. namun, semua pemberiannya diberi balik. Sehinggalah pada suatu hari.  
     Muslimah yang diberi nama Rafidah itu datang berjumpa Hassan. "Assalamualaikum, Saya Rafidah. Maafkan saya kerana tak dapat terima apa2 yang awak bagi sebelum nie. Tapi saya hanya mahu berpesan supaya selepas nie awak jangan bagi apa2 lagi. Kalau awak suka saya,awak tak pelu buktikan pada saya yang awak suka kat saya. Ini membuatkan saya tak akan suka kat awak dengan ikhlas. Saya tak mahu cinta yang main-main atau rekaan. Saya harap awak faham. Cinta dan jodoh itu ketentuan Illahi. kita hanya patut serah kepadaNya sahaja. kelak2, cinta akan datang dengan sendiri dan menggembirakan hati kita ini..."kata Rafidah.
    Sejak Rafidah menjelaskan semuanya kepada Hassan, akhirnya Hassan dapat belajar sesuatu. Apa maksudnya Cinta yang ikhlas dan Cinta rekaan@monyet. Mulai dari saat itu, Hassan tidak berteguran dengan Rafidah mahupun kawan-kawan perempuannya yang lain. Walaubagaimanapun, hatinya masih mencintai YANG SATU.
    Itulah kebenarannya, Cinta kepada Allah amat berbeza dengan Cinta kepada manusia. Cinta kepada Allah dengan niat yang baik dalam hati dan perilaku yang baik serta mengerjakan tanggungjawab dengan baik. CARI CINTA ALLAH..BARU CARI CINTA MANUSIA..

Wednesday, November 24, 2010

DAHAGAKAN KASIH AYAH


Kisah ini ditulis untuk sesiapa yang masih ada perasaan kasih sayang....

Amin terjaga daripada tidurnya apabila menyedari tombol pintu rumah diputar. Jelas kelihatan wajah ayahnya yang lesu dan letih kerana bekerja seharian. Sudah hampir 3 jam dia terlena di atas sofa ruang tamu kerana menunggu kepulangan insan yang amat dirinduinya itu. Setelah meletakkan kasut di dalam rak, Encik Rashid menyedari dirinya diperhatikan. Dia agak terkejut kerana mendapati Amin masih belum tidur. Dia menghampiri tubuh kecil anaknya yang baru berusia 7 tahun itu dan melabuhkan punggungnya di sebelah Amin sambil mengusap lembut rambut anaknya.
"Kenapa anak ayah tak tidur lagi ni? Esokkan nak sekolah."
Pertanyaan Encik Rashid memecah kesunyian malam itu. Amin menatap wajah ayahnya. Raut sayu wajahnya sedikit menyentuh hati si ayah.
"Kenapa anak ayah ni? Ada masalah ke?"
Amin hanya diam membatu dan hanya mencebik.
"Dah la. Pergi masuk tidur. Esok nak bangun awal."
Amin bangun dan berjalan perlahan menuju ke arah biliknya. Walaupun Encik Rashid menyedari anaknya seperti mempunyai masalah, dia tidak terus bertanya kerana dia sendiri pun letih. Langkah Amin terhenti tiba-tiba dan dia terus menoleh ke arah ayahnya.
"Ayah,Amin tanya sikit boleh?"
Encik Rashid tersenyum dengan tingkah anaknya.
"Ada apa sayang ayah?" tanya Encik Rashid dengan lembut.
 

"Berapa pendapatan ayah sejam?"
 
Tiba-tiba dahi Encik Rashid berkerut. Dia agak terkejut dengan pertanyaan anaknya itu.
"Kenapa nak tahu? Dah, pergi masuk tidur."
Suara si ayah sedikit menengking.
"Ala ayah, bagitahu la Amin berapa gaji ayah sejam bekerja di pejabat."
Amin masih merayu ingin mendapatkan jawapan.
"RM 20 sejam, kenapa nak tahu?"
Amin hanya terdiam memandang lantai. Dia kembali menatap wajah ayahnya dan bertanya.
"Ayah, boleh Amin pinjam RM 10?"
Pertanyaan Amin membuatkan Encik Rashid mengeluh.
"Oh, itu yang sebenarnya nak dari ayah. Nak buat apa dengan RM 10? Nak beli barang mainan lagi? Jangan membazir. Ayah cari duit penat-penat. Bukan nak membazir sebarangan. Dah, sekarang pergi tidur."
Kanak-kanak berusia 7 tahun itu terdiam dan perlahan melangkah menuju ke bilik tidurnya semula. Si ayah pula memikirkan mengapa si anak sekecil itu meminta wang sebanyak itu daripadanya. Dengan perasaan serba salah, Encik Rashid melangkah menuju ke bilik anaknya. Pintu bilik dibuka dan dia mendapati yang anaknya masih belum tidur. Dia menghampiri anaknya yang sedang menarik selimut menutup badan.
"Kalau kamu betul-betul memerlukan wang, nah ambil ni!"
Encik Rashid menyerahkan wang RM 10 kepada Amin. Amin tersenyum dan mengucapkan terima kasih. Sebelum sempat Encik Rashid melangkah keluar, Amin memanggilnya kembali. Dia menoleh dan memandang wajah anaknya dengan perasaan sedikit geram.
"Nak apa lagi?" tengking Encik Rashid.
Amin terkejut dengan suara ayahnya. Kemudian si anak tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not RM 10 yang sudah renyuk. Si ayah kembali berang dengan sikap anaknya.
"Dah ada kenapa minta lagi? Dan dari mana kamu dapat duit tu?"
lenting Encik Amir kepada anaknya yang sedang menuju ke arahnya.
 
Amir memandang ayahnya.
"Duit ni Amir kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi setiap hari. Amir minta lagi sebab duit ni masih tak cukup."
Si anak menerangkan kepada ayahnya. Encik Rashid masih tidak berpuas hati.
"Tak cukup nak beli apa? Amir jangan beli benda yang bukan-bukan."
Suara Encik Rashid lebih tinggi kali ini. Amir hanya tunduk kerana tidak berani memandang wajah ayahnya.
"Sekarang Amir ada RM 20. Ayah ambillah duit ni. Amir nak beli sejam daripada masa ayah. Amir nak ayah balik awal esok. Amir rindu nak makan malam dengan ayah."

Copy from I LUV islam 

Monday, November 15, 2010

KEHEBATAN AYAT-AYAT ALLAH SWT


            Kisah ini mengenai seorang peremuan berbangsa Melayu yang bekerja di United States of America. Berusia dalam lingkungan 23 Tahun. Antara kisah paling pelik yang pernah berlaku dalam kehidupannya adalah mengenai dirinya hampir menjadi mangsa rogol.
            Kisah ini bermula semasa dia hendak pulang ke rumah selepas bekerja. Pada waktu malam yang gelap gelita dan sunyi sepi, dia mengambil keputusan untuk mengambil jalan tikus untuk pulang ke rumah. Pada mulanya dia berasa amat takut, namun dia tidak ada pilihan lain kerana ingin cepat sampai ke rumah.
            Semasa melalui sebuah lorong kecil, dia ternampak seorang lelaki berbadan tinggi sedang berdiri tidak jauh dari tempatnya berada. Lelaki itu kelihatan tenang sambil bersandar di dinding bangunan. Perempuan tersebut memberanikan dirinya untuk melintasi lelaki itu. Semasa berjalan, dia membaca ayat Kursi kerana hanya ayat itu sahaja yang dia mampu ingat pada waktu itu. Semakin dekat dia menghampiri lelaki tersebut, semakin laju dia membaca ayat Kursi yang diulang sebanyak beberapa kali.
            Semasa melintasi di hadapan lelaki tersebut, lelaki itu hanya menjeling ke arahnya tanpa menghiraukan kehadirannya. Perempuan tersebut akhirnya mengehmbuskan nafas lega dan selamat tiba di rumahnya pada malam itu.
            Keesokan harinya, sebelum perempuan tersebut pergi bekerja, dia melayari internet dan membuka laman web untuk melihat akhbar pada pagi itu. Dia terkejut setelah melihat berita utama pada pagi itu. Tajuk utamanya adalah mengenai kes rogol seorang perempuan. Dia terkejut apabila membaca keseluruhan kenyataan yang ditulis. Menurut berita tersebut, perempuan malang yang menjadi mangsa rogol itu telah dirogol malam semalam di sebuah lorong gelap. Perempuan berbangsa Melayu itu pernah menggunakan lorong yang sama pada malam semalam.
            Dengan perasaan perikemanusiaan, perempuan tersebut bercadang untuk melaporkan perogol tersebut kerana dia masih ingat akan wajah lelaki semalam. Dia pergi ke balai polis terdekat. Selepas hasil siasatan, akhirnya lelaki tersebut berjaya ditangkap dan dihukum penjara. Namun, perempuan berbangsa Melayu ini berasa tidak puas hati.
            Dia meminta kebenaran polis untuk bercakap sebentar dengan perogol tersebut. Dia masih berasa pelik dan hairan akan tindakan lelaki tersebut. Semasa perempuan itu duduk di hadapan perogol tersebut, dia bertanya sesuatu. “ Kenapa awak tak jadikan saya mangsa awak? Sedangkan saya orang pertama berjalan di lorong itu malah saya keseorangan” kata perempuan tersebut.
            Lelaki tersebut mengerutkan dahinya. Kata-kata perempuan Melayu tersebut membuatnya berasa semakin pelik. Dia tersenyum sinis sendirian. Perempuan itu berkata lagi. “ Kenapa awak rogol perempuan yang berjalan di belakang saya?” kata perempuan tersebut yang ingin tahu.
            Keadaan semakin senyap. Akhirnya lelaki tersebut memulakan percakapan dan menjawab semua pertanyaan perempuan Melayu itu. “ Kalau lah awak keseorangan pada malam itu, sudah tentu saya akan rogol awak” kata lelaki tersebut.
            “ Apa yang awak merepek nie? Saya memang keseorangan” kata perempuan Melayu itu untuk meyakinkan perogol tersebut. Lelaki tersebut memandang tepat ke arah perempuan Melayu itu dan berkata.
            “ You were not alone. I saw two men besides you that night. One on your left and the other one was on you right. Very big guys. Thats no way i can touch you” kata lelaki tersebut. Perempuan Melayu itu terkejut apabila mendengar penjelasan lelaki tersebut. Dia seolah-olah tidak percaya akan kata-kata lelaki tersebut. Akhirnya dia menyedari, semua itu adalah kuasa Allah swt yang telah membantunya pada malam itu. Mungkin Allah swt telah menurunkan malaikatNYA untuk melindungi kesucian perempuan Melayu itu.
            Itulah kehebatan ayat-ayat al-Quran dan kebesaran kuasa Allah swt.

Zain Bikha-Denn il Islam (I AM A MUSLIM)

Deen-il-Islam

By : Zain Bhikha

By: (Linda Gcwensa & Zain Bhikha)

If you ask me, why do I stand here,
So unafraid of everything around me.
Proudly I would say, I am a Muslim.
If you ask her, why does she dress that way,
All covered up in a world that gives it all away.
Proudly she would say, I am a Muslim.

Chorus:
Deenil Islam deeni Wala ‘ardab gheiru deeni Muhammad elli hadeeni Nourel iman x 2

If you ask me, surely this cannot be,
You give your wealth so free, and you say your life is charity.
It ain’t hard to see, I am a Muslim.
If you ask him, why does it hurt so,
When he sees injustice, even though it’s folks he doesn’t know,
With tears in his eyes he says, I am a Muslim.

Chorus

If you ask her, why doesn’t she cry,
There’s no one by her side, she’s the only one that’s left behind.
Patiently she sighs, I am a Muslim.
If you ask him, why does he still pray,
Five times a day when so many others have strayed.
Smiling he would say, I am a Muslim.

Chorus

If you ask me, why do I love you
No matter where you are, we are the greatest Ummah
With the beating of our hearts, we are Muslim.

La-illah-ha-illalah Muhammad-ur-rasullulah
There is only one God
La-illah-ha-illalah Muhammad-al-Mustapha
Muhammad is the messenger
La-illah-ha-illalah Muhammad-ur-rasullulah
There is only one God
La-illah-ha-illalah Muhammad-al-Mustapha
Muhammad is the messenger

More Lyrics at: MuslimLyrics.com