Assalamualaikum wbt.....Allah SWT telah membuktikan kepada kita akan kekuasaanNya menerusi penciptaan langit yang membiru. Langit sentiasa tenang dan kekal di ruang angkasa. Ia dapat dilihat oleh setiap umat manusia di dunia ini tidak kita tempat dan waktu. Sesungguhnya, langit itu berdiri tanpa tiang. Ingatlah, Kekuasaan Allah tiada tandingannya...Subhanallah...Alhamdulillah
Labels
Followers
Tuesday, March 15, 2011
Selamat datang ke langit SKY TAQWA!
Ku doakan, Semoga aku masih bernafas pada hari itu..post yg ke 101
Monday, March 14, 2011
Andai aku dapat menyebut nama Allah sama banyak dengan bilangan degupan jantungku setiap masa
Duk dap duk dap....Allah Huak'bar....Allah Huak'bar...Allah Huak'bar......Subhanallah...dengan ciptaan Allah bernama jantung ini sahaja mampu mengingatkan kita kepadaNYA yang Maha Kaya lagi Maha Mengetahui.... tenang kan diri, renungkan sejenak, fikirkan dengan akal....setiap kejadian, ada hikmahnya....
![]() |
| Alhamdulillah...syukur nikmat...hanya kepadaMU aku bersyukur... |
Friday, March 11, 2011
Bencana Alam telah diceritakan
Kejadian tsunami yang baru berlaku beberapa jam sebelum ini sering mengingatkanaku tentang banyak perkara.
Aku teringat akan suatu kisah yang pernah ku dengari semasa di sekolah rendah.
Seorang lelaki bertanya kepada Allah SWT, "Ya Allah, mengapa ENGKAU mematikan semua penduduk (di satu kawasan) sedangkan hanya seorang sahaja manusia yang sering melakukan dosa dan maksiat terhadapMU?"
Kisahnya lebih kurang begini, Di syurga, Allah SWT telah mengarahkan seorang lelaki ( tak ingat nama ) untuk duduk di bawah sebatang pokok di dalam syurga. Allah memerintahkan dia supaya duduk dalam keadaan tenang. Sehinggalah beberapa minit kemudian, seekor semut atau (serangga kecil) menggigit kakinya (lelaki itu). Oleh kerana marah dan gatal kat kakinya, lelaki itu menanggalkan seliparnya lalu memukul semua semut atau (serangga kecil) yang ada di situ. Lelaki tersebut akhirnya memahami kehendak Allah SWT. Hanya disebabkan seekor atau pun seorang, yang lain semua akan menerima nasib yang sama (mati).
kepada sesiapa yang masih ingat akan kisah ini, share2 kan lah bersama. Salah dan silap dipohon maaf...
skytaqwa,blogspot.com
Allah telah membuktikan kekuasaanNya
SALAM...hari ini kita digemparkan dengan suatu kejadian alam yang amat dahsyat sekali. gempa bumi berskala 8.9 magnitud telah melanda daerah utara Odaiba, Jepun.
![]() |
![]() |
| Diterbalikkan oleh arus TSUNAMI |
![]() |
| Tanah runtuh |
![]() |
| Letupan akibat gempa bumi |
![]() |
![]() |
| Lapangan terbang |
![]() |
| Orang ramai mencari tempat tinggi untuk menyelamatkan diri |
Selamat hari Lahir!!
Wednesday, March 9, 2011
Berikan aku cinta
CINTA ITU CABARAN
Sunday, March 6, 2011
Indahnya seorang Pemaaf
Rasulullah menjawab, "Ada 2 orang umatku yang memperhitungkan hak-haknya .
Yang seorang berkata : "Berikanlah haknya yang telah engkau zalimi itu!,"
Maka berkatalah yang dituntut itu dengan kesedihan : "Ya ALLAH , wahai Tuhanku ! Sesungguhnya kebaikanku telahpun habis semuanya , maka tiadalah lagi yang dapat aku berikan kepada saudara ini,"
Maka lantas dijawab oleh orang yang menuntut itu,"Oleh itu maka orang ini mesti mengambil segala dosaku sebagai gantinya!,"
Tatkala itu kelihatan Rasulullah s.a.w mengalirkan air mata nya menahan kesedihan yang menimpa nasib orang yang dituntut itu, lalu meneruskan sabdanya : "Kemudian ALLAH S.W.T berfirman kepada orang yang menuntut itu,"Angkatlah kepalamu dan lihatlah syurga,"
Apabila dilihat oleh si penuntut itu atas syurga yang penuh didalamnya kota-kota yang berlantaikan perak dan gedung-gedung indah yang diperbuat daripada emas bertahtakan perak, intan , permata yang elok-elok ,"Apakah itu semua untuk nabi-nabi atau apakah untuk orang yang syahid?,"
Maka dijawab ALLAH S.W.T :"Itu untuk sesiapa sahaja yang sanggup membayarnya !,"
Maka kata si penuntut "Ya ALLAH ! Siapakah yang memiliki harta yang banyak untuk membeli syurga yang amat hebat itu?,"
Maka dijawab ALLAH S.W.T ,"Engkau pun dapat membayarnya. Iaitu dengan mengampuni saudara yang telah menzalimimu.
Maka kata si penuntut itu: "Kalau begitu aku sanggup mengampuni dosanya terhadapku!"
Firman ALLAH S.W.T :"Pimpinlah tangan saudaramu bersama-sama kedalam syurga itu.
Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda :"Maka berbuat baiklah kepada saudara mu sesama muslim,".
RENUNGAN
SINAR CAHAYA AYAT KURSI
Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Saturday, March 5, 2011
Ingin ku singkap kembali
Amar-sahabat
Ingin aku singkap kembali
Kenangan lama agar bersemi
Inginku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi
Ingatlah aku sebagai rakanmu
Kenaglah daku dalam doamu
Begitulah indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai temanku
Apabila engkau terjaga
Satukanlah harapanku denganmu
Kerana ianya bakal berpadu
Mimpi si penunggu yang setia
Layarkanlah impian doamu
Sesungguhnya aku masih mengingatimu
Sebagai kawan rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah
Kudoakan kepadamu agar bahagia
Di dunia dan akhirat
Mungkin sekarang,, kita bermusuhan...mungkin sekarang..... kita tidak bertegur sapa...mungkin sekarang..kita lupa antara satu sama lain....namun, kita belum dewasa sepenuhnya dan belum mengenal erti kehidupan sebenar...kelak kita akan berjumpa semula...mengenali antara satu sama lain...bersahabat semula....mengenangkan kisah lama...dan berkongsi pengalaman bersama....ingatlah...sahabat yang sejati adalah sahabat yang kekal abadi....
p/s : untuk semua sahabatku.....
Friday, March 4, 2011
Tingginya CINTA YANG SEJATI
Allah swt ciptakan langit dan awan itu tinggi...lansung tidak dapat dicapai...begitulah bukti betapa tingginya cinta Allah untuk kita capai...taqwa, wasiq dan usaha..harus ada dalam diri kita...agar cinta sejati yang kita inginkan itu, menjadi lebih tinggi...dan semakin tinggi!!
Thursday, March 3, 2011
Mata Kita
Menurut kajian, time kita pening dan otak kosong (memang penin abbizz)....kita mampu melihat sesuatu yg tidak nampak dgn mata kasar... dan sebahagian manusia di dunia, mempunyai mata (kanan atau kiri, salah satu) yang boleh dikatakan ajaib kerana mata tersebut belum matang (seperti mata kanak2) serta berkebolehan melihat sesuatu yang agak halus dan sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar....
Thursday, February 17, 2011
Jangan yakin pada masa..
Monday, December 6, 2010
HANTU BAGI NASIHAT....HIHIHII
Sy nak cerita pasal hantu nie. hantu yang paling famous kat dunia nie sehinggakan dijadikan filem. wow!! PONTIANAK...jeng jeng jeng...sedar ke tak?? Pontianak tu bagus sebenarnya. Sy penah jumpa sekor semasa sy skolah rendah tut tut...memang hodoh lah. tapi, bila difikirkan balik, ada kebaikannya "dia" muncul dpn kita.hehe, tengok kat pontianak tu, semuanya female kan? kalau ada yang male pun, rambut dia dipotong mcm rambut Ronaldo..haa...pontianak tak pakai tudung kan?? sebenarnya, dulu...sewaktu dia di dunia, dia tak nak tutup aurat. tp masalahnya, dia tak nak cerita kat kita. malu. Yang boleh dia buat ialah, muncul je depan kita. Dia nak kata "Woi! tutup aurat kau tu kalau tak nak jadi macam aku!" ha...tp tak terkata sebab before dia nak cakap, orang dah pengsan dulu, ada jugak yang lari dan ada jugak yang buat2 tak tau. (sempat bergambar pulak). kesian kan kat pontianak, nak bagi nasihat orang tak nak dengar. inikan kita yang masih manusia berdarah merah nie.
ok, hantu yang seterusnya pulak. Top 5 cakap hantu nie memang famous. sy on je la...Hantu Bungkus!! haa...nie tentu semua orang tau. mesti ade dalam fikiran korang tentang hantu yang suka melompat2. kan?? sebenarnya, hantu nie jugak sama dengan pontianak tadi, dia nak bagi nasihat tapi orang tak nak dengar. setiap kali dia muncul, semua orang lintang-pukang lari. pak cik yang pakai motorsikal lari guna kaki ayam bila terserempak dengan hantu bungkus nie. sebabnya, enjin tak boleh start. jadi terpaksa guna plan b. lari terus. motorsikal buang ke tepi. haha...hantu bungkus nie, niatnya baik. tengok dah berbungkus tu, memang dia jaga aurat dia. masalahnya, fit sangat. tu la pasal dia tak dapat nak bercakap, sesak nafas..gurau je lah. tak de kene mengene nye..haha...hantu bungkus nie nak bagi nasihat kat korang semua nie " Woi! kamu semua tunailah semua seruan Allah swt, jangan jadi macam aku. dulu2 aku tak nak solat, sekarang bila aku dh mati, aku nak solat tapi aku tak dpt nak bersujud mahupun rukuk sebab ketat sangat!!".....tengok...hantu bungkus pun bagi nasihat kat kite...betul jugak cakap aku tentang ketat tu..haha!!
alright, sy tau awak semua tengah takut nie. ada yang nak pergi tandas?? tahan dulu ye. kita ke hantu yang seterusnya, hantu kecik atau toyol. haa....mesti korang semua teringat cerita jangan pandang belakang congkak kan?? haa..yang tu hantu gemok. sy cerita hantu kecik ye...toyol nie kita semua tahu suka sangat mencuri. asyik2 mencuri..tak de keje lain..curi je...nasib baik tak curi hati orang..hee...toyol nie baik sebenarnya. tau tak, dia hanya curi duit atau emas je. perak tak nak. pemilih betul kan?? ada maksudnya dia suka curi benda2 macam tu. toyol pesan "Tu la manusia, suka sangat nak simpan brg berharga merata2 tempat. jadi aku ambik laa..dahlah tak pandai berjimat cermat, kalau duit masuk, huh!! semua duit dalam machine tu dikeluarkan. aku tengok ada baki, ambik laa..aku mana dpt curi duit dalam machine maybank tu. asyik2 mintak kad kreadit" huh!! tu kata toyol..baik kan?? tu la kita nie manusia, boros sangat, oleh itu jgnlh buang duit, simpan brg brharga merata tempat dan tak pandai berjimat cermat (samalah tu). tak pasal2 kena curi oleh si toyol. dia tak bersalah, orang yang kene curi tu la yang bersalah sebenarnya.
ok...hantu seterusnya, hantu orang minyak. haa...nie ade seram skit...orang minyak. selama ini korang kenal sangat ke dgn orng myk nie? mesti tak kan? korang hanya tau keje dia " mero***" sahaja kan? orang minyak nie asalnya drpda minyak hitam untuk gune tar jalan tu. dalam sains fom3 ade topik tu. minyak paling panas. haa...orang minyak nie memang suka berpesan. tapi masalahnya, bila dia nak berpesan, orang bawak parang. tu sebab lah lidah dia terkelu. haha!! dia nak berpesan "Korang semua buatlah benda baik2, jangan ingkar arahan ibu bapa. hormatilah mereka. tengok aku nie, badan berminyak. kalau kene api sikit, tau2 lah akibatnya nanti...jangan jadi macam aku" jeng jeng jeng....kasihan tengok dia kan? kalau jumpa orang minyak, hulurkan mancis anda. pasti lari..pesanan ini ditaja oleh...ceh..
seterusnya....emm...mana list tadi ye..hilang pulak..jepa ye...nak pi cari..alamak, dah hilang. oklah, sampai di sini sahaja pertemuan kita pada petang yang indah ini. bagi yang tahan nak pergi toilet tu, boleh pergi sekarang. haha...jadi, selepas anda membaca kisah2 hantu2 nie, apa komen anda? perasaan anda? sebab tu dalam hidup kita, jangan selalu berfikiran negatif. Think Positive. hantu tu baik sebenarnya. yang tak baik tu kita, sebab tu kena berhijrah sempena maal hijrah nie. sampai di sini sahaja saya berbicara, ingat..jangan biarkan hidup anda..diselebungi misteri...........................hahahaha!!!....lepas nie jangan takut kan hantu lagi ye, takut kat azab Allah s.w.t ...lagi pedih
<Photo 1>
Sunday, December 5, 2010
Hanya kerana wajahku cantik
Bagi yang bewajah cantik, dengar sini baik-baik. Tak kiralah lelaki atau pun perempuan, kerana sama-sama cantik. Orang yang berwajah cantik ini ada banyak tanggungjawab. Pertama yang paling penting, kena jaga betul-betul akhlak dan budi pekerti yang cantik.wajah dah cantik, tentu diri pun cantik kan? Kedua, tunjukkan contoh yang baik kerana wajah kita tu cantik. Bukannya tunjuk wajah tu, nanti nafsu tersenyum dan syaitan pun terlompat-lompat. Cerita pasal budak zaman sekarang nie kan, bukannya tunjuk wajah je, tunjuk semua sekali. Maaflah ye kalau terasa, mula-mula tengok pakai tudung, manis je muka. bila lama-lama, tudung dia terbang pulak. Terbang entah ke mana, mungkin monyet atau burung yang curi kot. Ketiga, jaga tutur kata kerana wajah kita tu cantik. Kalau wajah dah cantik, tentu orang pun akan merasakan bahawa bibir tu jugak mengeluarkan kata-kata yang cantik. Bukannya "menyumpah" , "mencaci org lain" dan sebagainya. Dan yang terakhir, niat yang baik. Bukannya, bila dah cantik tu dah jadi sombong, lupa dunia. Muslimah yang mempunyai wajah yang cantik nie lah yang patut dijaga, jangan pulak nanti bercita-cita nak jadi model. Islam tak pernah menyuruh pun kaum muslimah menjadi model di atas pentas. Model kita hanya seorang sahaja, Rasulullah s.a.w. bukan model atas pentas tu, Rasulullah s.a.w tu model dunia!!! hebatnya Islam kan?
Bagi yang berwajah sebaliknya atau tak cantik pula, jangan bersedih. baca betul2. Kita yang mempunyai wajah kurang cantik nie seharusnya bersyukur kerana kita dikurniakan kebolehan iaitu tak menjadi dosa orang nak memandang kita. Maksud saya di sini, kalau wajah tak cantik, siapa nak tengok? Lainlah kalau wajah tu cantik, 24 hours dok tengok je..sampai meleleh air liur pun tak sedar. Dosa pun bertambah. lainlah kalau tak cantik, bukan cakap 24 jam, 24 saat pun dah cukuplah tengok. kan? keduanya pula, kita dapat mengawal diri kita di dunia nie kerana kita tak cantik. Kita tak payah nak jaga wajah kita nie sampai berlanja beribu-ribu ringgit, melainkan kalau ada masalah muka lah. Simpan je duit tu untuk pergi Haji. Seterusnya, sebenarnya Allah s.w.t telah menetapkan semua manusia itu sama. Walaupun kita lihat di dunia sekarang, ada yang kacak, tinggi, kecik, buta, pekak dan sebagainya, fikirkan kembali. Kita Sama Sahaja. Kita lahir daripada setitis air mani yang busuk dan paling hina. Hanya amalan kita di dunia sahaja dinilai kerana di akhirat kelak, Syurga dan neraka menunggu kita. Tak kan masuk free kot...kalau nak masuk Syurga, beramal lah sebanyaknya. dan yang terakhir, kita yang mempunyai wajah yang kurang cantik ini tak seharusnya kalah atau dihina. Kita seharusnya bersyukur kerana dikurniakan wajah oleh Allah s.a.w. Kita dapat lihat mengenai kisah terdahulu, bagaimana seorang lelaki yang hitam dan berpangkat hanya seorang hamba iaitu Bilal bin Rabah. Namun, selepas dia memeluk Islam dan sanggup diseksa, akhirnya masyarakat menerima Bilal. Bukan kerana wajahnya, tetapi kerana akhlak dan pendiriannya.
Bagi yang berwajah sederhana cantik pula...eish, banyak sangat nie. cukuplah sampai di sini sahaja. Saya bukan menulis cerita pada kali ini, saya ingin membuat perkongsian bersama untuk renungan kita bersama. kalau ada salah ejaan ke, ayat pelik-pelik ke atau penambahan atau lain2, jangan malu jangan segan, komen je. Saya sedia menerima kerana menasihati itu, tangga menuju kejayaan. Pepatah baru.haa... Wassalam...
Thursday, December 2, 2010
ASAL-USUL API DI DUNIA
Thursday, November 25, 2010
WASIAT AL-SYAHID IMAM HASAN AL BANNA

"1.Apabila mendengar azan makabangunlah sembahyang serta-merta walau
bagaimana keadaan sekalipun
2.Bacalah al-Quran, tatapilah
buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-
majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah
dan janganlah membuang masa dalam
perkara yang tiada memberi faedah
3.Berusahalah untuk bertutur
dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab
yang betul itu adalah satu-satunya
syiar Islam
4.Janganlah bertengkar dalam apa-
apa perkara sekalipun kerana
pertengkaran yang kosong tiada memberi
apa-apa jua kebaikan
5.Janganlah banyak ketawa kerana
hati yang sentiasa berhubung dengan
Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram
6.Janganlah banyak bergurau
kerana umat yang sedang berjuang itu
tidak mengerti melainkan bersungguh-
sungguh dalam setiap perkara.
7.Janganlah bercakap lebih
nyaring daripada kadar yang yang
nyaring itu adalah suatu resmi yang
sia-sia malah menyakiti hati orang
8.Jauhilah daripada mengumpat-
umpat peribadi orang, mengecam
pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah
bercakap melainkan apa- apa yang
memberi kebajikan
9.Berkenal-kenalanlah dengan
setiap Muslimin yang ditemui kerana
asas gerakan dakwah kita ialah
berkenal-kenalan dan berkasih-sayang
10.Kewajipan-kewajipan kita lebih
banyak daripada masa yang ada pada
kita, oleh itu gunakanlah masa dengan
sebaik-baiknya dan ringkaskanlah
perlaksanaannya
KEJADIAN MANUSIA
KEJADIAN MANUSIA PERTAMA (ADAM A.S)
Berpesan-pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.
(Al-A'ssr) "Betapa payahnya malaikat-malaikat meminta tanah dari bumi untuk menjadikannabi Adam A.S (Abul Basyar/Bapa segala manusia)".
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untukmengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampaike bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.
Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail.
Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.
Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah: "Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah.Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur.Katakan bahawa kerja mu atas perintah dan atas namaKu.
"Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi,maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil.Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia ke hadrat Allah.
Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah,dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia."Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.
Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.
Jenis tanah yang digunakan:
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Eden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10.Tanah India
11.Tanah syurga
12.Tanah Tha'if
Menurut Ibnu Abbas:-
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana di situlah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerimanasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar,tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar,tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama, sesamamanusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Di situlah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untukmenjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dansebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat,bersyukur dan berdoakan kepadaTuhan.Proses kejadiannya:
1. Ketika Allah jadikan Adam,tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir,angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur(cahaya) kebenaran dalam diri Adam denganberbagai macam "sifat".
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkandidalam "Alam Malakut".
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Makasebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah danwangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalal dan Jammal". Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
5. Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itu pun masuk dan menyerah kepada Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya.
Sebagai pengetahuan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala, dandua buah liang di bawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya adalah :
1. Di Kepala ialad Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
Dijadikan pula lima buah pancaindera:
A. Mata alat penglihatan
B. Hidung alat penciuman
C. Telinga alat pendengaran
D. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
E. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.
Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga kekepalanya yang mengambil masa 200 tahun.Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.
Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah.
Lalu Allah berkata Yarhamukallah" yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya disunatkan pula mengucapkan Yarhamukallah".
Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:"Dan adalah manusia itu suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II)
Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna,yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.
Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik,semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni darilangit pertama hinggalah ke langit tujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.
Wallahualam
Zain Bikha-Denn il Islam (I AM A MUSLIM)
Deen-il-Islam
By : Zain BhikhaBy: (Linda Gcwensa & Zain Bhikha)
Chorus: If you ask me, surely this cannot be, Chorus If you ask her, why doesn’t she cry, Chorus If you ask me, why do I love you La-illah-ha-illalah Muhammad-ur-rasullulah
If you ask me, why do I stand here,
So unafraid of everything around me.
Proudly I would say, I am a Muslim.
If you ask her, why does she dress that way,
All covered up in a world that gives it all away.
Proudly she would say, I am a Muslim.
Deenil Islam deeni Wala ‘ardab gheiru deeni Muhammad elli hadeeni Nourel
iman x 2
You give your wealth so free, and you say your life is charity.
It ain’t hard to see, I am a Muslim.
If you ask him, why does it hurt so,
When he sees injustice, even though it’s folks he doesn’t know,
With tears in his eyes he says, I am a Muslim.
There’s no one by her side, she’s the only one that’s left
behind.
Patiently she sighs, I am a Muslim.
If you ask him, why does he still pray,
Five times a day when so many others have strayed.
Smiling he would say, I am a Muslim.
No matter where you are, we are the greatest Ummah
With the beating of our hearts, we are Muslim.
There is only one God
La-illah-ha-illalah Muhammad-al-Mustapha
Muhammad is the messenger
La-illah-ha-illalah Muhammad-ur-rasullulah
There is only one God
La-illah-ha-illalah Muhammad-al-Mustapha
Muhammad is the messenger
































