Pages

Labels

PERKONGSIAN (21) My story (18) My life (17) info (9) Islamic (8) Cerita menarik (7) SINOPSIS (7) video (5) Lirik Lagu (4) Hadis (3) Picture (3) DARI LENSA KAMERA (2) langit (2) my art (2) Lagu (1) Lawak macam Best (1) MOVIE (1) Movie Link (1) Music (1) pe (1)

Followers

Showing posts with label My life. Show all posts
Showing posts with label My life. Show all posts

Sunday, April 3, 2011

Sekian lama....


Assalamualaikum Wbt...dah lama aku tak update blog wlaupun slalu on9...mungkin kesibukan mnybbkan aku jadi malas buat seketika...sekarang nie pun, banyak sangat keje nak disiapkan...kadang2 aku selalu rasa nak menangis tambahan aku tak berapa sihat. Tapi, sakit itu bukan penghalang bagi ku untuk bekerja. Aku nak sihat sepenuhnya, nanti dapatlah aku fokus 100% dalam tugasan aku yg akan datang. Lepas nie, nak buat banyak meeting. Alhamdulillah, smua dah diatur dengan sepurna, aku harap dapat dijalan dengan lancar selepas nie.

*Perpustakaan(Pengws Perpustakaan)
*Pelajar(LPS)
*Pengakap(Ketua patrol)
*Sidang redaksi (ketua)
*Sumur (Ketua kumpulan 1)
*Media
*wakil sekolah

Ya Rabbi, tenangkan jiwaku, kuatkan semangatku, untuk menghadapi liku2 cabaran untuk tahun ini. Selepas nie, nak fokus betul2!! 

Thursday, March 17, 2011

Hari ini dan semalan

Assalamualaikum wbt...hari ini kehidupan aku macam biasa. Semuanya semakin baik, Alhamdulillah. Banyak benda yang aku dah buat hari nie sebab sepanjang hari aku dok rumah je. Malas nak keluar, cuaca pun tak mengizinkan asyik hujan je. Orang cakap, hujan kat luar tu bahaye, Kalau kene, banyak penyakit. Semua nie berpunca dari tenaga nuklear org jepun. Walaupun ade yang kate kat sarawak tak kene kesan hujan tu, tapi aku ambik langkah berjaga2, tak nak g luar dulu. Dok rumah pun ok jugak, ada banyak benda boleh dibuat. Rasa tenang dan tak diganggu. Hari nie aku tak puasa sunat, sebab subuh tadi aku lewat bangun. Semalam aku g rumah udak, anak die nak kahwin tak lama lagi. Punyalah ramai orang kat rumah tu, haiya..tengok budak2 main. Bising betul tapi best sebab tengok diaorang kejar sana, kejar sini...teringat zaman kecik2 dulu...wa...rindu lah pulak...aku tengok pelamin (kebetulan dah pasang malam tu) , dalam fikiran aku cakap...haiya..."aku bile lagi? cewah" haha...insya-Allah...kalau de jodoh dan umur masih panjang, berpeluanglah aku dok tas pelamin tu dengan bakal isteri. *Berangan* haha....yang paling menyedihkan bagi aku malam tadi, tunggal aku bawak balik pizzahut, tapi aku tak makan..cikit pun..ish....sakit aku datang pulak malam tadi. Dah tu, salah makan pil pulak~ aku tertelan pil tido..yang menyebabkan aku tertido laa~~~haiya...melepas pizza dan kek malam tadi...mengantuk punye pasal,..tapi takpe, nasib baik abi dan ummi aku beli satay semasa nak g rumah udak malam tadi..janji makan...Alhamdulillah...Allah sentiasa memberi peluang dan nikmat kepada aku walaupun nikmat yang besar itu aku terlepas...pizza~ nanti kak long aku balik,..hehe..aku paksa dia beli pizza!! yes!!...

Tuesday, March 15, 2011

Selamat datang ke langit SKY TAQWA!

Assalamualaikum wbt...selamat malam! bagi orang kat Malaysia....baru lepas update blog...entah kenapa aku rasa nak tukar je pemandangan dalam blog aku. Mungkin aku terlalu berimaginasi kuat dan syok sangat kat langit..yaw~ sebab tu aku nak tukar....nak buat macam berada kat langit ....wa...Alhamdulillah...sepanjang aku tukar semua nie, kesabaran kuat datang mendampingi diriku...kalau tak sabar...tak jadilah blog aku sebegini rupa...Alhamdulillah jugak, si dia telah menginspirasikan dan memberikan aku green light (tanda ok la tu) kerana si dia membenarkan aku guna nama yang selalu dia pakai...wa~ bukan susah nak mintak kebenaran..si dia tu on je... >,< tapi, kalau tak kerana si dia itu, mungkin blog ini tak wujud...terima kasih untuk si dia...korang tak perlulah nak tahu siapa si dia itu, kerana si dia adalah hamba Allah SWT ....inspirasiku/...cewah...apa2pun,...salam Ukhuwah buat semua...insya-Allah, saya akan janjikan dakwah siber yang terbaik untuk semua.... yaw~ Assalamualaikum wbt...

Ku doakan, Semoga aku masih bernafas pada hari itu..post yg ke 101



Assalamualaikum...wbt...
Hari ini, semuanya macam biasa. Bangun seawal jam 4 pagi. Hujan turun dengan perlahan. Kedengaran bunyi hujan di luar tingkap. Semalam, aku baru sahaja mengubah kedudukan katil terus ke tepi tingkap. Entah mengapa, aku rasa ingin untuk berbuat sedemikian. Mataku kabur di subuh hari. Semuanya gelap dan sejuk. Ya, aku kesejukan pagi ini. Malam semalam, aku berdoa semoga aku sihat pada keesokan harinya, tapi alhamdulillah, walaupun doaku masih tidak termakbul, aku masih bersyukur kerana hidup pada hari ini. Fikiran ku tengganggu sejak semalam, semuanya menjadi serba salah. Masa yang berlalu semalam aku habiskan dengan termenung sendirian di dalam bilik. Bukan kerana bosan, ada sesuatu yang mengganggu fikiranku. Tapi, aku sendiri tak faham mengenainya. Adakah cinta? adakah sakit yang aku alami? adakah tingkah laku aku yang kurang waras? atau adakah aku telah membuat dosa yang terlalu banyak? Aku tak dapat menjawab pertanyaan aku sendiri. Diriku ku rasakan semakin lemah dari hari ke hari. Kadang-kadang aku terpaksa bersandiwara yang aku sudah sihat sepenuhnya. Aku diam tanpa kata kerana itulah hasrat hati dan permintaan serta doaku. Pagi nie, semuanya sejuk dan suram belaka. Aku memerhati keadaan di luar, semuanya tenang. Awan mendung menyebabkan aku diam tanpa kata. Cahaya pagi yang aku idam-idamkan tidak muncul menjelmakan diri pada pagi ini. Bunyi burung berkicauan juga kurang membuatkan aku rasa sunyi. Aku cuba mencari sesuatu yang boleh aku lakukan, buku? Ya, buku. Buku pelajaran? Buku komik? Buku ilmiah? Buku-buku itu lansung tidak ku sentuh. Mengapa? Aku tak dapat menjawab pertanyaanku. Aku duduk sendirian. Mengenangkan diriku yang diam tanpa kata dan tidak dapat menjawab pertanyaan diri sendiri. Alhamdulillah, aku memberanikan diri untuk bermesej. Hanya kakak sahaja yang mahu mendengar rintihan hati aku. Alhamdulillah juga, dia mahu mendengar dan sudi membalas mesej. Hatiku rasa sedikit gembira. Aku terfikir sejenak, sememangnya aku memerlukan seseorang pada ketika aku diam tanpa kata. Seseorang yang sudi mendengar dan menasihatiku. Walaupun ramai yang aku kenal, akan tetapi tidak semua yang memahamiku.Hanya kakak seorang sahaja yang ku pilih. Aku sayangkan nya. Walaupun bukan darah daging sendiri, tetapi kakak saudara seIslamku. Kakak sangat mengambil berat tentang ku walaupun aku kadang-kadang selalu menyakiti hatinya. Minta maaf kak......Terima kasih kak.....


Friday, March 11, 2011

Selamat hari Lahir!!

Semalam 10 Mac 2011...Hari lahir seorang kawan yang bernama Hanani!! haha~~ kalau dia tengok nie..mesti dia terkejut...huh...apa2 pun, selamat hari lahir untuk Hanani Nadhirah!! "kamek" ada video khas k "ktk" n semua yang menyambut hari Lahir dalam bulan ini. x lupa jugak untuk Shahrul Syahmi dan Mohd Emir Hafiz!!...semoga panjang umo n murah rezeki! >.<



Thursday, March 10, 2011

Syukran Ya Rabbi...


Hari nie, sakit aku datang lagi. Tanpa diduga dan diminta sedikit pun. Semalam, aku berdoa semoga aku dapat meneruskan pelajaranku di sekolah pada keesokan harinya. Namun, telah ditakdirkan, penyakit aku datang lagi. Subuh yang tenang dibasahi dengan air hujan. Jam menunjukkan tepat pukul 4 pagi. Niat akuhendak bangun pada pukul 5 pagi, akan tetapi aku bangun sejam lebih awal. Sakitnya tidak dapat digambarkan. Nafas bagaikan berhenti buat seketika atau sekitar 15 minit. Aku cuba untuk bangun dan mencari udara. Alhamdulillah, selepas beberapa minit aku boleh bernafas seperti biasa. Suhu yang sejuk membuatkan aku menjadi begini. Tapi aku tidak pernah menyalahkan cuaca ataupun kejadian alam. Aku sangat bersyukur. Dan, aku terima kelemahanku. Aku cuba untuk tidur semula tetapi bukan dengan baring. Aku tidur secara duduk. Aku tiada pilihan lain lagi kerana dengan cara itu sahaja  dapat menghalang aku daripada sesak nafas. Tapi malang seribu malang, mataku lansung tidak dapat dipejam. Aku duduk sendirian di atas katil sambil mendengar bunyi hujan gugur di luar bilik. Aku memerhati meja kerjaku di hadapan. Semua ubat-ubatan ada di atas meja tersebut. Jumlahnya melebihi 10 peket. Aku tidak tahu ubat yang mana harus ku ambil kerana terlampau banyak. Sedih di hati dapat ku rasai. Seolah-olah mungkin masaku tidak panjang lagi. Aku dapat merasakannya. Aku cuba untuk mencari jawapan. Alhamdulillah, aku berfikir positif. Allah SWT mengambil kelebihanku sedikit untuk diuji. Aku bersyukur dengan diri aku sekarang. Dan aku sering berdoa dan berdoa. Mungkin masa aku akan tiba kelak. Maafkan aku wahai ummi, maafkan aku wahai yan....terima kasih sebab selalu mengambil berat tentang kesihatanku...walaupun aku segan untuk berterima kasih.....kerana pengorbanan ummi dan yan lansung tidak terkira...Alhamdulillah...semoga aku sempat berubah sebelum masa itu tiba..Insya-Allah



Wednesday, March 9, 2011

Berikan aku cinta

CINTA ITU BUTA
CINTA ITU KHAYALAN
CINTA ITU PERMAINAN
CINTA ITU TANGISAN
CINTA ITU DUGAAN
CINTA ITU CABARAN
CINTA ITU PERUBAHAN
CINTA ITU NAFSU
CINTA ITU SATU PEMBOHONGAN,


Apa itu cinta? Apa itu sayang?Apa itu kasih? Apa itu suka?
Boleh tolong jelaskan? agar aku dapat menerima cinta yang sebenar-benarnya




Tuesday, March 8, 2011

23 hours at Normah medical specialist centre

23 Jam sudah berlalu. Kenangan aku bermalam kat hospital normah buat kali pertama sebagai "pesakit"....ingtkan nak check up aje...skali tengok kne tahan pulak kat hospital,...bosan betul aku kat situ...selama 23 jam...aku menghitung dan berkata " bila lagi laa aku nak balik nie"....dalam bilik 2 katil, jirang aku pesakit lelaki...kesian tengok dia.....aku memang bosan dok kat situ...
Nasib baik semua family aku datang...diaorg sempat berpicnic dlm bilik sakit tu...mkn kfc laa...satay laa...org tengah sakit...haha!! >.< Delisha (budak dlm gambar) , takut tengok aku semacam je atas katil...tak sihat sangat...tak seperti biasa...

Yang menghairankan aku, aku bukan lah sakit serius sangat...tapi kene pakai tag laa pulak...(gambar atas, kurang jelas).....bukan tu je..bilik sejuk banget deh!!! bergetar seluruh badan aku! Tapi alhamdulillah, aku dah balik...tak nk masuk hospital lagi..aku sudah merasakan keboringannya...yg sangat ketara...haha....anyway, Alhamdulillah, selepas di enjek n makan ubt, aku rasa sihat sekarang! Subhanallah

Friday, March 4, 2011

2ND blog...Eizy's kakushigoto...

Hari nie, aku berjaya mewujudkan sebuah lagi tempat tidur (blog) untuk aku bermimpi!! haha~~ blog nie khas untuk aku je...cerita, nasyid n islamic kat dalam blog skytaqwa....maaflah menyusahkan korang semua terpaksa bukak dua blog...haha~~ aku nak stabilkan contents dalam kedua2 blog, senang lagi aku nak post nanti...yang penting, i will do the best 4 u'all....by the way, cek2 laa blog baru ku....



Click the link below:_

Thursday, February 3, 2011

Hari jadi yang bermakna

Salam...wa..pejam celik2....dah tua rupanya aku nie! eish...tak terasa dah masuk bulan 2 2011....rasa macam mimpi je...tapi tak pe, Allah SWT itu Maha Berkuasa atas segalanya, kita harus menerima dengan hati yang terbuka atas apa yang telah terjadi...aku rasa baru semalam aku menjadi seorang budak dan hari nie aku dah terasa dewasa. selepas nie, perjalanan yang sebenar akan bermula bagi hidupku. Walaupun kek belum aku makan, (Insya-Allah hari nie baru nak makan), aku rasa gembira. Hahaha!! selepas sekolah buka nanti, banyak present yg datang walaupun aku dh tue!! (org cakapla)...pasni aku nak susun hidup aku sebaik-baiknya..Buang yang keruh ambil yang jernih...aku nak mulakan hidup baru dengan azam befday yg baru...doakan ye..peace!

Sunday, January 2, 2011

New year 2011

Assalamualaikum wbt....Sedar tak sedar dah new year!!! lambat betul aku nk uypdate blog nie...dh 2 januari baru nak update...semalam tak dapat nak update..malas laa..haha!!! Azam tahun ini aku nak berani kan diri n nak kuatkan diri!! sebb time cuti nie aku asyik tidur jee....haha!!! Pada malam tahun baru, aku imagine suatu kisah yang agak menarik..agak2nya mungkin idea datang 90% drpd cte Violet...haha!! Yang tu nanti lah buat, tengah sibuk nak buat persediaan untuk ke sekolah esok!! mak aii...esk sekolah..(Baru sedar)....haha!! esok kene bangun awal......tu dh biase...esk jugak nak jejakkan kaki ke kelas baru..budak ICT thun nie!! bersedialah aku untuk menghackkn korang semua!!

MY LOVELY VIOLET BAUDELAIRE...

Friday, December 31, 2010

2011 dreams

Metallic Blue Sony PSP
Black Nokia C7 series
Sony Vaio Laptop

Apple Ipad

Nike Futsal Shoes Dark gold

Thursday, December 30, 2010

Tamatnya karya-karya 2010ku....

Assalamualaikum..kesemua 18 karya aku pada tahun ini akan "pause" kejap...rehat laa...tahun depan, kalau rajin, Insyallah aku akan teruskan semua karya2 yang belum ada penghujungnya....dan insyAllah, tahun depan jugak aku nak buat cerita seram dan fantasi lebih bnyk lagi...aku akan perbaiki karya aku dari semasa ke semasa...Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati @karya2@ idea2 aku...jumpa lagi tahun depan 2011... ^^
Kemungkinan tahun hadapan, aku nak gune watak Violet dalam karya aku...

Tuesday, November 23, 2010

I MISS THEM T.T

Salam...Today..my mother, my little sister, my second sister and i went to our old house at kpg samariang batu... i miss my old home!! huh!! so many "KLMJ" or Kenangan Lalu Mengusik Jiwa at there...huh!! but..when i played wth my cats..i miss three of them..actually i hve 6 cats..but 2 of them were dead and one of them is missing...when time give kucing makan...i miss them soo much...
 my two kitten....T.T halus putih n halus hitam
 MISSING CAT (the black one).."GULAM" the white one is still at home..
REWARD : RM 000.00.01 cash

Sunday, November 21, 2010

5 hari berlalu...

5 hari telah berlalu tanpa sedar...bangun subuh...mandi..gosok gigi...masak..makan...tengok tv..dengar lagu...on9..main game...buat cerita..melukis...mandi...tido...bangun lagi..wa...tak sedar dah hari kelima aku bercuti..bosan T.T wuwu!! bukan tu je...aku kerinduan...tiap2 hari tengok benda yang sama..kalau kat skolah..macam2 boleh tengok dan buat...aku rindu kat dia..wa....rindu sangat.,.(tu la..kau kat skolah buat de je depan dia, bile dah tak de..merindu tak tentu pasal) ...wa...aku rindukan senyumannya...riang tawanya...kalaulah tahun depan dapat jumpa lagi..... @.@ rindu..

Tuesday, November 16, 2010

"DIA" guruku

Ketika guru kelas mengambil cuti berehat..(cuti bersalin)..pada masa itu juga kami bagaikan keseorangan. kelas kami tidak berseri tanpa guru kelas kami yang berbangsa cina....namun semuanya berubah pada hari itu, semasa kelas pendidikan sivik dan kewarganegaraan...mula2 "dia" masuk ke dalam kelas, kami berasa amat takut (takut2 guru baru garang)..ada yang menggeletar dan ada yang sempat tidur..(walaupun mata terbuka)..ada juga yang berbisik antara satu sama lain. pada waktu pembelajaran itu, suasana kelas sangat sunyi..kerana suara "dia" terlalu kecil. mungkin 1st time mengajar kami (anak2 yg suka buat hal) ini.. ^.^ ..tp, apabila semakin hari semakin banyak kali bertemu, akhirnya barulah kami sedar.."dia" (sepalak bak kata org sarawk) dengan kami. dulunya pendiam sikit2 kini mula riang dengan kami. "dia" gembira, kami pun Happy!! kami sukakan cikgu yang sporting! sejak mngenali "dia", byk pgalaman menarik dan kenangan dpt dikongsi...dalm diam, kami pun dpt byk maklumat drpd "dia"..al maklumlah...poret..haha...hinggalh saat waktu perkhidmatannya yg terakhir pd hari ini...kami rindukan kata2nya, gayanya, bakatnya, kebolehannya dan keriangannya melayan karenah kami smua..."dia" bagaikan abang long buat kami...terima kasih cikgu Izzan Bin Abdullah...we will miss u n remember u..ceh..speaking lh pulak..all the best!!

THNKZ FORM 1B 2008, 2B 2009, 3B 2010!!!

Salam wbt...selama 3 tahun aku berkhemah di Tunaz, smuanya bermula drpd huruf "B"...1B,2B,3B...byk kenangan semasa belajar dan main.. aku rindu smua itu!! huh!! tuka2..pke bhasa srwk..thnkz smua cikgu!! perjuangan kita belum tamat di sini, selagi kaki kita mampu berjalan, perjuangan di teruskan sehingga nafas yang terakhir dan kalimah dua syahadah diucapkn!....kalau ada jodoh, kita dipertemukan lagi... ^^ thnkz 2010!

Zain Bikha-Denn il Islam (I AM A MUSLIM)

Deen-il-Islam

By : Zain Bhikha

By: (Linda Gcwensa & Zain Bhikha)

If you ask me, why do I stand here,
So unafraid of everything around me.
Proudly I would say, I am a Muslim.
If you ask her, why does she dress that way,
All covered up in a world that gives it all away.
Proudly she would say, I am a Muslim.

Chorus:
Deenil Islam deeni Wala ‘ardab gheiru deeni Muhammad elli hadeeni Nourel iman x 2

If you ask me, surely this cannot be,
You give your wealth so free, and you say your life is charity.
It ain’t hard to see, I am a Muslim.
If you ask him, why does it hurt so,
When he sees injustice, even though it’s folks he doesn’t know,
With tears in his eyes he says, I am a Muslim.

Chorus

If you ask her, why doesn’t she cry,
There’s no one by her side, she’s the only one that’s left behind.
Patiently she sighs, I am a Muslim.
If you ask him, why does he still pray,
Five times a day when so many others have strayed.
Smiling he would say, I am a Muslim.

Chorus

If you ask me, why do I love you
No matter where you are, we are the greatest Ummah
With the beating of our hearts, we are Muslim.

La-illah-ha-illalah Muhammad-ur-rasullulah
There is only one God
La-illah-ha-illalah Muhammad-al-Mustapha
Muhammad is the messenger
La-illah-ha-illalah Muhammad-ur-rasullulah
There is only one God
La-illah-ha-illalah Muhammad-al-Mustapha
Muhammad is the messenger

More Lyrics at: MuslimLyrics.com